Anda di halaman 1dari 91

BAB 5 PERBEZAAN INDIVIDU

5.0 Pengenalan
Setiap individu adalah berbeza dengan individu

yang lain. Setiap individu adalah unik dan tiada individu lain yang seratus peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu, guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di kelas.

5.1 Perbezaan individu


Personaliti seseorang individu menjadikannya

berbeza dengan individu lain. Woodcock (2000) membahagikan perbezaan individu kepada dua jenis, iaitu
1. Perbezaan interindividu ialah perbezaan individu yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan keadaan. 2. Perbezaan intraindividu ialah perbezaan yang terdapat antara seseorang individu dengan individu yang lain.

Dua faktor utama yang mendorong kepada

perbezaan individu, iaitu faktor persekitaran dan faktor baka.


Antara elemen persekitaran yang mempengaruhi seseorang manusia ialah : I. Latar belakang keluarga, II. Orang yang berada di sekitarnya, III. Rakan sebaya, IV. Persekitaran tempat tinggal, V. Didikan dan media massa. 2. Faktor baka jelas mempengaruhi perbezaan intraindividu dari segi: I. Fizikal dan II. Rupa paras.
1.

Perbezaan individu dapat huraikan melalui lima aspek utama iaitu:

Kognitif

Rohani

Emosi

Perbezaan Individu

Fizikal

Sosial

Kesan Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran


1.

Kesediaan belajar. Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir.

2.

Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

3.

Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif,vandalisme dan lainlain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain. Ini dipanggil mengganggu yang positif.

4.

Perbezaan Gaya Belajar


Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya muridmurid belajar. Ada yang suka belajar secara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individu dan ada juga secara berkumpulan.

1. Kecerdasan Pelbagai

Kecerdasan

2. Kecerdasan Emosi 3. Kecerdasan Spiritual

5.2 Kecerdasan
Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa

keturunan dan persekitaran sama-sama memainkan peranan dalam menentukan tahap kecerdasan seseorang individu. David Wechsler : Kebolehan seseorang individu memahami persekitarannya, dirinya dan kepakaran, kebolehan yg ada pada dirinya bagi menghadapi cabaran atau masalah dlm hidup. Piaget: Keupayaan manusia menyesuaikan diri dalam pelbagai suasana persekitaran fizikal atau sosial.

Plato: Memerhatikan bentuk kecerdasan

berdasarkan gender, bangsa dan kelas, berpendapat bahawa manusia mempunyai kecerdasan yang berbeza. Aristotle: Kecerdasan bergantung pada daya imaginasi, persepsi dan kecerdikan yang pantas. Francis Galton: 1. Kecerdasan ialah sesuatu yang diwarisi. 2. Orang yangmempunyai tahap kecerdasan rendah mempunyai sensori yang lemah berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kecerdasan tinggi mempunyai sensori yang kuat.

Alfred Binet : 1. Perbezaan individu semakin ketara pada

peringkat tinggi proses kognitif. 2. Pemahaman terhadap kecerdasan dapat difahami melalui pengamatan terhadap proses berfikir yang kompleks. 3. Binet telah menjalankan siri item ujian untuk menguji proses berfikir yang kompleks yang antaranya meliputi ujian dalam penguasaan kata dan pemahaman dengan bantuan rakannya, Simon.

4.
a) b) c)

Aspek yang terkandung dalam ujian Binet (Vialle et al., 2000) ialah:
Daya ingatan Imaginasi Perhatian Pemahaman Keupayaan mencadang Nilai estetika Nilai moral Kekuatan tubuh badan dan semangat diri Kemahiran psikomotor Kemahiran menghubungkaitkan ruang

d)
e) f) g) h) i) j)

Hasil daripada ujian tersebut, Binet mengemukakan pandangannya bahawa kanakkanak yang cerdas mempunyai keupayaan berfikir setanding dengan kanak-kanak yang lebih dewasa daripadanya. 6. Manakala kanak-kanak yang kurang cerdas merupakan golongan yang keupayaan berfikirnya sama dengan kanak-kanak yang lebih muda.
5.

5.2.1 Kecerdasan Pelbagai


Gardner (1983) bangkit dengan konsep

Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Lapan Kecerdasan Pelbagai Gardner dapat dijadikan panduan kepada guru dalam mendorong pembelajaran murid serta merangsang murid untuk membina masa depan mereka berdasarkan kelebihan yang dimiliki oleh mereka.

