Anda di halaman 1dari 5

1

ULASAN BUKU PUTERI GUNUNG LEDANG.


PENGENALAN
Pada arus globalisasi kini, kecanggihan teknologi yang ada telah banyak
membantu aktivitoi manusia. Hal ini demikian kerana dewasa ini, segala perkara yang
dilakukan banyak menggunakan teknologi. Salah satu daripadanya ialah dalam proses
pembelajaran dan menadapatkan maklumat. Antara sumber-sumber maklumat ialah
sumber berasaskan manusia, media elektronik, media bercetak, pandang dengar atau
audio visual, dan persekitaran. Sumber media cetak seperti buku telah diterbitkan
dengan gaya yang menarik untuk memastikan pembacanya mendapat manfaat
semaksimum mungkin daripadanya.

1.0 Reka Bentuk Buku

Buku cerita sejarah ini memaparkan reka bentuk buku yang amat menarik hati
untuk membacanya. Buku ini mengabungjalinkan kepelbagaian warna warni dengan
baik. Hal ini bertujuan agar dapat memastikan minat pembacanya adalah kekal
khususnya kepada pelajar sekolah rendah. Gambar rajah dan lukisan yang terdapat
dalam buku ini juga cantik dan berwarna warni. Kulit depan buku ini menggunakan
bahan yang lebih keras menyebabkan kulit buku ini lebih tebal dan keras. Hal ini seolah
olah memperlihatkan bahawa buku ini adalah istimewa.
Rupa bentuk luaran buku ini unik dan boleh membantu menarik perhatian pelajar
untuk membacanya kerana tertarik dengan rupa luaran kulit buku ini. Saiz buku ini juga
tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Saiz yang sederhana memudahkan pelajar
mudah memegangnya dan memberikan keselesaan kepada mereka ketika
membacanya. Buku ini telah direka bentuk dengan rupa yang amat menarik dan
dengan ini murid murid akan tertarik untuk membacanya. Motivasi murid untuk
membaca buku ini akan menjadikan ingatannya terhadap buku ini kekal lebih lama.
2

Tambahan itu, faktor utama pemilihan murid terhadapa bahan bacaan lazimnya
bergantung pada persepsi pertama murid pada sesebuah buku. Murid murid hanya
akan mengambil dan membaca buku buku yang dirasakan adalah menarik bagi
mereka. Maka, rupa bentuk luaran buku seperti kulit menjadi elemen penting dalam
menarik perhatian murid terhadap buku tersebut seterusnya menimbulkan keinginan
murid murid untuk membaca kandungan yang disampaikan oleh buku cerita sejarah
tersebut.

2.0 Isi Kandungan
Isi kandungan yang terkandung dalam buku ini juga adalah amat jelas.
Kandungan buku ini dipersembahkan bersama ilustrasi. Hal ini mampu memperlihatkan
kandungan buku ini yang disampaikan secara santai bersama gambar yang berwarna
warni. Tulisan yang digunakan juga adalah bersaiz besar. Saiz tulisan besar juga
memudahkan murid murid mudah membacanya secara tidak langsung berjaya
mengelakkan murid murid daripada cepat bosan.
Tulisan buku sememangnya amat mempengaruhi minat dan fokus murid
membacanya. Oleh itu, buku ini telah menggunakan bentuk tulisan bersaiz besar yang
dapat mengekalkan minat membaca murid murid sekolah rendah. Di samping itu juga,
tulisan pada setiap muka surat dalam buku ini adalah sedikit dan tidak banyak. Hanya
ada beberapa baris ayat sahaja dalam setiap muka surat. Walaupun begitu, isi
kandungan yang disampaikan tetap jelas dan menarik. Ayat yang digunakan juga tidak
terlalu panjang.
Baris ayat yang terlalu panjang akan membosankan murid murid dengan
cepat. Begitu juga dengan struktur ayat yang terlalu panjang. Pelajar pelajar sekolah
rendah mempunyai fokus yang tidak tahan lama dan mudah bosan. Maka, buku yang
hanya mempamerkan tulisan sahaja semata mata akan menyebabkan murid murd
cepat bosan. Akibatnya, isi kandungan yang dipersembahkan oleh buku tersebut
menjadi sia sia kerana tidak di baca oleh murid murid.
3

Oleh itu, buku ini telah mempersembahkan isi kandungan yang tidak panjang
berjela jela. Gaya penyampaian buku ini adalah mudah dan ringkas berserta dengan
maklumat yang jelas. Dengan itu, diharapkan agar murid murid sekolah rendah akan
berminat dan tertarik hati untuk membaca isi kandungan dalam buku ini.

