Anda di halaman 1dari 19

PERBEZAAN INDIVIDU

DISEDIAKAN OLEH P.H.POH (DPLI MUZIK/PC SEM 2)

           
PENGHARGAAN
1.0 PENGENALAN
2.0 ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU
2.1 Fizikal
2.2 Kognitif / Mental
2.3 Emosi
2.4 Tingkah Laku
2.5 Sosial
2.6 Rohani / Agama
3.0 KEPELBAGAIAN KECERDASAN
3.1 Teori Pelbagaian Kecerdasan : Howard Gardner
3.1.1 Kecerdasan Linguistik
3.1.2 Kecerdasan Logikal-Matematikal
3.1.3 Kecerdasan Visual-Spatial
3.1.4 Kecerdasan Muzik
3.1.5 Kecerdasan Tubuh Kinestetik
3.1.6 Kecerdasan Interpersonal
3.1.7 Kecerdasan Intrapersonal
3.1.8 Kecerdasan Alam Sekitar
4.0 KECERDASAN EMOSI
5.0 GAYA KOGNITIF
5.1 Gaya Kognitif Analisis
5.2 Gaya Kognitif Idealis
5.3 Gaya Kognitif Pragmatik
5.4 Gaya Kognitif Realisme
5.5 Gaya Kognitif Sintesis
6.0 GAYA PEMBELAJARAN
6.1 Model Pembelajaran Dunn dan Dunn
7.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN
DAN PEMBELAJARAN
8.0 KESIMPULAN
BIBIOGRAFI

PENGHARGAAN
Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan
sempurnanya.  Ini adalah kerana semasa membuat tugasan ini, waktu itu juga merupakan
tempoh selama dua minggu saya menjalankan tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah
(PBS) di sebuah sekolah pilihan saya.  Walaupun kesuntukan masa, saya juga telah
menyiapkan tugasan saya ini dengan mengikut strategi perancangan tugasan saya.  Dalam
sepanjang aktiviti PBS, saya juga turut membuat analisis tugasan saya ini dengan
memerhati gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid-murid di sekolah itu semasa tijauan
strategi pengajaran dan pembelajaran dijalankan.  Di sini, saya ingin mengambil peluang untuk
mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Psikologi ini, Encik Ridzuan Bin
Ahmad yang telah memberikan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran untuk membantu dan
memberikan sokongan sepenuhnya dalam tugasan ini termasuklah semasa pembentangan
saya dijalankan. 

            Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga saya yang
telah banyak membantu dan memberikan sokongan kepada saya untuk menyempurnakan
tugasan saya.  Seterusnya, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang banyak
berkongsi maklumat serta pendapat dan memberikan idea-idea bernas kepada saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Hasil daripada perbincangan bersama rakan-rakan saya telah
menghasilkan satu kerjasama yang baik dan berkesan dalam proses penyiapan tugasan ini.
Akhirnya, sokongan dan jasa daripada pihak di atas tidak akan saya lupakan. 

1.0             PENGENALAN

Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain.  Menurut
Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi ketidaksamaan aspek
perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di kalangan individu.  Oleh demikian, guru-
guru perlu memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi
pembelajaran di dalam kelas. 

Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat yang tidak
boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia mengambil tindakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah.  Sebagai seorang guru, adalah betapa penting untuk
mengetahui dan mengambil perhatian terhadap wujudnya perbezaan individu dengan
mengetahui setiap murid adalah berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap
sosioekonomi dan lain-lain lagi.  Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan
corak pembelajaran mereka.  Demi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran, guru
berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di dalam kelas, impaknya murid dapat
mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. 

            W.W.Cook: Grouping and promotion in the Elementary School menjelaskasn perbezaan


individu dari segi pencapaian dengan kajian hampir semua kelas Darjah 6 akan terdapat
sekurang-kurangnya seorang murid yang berkebolehan membaca setakat Darjah Dua dan
seorang murid berkebolehan membaca sehingga Tingkatan Empat.  Namun, kepelbagaian
yang wujud antara murid perlu dikaji dan difahami dengan sebaliknya dalam membantu untuk
memahami gaya pembelajaran dan diselitkan dengan latar belakang budaya setiap murid
dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan.  Ini dapat menunjukkan betapa
pentingnya guru untuk memahami serta mengetahui gaya pembelajaran murid yang wujud di
dalam kelas.   

 
2.0             ASPEK-ASPEK PERBEZAAN INDIVIDU

Kluckholn, Murray dan Schneider (1953), setiap manusia akan bertindak seperti


manusia yang lain dalam sesuatu perkara, mereka akan bertindak mengikut kumpulan dalam
sesuatu perkara dan mereka akan bertindak mengikut cara sendiri bagi sesuatu perkara.  Ini
menunjukkan corak kehidupan bagi setiap manusia adalah unik dan setiap individu adalah
berbeza dari pelbagai aspek.  Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa
aspek perbezaan seperti:
2.1             Fizikal
Aspek fizikal ini adalah perbezaan yang diwarisi.  Ini dapat kita memerhatikan
perbezaan individu dari dari segi kelihatan luaran seperti paras rupa, susuk badan dan
sebagainya serta fizikal yang tidak boleh lihat iaitu fizikal dalaman seperti saiz otak dan
jumlah neuron.  Ini dapat kita lihat perbezaan perkembangan saiz badan kanak-kanak
perempuan dan kanak-kanak lelaki semasa mencapai umur lingkungan 10 tahun sehingga 12
tahun semasa belajar di sekolah rendah.  Contohnya, kanak-kanak perempuan akan mencapai
kematangan lebih cepat dan lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki. 