DOMAIN KECERDASAN

Contoh Perlakuan Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasika n ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

Contoh Aktiviti Perbahasan Perbendaharaa n kata Ucapan formal Penulisan kreatif, jurnal, diari, puisi, Bacaan Bercerita

Pilihan Kerjaya Penyair Pemidato Ahli politik Wartawan

Kecerdasan Linguistik

DOMAIN KECERDASAN

Contoh Perlakuan

Contoh Aktiviti

Pilihan Kerjaya

Kebolehan Kecerdasan menggunakan Logik - Matematik

nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).

Melibatkan pemikiran saintifik, termasuk pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, mengkategori, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis.

Penggunaan simbol Urutan nombor Perkaitan sebab dan akibat (logik) Penyelesaian masalah Pengurusan grafik Pengiraan

Saintis Ahli matematik

DOMAIN KECERDASAN Kecerdasan Fizikal Kinestatik

Contoh Perlakuan

Contoh Aktiviti

Pilihan Kerjaya

Berkaitan dengan pergerakan dan kemahiran fizikal seperti koordinasi, keseimbangan dan kelenturan badan. Menggunakan anggota badan untuk meluahkan idea dan perasaan.

Tarian kreatif Drama Main peranan Aktiviti jasmani Latihan fizikal Pemain sukan Seni pertahanan diri.

Penari Ahli gimrama Peninju Pemain badminton

Kecerdasan Visual Spatial

Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Berkepekaan terhadap warna, garis, bentuk dan ruang.

Melukis Mengecat Garis rentuk dan ruang Mencipta gambaran mental Imaginasi aktif Peta minda

Pengukir Pelukis Arkitek Juruterbang

DOMAIN KECERDASAN

Contoh Perlakuan

Contoh Aktiviti

Pilihan Kerjaya

Kecerdasan Muzik

Kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik. Kecendenmgan ini termasuk kepekaan terhadap ritma, melodi atau kelangsingan suatu hasil muzik.

Persembahan muzik Bunyi vokal Bunyi instrumental Nyanyian Drama lagu.

Penggubah lagu Penyanyi

DOMAIN KECERDASAN

Contoh Perlakuan
Berpengetahuan kendiri dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri.

Contoh Aktiviti Strategi pemikiran Proses emosi Disiplin diri Amalan pemusatan.

Pilihan Kerjaya Penulis Kaunselor Ahli falsafah

Kecerdasan Intrapersonal

Mempunyai gambarann yang tepat tentang diri sendiri, kesedaran terhadap mood dalaman, kehendak, motivasi, kemarahan, dorongan dan kemampuan untuk mendisipIinkan diri dan jati diri.

DOMAIN KECERDASAN

Contoh Perlakuan

Contoh Aktiviti

Pilihan Kerjaya

Kecerdasan Interpersonal

Kemampuan untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Kornunikasi antara individu Latilhan empati Latihan kolaboratif Memberi maklum balas Strategi pembelajaran kooperatif dan sedia bekerja sama

Ahli politik Peniaga Pengacara Usahawan

Kecerdasan Naturalis

Mengenali, menyusun dan mengkategorikan pelbagai jenis flora dan fauna .

Lawatan sambil belajar

Petani Ahli botani Ahli biologi Perancang Bandar Geologist

5.2.2 Kecerdasan Emosi


Emosi Emosi mengandungi tiga komponen
1. Perubahan fisiologi

Tingkah laku organisma 3. Kesedaran kognitif


2.

Emosi lazimnya ditakrifkan sebagai perasaan,

contohnya gembira, sedih, takut, marah atau gelisah. Emosi merupakan gerak balas organisma terhadap sesuatu keadaan atau ransangan yang mendorong kepada perubahan fisiologi.

Kecerdasan emosi atau dikenal dengan istilah

Emotional Intelligence (EI) adalah kemampuan untuk mengerti dan mengendalikan emosi untuk membina hubungan dengan orang lain di sekitarnya. Daniel Coleman menyatakan bahawa kecerdasan emosi ialah tuntutan asas dalam penggunaan akal intelek. John Mayer dan Peter Salovey, mereka berpendapat bahawa kecerdasan emosi merupakan juga kecerdasan sosial yang melibatkan keupayaan memantau emosi diri sendiri dan emosi orang lain, menguasainya, serta menggunakan maklumat tersebut untuk membimbing pemikiran dan tindakan seseorang.

