Anda di halaman 1dari 1

Jurulatih Badminton

Pengenalan:
Di dalam sukan badminton, sama ada acara
perseorangan, regu atau regu campuran, jurulatih
sememangnya amat diperlukan. Oleh sebab kerumitan
dan sifat dinamik permainan badminton, seseorang
jurulatih diperlukan kerana sebab- sebab berikut:
1. Seorang pemain perlu mempelajari berbagai- bagai
teknik kemahiran. Seorang jurulatih mampu memberi
tunjuk ajar dan membantu membetulkan kelemahan
serta membantu seseorang pemain mengeksploitasi
potensi sebenarnya.
2. Taktik dalam permainan memerlukan seorang
pemerhati dari luar untuk memerhati dan melakukan
perubahan dalam permainan. Ini kerana keadaan
permainaan yang begitu pantas tidak membenarkan
seseorang pemain menjalankan tugas sebagai
jurulatih. Permainan badminton tidak sama seperti
permainan bola sepak atau ragbi yang member masa
untuk seseorang itu membuat pemerhatian.
3. Potensi pemain individu, regu dan sebuah pasukan
memerlukan khidmat seorang jurulatih yang terlibat
untuk merancang sesi latihan dan member arahan
semasa permainan dijalankan.

Anda mungkin juga menyukai