Sheldon (1942) mengategorikan temperamen kepada tiga kategori


iaitu Endomorf (bertubuh bulat) dengan suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri
tetapi mudah diserang tekanan perasaan.  Mesomorf (tubuh badan otot yang kuat) menujukkan
bersifat agresif, bertenaga dan kuat bersukan.  Manakala Ektomort (kurus dan tinggi) dengan
bersifat bimbang, suka bersendirian dan seorang pendiam.  Walaupun pembawaan ini diwarisi,
namun ia juga ditentukan oleh tindakbalas dengan persekitaran. 

2.2             Kognitif / Mental
Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul,
menganalisis serta bakatnya.  Murid-murid mempunyai aras kognitif yang berlainan.  Mereka
mungkin memproses rangsangan-rangsangan yang diterima daripada persekitaran dengan
cara-cara yang berlainan.  Contohnya murid-murid perempuan mempunyai kemahiran menulis
dan memori yang lebih tinggi daripada lelaki.  Kajian Santrock (2001) dapat membuktikan
pencapaian murid-murid lelaki lebih baik berbanding murid-murid perempuan bagai
matapelajaran Matematik, Sains dan sukan.  Manakala pencapaian murid-murid perempuan
adalah baik berbanding murid-murid lelaki dalam matapelajaran masakan dan jahitan. 

2.3             Emosi
Murid-murid mempunyai tahap emosi yang berlainan.  Ini adalah kerana mereka berasal
keluarga yang mempunyai tahap sosio-emosi dan kemahiran-kemahiran sosial yang berlainan. 
Emosi ini adalah berasal dari ibu bapa.  Tahap kecerdasan emosi ini adalah berbeza.  Contoh
emosi, ketakutan, sensitif, cepat marah, pemalu, pasif dan sebagainya.  Kanak-kanak lelaki
lebih bersifat temperamen daripada kanak-kanak perempuan. 
     
            Guru perlu mengenalpasti perbezaan emosi murid-murid dan menangani dengan cara
yang sesuai serta mendisiplin mereka.  Guru-guru perlu merancangkan pelbagai strategi
pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut personaliti murid-murid supaya dapat
mempertingkatkan tahap keyakinan mereka semasa pembelajaran dijalankan.  

2.4             Tingkah laku
Tingkah laku juga dikenali sebagai kebolehan khas yang diwarisi tetapi peluang alam
sekitar yang luas juga turut mempengaruhi tingkah laku seseorang.  Menurut Mok Soon Sang
(2008), perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti
sosial.  Contohnya, terdapat peluang atau galakan yang positif maka akan wujudnya tingkah
laku seseorang itu positif.  Dari segi pengaruh persekitaran adalah seperti dari keluarga,
sekolah, rakan sebaya, media massa dan kebudayaan. 

2.5             Sosial
Menurut Guilford (1959), beliau menerangkan perbezaan sosial adalah mengikut ciri-ciri
semulajadi iaitu trait yang akan tentukan sama ada individu itu permalu, pendiam,
mengasingkan diri, gugup, gelisah, impulsif.  Manakala minat, sikap, keperluan, kecenderungan
serta temperamen juga turut mempengaruhi individu.  Manakala Bandura (1997) menekankan
pengaruh model ke atas tingkah laku individu yang belajar tingkah laku tertentu melalui
pemerhatian terhadap orang lain.

Perbezaan sosial yang wujud adalah dipengaruhi wujudnya latarbelakang sosio-


ekonomi seperti murid-murid yang mempunyai kapasiti pendapatan keluarga yang tinggi, maka
nustrisi adalah lebih bagus dan keadaan fizikal terjaga dengan rapi.  Di dalam kelas, guru perlu
mengenalpasti tahap sosial murid-murid dan sentiasa menyediakan bahan pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai. 

2.6       Rohani / Agama       
            Kewujudan perbezaan rohani di kalangan murid-murid adalah disebabkan terdapatnya
perbezaan budaya dengan kepercayaan masing-masing.  Aspek rohani dalah lebih universal
dengan hubungan tubuh badan-minda-jiwa.  Murid-murid dibesar mengikut sistem agama
tertentu dari ibu bapa.  Guru-guru bertanggungjawab lebih sensitif terhadap agama dan
menggunakan nilai-niali rohani am untuk membina kesihatan dan kekuatan minda murid-murid
supaya melahirkan jiwa murid-murid yang stabil dan seimbang.
            Selain daripda enam aspek yang utama ini telah menyebabkan perbezaan individu,
maka terdapat juga faktor lain yang turut mempengaruhi perbezaan ini seperti bakat atau minat,
perwatakan, pengunaan bahasa, sosialisasi, lokasi yang berbeza dan sebagainya. 

            Namun begitu, para pendidik perlu merancang strategi dan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang akur dengan gaya pembelajaran yang berbeza-beza di kalangan murid
supaya tahap pencapaian matlamat pengajaran dapat dipertingkatkan.   

3.0             KEPELBAGAIAN KECERDASAN
Kecerdasan merupakan keupayaan mental seseorang individu yang boleh diukur.  Ujian
kecerdesan (skala 1950) untuk menguji kecerdasan pelajar berdasarkan ingatan mereka dari
aspek keupayaan sentuh dan mereka bentuk hingga keupayaan menakrif konsep yang
abstraks.  Teori Vygotsky menekankan konsep kecerdasan meliputi keupayaan menggunakan
kemahiran belajar dengan bantuan orang yang lebih mahir melalui teknik pemudahcaraan
dengan scaffolding.