COLEMAN: Keupayaan Manusia Menguruskan Emosi


1. Kompetensi Personal 2. Kompetensi Sosial

Kesedara n Kendiri Motivasi Kendiri

Pengurusa n Kendiri

Kesedara n Sosial

Pengurusa n Sosial

1. Kompetensi Personal
1) Kesedaran Kendiri
Keupayaan seseorang mengenal diri sendiri dengan

tepat, sedar tentang kekuatan diri dan had kekuatannya. Kesedaran ini mendorong seseorang bekerja kuat untuk memenuhi kehendak hati.

2) Pengurusan Kendiri
Lebih tertumpu pada emosi kawalan diri.

Seseorang individu itu perlu telus dan mampu

menyesuaikan diri dengan keadaan persekitarannya, menyedari potensi diri, kekuatan dan keupayaan yang ada serta kemampuan untuk menggilap dan menggunakan potensi diri sebaik mungkin.

3) Motivasi Kendiri
Berusaha untuk memperbaiki diri sehingga

mencapai satu tahap kecemerlangan, bersedia dengan peluang-peluang yang ada serta gigih memenuhi hasrat. Elemen motivasi kendiri sangat penting untuk melengkapkan kesedaran kendiri dan pengurusan kendiri.

2. Kompetensi Sosial
1) Kesedaran Sosial

Kesedaran terhadap perasaan, kehendak dan keutamaan orang lain. Emosi terhadap kesedaran sosial akan mendorong seseorang individu memahami orang lain dan bersikap empati.

2) Pengurusan Sosial

Seseorang individu yang memiliki kehebatan dalam pengurusan sosial akan tampil dengan penuh keyakinan dan aura sebagai seorang pemimpin kepada masyarakat.

Pengintegrasian Kecerdasan Emosi dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Pengintegrasian elemen kecerdasan emosi dapat

dilaksanakan secara:
tersurat apabila bahan yang dipelajari oleh murid mengandungi elemen tersebut. 2. tersirat apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran menggalakkan murid mempraktikkan kecerdasan emosi.
1.

Contoh aktiviti untuk menerapkan kesedaran

sosial di jiwa murid ialah menyertai kerja-kerja sukarela, bercerita, main peranan dan penggunaan sastera. Guru juga patut menjalankan aktiviti secara berkumpulan supaya murid diasuh agar sentiasa bertolak ansur, bekerjasama, saling menghormati, berkongsi dan bersikap berbaik-baik antara mereka.

5.2.3 Kecerdasan Emosi dan Spiritual


Sejak kebelakangan ini banyak yang

berpendapat bahawa kecerdasan emosi tidak akan berkesan tanpa kecerdasan spiritual. Elemen spiritual ialah kekuatan dalaman yang lebih berperanan besar dalam menguruskan emosi seseorang. Pendekatan kecerdasan emosi dan spiritual (Emosional Spiritual Quotient = ESQ) mengukuhkan kompetensi dalam mengurus emosi.

Ary Ginanjar Agustian, menyatakan bahawa kajian

di Amerika Syarikat sejak 1918 tentang IQ menunjukkan bahawa skor IQ anak-anak semakin tinggi, tetapi kecerdasan emosi mereka semakin menurun. Kekuatan EQ ialah kekuatan dalaman yang mengajak kita mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Victor E. Frankl, menekankan keperluan manusia untuk mencari makna dan nilai dalam menentukan setiap langkah kehidupannya. SQ merupakan elemen yang utama untuk membawa manusia ke arah pencarian makna dan nilai.

Ramachandran, menemukan God Spot

dalam otak manusia. God Spot = Pusat spiritual = Terdapat nilai manusia yang tertinggi Pemisahan EQ dengan SQ menyebabkan manusia membahagikan kehidupan mereka kepada 2 : EQ untuk hubungan sesama manusia : SQ ialah hubungan dengan Tuhan

Danah Zohar dan Ian Marshall, mengemukakan

takrifan kecerdasan spiritual sebagai kecerdasan untuk menghadapi persoalan makna dan nilai bagi meletakkan perlakuan. SQ= landasan bagi memanfaatkan IQ dan EQ
Manusia Manusia Manusia kecerdasan akal = IQ manusia = EQ Tuhan = SQ

Manusia IQ+EQ+SQ = ESQ

Pandangan Agama Berhubung ESQ


Islam menekankan kehidupan yang berlandaskan

spiritual. Setiap kerja yang dilakukan oleh manusia hendaklah disandarkan kepada tujuannya untuk beribadah. Selain Islam, agama-agama lain juga turut menekankan konsep ibadah.

