Anda di halaman 1dari 6

ANALISIS PROSES KREATIF INTRINSIK & Disediakan Oleh :

Nurul Shuhada Bt. Mohd Haron


EKSTRINSIK DALAM PUISI SYAIR 980821-02-5712
2017192340109
CETUSAN IDEA
 ISU

 Mengetengahkan isu tentang virus Corona yang menyerang seluruh dunia dan senario
manusia berdepan dengannya.

 Pengarang melihat isu pandemik ini sebagai isu utama yang menjadi tumpuan dan
perbincangan dunia pada ketika ini.

 Pengarang ada membaca tentang perihal virus Corona tersebut, memikirkan tentang
teguran Tuhan dan menginsafi kelalaian diri, memerhati keadaan dunia berdepan ujian ini
melalui media dan mengagumi pengorbanan barisan hadapan.
PERSEDIAAN MENULIS KARYA
 UNSUR INTRINSIK  UNSUR EKSTRINSIK
 Tema  Latar Belakang Kehidupan Pengarang
Perihal sejenis virus merbahaya dan keadaan 1) Pengarang berasal dari sebuah desa di
manusia berdepan dengannya. Kedah.
 Persoalan 2) Pengarang hidup sederhana dalam sebuah
keluarga dengan 5 orang ahli.
1) Datangnya sejenis virus yang boleh
membawa maut.  Latar Belakang Pendidikan Pengarang
2) Teguran Tuhan terhadap hamba-Nya Pengarang kini belajar di IPG Kampus Bahasa
yang leka dengan dunia. Melayu dalam bidang pengkhususan Bahasa
Melayu.
3) Keinsafan seorang insan bermuhasabah
diri atas ujian yang diberi.  Latar Belakang Budaya dan Sosial
4) Pengorbanan para doktor merawat 1) Pengarang tinggal dalam persekitaran
mangsa jangkitan virus. budaya orang Melayu.
5) Kebergantungan manusia terhadap Tuhan 2) Pengarang tinggal dalam lingkungan
bagi memulihkan segala yang terjadi. masyarakat yang cakna dengan isu virus
Corona / COVID-19.
 Rima : aaaa
BENTUK KARYA
 Jenis puisi : Syair

 Berasal daripada puisi Arab.

 Dilagukan dengan Irama Dodoi (juga boleh dilagukan dengan irama yang lain).

 Bentuknya terikat.

 Terdiri daripada empat baris serangkap.

 Bilangan kata sebaris antara empat hingga enam patah perkataan.

 Terdapat pertalian maksud antara rangkap.

 Rima akhir bagi setiap rangkap ialah aaaa.


PEMIKIRAN KARYA
 Karya ini menekankan tentang betapa sejenis virus mampu memberi mudarat besar
kepada manusia dan merubah dunia.

 Karya ini juga memperlihatkan sisi manusia yang membuat refleksi diri memikirkan
punca dan hikmah ujian ini diturunkan serta menginsafi kealpaan diri.

 Karya ini turut mengangkat jasa para perawat yang rela berkorban, menolak
kepentingan diri demi menyelamatkan nyawa mangsa jangkitan virus.

 Akhir sekali, karya ini mengajak pembaca agar kembali kepada Tuhan kerana
hanya Dialah yang Maha Berkuasa untuk memulihkan pandemik ini.
SYAIR VIRUS CORONA
KARYA : NURUL SHUHADA MOHD HARON
Hadirnya dari wilayah China, Virus tersebar seluruh benua,
Cemaslah rakyat sini dan sana, Jangkiti umat muda dan tua,
Tersebar pantas ramai merana, Asia Eropah juga semua,
Itulah dia virus Corona. Telah hadapi gelombang kedua.
Asal makanan dari kelawar, Tanah airku dilanda wabak,
Dari situlah ia keluar, Kenangkan mangsa terasa sebak,
Serang manusia menjadi hawar, Corona terus bebas merebak,
Apa diharap hanya penawar. Tidak tersekat di hujung tambak.
Virus tiada pernah terjumpa, Merawat tiada sempadan masa,
Sulit mencari ubatnya apa, Meskipun badan letih terasa,
Tidak mengenal kaya dan papa, Itulah mereka perwira nusa,
Tuhan menegur janganlah alpa. Barisan hadapan dijulang bangsa.
Perihal virus umpama iblis, Tiada insan mahu terkena,
Dalam kitab ada tertulis, Justeru harus sentiasa cakna,
Namun iman ku senipis alis, Arahan diberi harus laksana,
Tuhan tunjukkan aku berpalis. Agar bebas wabak bencana.
Pabila ia sudah menyerang, Angkara ia virus Corona,
Rakus lagaknya rentas seberang, Tiada dapat keluar ke mana,
Timbulkan resah sekalian orang, Bersujud umat sebelum lena,
Seakan bertempur di medan perang. Mengharap rahmat Yang Bijaksana.

Anda mungkin juga menyukai