3.0 Ilustrasi
Ilustrasi yang terdapat dalam buku ini merupakan salah satu kekuatan buku ini
dalam menarik perhatian dan minat murid murid agar membacanya dengan fokus
yang tinggi. Hal ini disebabkan kepelbagaian warna telah dijalin dengan baik dengan
lukisan dan gambar rajah sehingga menyebabkan murid murid tidak bosan. Murid
murid tidak hanya boleh membaca isi kandungan buku yang bermaklumat, malah boleh
juga membayangkan peristiwa yang disampaikan dalam buku dengan di bantu oleh
ilustrasi yang menarik.
Murid murid sekolah rendah sememangnya lebih cenderung untuk belajar
dengan gambar rajah yang jelas. Hal ini disebabkan mereka belum berupaya
membayangkan dengan tepat sesuatu perkara dan peristiwa. Maka, dengan bantuan
ilustrasi yang jelas, menarik, dan berwarna warni dapat membantu memberi idea
kepada murid murid untuk membayangkan sesuatu peristiwa itu terjadi. Tanpa
gambar yang menarik murid murid berpotensi gagal memayangkan dan tidak faham
dengan jelas dan tepat akan apa yang cuba ditonjolkan buku ini.
Ilustrasi yang ditunjukkan dalam buku ini juga adalah dengan saiz ilustrasi yang
mencakupi hampir satu muka surat. Gambar yang bersaiz besar memudahkan murid
melihat secara terperinci berbanding gambar yang kecil. Murid murid melhat gambar
dengan terperinci dan menambah maklumat seperti membayangkan rupa bentuk
pakaian zaman dahulu, senjata, dan persekitaran. Dengan mempamerkan ilustrasi yang
besar maka murid dapat melihat dengan jelas gambar gambar tersebut.
Berdasarkan buku ini juga, ilustrasi yang diperlihatkan amat menarik hati dan
ada pelbagai gambar yang kreatif dan merangsang minda murid murid. Buku ini juga
4

dapat dikenal pasti juga sebaga buku cerita yang dibantu penerangan dan penjelasan
ceritanya dengan berbantukan gambar rajah.

4.0 Mesej Isi Kandungan Buku
Mesej yang cuba disampaikan penulis dalam buku ini adalah ringkas sahaja.
Selain itu, mesej yang cuba disampaikan juga jelas dan tidak membingungkan. Mesej
yang mudah dan jelas akan memudahkan murid murid sekolah rendah untuk
memahami dengan tepat apa yang cuba disampaikan oleh penulis buku. Misalnya,
penulis berjaya menonjolkan unsur unsur nilai nilai moral dalam buku ini dengan
jelas. Mesej yang ditonjolkan buku hanya akan dikira berjaya disampaikan sekiranya
pembacanya memahami mesej tersebut dengan tepat.
Secara keseluruhannya, penulis berjaya mengembangkan cerita sedikit demi
sedikit dalam setiap muka surat. Perkembangan cerita dilakukan dalam setiap muka
surat dengan menyelitkan mesej mesej yang mudah difahami seperti cubaan raja
membunuh anak kandungnya memperlihatkan unsur kekejaman dan pentingkan diri
seseorang individu. Jambatan emas yang dibina pula menunjukkan negara yang
mewah wujud pada zaman itu.
Ringkasnya, penulis buku ini menyedari akan psikologi murid - murid sekolah
rendah. Hal ini membolehkan penulis menulis sebuah buku yang berupaya menarik
minat murid sekolah rendah terhadap buku yang ditulis. Mesej mesej mudah yang
disampaikan dalam buku ini juga akan dapat diterapkan dalam minda pelajar seperti
nilai nilai murni dan sejarah lalu. Tambahan itu, Antara mesej lain yang cuba
disampaikan di dalam buku ini ialah kekayaan negara, ketaatan rakyat jelata,
kemewahan raja, dan kecantikan Puteri Gunung Ledang.
Berdasarkan mesej mesej tersebut, kita dapat lihat bahawa mesej mesej
yang cuba disampaikan dalam buku ini adalah ringkas dan mudah serta membawa
pengertian yang senang difahami oleh murid murid .

5

5.0 Laras Bahasa
Buku ini telah menggunakan laras bahasa yang rendah dan sesuai dengan kosa
kata murid murid sekolah rendah. Tiada perkataan yang berada pada aras tinggi
dalam buku ini. Kosa kata yang mudah dan laras bahasa yang sesuai digunakan agar
murid murid mudah faham apa yang disampaikan dala kandungan buku ini. Hal ini
kerana kosa kata murid murid sekolah rendah lazimnya masih sedikit dan terhad.
Perkara ini menyebabkan perkataan perkataan baru hanya akan membuatkan murid
menjadi keliru seterusnya membuat penafsiran yang salah.
Lebih teruk lagi sekiranya akibat terlalu banyak perkataan yang tidak difahami
pelajar maka perasaan bosan mulai timbul. Hal ini berlaku kerana laras bahasa yang
lebih tinggi menyebabkan murid tersebut hilang minat untuk terus membaca buku
tersebut. Oleh itu, buku ini telah memaparkan bentuk bentuk struktur ayat yang
ringkas dengan laras Bahasa yang rendah sesuai dengan taraf kosa kata murid murid
sekolah rendah. Kesimpulannya, banyak perkara perlu dititikberatkan dalam menarik
minat murid untuk membaca buku.

Anda mungkin juga menyukai