Peranan Guru Mengintegrasikan ESQ dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Guru perlu merancang dengan teliti setiap

rancangan pengajarannya untuk menerapkan elemen ESQ kepada murid. Setiap kandungan pelajaran perlu ditekankan dengan pengetahuan dan amalan berhubung dengan kecerdasan emosi dan spiritual. Contoh :
Penggunaan bahan dan sumber pengajaran dan pembelajaran 2. Pendekatan dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran. 3. Penggunaan multimedia
1.

5.5 Gaya Berfikir


Akal ialah pemberian paling berharga kepada manusia dan perkara yang membezakan seseorang individu dengan individu lain. Gaya berfikir seseorang menentukan personaliti dan corak kehidupannya. Seseorang anak yang kerap bertanya pelbagai hak kepada ibu bapa membuktikan bahawa anak ini sentiasa berfikir apabila melihat sekeliling. Anak akan memerlukan jawapan yang mendorong dia bertanya kepada ibu bapanya .

Seseorang guru perlu melayani dan membimbing murid dengan betul bagi memastikan gaya berfikirnya dimanfaatkan sepenuhnya. Menurut V.R.Ruggiero (1984),pemikiran ialah proses mental yang digunakan untuk membina atau menyelesaikan masalah serta membuat rumusan. Menurut Beyer(1991) pula berpendapat bahawa pemikiran ialah operasi mental yang menggunakan maklumat yang tersimpan dalam ingatan bagi membuat adapatasi.

Jenis-jenis Pemikiran
Lateral

Reflektif

Konvergen

Kreatif

Jenisjenis pemikiran

Divergen

Kritis

Menegak

5.3.1 Pemikiran Konvergen

Keupayaan mencari penyelesaian sesuai untuk mengadaptasi sesuatu masalah dan mencari jawapan yang tepat kepada soalan tersebut. Melibatkan proses meringkaskan pelbagai kemungkinan jawapan kepada satu definisi masalah yang jelas dan tepat. Berdasarkan logik yang tersusun mengikut langkah demi langkah yang memerlukan seseorang mencari satu penyelesaian. Tidak melibatkan pencetusan idea dan jawapan yang berbeza.

5.3.2 Pemikiran Divergen


Pemikiran yang asli, berdaya cipta dan cepat

bertindak balas. Mereka yang berfikiran divergen sering menganggap bahawa kehidupan ini penuh dengan pelbagai pengalaman dan sentiasa berubah. Guilford (1959)megenal pasti 4 ciri pemikiran divergen :
Kepelbagaian-Berupaya untuk menghasilkan pelbagai idea untuk sesuatu situasi yang spesifik. 2. Fleksibel -Menggunakan perspektif yang berbeza untuk menghasilkan pelbagai cara penyelesaian masalah.
1.

Keaslian -Berupaya untuk memikirkan ideaidea baru yang berguna dan praktikal. 4. Terperinci -Berupaya untuk menjelaskan sesuatu secara terperinci.
3.

5.3.3 Pemikiran Menegak


Kalangan yang berpemikiran menegak akan

menfokus kepada satu idea atau penyelesaian sebagai jawapan yang betul,serta membuat penerokaan ke atasnya secara mendalam dan terperinci. Boleh mempertimbangkan perkaitan antara sesuatu situasi atau idea,membantu mereka memahami sesuatu idea dengan baik lalu menggunakan idea dalam situasi tertentu dengan berkesan.

5.3.4 Pemikiran Lateral


Melibatkan proses pemikiran di luar kebiasaan

apabila sesuatu masalah diselesaikan melalui sumber yang berlainan atau tidak berkaitan . Melatih minda mempertimbangkan pelbagai aspek yang berbeza bagi memperoleh penyelesaian yang unik.