3.1       Teori Pelbagaian Kecerdasan : Howard Gardner    


Howard Gardner, profesor di universiti Harvard, beliau menyatakan terdapatnya lapan
kecerdasan yang mempunyai kuantiti yang berbeza-beza diwujudkan di kalang individu.  Garner
(1993), potensi manusia mempunyai lapan kecerdasan dalam dirinya iaitu :

3.1.1   Kecerdasan Linguistik
           Kecerdasan ini secara dominan dan mahir dalam proses membaca, menulis, bertutur
danberbicar.  Murid-murid ini sensitif kepada makna dan susunan perkataan iaitu mempunyai
kemahiran berbahasa.  Jenis murid-murid ini gemar memberikan pendapat, suka menulis dan
mereka minat dan banyak membaca.

3.1.2       Kecerdasan Logikal-Matematikal
Kecerdasan ini merangkumi mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah
matematik dengan mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat
keputusan serta menyelesaikan masalah.  Murid ini lebih dalam kepandaian Matematik dan
sistem logik serta berkeupayaan berfikir secara logik dan dapat mengenal geomatrik serta
nombor-nombor pengiraan dengan mudah.  Justeru, mereka suka mencari sebab musabab
bagi sesuatu yang tidak jelas dan suka menyoal tentang berbagai-bagai fenomena. 

3.1.3       Kecerdasan Visual-Spatial
Kecerdasan ini berupaya untuk menggambar sesuatu dengan tepat.  Kecerdasan ini
menepati ruang, melukis, membentuk corka, mewarna, mencipta dan membina gambaran
mental serta mengamati dunia visual.  Murid-murid ini berkeupayaan membuat persepsi tentang
dunia sebenar, menggambar secara grafik di dalam fikiran mereka apa yang mereka alami. 

3.1.4       Kecerdasan Muzik
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan mencipta muzik.  Kecerdasan
ini mengenai pasti bunyi vokal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu,
kepekaan terhadap ritma, melodi muzik dan main alat-alat muzik.  Murid ini gemar belajar
dengan diiringi muzik di latar belakang.

3.1.5       Kecerdasan Tubuh Kinestetik


Kecerdasa ini berupaya menggunakan tubuh badan dengan mahir.  Kecerdasan ini
merangkumi gerak badan gimnastik, kawalan fizikal badan, kawalan anggota dan mereka suka
dalam bidang sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari.  Murid-murid ini suka bermain
permainan dan melibatkan diri dalam aktiviti sukan.

3.1.6       Kecerdasan Interpersonal
Kecerdasan ini merangkumi keupayaan memahami dan berhubung dengan orang lain. 
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini suka berinteraksi sosial termasuk semangat
bekerjasama, kepandaian memimpin serta berkomunikasi dengan berkesan.  Murid ini sering
suka terlibat dalam aktiviti-aktiviti luar sekolah, mereka mempunyai kecerdasan emosi yang
tinggi, bersifat kasihan serta berpotensi tinggi menjadi pemimpin sebab mereka mudah
mempengaruhi orang lain.

3.1.7       Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan intrapersonal ini berkeupayaan memahami emosi dan perlakuan sendiri. 
Mereka mempunyai kecerdasan dalaman diri yang tinggi dengan berkeupayaan mengenali
dalaman diri sendiri.  Murid-murid ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi dengan
menunjukkan kemahiran kepimpinan serta mempunyai ciri-ciri berdikari, set nilai-nilai dan
prinsip-prinsip tersendiri.  Mereka suka memencilkan diri dan tidak dapat bertemu dengan
individu yang mempunyai minat yang sama. 

3.1.8       Kecerdasan Alam Sekitar


Individu ini mempunyai kecerdasan yang sensitif kepada isu-isu alam persekitaran,
minat belajar tentang pelbagai flora dan fauna.  Mereka mempunyai keupayaan mengenali dan
mengategori alam flora dan fauna.  Murid-murid ini berkemahiran yang tajam dalam mengkaji
pelbagai corak-corak dan pola-pola persekitaran, mereka sanggup berjuang habis-habisan
untuk mempertahankan sesuatu isu persekitaran. 

Guru seharusnya membenarkan murid-murid meneroka sendiri dalam suasana yang


selamat supaya mereka boleh mengarah pembelajaran kendiri.  Guru dapat memberikan
bantuan murid-murid menghargai kekuatan kendiri dengan melibatkan diri mereka dalam
penyelesaian masalah harian.  Haward Garner berpendapat melalui P&P melalui beberapa
mata pelajaran, murid-murid akan lebih berminat dan terangsang untuk meneroka idea-idea
baru.  Namun, pendekatan P&P guru dapat dirancangkan mengikut kecerdasan yang sedia ada
pada murid supaya pembelajaran murid dapat mengembangkan dan meningkatkan tahap
emosi mereka supaya seimbang (kecerdasan emosi).

4.0             KECERDASAN EMOSI

Emosi adalah sesuatu perasaan jiwa yang kuat.  Daniel Goleman (1997) menyatakan
dalam buku Emotional Intelligence emosi adalah sesuatu perasaan dan pemikiran tersendiri
dan beliau telah memperkenalkan konsep kecerdasan emosi serta menggunakan cara atau
kaedah untuk menyukat kecerdasan dan potensi seseorang.  Kecerdasan emosi adalah
pengukur kecerdasan perasaan dan emosi dengan berdasarkan kepada kesedaran bahawa
perasaan dan emosi adalah berasingan daripada tindakan seseorang.  Kecerdasan emosi ini
berhubungkait dengan pengenalan kendiri dan kerohanian serta pengawalan emosi orang lain
serta ia juga berkait rapat dengan teori pelbagai kecerdasan. 
Kecerdasan emosi ini merangkumi tiga komponen iaitu pertama, kognitif dengan
merujukkan pengalaman yang subjektif di bawah keadaan sedar dan aspek penilaian.  Kedua,
fisiologikal menekankan rangsangan dan kebangkitan badan fizikal.  Akhirnya, tingkah laku
yang menunjukkan ciri ekspresi ditunjukkan secara terbuka.  Kecerdasan emosi adalah
integrasi emosi denagn struktur kognitif dalam personaliti individu.  J.D.Mayer dan P.Salovey
(1990), Kecerdasan emosi adalah kognitif masyarakat dan ia merangkumi tiga kategori yang
utama iaitu kebolehan membezakan emosi diri dengan orang yang lain, kebolehan mengawal
emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain serta kebolehan menggunakan
maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.    

