Anda di halaman 1dari 4

“Seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, peribahasa ini merujuk

pada masyarakat yang tidak semuafakat dalam perbincangan dan hanya berpegang pada

pendapat masing-masing sahaja. Begitulah sikap masyarakat yang ada di negara ini pada

masa ini. Peribahasa ini jelas menunjukkan keadaan dan masalah yang dihadapi oleh pelbagai

pihak, terutamanya ketika berkomunikasi, bermesyuarat atau mengadakan perbincangan.

Sikap keji yang hanya mementingkan diri sendiri ini seharusnya dielakkan dan dibuang

daripada diri setiap insan. Sesungguhnya, sikap ini bukannya membawa faedah tetapi

membawa padah.

Pada zaman globalisasi ini, jumlah keluarga bahagia di negara ini kian merosot. Berdasarkan

kajian yang dibuat, statistik kes penceraian di Malaysia sudah mencecah 3000 kes setahun.

Gejala ini merupakan masalah yang semakin kronik dan perlu diambil tindakan yang

sewajarnya. Menurut kajian yang dilakukan oleh Professor Charles E.Comb dari Universiti

Nottingham di England, masalah-masalah keluarga ini kebanyakannya berpunca daripada

tingkah laku dan sikap ahli keluarga yang tidak memainkan peranan masing-masing. Mereka

tidak saling menghormati dan menyayangi antara satu sama lain dan mempunyai pendapat

yang berbeza tentang kehidupan yang diingini dan tidak boleh bertolak ansur untuk mencapai

matlamat mereka. Peribahasa “seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-

masing” jelas terpapar dalam sikap ahli keluarga masyarakat zaman ini.

Selain itu, peribahasa ini juga boleh dibuktikan dengan peranan rakyat dalam mengendalikan

keputusan atau memilih kerajaan mereka sendiri. Sebagai contoh, Jabatan Perhutanan dan

Jabatan Alam Sekitar telah jelas menyatakan dan memberi amaran kepada sesiapa yang

mengambil, memburu atau membunuh hidupan liar sama ada flora atau fauna. Tindakan ini

bukan sahaja untuk manfaat hidupan liar yang kian pupus, tetapi untuk kebaikan rakyat

negara juga. Pemeliharaan dan pemuliharaan biodiversiti hidupan liar di Malaysia dapat

menjamin keseimbangan ekosistem dan keindahan paranoma alam semula jadinya untuk
generasi akan datnag. Amaran yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi sahaja kerana

sehingga kini, masih berlaku perburuan dan pembunuhan hidupan liar yang boleh

menjejaskan keseimbangan ekosistem pada masa ini. Kedegilan dan ketidakperikemanusiaan

rakyat inilah yang akan membinasakan kehidupan mereka sendiri. Mereka beranggapan

bahawa hasil tangkapan hidupan liar dapat memberikan keuntungan yang lumayan tetapi

mereka tidak berpandangan jauh dan tidak berfikir tentang kesan-kesan tindakan mereka itu.

Jelaslah betapa bezanya pendapat pihak kerajaan yang mementingkan kesejahteraan rakyat

dengan pendapat rakyat yang hanya memikirkan kebahagiaan diri sendiri.

Sistem pemerintahan dan pentadbiran di Malysia berasaskan demokrasi iaitu pemilihan wakil

oleh rakyat melalui pilihan raya. Sistem demokrasi ini amat berguna dalam membentuk

perpaduan rakyat dan menjamin keamanan negara. Namun begitu, sesetengah masyarakat

tidak boleh menerima pemimpin yang bukan dipilih oleh mereka. Kebanyakannya bertindak

mengikut perasaan dan emosi untuk meluahkan perasaan dan ketidakpuasan mereka kepada

pihak kerajaan. Tingkah laku ini boleh membawa kepada pergaduhan atau pergolakan rakyat

dan secara tidak langsung, keamanan dan perpaduan negara terjejas, bak kata peribahasa

Albert Einstine, “membina reputasi yang baik mengambil masa 10 tahun tetapi untuk

mencemarkannya mengambil masa lima minit sahaja”. Peribahasa ini menunjukkan usaha-

usaha pihak kerajaan selama ini seperti mengira bulu di badan kambing biri-biri sahaja

kerana semuanya sia-sia belaka akibat masyarakat yang tidak semuafakat.