Terdapat perbezaan antara pemikiran menegak

dengan pemikiran lateral:


Pemikiran Menegak Mencari pendekatan yang betul Menekankan kebenaran idea Sedia idea hala tuju Analitikal Tersusun dan mengikut kronologi Setiap langkah mesti betul Menolak yang tidak relevan Membuat analisis terhadap sesuatu idea Pemikiran Lateral Mencari pendekatan sebanyak yang mungkin Menekankan kekayaan Membina hala tuju Provoaktif Tidak tersususn Setiap langkah tidak semestinya betul Menerima sebarang pendapat Tidak banyak penerokaan

5.3.5 Pemikiran Kritis


Sesuatu penerokaan yang bertujuan untuk

mengkaji situasi, fenomena ,persoalan ,atau masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua maklumat yang ada. Merupakan kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu situasi. Bagi kalangan yang berpemikiran kritis ,penerokaan yang berlaku sangat berkaitan dengan pengalaman yang dialami melalui bahan bacaaan ,pemerhatian,mendegar dan melihat. Semua sumber tersebut boleh diaplikasikan pada pelbagai situasi yang sedang dihadapi.

Seseorang guru boleh mengasah pemikiran kritis

dalam kalangan murid melalui pelbagai aktiviti.Antara aktiviti :


1. 2.

3.
4. 5. 6. 7. 8. 9.

Menyusun sesuatu mengikut keutamaan Mengenal pasti kepentingan sesuatu bahan,peristiwa dan pengalaman yang dibaca,dilihat,didengar atau dialami Menentukan akibat atau kesan sesuatu tindakan atau keputusan Membuat kesimpulan Membuat pertentangan Membuat banding beza Mencari persamaan dan perbezaan Membuat rumusan Membuat penilaian

5.3.6 Pemikiran Kreatif


Seseorang yang berfikir luar daripada kotak

biasa. (out of the box) Proses berfikir dalam kalangan manusia berkembang dengan perasaan ingin tahu ,ingin mencari jawapan dan membuat rumusan. Kehidupan manusia yang dibantu oleh pelbagai peralatan semuanya datang daripada pemikiran kreatif. Kalangan berpemikiran kreatif mampu menggunakan apa-apa sahaja untuk mencipta dan berkarya.

Torrance (1962 dan 1972)pernah menggariskan

beberapa watak kanak-kanak kreatif,antaranya:a) b)

c)
d) e) f)

Suka berkerja dan humor Sedia mencuba sesuatu yang mencabar Jangka masa yang panjang untuk menumpukan perhatian dan minat. Melahirkan idea-idea yang luar biasa dan imaginatif Lebih sensitif dan berdikari Kawan-kawan yang kerap melabelkan mereka sebagai bodoh dan gila.

Seseorang yang kreatif diadapati pernah meraih

kejayaan dalam acara yang berikut:


a) b) c)

d)
e) f) g)

Pertandingan syarahan Mencipta sajak,cerita dan artikel Melukis Pertandingan muzik Mencipta lagu Penulisan kreatif Menghasilkan kartun

Ciri pemikiran kreatif ialah:


a) b) c)

d)
e) f)

Mampu mengandaikan sesuatu di luar jangkaan orang lain. Berfikiran secara autonomi Memiliki daya fokus yang tinggi dan berterusan Pelbagai dan dinamik Holistik Kaya dengan idea baru

5.3.7Pemikiran Reflektif
Sangat sesuai sebagai latihan untuk berfikir

secara matang . Membawa seseorang kepada kesedaran sendiri yang tinggi dan bersikap secara terbuka dan sentiasa memperbaiki kelemahan yang disedari. Memerlukan seseorang menghubungkaitkan idea dengan pengalaman lampau atau terkini untuk tindakan seterusnya. Melibatkan proses penyoalan dan penyoalankendiri, penilaian - kendiri, menerusi pengalaman, menjelaskan tindakan alternatif yang mungkin berdasarkan andaian tertentu.

Cadangan untuk guru membina pemikiran kreatif

dan kritis dalam kalangan murid:


a) b)

c)
d) e)

Aktiviti sumbang saran Membuat ramalan dan jangkaan terhadap sesuatu peristiwa Bermain dengan idea-idea baru Menggalakkan keluwesan Bina penyelesaian praktikal sebanyak mungkin

5.4 Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran
bermaksud .. cara seseorang menerima dan memproses maklumat dalam pelbagai cara yang berbezabeza.

