Anda di halaman 1dari 4

4.

Mengkaji Terma Cinta Terhadap Flora Dan Fauna Menurut Islam

Menurut Amirul Zulkefli (2018), antara tokoh yang telah mengetengahkan hakikat
cinta adalah Imam al-Ghazali, Ibn Qayyim dan Ibn Miskawayh. Menurut perspektif Imam al
Ghazali di dalam kitabnya, menyatakan seseorang yang mempunyai perasaan cinta terhasil
dari hati yang suci. Cinta kepada Alam, Makhluk dan seluruhnya membawa cinta kepada
Allah. Hakikat cinta banyak diterangkan dalam karangan Ibn Miskawayh. Ibn Miskawayh
menggunakan pendekatan yang dibawa Ibn Qayyim. Cinta dalam lughah Arab adalah
mempunyai banyak makna (hub dan mahabbah), (Gharam) (Wudd) dan sebagainya. Cinta
menurut lughah Arab ini juga telah menentukan ketinggian nilai-nilai cinta. Menurutnya lagi,
hakikat cinta itu wujud untuk mengetahui (ma’rifah) dan merasainya dengan pancaindera.
Beliau juga menjelaskan lagi tentang cinta insan yang berasal dari indera keenam (Sixth
Sense) (al-His al-Adis) iaitu cahaya mata hati. Ini merupakan pengalaman hati (batin), (al-
bashirah al-batiniah) maka itulah hakikat cinta.

Manusia telah diberikan amanah untuk mentadbir dan mengurus alam ini dan
bertanggungjawab sebagai khalifah Allah S.W.T. Manusia sangat berperanan dalam
menentukan kedudukan penciptaan haiwan dan tumbuh-tumbuhan ini sama ada ianya dijaga
dan dipelihara, dipulihara, atau dirosakkan oleh mereka. Melalui akal yang dianugerahkan
Allah S.W.T. kepada mereka, manusia diberikan kebebasan untuk memilih sesuatu yang
terbaik untuk kehidupan mereka. ( Abd Shakor Borham, Mikdar Rusdi & Othman Hussain,
2018)

Menurut Ade Winata & Purwant, (2018), keagungan Tuhan dalam menciptakan isi
alam semesta merupakan suatu anugerah yang sangat berharga bagi kehidupan seluruh
mahluk hidup yang ada di bumi ini. Umat manusia sebagai mahluk yang paling sempurna di
antara mahluk hidup yang lainnya, keberadaan flora dan fauna menjadi pelengkap bagi
kehidupan umat manusia, karena satu sama lain saling membutuhkan untuk saling memberi
dan menerima Flora adalah segala tumbuhan yang ada dipermukaan bumi. Bentuk dan
namanya yang pelbagai serta tidak pernah sama bentuk dari satu flora dan flora yang lain.
Flora merupakan salah satu objek gambar yang menarik. Baik sebagian maupun keseluruhan
bentuk tumbuhan dapat dituangkan menjadi gambar, motif, atau bentuk yang menarik. Selain
itu, objek yang boleh digunakan hampir tidak terbatas, iainya mulai dari pohon secara kukuh,
ranting, daun-daun, bunga, buah, akar, dari sisi keindahan, keunikan dan sebagainya. (Ade
Winata & Purwant, 2018)
Seterusnya, alam sekitar adalah milik mutlak Allah yang dipinjamkan kepada
manusia untuk kelangsungan hidup dan pembangunan tamadun. Maka, kecintaan dan kasih
sayang terhadap alam sekitar ini merupakan sifat yang perlu ada dalam diri manusia sebagai
pengurus alam yang baik. Dengan adanya sifat ini maka perlindungan dan penjagaan
terhadap alam sekitar dapat dilakukan. Hal ini kerana, perasaan cinta ini akan membuahkan
rasa sayang, prihatin dan kesihan belas terhadap alam sekitar. Maka, sifat taqwa berupaya
membentuk dan menjadikan manusia sebagai pengurus alam yang adil, amanah dan berkesan
berlandaskan syariat Islam kerana apa sahaja yang dilakukan semata-mata untuk mendapat
keredaan Allah SWT.Islam juga menganjurkan umatnya agar sentiasa bersederhana dalam
melakukan setiap tindakan dan amalan termasuklah dalam interaksi dengan alam sekitar.
(Haliza Abdul Rahman, 2019)

Selain itu, keharmonian dan kesejahteraan yang dikecapi oleh manusia antaranya
adalah disebabkan perhubungan lestari antara manusia dan alam. Menurut Kamus Dewan,
lestari bermaksud tidak berubah-ubah, kekal atau tetap. Maka, melestarikan alam sekitar
bermaksud, kita membiarkan atau memelihara alam sekitar supaya kekal seperti sediakala.
Konsep kelestarian alam sekitar bermatlamat memastikan alam sekitar dan segala
komponennya tidak berubah atau kekal terpelihara seperti asal, ataupun hanya berlaku
perubahan yang minimum sahaja terhadap keadaan alam sekitar tersebut tanpa menjejaskan
fungsi dan kesejahteraannya (Haliza 2017b).

Alam sekitar juga merupakan salah satunya anugerah Allah yang sangat bernilai
kepada kesejahteraan kehidupan manusia dan juga seluruh makhluknya. Hampir kesemua
makhluk, amat bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini terutamanya
manusia. Apa yang jelas, Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran
manusia. Bumi yang luas juga telah dijadikan tempat tinggal untuk manusia, gunung-ganang
pula dijadikan sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan pula dijadikan sebagai sumber-sumber
makanan dan ubat-ubatan kepada kehidupan. (Haliza Abdul Rahman, 2019) Selain itu, Islam
adalah agama yang syumul iaitu lengkap serta menyeluruh yang mencakupi setiap aspek
kehidupan termasuk dalam aspek penjagaan dan pemeliharaan alam sekitar. Seterusnya,
perlakuan manusia ketika berinteraksi dengan alam sekitar ini mestilah dilakukan dengan
sebaik-baiknya dan ini juga menunjukkan manusia yang beriman, kerana ianya merupakan
suatu ibadah yang dilakukan kepada Allah SWT. Selain itu, ini juga termasuk dalam usaha-
usaha untuk memakmurkan alam sekitar, menjaga dan memulihara serta melestarikan alam
sekitar. (Haliza Abdul Rahman, 2019)
Oleh itu, , tidak dinafikan haiwan dan tumbuh-tumbuhan adalah ciptaan Allah S.W.T.
yang mempunyai hubungan rapat dengan kehidupan manusia. Ia adalah sumber makanan dan
pendapatan yang sangat bernilai kepada manusia. Sebarang pengabaian terhadap kedua-dua
makhluk tersebut akan memberi kesan buruk terhadap manusia dan kelangsungan hidupnya. (
Abd Shakor Borham, Mikdar Rusdi & Othman Hussain, 2018)
RUJUKAN

Abd Shakor Borham, Mikdar Rusdi & Othman Hussain. 2018. Flora Dan Fauna Dalam Al-
Qur'an Dan Al-Hadis. Pendayaupayaan Bahasa, Agama dan Transformasi
Masyarakat (57-80).

Ade Winata & Purwant. 2018. Transformasi Flora Dan Fauna Dalam Penciptaan Karya Seni
Gambar. Journal of Arts Education.7 (1): (2018).

Ahmad Zulkefli. 2018. Teori Relativitisme Cinta.


University of Malaya.(4-11).

Haliza Abdul Rahman. 2019. Kesyumulan Islam dalam Aspek Pemeliharaan Alam Sekitar.
Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah.(1-13).

Anda mungkin juga menyukai