            Guru berperanan menyelitkan pelbagai aktiviti untuk membantu murid-murid supaya
dapat mempertingkatkan serta mengembangkan kecerdasan emosi mereka.  Terdapatnya
enam bidang kecerdasan emosi perlu dikembang secara berurutan oleh seseorang guru untuk
mempertingkatkan kecerdasan emosi murid-murid iaitu pertama, perkembangan kesedaran
kendiri berlaku dengan memerhati tindakan dan gerak balas kendiri, termasuk pemikiran dan
pertuturan seseorang.  Kesedaran ini dapat dicapai melalui mengimbas kembali melalui proses-
proses refleksi dan introspeksi.

            Kedua, guru berperanan mengawal emosi murid-murid.  Guru juga bertugas sebagai
kaunselor kepada murid-murid supaya dapat membantu mereka menangani dan mengatasi
perasaan ketakutan, kemarahan, kesedihan atau kecurigaan.  Guru perlu sentiasa membantu
murid-murid mengawal daripada wujudnya emosi-emosi negatif.  Ketiga, guru boleh mengajar
murid-murid memahami perasaan orang lain.  Murid akan dididik untuk melahirkan perasaan
belas kasihan untuk orang lain dan menghargai perbezaan pandangan serta memahami
perasaan antara individu tentang isu yang sensitif.   

            Keempat, guru berperanan meningkatkan kemahiran sosial di kalangan murid-murid


dengan melahirkan hubungan berinteraksi dan komunikasi yang berkesan.  Peningkatan
kemahiran sosial akan mempengaruhi tahap kualiti persahabatan meningkat.  Contohnya, guru
mengajar murid-murid menyuarakan pendapat mereka tanpa beremosi.  Kelima, guru mengajar
murid-murid bekerjasama antara satu sama lain.  Melalui kerjasama ini, murid-murid dapat
memupuk nilai bertanggungjawab atas tindakan mereka.  Akhirnya, guru mengajar murid-murid
menyelesaikan konflik.  Penyelesaian konflik melibatkan kemahiran-kemahiran mengawal
emosi yang spesifik.  Ringkasannya, kawalan emosi penting bagi murid-murid supaya dapat
bermesra secara harmoni dengan rakan-rakan sekelas dan turut mempertingkatkan tahap
persahabatan mereka.

5.0             GAYA KOGNITIF
Gaya kognitif dimaksudkan sifat-sifat memproses maklumat yang mencerminkan cara
biasa murid-murid melakukan persepsi, pemikiran, pengingatan dan penyelesaian masalah.  Ia
juga menerangkan bagaimana seseorang individu memperolehi pengetahuan dan bagaimana
mereka memproses pengetahuan tersebut.  Sekiranya gaya kognitif muri-murid adalah selaras
dengan gaya kognitif guru, maka ini pengajaran dan pembelajaran adalah berkesan
kerana gaya kognitif yang sama akan mempertingkatkan komunikasi dan interaksi antara satu
sama lain. 

Menurut Garity (1985), gaya kognitif adalah cara-cara manusia memproses maklumat


dan pengalaman.  Gaya kognitif dapat dibahagikan kepada lima jenis iaitu analisis, idealis,
realis, pragmatik dan sintesis. 

5.1       Gaya Kognitif Analisis
            Murid-murid ini sentiasa mencari suatu keputusan yang boleh diramalkan.  Mereka
mempunyai ciri-ciri seperti merancang sesuatu dengan teliti, membuat banyak set kriteria untuk
memilih kriterial yang terbaik dan mempunyai kepercayaan maklumat dan kajian yang
mencukup.  Mereka juga percaya bahawa setiap permasalahan dapat diselesaikan. 

5.2             Gaya Kognitif Idealis
Murid-murid jenis ini adalah lebih bersifat reseptif dan mengambil pandangan yang lebih
luas serta berhadapan dengan sesuatu masalah.  Ciri-ciri yang sedia ada pada murid ialah
mereka suka menanya apabila menghadapi sebarang kesusahan, mementingkan aspek moral,
selalu melibatkan diri dalam proses introspeksi diri, senang dipercayai oleh orang ramai dan
suka menetapkan matlamat besar dan berwawasan. 

5.3             Gaya Kognitif Pragmatik
Gaya kognitif ini merujuk kepada pemikiran yang berpandukan pengalaman pratikal dan
pemerhatian.  Murid-murid ini suka membuat amalan-amalan praktikal dan menangani sesuatu
masalah dengan realistik dan logik.  Mereka suka bereksperimentasi dan daya inovasi yang
tinggi, serta melakukan beberapa kerja pada masa yang sama.  Sebaliknya, mereka tidak suka
kepada perbincang yang abstrak dan tidak suka menilai orang lain. 