Teori berhubung gaya pembelajaran menekankan

kepada sebanyak mana murid belajar bergantung pada gaya pembelajaran dan bukan persoalan tentang pelajar itu pintar atau hebat. Gaya pembelajaran manusia adalah berasaskan
faktor warisan, 2. cara didikan dan 3. persekitaran.
1.

Setiap individu menerima dan memproses data

dengan cara yang berbeza. Perbezaan ini boleh diklasifikasikan seperti berikut:
1. Penerima konkrit dan abstrak Penerima konkrit menerima maklumat melalui pengalaman, tindakan, merasa, perasaan dan melakukannya. Manakala penerima abstrak pula mengambil maklumat melalui analisis, pemerhatian dan berfikir. 2. Pemproses yang aktif dan reflektif Pemproses yang aktif menggunakan maklumat yang diperoleh melalui pengalaman sebagai asas berfikir. Manakala pemproses yang reflektif pula menjadikan pengalaman sebagai asas untuk membuat renungan(refleksi).

5.4.1 Jenis Gaya Pembelajaran

Konsep-konsep gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh tokoh-tokoh pendidik bahawa Gaya Pembelajaran merupakan: 1. Hillard - hasil tambah corak-corak seseorang individu membentuk cara-cara untuk respons terhadap sesuatu pengalaman. - setiap guru perlu mengkaji pelbagai cara mengajar agar dapat disesuaikan dengan perbezaan tahap murid.

Entwistle - tingkah laku konsisten seseorang murid dalam cara dia belajar. 4. Woofolk - pendekatan tersendiri yang melibatkan pemprosesan maklumat yang mendalam kepada pembelajaran. 5. Dunn, Beaudry dan Klaus - satu set ciri peribadi yang dikembangkan secara biologi
3.

Dunn Dunn
Merupakan pasukan yang terulung yang

membina satu inventori soalan untuk membentuk gaya pembelajaran seseorang. Berpendapatan bahawa semua orang mempunyai kekuatan yang tersendiri. Membahagikan gaya pembelajaran kepada 2 kelompok iaitu pelajar global dan pelajar analitis.
1. Pelajar global

- lebih suka persekitaran belajar yang fleksibel. 2. Pelajar analitis - lebih suka persekitaran belajar yang berstruktur dan formal.

Umumnya, terdapat 7 jenis utama pelajar seperti

berikut:
1. 2. 3.

4.
5. 6. 7.

Pelajar visual. Pelajar auditori. Pelajar taktik/kinestetik. Aktivis. Reflektor. Teoris. Pragmatis.

1. Pelajar Visual
Murid ini berkata Nak tengok, nak tengok. Mereka menjalankan pembelajaran melalui

penglihatan. Mereka perlu menatap wajah guru yang menyampaikan isi pelajaran yang menarik dengan bantuan:
1. Bahasa isyarat 2. Imej gambar-gambar 3. Paparan visual

- ilustrasi - tranparensi - video - carta

Solomon berkata bahawa terdapat 69% pelajar

lebih kerap menggunakan imej visual. Pelajar lebih suka membaca imej, carta, rajah dan animasi untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

2. Pelajar Auditori
Murid ini berkata Beritahu saya!

Mereka menjalankan pembelajaran melalui

pendengaran. Mereka belajar dengan lebih berkesan melalui kuliah, perbincangan dan mendengar pendapat orang lain. Bagi mereka, intonasi suara, pitch, kelajuan adalah sangat penting. Mereka juga mendapat banyak manfaat melalui
1. Aktiviti bercerita 2. Membaca teks 3. Menggunakan pita perakam.

3. Pelajar Taktik / Kinestetik


Murid ini berkata Saya nak buat!

Mereka menjalankan pembelajaran melalui

pergerakan, merasa, menyentuh, menyusun, mereka mencipta dan membuat. Mereka belajar dengan lebih berkesan melalui pendekatan hands-on, yakni meneroka dan menyiasat secara aktif persekitaran fizikal. Mereka jarang duduk diam dengan lebih lama.

4. Aktivis
Mereka lebih suka mengambil bahagian dengan

aktif dalam proses pembelajaran. Melibatkan diri dalm proses pembelajaran dengan rela, tiada sebarang paksaan. Melibatkan diri dalam pelajaran secara peribadi Menganggap ilmu sebagai kepunyaan peribadinya.

