Anda di halaman 1dari 2

Jika Saya Seorang Raja…

Jika saya seorang raja, saya akan melaksanakan tujuh perkara sepanjang

tempoh perkhidmatan saya. Antaranya, saya akan memerintah negara

dengan penuh tanggungjawab dalam semua urusan pentadbiran. Saya akan

melantik barisan menteri yang berpengetahuan tinggi, berpengalaman dan

amanah dalam menjalankan tugas. Ini adalah penting bagi menjamin

kestabilan ekonomi dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama dan

kaum.

Sebagai ketua undang-undang dan kehakiman, saya akan memastikan

undang-undang negara digubal untuk memelihara dan mengekalkan

keamanan negara. Saya akan memastikan tragedi-tragedi sebelum negara

mencapai kemerdekaan tidak akan berulang lagi.

Sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu pula, saya akan

melantik para pemimpin agama dalam urusan keagamaan untuk memastikan

rakyat sentiasa taat kepada suruhan Allah. Selain itu, saya juga akan

membina masjid dan surau supaya rakyat dapat beribadah. Saya juga akan

turut membina surau di dalam kampung-kampung terpencil.

Seterusnya, saya akan membantu rakyat yang memerlukan. Bantuan

kepada mangsa banjir seperti bekalan makanan, pakaian dan barang

keperluan harian akan dihulurkan kepada mereka. Saya juga akan melawat

mangsa banjir di pusat pemindahan. Rumah-rumah untuk gelandangan juga

akan dibina dan peluang pekerjaan akan dibuka kepada mereka supaya dapat

berdikari dan meneruskan hidup. Menjelang musim perayaan pula, saya juga

turut memberikan bantuan seperti pakaian yang baharu dan makanan. Saya

1
juga akan mengunjungi rakyat di rumah mereka bagi memastikan mereka

gembira di hari raya.

Di samping itu, saya akan membina sekolah yang dilengkapi dengan

pelbagai kemudahan yang selesa supaya murid-murid dapat belajar dalam

suasana kondusif. Kelas-kelas juga bersih dan cantik. Sekolah yang selesa

dapat melahirkan murid-murid yang cemerlang di masa hadapan kerana

murid-murid belajar dalam keadaan tenang dan gembira.

Akhir sekali, saya akan membina hospital dan klinik-klinik yang dilengkapi

dengan pelbagai kemudahan untuk merawat pesakit seperti mangsa yang

terlibat dalam kemalangan jalan raya dan pesakit kanser. Hospital ini akan

mempunyai ramai doktor-doktor pakar serta mempunyai pelbagai peralatan

yang canggih. Warga emas dan kanak-kanak pula berpeluang menikmati

rawatan secara percuma.

Kesimpulannya, seperti peribahasa “harimau mati meninggalkan belang,

manusia mati meninggalkan nama”, saya ingin menjadi raja yang sentiasa

dikenang dan disayangi oleh rakyat walaupun saya tiada di dunia ini kelak.

Saya amat berharap agar negara akan maju dan rakyat sejahtera di bawah

kepimpinan saya.

Anda mungkin juga menyukai