5.4             Gaya Kognitif Realisme
Murid-murid jenis gaya ini suka menganggap dunia realiti mengikut paparan
oleh lima deria.  Mereka menumpukan apa yang dilihat secara fizikal.  Ini adalah kerana mereka
suka mencari kebenaran, anggapan dunia adalah kurang sempurna bagi pandangan mereka. 
Selain itu, murid-murid ini suka cari kesalahan untuk menyelesaikannya, mereka suka mencari
fakta sendiri dan tidak suka bergantung kepada orang lain. 

5.5             Gaya Kognitif Sintesis
Jenis gaya kognitif ini mempunyai kebolehan pemikiran lebih tinggi daripada mereka
yang mempunyai gaya pemikiran analisis.  Murid-murid ini mampu menjelaskan struktur atau
pola situasi sebelum berlaku.  Sementara itu, mereka juga mempunyai kebolehan
menggabungkan, menginteraksi dan mencantum idea-idea serta mereka suka aktiviti meliputi
pemikiran seperti aktiviti meliputi rumusan, konsep, buat keputusan, kesimpulan, rekaan dan
sebagainya. 

Secara ringkasan, proses P&P seharusnya membuka peluang kepada murid-murid


supaya berfikir secara kritis dan kreatif. Murid-murid berhak memilih gaya kognitif tersendiri
yang hasil daripada pelbagai pengaruh.  Pengenalpastian gaya kognitif amat penting untuk
semua pendidik.  Ini adalah gaya kognitif merupakan asas kepada aktiviti P&P di sekolah. 
Implikasi gaya kognitif terhadap P&P adalah ia dapat membantu penyediaan maklumat yang
bererti kepada guru-guru.  Ini dapat membawa kesan kepada penstrukturan kurikulum dan
penilaian dalam sekolah-sekolah. 

Pengenalpastian gaya kognitif juga membantu menentukan tahap inovasi dalam


kaedah-kaedah pengajaran dan penilaian dalam sekolah.  Kajian gaya kognitif murid-murid dan
guru-guru dapat membantu pakar kurikulum dalam merancangan pengajaran yang efektif. 
Guru akan selalu peka terhadap gaya kognitif dan kesannya terhadap persekitaran P&P. 
6.0             GAYA PEMBELAJARAN

Gaya pembelajaran merujuk kepada pelbagai pendekatan atau cara pembelajaran


dalam memperolehi pengetahuan.  Dalam konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran
dikenali sebagi cara seseorang murid memberikan tumpuan dan tindakan untuk memproses
dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengetahuan yang baru.  Dunn dan Dunn (1978)
menerangkan gaya pembelajaran sebagai cara seseorang individu menumpukan perhatiannya
untuk memahami dan mengingatkan sesuatu maklumat atau kemahiran baru.  Manakala
Garger (1984) menekankan gaya pembelajaran merujuk kapada setiap orang dilahirkan
dengan gaya pembelajaran yang tersendiri.  Warisan baka dan persekitaran merupakan
pembentukan gaya pembelajaran seseorang.  Kolb (1985) dapat menggambarkan empat model
pembelajaran yang asas hasil daripada gabungan pengalaman murid dan keperluan
persekitaran.  Beliau berpendapat dalam proses pembelajaran, semua murid yang berkesan
perlu berkebolehan dalam aspek pengalaman konkrit, pemerhatian reflektif, konspetualisasi
abstrak dan eksperimentasi aktif.   

Dalam proses P&P, seseorang murid cenderung untuk mempunyai gaya tertentu. 


Pembelajaran boleh berlaku melalui pelbagai cara.  Ini adalah disebabkan cara pengamatan
dan pemprosesan maklumat yang berlaku pada manusia adalah berbeza-beza.  Contohnya,
sesetengah individu hanya boleh melihat sesuatu konkrit manakala sesetengah individu boleh
melihat sesuatu secara abstrak.  Ini menunjukkan setiap individu
mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri. 

6.1       Model Pembelajaran Dunn dan Dunn


Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada lima rangsangan
yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu iaitu persekitaran, emosi, sosial,
fisiologi dan psikologi.  Unsur-unsur tersebut merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan
penting dalam pembentukan pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.

Rangsangan  pertama ialah rangsangan persekitaran adalah merangkumi empat unsur


yang utama iaitu pertama, cahaya.  Kadar terangnya cahaya adalah diukurkan mengikut
kesesuaian tersendiri.  Walaupun kebanyakan dari kita selesa belajar dengan kadar
pencahayaan yang terang tetapi tidak mustahil juga ada orang yang ledih suka belajar dalam
suasana yang malap.  Kedua, bunyi dengan jenis bunyi akan menghasilkan gaya pembelajaran
yang beraneka.  Terdapatnya manusia suka belajar dalam keadaan senyap sunyi, sebaliknya
terdapat juga manusia yang suka belajar dengan sambil mendengar bunyi muzik.  Ketiga, suhu
dengan keadaan senjuk dan nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. 
Suhu yang sejuk dan nyaman dikatakan dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. 
Ramai murid tidak suka dan tidak selesa belajar dalam keadaan cuaca yang panas tanpa
kipas.  Akhirnya kelima, reka bentuk suasana tempat belajar.  Ini menunjukkan keadaan
susunan suasana bilik darjah juga mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. 
Contohnya tempat duduk yang selesa dapat mengurangkan keletihan murid semasa P&P
dijalankan. 

Kedua, rangsangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan jiwa seseorang. 
Terdapatnya dua unsur iaitu motivasi dan sikap keazaman dan tanggungjawab.  Unsur motivisi
ini dibahagi kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dengan murid belajar mengikut arahan yang
berstruktur daripada guru.  Manakala motivasi intrinstik dengan murid suka belajar dengan
inisiatif sendiri tanpa mengharapkan orang lain.  Bagi rangsangan emosi, sikap keazaman dan
tanggungjawab adalah mengambil inisiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang
panjang serta mana-mana rangsangan persekitaran.   