5. Reflektor
Mereka gemar berfikir dan mengkaji semula

maklumat yang diperolehi supaya dapat disesuaikan ke dalam kerangka pengetahuan yang sedia ada. Kadangkala terlalu banyak renungan akan merugikan masa dan kurang mencapai hasil pembelajaran.

6. Teoris
Mereka sentiasa mencari bukti supaya dapat

membuat generalisasi bagi hukum-hukum dan teori-teori. Contohnya dalam bidang:


1. 2. 3. 4. 5.

Matematik Sains Seni halus Agama Falsafah

Mereka sentiasa cuba menganalisis dan

mensintesiskan data, mengorganisasikan konsep dan prinsip serta mencadangkan idea-idea dan hubungan-hubungan.

7. Pragmatis
Mereka sentiasa ingin mengetahui bagaimana

sesuatu perkara berfungsi. Mereka menganggap pembelajaran adalah suatu proses membina semula pengalaman. Mereka mampu menyelesaikan masalah secara bijak.

5.4.2 Implikasi Gaya Pembelajaran Dalam Pendidikan


1. Kurikulum 2. Bimbingan 3. Penilaian

1. Kurikulum
Guru perlu menekankan intuisi, perasaan, sensing,

dan imaginasi untuk mendorong murid menganalisis, memberikan alasan dan menyelesaikan masalah secara tersusun.

2.Bimbingan
Guru sepatutnya mereka satu bentuk bimbingan

untuk menghubungkan bentuk gaya pembelajaran dengan mengambil unsur pengalaman, refleksi, conceptualization dan uji kaji. Guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur pengalaman di dalam bilik darjah seperti unsur bunyi-bunyi, muzik, visual, pergerakan, perbualan.

Hunt dan Sullivan


Mencadangkan bahawa guru atau ibubapa boleh

memerhati kanak-kanak dari saluran yang memudahkan iaitu dari aspek


1. Kognitif 2. Motivasi

3. Nilai dan
4. Orientasi Sensori

Dengan ini, guru lebih memahami pelajar dan

boleh menyesuaikan strategi pengajaran dengan gaya pembelajaran pelajar.

Senarai Semak Untuk Membantu Guru Mengesan Gaya Pembelajaran Murid

5.4.3 Perbezaan Individu dalam Gaya Pembelajaran


Tempoh Masa Belajar 2. Pembelajaran Kendiri 3. Tumpuan 4. Reaksi Terhadap Situasi Baru
1.

1. Tempoh Masa Belajar


Tempoh masa belajar adalah berbeza dalam

kalangan pelajar. Seseorang pelajar yang lambat bertindak balas bukan bermakna dia tidak dapat mencapai hasil pembelajaran. Mereka yang lambat hanya memerlukan masa yang lebih panjang untuk bertindak balas kerana tumpuannya adalah kurang. Oleh itu, tempoh masa yang diperuntukkan perlulah sesuai dengan kemampuan pelajar.

2. Pembelajaran Kendiri
Terdapat pelajar yang dapat belajar sendiri tanpa

sebarang bantuan, tetapi terdapat juga pelajar yang memerlukan bantuan daripada cikgu. Ada juga pelajar yang kadangkala memerlukan bantuan. Guru perlu memberikan lebih perhatian terhadap pelajar yang lebih memerlukan bantuan. Pada masa yang sama, guru juga perlu menyalurkan aktiviti yang lain kepada pelajar yang lebih pantas menyiapkan kerjanya.

3. Tumpuan
Terdapat pelajar yang dapat memberikan

tumpuan dalam jangka masa yang panjang manakala terdapat juga yang tidak mampu bertahan lama. Ada juga tumpuan pelajar yang bergantung kepada situasi tertentu. Contohnya masa atau tempat. Oleh itu, guru perlu sentiasa peka samaada pelajar masih menumpukan perhatiannya atau tidak.

Jika pelajar tidak menumpukan perhatian semasa

P&P, guru boleh bertindak sedemikian:


1. Sebut nama pelajar 2. Berhenti seketika untuk memberikan masa

3.
4. 5. 6.

kepada pelajar untuk relaks Kemukakan soalan yang boleh menyebabkan pelajar teruja untuk menjawab Ajak pelajar menyanyi, kuiz dan menggunakan kartun Suara guru perlu lantang dan ulang apa yang penting Menyediakan tugasan mengikut kemampuan pelajar.

4. Reaksi Terhadap Situasi yang Baru


Pelajar akan berasa panik dengan perubahan

apabila
1. Pelajar naik kelas pada setiap awal tahun 2. Pelajar bertukar bilik darjah 3. Pelajar bertukar sekolah atau

4. Pelajar bertukar aktiviti P&P

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh dijalankan

oleh guru:
1.

2.

3.
4. 5. 6. 7.

Memperkenalkan situasi baru dengan perkara lama yang telah biasa kepada pelajar. (meletakkan pelajar duduk berdekatan dengan rakan lamanya.) Membenarkan pelajar menggunakan buku latihan yang digunakan pada tahun lepas. Merancang aktiviti kesukaan pelajar. Menggabungkan aktiviti baru dengan aktiviti yang pernah dijalankan dahulu. Memberikan perhatian apabila pelajar pertama kali menyentuh subjek yang baru. Guru perlu bersikap adil kepada semua pelajar. Guru perlu memberikan masa kepada pelajar yang baru bertukar kelas untuk menyesuaikan dirinya.

5.5 Implikasi Perbezaan Individu Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran


Penentuan Hasil Pembelajaran 2. Kepelbagaian Strategi Dan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran 3. Kepelbagaian Bahan Dan Peralatan Mengajar 4. Penyampaian Guru
1.

1. Penentuan Hasil Pembelajaran


Hasil pembelajaran adalah berasaskan

keupayaan dan kemampuan pelajar. Terdapat pelajar yang cerdas, sederhana dan lemah di dalam sebuah kelas. Bagi pelajar yang cerdas, mereka cepat memahami apa yang disampaikan oleh guru manakala pelajar sederhana mungkin dapat memahami isi pelajaran dengan bantuan bahan bantu mengajar.

Terdapat pelbagai tahap kebolehan pelajar di

dalam sebuah kelas. Oleh itu, guru tidak boleh mengharapkan semua pelajar dapat mencapai hasil pembelajaran yang sama. Guru perlu menyediakan tugasan yang berbagai tahap supaya memastikan semua pelajar mendapat manfaat.

2. Kepelbagaian Strategi Dan Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran


Kesediaan pelajar menghadapi pembelajaran

adalah berbeza bagi tahap mereka yang berbeza. Sesetengah pelajar tidak bersedia kerana tidak berminat, sesetengah pelajar pula sangat teruja untuk belajar. Guru yang kreatif perlu menyediakan pelbagai strategi dan kaedah bagi memastikan semua pelajar mencapai hasil pembelajaran masingmasing.

Guru boleh menyediakan aktivti bermain untuk

menarik pelajar yang tidak berminat untuk belajar. Bagi pelajar yang mempunyai gaya berfikir yang tinggi, guru boleh menyediakan aktiviti analisis dengan menggunakan borang grafik.

3. Kepelbagaian Bahan Dan Peralatan Mengajar


Guru boleh menggunakan audio visual yang

menarik. Sediakan aktiviti lakonan dengan merakamkan lakonan atau nyanyian pelajar. Apabila mereka mengambil bahagian dalam lakonan atau nyanyian, secara tidak langsung mereka dapat belajar berkomunikasi dan wujudnya unsur peneguhan berbahasa. Selain itu, guru juga boleh menggunakan peralatan ICT. Guru juga boleh mewujudkan pusat pembelajaran di luar bilik darjah.

4. Penyampaian Guru
Guru boleh cuba menjadikan diri sebagai seorang

penghibur yang berbakat. Sebagai contohnya,


1. Dalam mata pelajaran sastera dan bahasa

- mengasah bakat mereka untuk bercerita, berseloka, bersyair dan berpantun. 2. Dalam matapelajaran Sains dan Matematik - mampu menjadi seorang magician dan saintis.

Sekiranya guru mampu mempelbagaikan penyampaiannya, pelajar akan mendapat manfaat walaupun wujudnya perbezaan tahap antara pelajar.

References
http://www.scribd.com/doc/8004852/PerbezaanIndividu http://mysalawati.21classes.com/pub/mysalawati/P ERBEZAAN_INDIVIDU.ppt http://www.cikgu.net.my http://www.thomasarmstrong.com

Terima Kasih !

Anda mungkin juga menyukai