Kita bicara pula dari sudut perpaduan, perpaduan rakyat negara ini merupakan hasil dari

penyatuan dan kesefahaman rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat

majmuk seperti Melayu, Cina dan India. Rakyat negara ini hidup bersatu-padu dan saling

berkompromi antara satu sama lain. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk

masing-masing masih terdapat dalam diri segelintir masyarakat tetapi mereka dapat
menyelesaikannya melalui perbincangan untuk menjaga kesejahteraan rakyat yang berlainan

bangsa, budaya dan agama. Walaupun begitu, persaudaraan erat yang utuh ini diancam pada

tahun 2008. Pergaduhan besar telah berlaku di kawasan pedalaman Pahang antara orang

Melayu dan orang India kerana perbezaan pendapat, ajaran dan moral. Masyarakat yang

menetap di sekitar kawasan itu berasa bimbang dan gelisah serta takut untuk keluar rumah

akibat pergaduhan tersebut. Mujurlah pihak polis dapat menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh mereka dengan tenang dan diplomatik. Sikap masyarakat yang ditunjukkan

terbukti membawa bahaya dan padah kepada masyarakat itu sendiri. Oleh itu, peribahasa

‘seperti enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing’ sebaik-baiknya diluputkan

daripada kamus hidup diri masing-masing.

Kita hidup dalam sebuah masyarakat ‘ibarat aur dengan tebing’. Hidup yang sering

membantu ‘sedikit tanda ada, banyak tanda ingat’. Budaya dan adat resam merupakan teras

penglahiran yang membentuk identiti sesebuah masyarakat. Oleh hal yang demikian, setiap

kaum hendaklah memahami selok-belok kehidupan kaum lain terutama dalam pengamalan

budaya, agama dan adat resam mereka. Dengan memahami selok-belok kehidupan kaum lain,

maka barulah wujudnya hubungan toleransi dan saling menghormati. Menyedari kepentingan

menghormati adat resam dan budaya setiap kaum, kerajaan telah melancarkan sambutan

rumah terbuka dan menggalakkan budaya kunjung-mengunjung. Hal ini jelas menunjukkan

tindakan kerajaan yang berpendapat bahawa permuafakatan dan perpaduan rakyat menjadi

tunggak utama dalam kemajuan Negara dari segi ekonomi, politik dan social. Demi mencapai

matlamat negara, peribahasa ‘seperti enaudalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’

seharusnya dielakkan dan dijauhi oleh setiap lapisan masyarakat. Sebagai sebuah Negara

bermasyarakat majmuk, kita perlulah mengambil masalah perpecahan rakyat dengan serius

dan tidak sambil lewa kerana mungkin kelak kita juga akan rugi akibat perspektif buruk
masyarakat di negara Malaysia yang hanya mementingkan diri sendiri dan enggan menerima

pertolongan atau bantuan orang lain.

Intihanya, demi keamanan dan kesejahteraan rakyat sejagat, pihak berkuasa dan berwajib

perlu mengambil tindakan-tindakan yang konkrit untuk menyediakan payung sebelum hujan.

Setiap insan juga perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memastikan pertelingkahan dan

pergaduhan tidak berlaku sesama sendiri seperti yang berlaku pada tahun 1996 kerana

masyarakat pada masa itu mempunyai perbezaan pendapat yang tidak boleh diselesaikan

secara aman dan tenang. Masyarakat yang sejahtera dan kondusif merupakan masyarakat

yang bersatu padu, saling menghormati dan memahami serta berfikiran positif dan bersangka

baik antara satu sama lain. Sudah banyak kali diperdengarkan, rakyat merupakan tulang

belakang dan akar negara. Oleh itu, setiap orang perlu memainkan peranan masing-masing

untuk membolehkan negara duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara

yang lain. Menurut Nabi Muhammad s.a.w, “Kejayaan berdakwah berpandukan

perbincangan yang baik”. Hadis ini membuktikan bahawa sebarang masalah yang dihadapi

tentu boleh diselesaikan jika kedua-dua pihak duduk berbincang dan bertukar pendapat

dengan fikiran yang terbuka 

Anda mungkin juga menyukai