Anda di halaman 1dari 14

KAJIAN KES SEJARAH

TINGKATAN 3

PENENTANGAN MASYARAKAT
TEMPATAN

MAT SALLEH

NAMA: WAFA UMAIRAH BINTI MOHD FAUZI


KELAS: 3 STEM BESTARI
PERKARA

1. PENGHARGAAN
2. OBJEKTIF KAJIAN
3. KAEDAH KAJIAN
4. PENGENALAN
5. HASIL LAPORAN
6. RUMUSAN
7. SUMBER RUJUKAN
8. LAMPIRAN
PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya dalam menyiapkan kajian kes
sejarah ini. Kajian kes sejarah ini memberikan saya peluang
untuk mempelajari dan memahami peristiwa penting dalam
sejarah dan mengembangkan kemahiran penyelidikan dan
penulisan.

Pertama sekali, saya ingin megucapkan terima kasih kepada


guru sejarah saya iaitu Puan Nurlianis yang tidak jemu-jemu
memberi bimbingan, dorongan, sokongan dan tunjuk ajar
cara-cara membuat kajian kes mengikut kriteria yang
ditetapkan. Tanpa bimbingan guru saya tidak akan dapat
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa


saya yang memberi sokongan dan motivasi sepanjang saya
menyiapkan tugasan ini. Tanpa sokongan mereka, saya tidak
akan dapat menyiapkan tugasan ini dalam jangka masa yang
telah ditetapkan.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada


rakan-rakan saya kerana telah berkongsi maklumat dan
rujukan dengan saya.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Untuk mengetahui faktor-faktor


penduduk tempatan menentang
penjajahan British
2. Untuk mengkaji perjuangan menentang
penjajah di negeri-negeri Melayu
3. Untuk mengetahui iktibar daripada
perjuangan masyarakat tempatan
KAEDAH KAJIAN

 RUJUKAN INTERNET

Saya memilih kaedah ini sebagai salah satu kaedah


untuk mengumpul maklumat melalui sumber sekunder.
Melalui kaedah ini, saya memperolehi maklumat yang
telah diolah dan ditafsirkan serta dikemaskini oleh
pakar-pakar yang berkenaan.

Untuk menjalankan kaedah ini, saya juga melayari


Internet berkali-kali dan merujuk pelbagai laman
sesawang untuk mendapatkan maklumat berkenaan
kajian saya.
PENGENALAN

Penentangan masyarakat tempatan merujuk kepada


perjuangan yang dilakukan oleh rakyat tempatan
terhadap kuasa asing yang menguasai tanah mereka.
Penentangan ini berlaku kerana mereka tidak puas hati
dengan sistem pentadbiran Barat yang memberi kesan
terhadap kuasa pemerintah dan kehidupan masyarakat
tempatan. Oleh itu, mereka bangkit dengan nekad
mengusir kuasa Barat dari tanah air. Pada mulanya,
kebangkitan tersebut menampakkan kejayaan yang
membanggakan. Akhirnya, masyarakat tempatan
terpaksa mengalah dengan kelebihan strategi dan
teknologi yang digunakan oleh kuasa Barat untuk
menewaskan kebangkitan tersebut.
HASIL LAPORAN

1. Untuk mengetahui faktor-faktor penduduk


tempatan menentang penjajahan British

Antara fakfor-faktor penduduk tempatan menentang


penjajahan British adalah penindasan dan perlakuan
tidak adil yang dilakukan oleh penjajahan British
terhadap penduduk tempatan seperti pungutan cukai
yang berlebihan dan pemusnahan tanah dan ladang
menyebabkan ketidakpuasan di kalangan rakyat
Borneo Utara.
Selain itu, pengaruh penjajah British menyebabkan
kehilangan kadaulatan dan kebebasan rakyat tempatan.
Rakyat Borneo Utara merasakan bahawa penjajahan ini
adalah ancaman terhadap kehidupan dan budaya
mereka. Oleh itu, keinginan untuk mempertahankan
kedaulatan dan identiti penduduk tempatan menjadi
faktor penting dalam penentangan terhadap penjajah.
Akhir sekali, sistem ekonomi kolonial yang
diperkenalkan oleh British tidak memberi manfaat yang
adil kepada penduduk tempatan. Rakyat Borneo Utara
mengalami penindasan ekonomi dan ekspoloitasi
sumber alam oleh penjajah.
2. Untuk mengkaji perjuangan menentang
penjajah di negeri-negeri Melayu