            Ketiga, rangsangan sosial mengandungi empat unsur-unsur iaitu perseorangan,


berpasangan, rakan sebaya atau kumpulan pasukan dan orang dewasa.  Unsur perseorangan
ini terdaptnya individu ini lebih suka belajar bersendirian dan individu ini tidak suka ada
sebarang gangguan semasa sedang belajar.  Manakala keadaan ini berlainan dengan unsur
berpasangan.  Individu yang suka belajara berpasangan adalah individu lebih suka belajar
dengan kehadiran individu rapat bersamanya.  Pasangannya adalah teman paling karid dan
mereka dapat berinteraksi secara dua hala apabila bersama.  Pembelajaran dalam bentuk
kumpulan adalah biasaanya melebihi daripada dua orang rakan sebaya yang banyak
melibatkan perbincangan, sumbangan dan perkongsian idea-idea tentang pembelajaran
mereka.  Selain itu, orang dewasa juga turut menjadi tempat untuk mereka menyoal dan
mengemukakan soalan apabila menghadapi masalah pembelajaran.  Ini adalah dilakukan
dengan murid yang kurang selesa belajar dengan murid sebaya dengannya, mereka berasa
lebih selesa semasa belajar bersama guru ataupun orang dewasa terutamanya pihak ibu bapa. 

            Keempat ialah rangsangan fisiologi.  Unsur-unsur yang terkandung dalam rangsangan
fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti.  Menurut Atan Long (1988),
pembelajaran merupakan satu proses bermula dengan penanggapan rangsangan yang diterima
oleh pancaindera.  Persepsi pancaindera merujuk kepada penggunaan variasi
sema lima pancaindera sewaktu memproses dan mengingat maklumat oleh setiap individu. 
Model Dunn dan Dunn mendedahkan keperluan variasi cara belajar.  Dalam  Model Dunn dan
Dunn menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi iaitu secara
visual dengan pembelajaran melalui pengamatan,  persepsi auditor dengan pembelajaran
dalam keadaan yang ada suara latar belakang, persepsi taktual dengan pembelajaran melalui
sentuhan dan persepsi kinestetik dengan pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan
gerak kerja. 
           
            Unsur pemakanan bagai menentukan gaya pembelajaran yang berlain menerangkan
terdapatnya murid-murid yang suka belajar dengan sambil makan dan minum.  Tetapi ada
murid yang tidak dapat memberikan tumpuan dengan sambil makan dan minum semasa
menjalankan aktiviti pembelajaran.  Justeru, waktu pembelajaran juga
mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang.  Contohnya sesetengah orang suka belajar pada
waktu pagi dan ada sesetengah orang suka belajar di waktu malam.  Contoh unsur mobiliti yang
mempengaruhi rangsangan fisiologi ialah seseorang murid suka belajar dengan keadaan berdiri
atau berjalan sana-sini.  Terdapat juga seseorang murid suka menukar tempat duduk kerap kali
semasa belajar. 

            Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada elemen-
elemen yang berikut analitikal dan global, impulsif dan refleksif serta dominan otak kiri dan
dominan otak kanan.  Bagi murid analitika akan melaksanakan tugasan secara terperinci dan
lebih fokus dengan setaip aktiviti pembelajaran yang dilakukan, manakala murid global akan
melihat sesuatu gambaran itu dengan lebih luas dan terbuka atau mengamati aspek-aspek
secara menyeluruh atau holistik.  Murid yang impulsif adalah suka membuat keputusan dengan
cepat dan sering mengikut gerak hati semasa melibatkan diri dalam proses P&P.  sebaliknya
dengan murid reflektif, mereka lebih berhati-hati semasa membuat sesuatu tugasan. 

            Otak kita adalah dibahagi kepada dua bahagian iaiti otak kiri dan otak kanan.  Fungsi
otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu.  Otak kiri akan
mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa, matematik, logik, sekuens, linear dan analisis. 
Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama. 
Sementara itu, kategori murid-murid juga diambil kira untuk menentukan gaya pembelajaran
seseorang individu sperti murid-murid global, murid-murid auditori, murid-murid taktil, murid-
murid visual dan sebagainya.

            Menurut Murforn dan Honey (1986), terdapatnya empat gaya pembelajaran


iaitu gaya pemebelajaran secara aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. 
Pertama, gaya pembelajaran aktivis ini menekankan individu ini adalah suka melibatkan diri
secara aktif dan agresif.  Mereka bersikap tidak sabar dan mempunyai naluri ingin tahu yang
tinggi.  Dengan motivasi intrinsik yang kuat maka mereka sering mengambil inisiatif
menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 
Melalui aktiviti P&P, mereka suka mencari pengalaman baru melalui pembelajaran mereka. 
Golongan ini kreatif dan dapat mewujudkan idea serta jalan penyelesaian yang menarik dalam
situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru.  Kelemahan mereka
adalah sering mengambil sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan lebih mendalam.    

            Kedua, gaya pembelajaran reflektif merujukkan individu ini suka memerhati, memikir


dan membuat refleksi kendiri, idea sendiri, menyoal siasat, mentafsir dan menilai sesuatu. 
Guru seharusnya mengajar dengan menunjukkan segala contoh yang mempunyai sifat
kebenaran, sebab murid yang suka belajar dengan gaya ini adalah mereka suka berfikir perkara
alam sekitar, mencari hakikat sebenar serta mereka suka menafsir dan menilaikan perkara,
prinsip, keputusan atau projek.  Gaya pembelajaran ini adalah mendorong murid menjadi
seorang pendengar yang baik,  bersikap berhati-hati dan berfikir dengan teliti untuk
melaksanakan sesuatu perkara. 

            Ketiga, gaya pembelajaran teoris dengan gaya pembelajaran yang suka menggunakan


prinsip dan teori membuat kesimpulan.  Menurut kajian Honey dan Mumford (1992), murid
teoris menggunakan fikirannya yang logik dan rasional dalam membuat sesuatu
keputusan.  Gaya pembelajaran ini mempunyai ciri-ciri seperti berikut berfikir secara rasional
dan logikal, bersikap disiplin dan kurang kreatif.  Gaya pembelajaran ini adalah lebih kepada
pembelajaran hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan melalui bukti yang dicari. 
Juterus, murid-murid yang suka gaya pembelajaran ini adalah sentiasa suka mengesan sebab
dan akibat sesuatu perkara.  Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan. 
Sebaliknya mereka rasa kurang senang dengan perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur.    
            Keempat, gaya pembelajaran pragmatis.  Menurut Honey dan Mumfrod (1992), murid
yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis merupakan murid yang berminat dalam
menguji keberkesanan sesuatu teori, model, teknik melalui aplikasinya.  Murid ini bersifat
praktikal dan ekspresif, mementingkan hakikat sebenar dan hanya percaya kepada perkara
yang dilihat.  Sementara itu, dalam aktiviti P&P, murid ini suka membuat perbandingan terhadap
perkara yang dibelajari. 

            Selain daripada empat gaya pembelajaran ini, Slavin (1994) juga memperkenalkan dua
jenis gaya pembelajaran iaitu gaya pembelajaran bergantung dan gaya pembelajaran yang
tidak bergantung.  Murid yang memegang gaya pembelajaran bergantung ini adalah lebih
berfokus kepada bidang kognitif dalam semua pola dan menerima secara keseluruhan.  Murid
ini suka dibimbing oleh orang yang disanjungi.  Mereka bergantung kepada motivasi dan
pengajaran guru.  Sementara itu, mereka mempersepsi sesuatu situasi atau pola secara
menyeluruh.  Kelemahan mereka ialah tidak dapat menentukan objektif pembelajaran dan
bersikap menurut perintah dengan belajar tanpa menyoal. 

            Manakala bagi murid yang belajar dengan gaya pembelajaran tidak bergantung ini
adalah mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau corak secara terperinci.  Murid ini
suka mengamati perkara secara analitik, menentukan objektif pembelajaran sendiri dan kurang
sensitif terhadap pandangan orang lain.  Justeru, mereka mempunyai motivasi intrinsik yang
kuat dan dapat mengurus pembelajaran sendiri.  Semasa pembelajaran, mereka suka berfikir
secara kritis dan kreatif serta membelajari sesuatu dengan inisiatif sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain. 

            Kesimpulannya, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting untuk seseorang


pendidik dan murid.  Ini disebabkan gaya pembelajaran yang sedia ada pada murid dapat
mendorong seseorang pendidik merancangkan pendekatan P&P yang berkesan.  Guru perlu
mempelbagaikan teknik, pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut
aras aspirasi murid.  Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing dengan
sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid.  Murid adalah berperanan
mengenalpasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi temubual dengan pihak sekolah
terutamanya kaunselor atau guru darjah.  Murid juga perlu diberikan pengetahuan tentang
kepentingan gaya pembelajaran terhadap pembelajaran mereka.          
7.0 IMPLIKASI PERBEZAAN INDIVIDU TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Kewujudan perbezaan individu juga turut membawa kesan kepada pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan.  Guru yang merancang pendekatan P&P perlulah mengambil
kira perkara kewujudan perbezaan individu.  Guru perlu mengetahui bagaimana perbezaan ini
mempengaruhi P&P.  Di samping itu, guru juga perlu mengetahui tahap kebolehan setiap
murid-murid dan menyediakan tugasan selaras dengan setiap tahap kebolehan yang ada pada
murid-murid. 

Implikasi yang pertama dari segi perbezaan fizikal, ini adalah membawa kesan positif
dengan guru boleh membahagikan tugas mengikut saiz murid.  Tugasan yang diberikan adalah
berpadan dengan saiz fizikal.  Sebaliknya perbezaan fizikal juga membawa kesan negatif di
dalam kelas iaitu saiz badan murid yang kuat dan besar akan membuli murid yang bersaiz
badan kecil.  Hal ini kemungkinan menyebabkan murid-murid yang kena buli itu mempunyai
harga diri rendah dan kurang keyakinan diri sendiri.  Namun, guru perlu memberikan galakan
dan motivasi kepada murid-murid yang berada dalam perbezaan fizikal.  Contohnya, guru perlu
mengajar murid sentiasa mengamalkan nilai hormat-menghormati dan bantu-membantu antara
satu sama lain.

Implikasi yang kedua dari segi perbezaan kognitif ataupun tahap kebijaksanaan, murid-
murid dalam satu kelas dapat mewujudkan persaingan yang sihat, ini bukan sekadar
persaingan dari segi akedemik tetapi juga aktiviti permainan dan sukan.  Murid yang cerdik
dapat membantu guru untuk membimbing rakan-rakan yang lemah.  Dalam kelas bilangan
murid yang ramai, mereka yang cerdik boleh berperanan sebagai mentor-menti semasa aktiviti
P&P dijalankan.  Namun begitu, murid yang lemah akan diberikan aktiviti pemulihan.  Manakala
keburukan wujudnya perbezaan kognitif dalam satu kelas ialah perbandingan gred pencapaian
akan menyebabkan wujudnya sikap sosial yang kurang sihat.  Contohnya, ibu bapa akan
memberikan tekanan kepada murid yang lemah untuk bersaing.  Kadang-kala guru turut
menfokuskan kepada pencapaian akedemik sahaja dan mengabaikan masalah sosial yang
wujud dalam kelas, seperti murid yang cerdik dan sombong akan pandang rendah terhadap
murid yang lemah.  Sementara itu, guru tidak memberikan bantuan kepada murid-murid yang
lemah akan menyebabkan mereka ketinggalan pembelajaran mereka. 
Implikasi yang ketiga dari segi perbezaan kelas sosial dan sosialisasi,  guru akan
sentiasa memberikan perhatian sepenuhnya terhadap murid-murid pendiam.  Guru akan
memberikan motivasi dan bimbingan untuk meningkatkan keyakinan murid-murid ini.  Biasanya
murid jenis ini adalah berada di kelas sosial sederhana seperti keluarga berada pada status
ekonomi yang serdehana ataupun rendah.  Murid-murid ini akan dididikkan untuk mengambil
berat terhadap semua perkara yang berlaku di sekelilingnya.  Guru perlu mengadakan aktiviti
interaksi dan komunikasi untuk mempertingkatkan tahap keyakinan murid-murid ini.  Sebaliknya
wujudnya perbezaan kelas sosial ini akan menyebabkan murid-murid kelas sederhana
menjauhkan diri.  Salah satu punca adalah wujudnya status ekonomi yang berbeza bagi setiap
murid.  murid-murid akan kurang berkeyakinan kerana semasa aktiviti pemulihan dijalankan,
guru bertugas akan memantau mereka secara berasingan.  Manakala bagi murid-murid yang
tidak berpendidikan pra sekolah adalah sukar untuk mereka belajar seperti murid biasa telah
menerima pendidikan pra sekolah selama dua tahun. 

Implikasi yang keempat dari segi perbezaan budaya, rohani dan agama, murid-murid
berpeluang berkongsi nilai-nilai kebudayaan dan agama yang berlainan.  Kesan negatif
wujudnya perbezaan budaya, rohani dan agama ialah timbulnya polarisasi.  Kemungkinan dari
segi pertuturan dan pandangan yang berbeza akan menyebabkan kewujudan salah faham
antara satu sama lain. 

Implikasi yang kelima dari segi perbezaan emosi, guru akan menangani murid-murid
yang pendiam dan introvert dengan memberikan kasih sayang dan penuh perhatian.  Murid-
murid akan mematuhi arahan guru supaya dapat mengatasi masalah emosi yang dihadapi. 
Kewujudan perbezaan emosi juga akan mendatangkan kesan negatif terhadap P&P iaitu bagi
murid-murid  yang pasif tidak akan memberikan sebarang tindak balas.  Murid-murid yang
lemah tidak dieksplotasi oleh murid-murid yang lebih kuat.  Selain itu, guru perlu menjadi
kaunselor dan perlu mengambil masa yang banyak untuk berjumpa dengan ibu bapa bagi murid
yang bermasalah emosi. 

Ringkasan, perbezaan individu yang diwujudkan di dalam kelas bukan membawa kesan
positif malah juga mendatangkan kesan negatif.  Namun, sebagai seorang pendidik haruslah
berperanan sentiasa mengambil berat dan mengambil kira tentang kewujudan konsep
perbezaan individu.  Guru seharusnya merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan
mengikut perbezaan potensi individu.  Sementara itu, guru juga perlu menggunakan strategi
atau pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, pemulihan dan pengayaan dengan
mengikut tahap kebolehan murid-murid. 

Selain itu, guru boleh menggunakan kreativiti dan inovasi untuk meningkatkan proses
P&P.  Contohnya bagi murid yang lemah, guru boleh menggunakan program pemulihan dalam
pelbagai bentuk pengajaran seperti menyanyi, bermain atau bercerita untuk membantu mereka
supaya P&P dijalankan dengan berkesan.  Guru sentiasa memberikan perhatian dan bimbingan
kepada murid-murid yang menghadapi masalah dalam P&P.  Di samping itu, guru memberikan
motivasi kepada murid-murid supaya dapat meningkatkan keyakinan mereka.  Guru juga
berperanan menggalakkan ibu bapa untuk membantu anak-anak mereka yang mentah pada
peringkat awal.  Contohnya galakan ibu bapa yang bergolongan miskin menghantar anak ke pra
sekolah supaya dapat mengelakkan ketinggalan sukatan pembelajaran berlaku pada masa
depan.

8.0             KESIMPULAN

Kesimpulannya, setiap murid adalah unik dan mempunyai pelbagai kebolehan.  Peranan
guru sebagai pendidik yang bertanggungjawab amat penting dalam keadaan wujudnya
perbezaan individu supaya dapat melaksanakan P&P dengan berkesan dan berfaedah untuk
setiap murid-murid yang berbeza.  Namun, guru perlu merancang aktiviti P&P mengikut
kebolehan murid.  guru juga menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti
kerja berkumpulan, pengukuhan, pengayaan dan sebagainya supaya dapat memotivasi murid
yang mempunyai perbezaan dari aspek fizikal, intelektual, emosi dan sosial.  Sebagai pendidik
yang bertanggungjawab perlu sentiasa mencuba untuk menentukan dan membina
kebijaksanaan dan kebolehan murid-murid berdasarkan perbezaan individu.  Semua aspek
yang diambil kira akan mempengaruhi penerimaan serta minat murid untuk terus belajar dan
diaplikasikan dalam kehidupan sebenar.

Anda mungkin juga menyukai