Orang-orang Melayu adalah pelayar ulung yang telah


mengembangkan pengaruh mereka di Nusantara
menerusi beberapa empayar maritim yang pernah
diterajui mereka. Kedatangan penjajah Barat bermula
kurun ke-16 telah menghakis kegemilangan kerajaan-
kerajaan Melayu ini sehingga seluruh Dunia Melayu
terjajah. Walaupun ditindas dan dijajah beratus tahun
lamanya, ini telah membuktikan bahawa orang-orang
Melayu mempunyai semangat kebangsaan dan jati diri
yang tinggi untuk menentang penjajah.
Antaranya, ialah Perang Kedah-Siam pada kurun ke19.
Sultan Ahmad Tajuddin yang tidak rela negerinya
mengalami nasib yang sama seperti Pattani yang telah
dihapuskan kesultananya, telah mencuba memperbaiki
hubungannya dengan Raja Siam melalui beberapa siri
perbincangan diplomatik. Pada tahun 1842, takhta
Sultan Kedah telah dikembalikan oleh Raja Siam kepada
baginda Sultan Kedah dan kesultanan Kedah kekal
sehingga hari ini sebagai sebuah institusi kesultanan
yang diiktirafkan oleh kerajaan Malaysia. Perjuangan ini
menunjukkan bahawa orang-orang Melayu Kedah
mempunyai semangat juang yang sangat tinggi.
Selain itu, perang kastilla di Borneo. Tentera Melayu
Brunei berjaya mengumpulkan kekuatan dan serangan
telah dilancarkan oleh Bendahara Sakam dengan
penuh semangat keberanian. Akhirnya beliau berhasil
mengusir Sepanyol dari bumi Brunei pada Jun 1578. Hal
ini kerana keberanian dan semangat juang yang tinggi
pasukan tentera Melayu Brunei. Brunei mungkin akan
menjadi sebahagian daripada wilayah takluk Sepanyol
di Timur dan sebahagian dari wilayah negara Filipina.
Sehingga hari ini, Brunei kekal sebagai sebuah
kesultanan makmur yang berdaulat dan masih
mengamalkan konsep Melayu Islam Beraia (MIB).
Kesimpulannya, bermula kurun ke-16. Kerajaan-
kerajaan Melayu telah dijajah oleh kuasa-kuasa luar
seperti Belanda, British, Sepanyol dan juga kuasa
serantau, Siam. Biarpun dijajah dan tanah air mereka
dijarah. Namun bangsa rumpun Melayu tidak mudah
menyerah tanpa sebarang penentangan. Oleh itu,
orang-orang Melayu hendaklah mempunyai semangat
bagi membina jati diri untuk berusaha maju ke
hadapan dalam membina negara-negara rumpun
Melayu yang telah merdeka.
3. Untuk mengetahui iktibar daripada perjuangan
masyarakat tempatan

Antara iktibar daripada perjuangan masyarakat


tempatan ialah tanpa ilmu pengetahuan kita mudah
dipermainkan oleh pihak yang cuba mengambil
kesempatan. Perpecahan dalam kalangan masyarakat
dan sikap mengutamakan kepentingan diri dapat
menggagalkan perjuangan untuk memartabatkan
bangsa kita. Oleh itu, pihak luar akan mengambil
kesempatan jika kita berada dalam keadaan yang
lemah.
Selain itu, kita hendaklah contohi mereka yang
mempunyai semangat juang yang kental dan tidak
mudah berputus asa. Semangat tersebutlah yang
membuatkan mereka gigih berjuang hingga mencapai
kejayaan.
Akhir sekali, kita hendaklah contohi sikap mereka
yang mematuhi ajaran agama. Mereka berani
menegakkan kebenaran dan mereka menolak
pengenalan sistem cukai dan undang-undang British
kerana pembaharuan tersebut bercanggah dengan
budaya dan nilai masyarakat tempatan. Hal ini kerana
mereka memiliki jati diri yang tinggi menyebabkan
mereka tidak mudah menerima pengaruh luar.
RUMUSAN

Kesimpulan yang saya dapati dalam hasil kajian ini


ialah saya dapat mempelajari dan mengetahui tentang
penentangan masyarakat tempatan menentang
penjajah di Tanah Melayu. Dengan membuat kajian kes
ini juga saya mendapat tahu sejarah sebenar
masyarakat tempatan tersebut, saya juga berasa
bangga dengan mereka kerana telah berjuang habis-
habisan demi negeri-negeri Melayu. Saya juga bangga
menjadi rakyat Malaysia. Kajian kes ini juga telah
memberikan saya semangat untuk berusaha
memajukan bangsa dan negara saya yang tercinta.
SUMBER RUJUKAN

https://app.pandai.org/learn/chapter/kssm-f3-sj-07/
penentangan-masyarakat-tempatan
https://cerdika.com/my/faktor-faktor-penentangan-
mat-salleh/
https://thepatriots.asia/kisah-tiga-bagsa-melayu-
melawan-penjajah/
https://sejkssrt5t2.wordpress.com/2017/08/18/
perjuangan-tokoh-tempatan/
LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai