Anda di halaman 1dari 25

KONSEP ALAM BELAJAR

Alam belajar murid terdiri daripada dua komponen iaitu :

1 - Alam Fizikal Fizikal boleh diibaratkan sebagai guru yang kedua bagi seseorang pelajar dalam bilik darjah. Alam fizikal banyak mencerminkan gaya pengajaran seorang guru di bilik darjah. Sususan kerusi dan meja, pokok-pokok dalam pasu, gambar-gambar pemandangan, papan kenyataan, hasil kerja pelajar akan mengwujudkan satu keadaan yang kondisif untuk seseorang pelajar. Penyusunan meja kerusi pelajar sebagai gaya auditorium, gaya bersemuka, gaya off-set, gaya seminar dan gaya kluster akan membantu pelajar untuk meningkatkan pelajaran mereka.

2 - Psikososial

Faktor psikososial seperti nada suara yang sesuai, suasana yang kondusif, tingkah laku yang diterima dan saling berbudi bahasa akan membantu seorang pelajar dalam aspek keselamatan dan keselesaan mereka dalam persekitaran sekolah. Seorang guru yang prihatin terhadap kebajikan pelajar dan mudah didampingi, beramah-tamah, cekap, berkeyakinan diri dan mengambil berat tentang keselamatan dan keselesaan pelajar akan memenuhi keperluan-keperluan psikososial murid-murid yang diajar.

KOMUNITI PEMBELAJARAN

Pembelajaran murid amat dipengaruhi oleh persekitarannya. Teori Ekologi Bronfenbrenner menjelaskan pengaruh sosiobudaya persekitaran terhadap perkembangan dan pembelajaran individu. Elemen-elemen dalam setiap sistem dalam model Bronfenbrenner.

1. Mikrosistem.

Persekitaran yang terdekat dimana kanak-kanak mempunyai interaksi secara langsung dan menghabiskan paling banyak masa. Contoh ibubapa, adik beradik, rakan-rakan, jiran dan guru.

2. Mesosistem. Perhubungan antara mikrosistem. Apa yang berlaku dalam satu mesosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang lain. Misalnya keadaan rumah boleh mempengaruhi tingkah laku individu di sekolah. Contoh rumah-sekolah, rumah jiran, sekolah-jiran.

3. Ekosistem. Pengalaman dengan persekitaran yang tidak melibatkan murid secara langsung tetapi keputusan yang diambil dalam persekitaran tersebut memberi kesan kepada kanakkanak dan dewasa yang terlibat dengan kanak-kanak tersebut. Contoh sekolah-pasar raya, kaedah pengurusan, kemudahan dan peraturan-peraturan yang dikuatkuasakan oleh tempat membeli belah secara tidak langsung mempengaruhi perkembangan sosial kanak-kanak tersebut.

4. Makrosistem. Perkembangan individu dipengaruhi oleh norma-norma, nilai-nilai dan amalan masyarakat . Misalnya dalam sesetengah masyarakat peranan jantina dititik beratkan (Santock 200H). Di sesetengah Negara, kaum lelaki diberi peranan yang lebih dominan dimana mereka diberi peluang pelajaran dan pekerjaan-pekerjaan yang penting

5. Kronosistem. Perubahan keadaan dalam sesuatu tempat masa. Misalnya kanak-kanak hari ini lebih berfokus kepada permainan komputer jika dibandingkan dengan kanak-kanak dua atau tiga puluh tahun dahulu yang lebih gemar bermain di persekitaran rumah.

Implikasi Sistem Teori Ekologi Bronfenbrenner kepada guru.

Persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku dan perkembangan intelek dan rohani seorang pelajar. Persekitaran yang membina dan positif akan membantu pelajar mencapai kecemerlangan dalam akademik manakala persekitaran yang tidak sesuai atau negatif akan membantutkan segala usaha yang diambil oleh pelajar tersebut. Persekitan yang diwarisi oleh seorang pelajar akan membentuk tingkah laku yang akan mencorakkan perkembangan akedemik dan sahsiah. Oleh yang demikian persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan dan pembelajaran murid secara mutlak.

PERANAN DAN KEPENTINGAN MAIN DALAM PEMBELAJARAN MURID-MURID

Kanak-kanak memerlukan main dalam perkembangan kognitif, psikomotor dan afektif.Terdapat 2 kategori main iaitu permainan sosial dan permainan kognitif. Berikut adalah senaraikan 3 jenis permainan tradisional untuk setiap kategori.

Permainan Sosial 1. Permainan congkak 2. Permainan batu seremban 3. Permainan main guli

Permainan Kognitif 1. Permainan galah panjang 2. Permainan lari ikat kaki 3. Permainan tingting

Bab 5

Perbezaan Individu dan Pembelajaran

1)

Perbezaan Individu melibatkan aspek;

Jantina Fizikal Kecerdasan otak Personaliti Gaya belajar Kesihatan Sosial Bangsa bahasa

2)

Pelbagai Kecerdasan Murid; Kecerdasan Verbal Linguistik;

o Kemampuan menggunakan perkataan secara berkesan sama ada secara lisan atau tulisan, termasuk kebolehan memanipulasikan ayat, gaya bahasa dan pengucapan dengan baik dan sempurna.

Kecerdasan Logik Matematik;

o Kebolehan menggunakan nombor, menaakul, mengenal pasti pola abstrak, perkaitan, sebab dan akibat (logik).

Kecerdasan Fizikal Kinestatik; kemahiran fizikal seperti koordinasi,

o Berkaitan dengan pergerakan dan keseimbangan dan kelenturan badan.

Kecerdasan Visual Spatial;

o Kebolehan mencipta gambaran mental dan mengamati dunia visual. Kecerdasan ini melibatkan kepekaan terhadap warna, garis, rentuk dan ruang.

Kecerdasan Muzikal-Ritma;

o Ini melibatkan kemampuan murid untuk menggemari, mendiskriminasi dan meluahkan perasaan melalui muzik.

Kecerdasan Intrapersonal;

o Kecerdasan ini melibatkan pengetahuan kendiri dan kebolehan murid untuk menilai diri sendiri.

Kecerdasan Interpersonal;

o Kecerdasan ini melibatkan kemampuan murid untuk mendiskriminasi antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut.

Kecerdasan Naturalis;

o kecerdasan ini melibatkan kebolehan murid untuk mengenali, menyusun dan mengkategorikan.

3) Setiap guru perlu mengenal pasti kekuatan murid dalam kecerdasan pelbagai mereka. Berikut adalah antara cara yang boleh digunakan oleh guru;

Pemerhatian tingkah laku murid semasa belajar Aktiviti yang digemari murid pada masa lapang / luar bilik darjah Laporan prestasi murid

4) Kecerdasan Emosi satu keadaan yang dialami oleh seseorang manusia yang melibatkan beberapa perubahan proses fisiologi, diri dan psikologi. Antara aspek kecerdasan emosi yang semakin sukar dilihat dalam kehidupan manusia kini adalah seperti berikut; Empati iaitu memahami orang lain secara mendalam Mengungkapkan dan memahami perasaan Mengendalikan amarah Kemandirian iaitu berdiri dengan sendiri atau berdikari Kemampuan untuk menyesuaikan diri Disukai oleh orang lain

Kemampuan untuk memecahkan atau menghilangkan masalah antara mereka yang berada di sekeliling Semangat setiakawan Keramahan Sikap hormat-menghormati

5) Bagi membolehkan anak-anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, ibu bapa seharusnya mengajar dan menerapkan dalam diri anak-anak beberapa aspek seperti berikut; Membina hubungan persahabatan yang baik dan harmonis Bekerja dalam kumpulan secara harmonis Berbicara dan mendengarkan secara efektif Mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai dengan aturan yang ada (jujur) Mengatasi masalah dengan teman yang nakal Berempati antara satu sama lain

Kemampuan untuk memecahkan peribadiketekunan Mengatasi konflik

atau

menghilangkan

masalah

antara

Membangkitkan rasa humor atau jenaka Memotivasikan diri apabila menghadapi saat-saat yang sulit dan genting Menghadapi situasi yang sulit dengan percaya kepada diri sendiri Menjalin keakraban

6) Menurut J.D. Mayer dan P.Salovey (1993) kecerdasan emosi dalam masyarakat merangkumi 3 katogeri utama;

Kebolehan membezakan emosi diri dan orang lain. Kebolehan mengawal emosi diri dan menyelaraskan dengan emosi orang lain . Kebolehan menggunakan maklumat emosi untuk membimbing pemikiran.

7) Menurut Goleman 1997, jenis-jenis emosi yang biasa dimiliki oleh seseorang adalah seperti berikut;

Marah (anger) Sedih (sadness) Takut (fear) Gembira (happy) Sayang (love) Hairan (surprise) Benci (disgust) Malu (shame)

8)

Cara Kawal Emosi; Kawal emosi Urus emosi sendiri Kenali emosi orang lain Motivasikan emosi negatif Uruskan perhubungan

9) Secara keseluruhannya, terdapat beberapa ciri atau karekteristik individu yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan memuaskan. Antara adalah seperti berikut; seseorang individu itu mampu memotivasi diri, bebas dan percaya akan diri sendiri. seseorang individu yang mampu dan boleh mengawal dorongan dan menunda sesuatu perasaan yang negatif. seseorang individu itu boleh memulakan, tekun dan dapat menyelesaikan tugas.

individu yang tidak menangguhkan kerja dan dia mengetahui bilakah sesuatu perkara itu perlu dilakukan. individu yang mampu menterjemah, mentafsirkan atau melahirkan pemikiran menjadi satu tindakan yang efektifdan bersesuaian dengan sesuatu keadaan. seseorang individu yang mengetahui dan mampu menggunakan kemampuannya.

individu yang tidak takut untuk menanggung risiko serta boleh menerima kritikan dari orang lain. individu yang berusaha mengatasi kelemahan dirinya. individu yang seimbang dalam pemikiran, kreatif, analitis dan praktis.

10) Gaya Berfikir; diberikan definisi konsep-konsep berikut; Kemahiran berfikir kritikal

Kemahiran berfikir kreatif Metakognisi

melibatkan pengendalian operasi mental tertentu dalam minda seseorang. Operasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu:

i.

Operasi Kognitif

Kemahiran berfikir yang sering kita gunakan setiap hari, seperti mengelas, membanding, membuat urutan dan lain-lain.

ii. Operasi Meta kognitif Merupakan operasi yang mengarah dan mengawal kemahiran dalam proses kognitif iaitu memandu dan membimbing segala aktiviti pemikiran manusia antara komponenkomponen berfikir.

11)

Pemikiran Konvergen ( Guilfort 1976 );

Satu jenis daya berfikir yang membolehkan seseorang menggunakan pengetahuan sedia ada dengan integrasi logik dan susunan demi menghasilkan idea atau jawapan yang lazim. Penyelesaian masalah juga dilakukan berdasarkan pengetahuan, pengalaman, peraturan prinsip, teori, hukum atau rumus yang sedia ada. Pemikiran konvergen tertumpu ke arah mencari satu jawapan atau satu cara tertentu yang dikenali sebagai pemikiran tertumpu atau pemikiran berpandu (pemikiran penaakulan atau pemikiran kritis) Proses pemikiran yang terlibat dalam menjawab soalan ini ialah menenangkan, menyatakan, membanding dan membeza.Pemikiran Konvergen berdasarkan pengetahuan / pengalaman sedia ada, jawapan tunggal dan masalah tertutup.

12)

Pemikiran Divergen;

Dikenali sebagai pemikiran bercapah dan memerlukan seseorang itu berfikir secara kreatif tentang sesuatu maklumat. Ia merujuk kepada berfikir dalam penyelesaian sesuatu masalah dari pelbagai sudut. Menurut Davidoff (1976), pemikiran divergen memerlukan jawapan yang banyak dan pelbagai. Idea yang terhasil adalah asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif. Pemikiran divergen juga dikenali sebagai pemikiran mendatar atau lateral. terbuka dapat

mempunyai unsur instuisi dan celik akal supaya masalah diselesaikan dengan pelbagai cara yang unik dan luar biasa.

Idea yang terhasil adalah asli dan bernilai. Individu yang berfikiran divergen diangap individu yang kreatif.

13) Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn dan Price (1989) telah menghuraikan lima keadaan atau stimuli yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang seperti berikut:

i.

Rangsangan Persekitaran

Cahaya: Ada murid yang suka belajar suasana terang dan sederhana terang. Tidak ramai murid yang suka belajar dalam cahaya yang malap dan terlalu terang. Bunyi: Ada murid yang suka belajar dengan bunyi muzik dan ada murid yang suka belajar dalam keadaan yang senyap dan sunyi. Suhu: Ada murid yang suka belajar dengan suhu yang sejuk dan ada murid yang suka belajar dalam keadaan yang dingin dan sederhana. Reka bentuk tempat belajar: Susunan kerusi meja dalam bilik darjah yang selesa dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.

ii. Rangsangan Emosi

Motivasi: Motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi intrinsik suka belajar dengan insiatif sendiri dan motivasi ekstrinsik suka mengikut yang berstruktur daripada guru. Keazaman dan Tanggungjawab: Murid yang mempunyai keazaman yang kuat akan mengambil insiatif sendiri dan dapat belajar dalam tempoh masa yang panjang. Struktur: Murid yang struktur suka membuat peraturan sendiri dan mengikut apa yang distruktur.

iii. Sosial Perseorangan: Suka belajar secara sendiri dan tidak berharap orang lain berdamping dan mengganggunya semasa belajar. Berpasangan: Belajar bersama rakan karib dan boleh memperolehi banyak kemajuan melalui interaksi dua hala. Berkumpulan: Gaya pembelajaran merangkumi ciri perbincangan dan kerjasama.

Orang dewasa: Belajar bersama orang yang disanjung contohnya seperti ibubapa.Orang dewasa dapat menyelesaikan masalah pembelajaran yang dihadapi.

iv. Fisiologi Masa Belajar: Memilih waktu tertentu untuk belajar. Ada murid yang lebih suka belajar pada waktu pagi ataupun pada waktu malam. Mobiliti: Terdapat murid yang suka berdiri atau berjalan ke sana sini semasa belajar. Ada murid yang kerap kali suka bertukar tempat duduk semasa belajar. Pemakanan: Terdapat murid yang suka makan, atau minum semasa belajar. Persepsi: Terdapat murid yang membuat andaian semasa belajar.

v. Psikologi Otak Kiri dan Otak Kanan: Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang logik, analitis, bahasa, fakta, matematik dan ingatan.(kiri) Mempunyai kemahiran berfikir dalam bidang kreatif, sintesis, warna, reka bentuk, perasaan, irama, muzik dan imaginasi.(Kanan)

Refleksi: Murid yang suka belajar dengan cara berfikir. Gerak hati: Belajar bergantung kepada angin atau moodnya.

Global/Analitik: Suka belajar sesuatu dengan teliti. Suka menganalisis fakta dan isi pelajaran secara terperinci dan secara menyeluruh.

14) Menurut Honey dan Mumford (1992), gaya pembelajaran didefinisikan sebagai penerangan ke atas sikap dan tingkah laku individu yang mengamalkannya. Honey dan Mumford (1983) membahagikan gaya pembelajaran kepada empat kumpulan iaituaktivis, reflektif, teoris dan pragmatis. i. Aktivis Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis dikategorikan sebagai individu yang berminat kepada pengalaman dan obses terhadap kaedah berpasukan. Mereka juga bersikap ingin mencuba sesuatu yang baru. Kehidupan mereka adalah aktif dan sentiasa dipenuhi dengan aktiviti. Mereka berminat kepada pengalaman baru, yang mencabar tetapi mereka mudah berasa bosan terhadap peraturan yang terperinci. Individu ini biasanya bertindak dahulu sebelum mempertimbangkan kesannya. Mereka kebiasaannya menyelesaikan masalah melalui kaedah sumbangsaran.

Golongan murid ini tidak memerlukan dorongan daripada orang lain ataupun menunggu seseorang yang akan memberi dorongan kepadanya. Mereka lebih selesa untuk mengambil tindakan atas inisiatif sendiri. Individu aktivis merupakan seorang yang peramah dan suka bersosial tetapi aktiviti yang dilakukan sering tertumpu kepada persekitaran dirinya sendiri. Individu yang mempunyai gaya pembelajaran aktivis mempunyai fikiran terbuka dan ingin mengambil tahu akan perkembangan terbaru dalam pembelajaran serta persekitarannya.

Golongan aktivis adalah golongan yang kreatif dan mampu menghasilkan ideaidea serta jalan penyelesaian yang kreatif dan menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Oleh kerana mereka ada banyak idea, guru perlu mengatur strategi pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti sumbangsaran, perbincangan dan sesi buzz.

ii. Reflektif/reflektor Individu yang mempunyai gaya pembelajaran reflektif/reflektorberminat dalam mengulas pengalaman dan suka membuat pemerhatian melalui pelbagai perspektif . Mereka akan mengumpulkan maklumat yang banyak dan menganalisis pengalaman tersebut sebelum membuat sesuatu keputusan. Mereka biasanya memberi keutamaan dalam mengumpul dan menganalisis maklumat maka keputusan yang dibuat akan memakan masa yang agak lama. Mereka selalunya berfikir sebelum membuat tindakan. Mereka sangat berhati-hati dan gemar menjauhkan diri daripada terlibat dengan perbincangansebaliknya berminat memerhati tingkah laku manusia di sekelilingnya.

Mereka suka melibatkan diri dalam matapelajaran Sains dan sering membuat kesimpulan berdasarkan pemerhatian sendiri, pemerhatian rakan serta pemerhatian orang dewasa. Persepsi dan pengamatan mereka tajam dan sensitif terhadap perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Kemahiran memerhati dan berfikir mereka adalah tinggi.

iii. Teoris Seseorang yang mengamalkan gaya pembelajaran secara teoris mementingkan situasi-situasi bermatlamatkan logik. Mereka mudah terangsang kepada teori, model dan sistem pemikiran yang praktikal atau menerima unsur logik . Masalah diselesaikan secara penaakulan langkah demi langkah yang logik iaitu melalui kaedah menganalisis serta mensintesis. Mereka berpegang kepada jika ianya logik maka ia boleh digunakan. Mereka seringmempersoalkan tentang dasar bagi sesuatu perkara yang diketengahkan. Oleh itu, mereka lebih bersifat analitik dan mengutamakan ketetapan daripada bersifat global dan subjektif.

Aspek emosi adalah tidak begitu penting untuk individu yang mempunyai gaya pembelajaran teoris. Mereka lebih mementingkan rumusan atau kesimpulan yang dibuat berasaskan bukti, analisis, kenyataan atau idea. Oleh sebab itu, rumusan atau kesimpulan yang dihasilkan oleh mereka adalah kurang kreatif kerana terkongkong oleh bukti dan logik.

Secara saintifiknya, mereka cenderung untuk menggunakan otak kiri untuk memproses maklumat yang mereka perolehi. Mereka bersifat objektif dalam melihat sesuatu pandangan atau idea daripada pelbagai perspektif supaya mereka dapat melihat situasi tersebut dengan lebih jelas. Kajian mendapati golongan lelaki didapati lebih cenderung kepada gaya pembelajaran teoris.

iv. Pragmatis Kajian mendapati mereka yang mengamalkan gaya pembelajaran pragmatis adalah lebih berkeyakinan, banyak bercakap dan lebih proaktif mengikut perkembangan dan sentiasa mengekalkan tahap emosi yang tinggi. Golongan ini tertumpu kepada isuisu yang praktikal dan berminat mengaitkan pembelajaran yang telah dipelajarinya dengan kaedah semasa yang digunakan. Merekagemar mencuba idea, teori dan teknik untuk menguji sama ada ia berguna atau tidak dalam situasi sebenarnya.

Golongan pragmatis berpegang kepada kaedah sentiasa ada dan jika kaedah itu berguna maka ianya baik. Mereka juga gemar membincangkan perkara yang tidak mempunyai objektif dan tidak mempunyai keputusan tetapkerana mereka adalah golongan yang suka membuat keputusan secara praktikal dan gemar menyelesaikan masalah secara cuba jaya. Mereka adalah golongan yang ekspresif iaitu mereka berasa puas hati apabila mereka berjaya dalam sesuatu perkara baru atau eksperimen . Murid pragmatis juga bersifat kreatif dan inovatif kerana mereka akan sentiasa cuba untuk membaiki sesuatu idea supaya ia dapat digunakan sebaik-baiknya dalam situasi yang sebenar. Pada kebiasaannya pelajar pragmatis adalah terdiri daripada murid lelaki dan mereka menggunakan otak kanan untuk memproses maklumat yang diperolehi.

Bab 6

Motivasi dan Pembelajaran

1)Pengenalan; Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi perlu diberikan kepada murid-murid untuk memenuhi keperluan; fizikal / biologikal pelaziman operan tingkah laku kognitif afektif sosial

1) Motivasi intrinsik Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman. Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

2)

Motivasi Entrinsik;

Motivasi ekstrinsik adalah berasaskan pendapat Thorndike dan Skinner yang mengatakan bahawa seseorang murid digerakkan supaya bertingkah laku hasil dorongan luaran. diwujudkan daripada rangsangan luaran dengan tujuan menggerakkan individu supaya melakukan sesuatuaktiviti yang membawa faedah kepadanya.

3)

Motivasi Intrinsik;

Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan humanistik bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman. diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.

4)

Perspektif Behavioris;

Ahli behaviorisme menitikberatkan persekitaran luaran bagi memotivasikan seseorang. Salvin, 200; motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan prinsip dimana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan , malahan dendaan. Menurut Ormord, 2008, aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui peneguhan ekstrinsik. Perlakuan akan merosot jika peneguhan itu dihentikan. Peneguhan ekstrinsik akan memberikan kesan jika murid mempunyai tanggapan bahawa peneguhan sebagai mengawal atau memanipulasi, bukan sahaja merangsang penambahbaikan dan kemajuan. Peneguhan ekstrinsik amat berguna jika murid tidak mempunyai keinginan untuk bertingkah laku sedemikian bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang teratur dan produktif. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan kemahiran dan kompetensi murid bertambah baik.

5)

Perspektif Kognitivis;

seseorang mencari makna, pemahaman, kompetensi secara aktif serta kebolehan seseorang membuat interpretasi. Motivasi memperlihatkan tingkah laku dipelajari melalui peneguhan kognitif individu tentang pemikiran atau konseptualisasi ( Joiner dan Swayer, 1992 ). Menurut Woolfolk, pandangan kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara mereka berfikir tentang mereka dan persekitaran . Kearah mana tingkah laku diambil diterangkan berdasarkan empat pengaruh berikut; a) b) keperluan untuk membina suatu asas pengetahuanyang teratur dan konsisten. harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasandengan berjaya.

c) faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan. d) kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

6)

Berikut adalah pengaruh motivasi terhadap terhadap teori-teori kognitif; i. Teori dissonance kognitif ( convington )

Dibentuk oleh Festinger ( 1957 ) menekankan hubungan antara kognisi. Terdapat kecenderungan individu untuk mencari ketekalan antara kognisi, iaitu kepercayaan atau pandangan. Apabila terdapat ketidakketekalan antara sikap atau tingkah laku (dissonansi), sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan dissonansi. Dua faktor yang mempengaruhi kekuatan dissonansi; o Bilangan kepercayaan dissionansi. o Kepentingan yang berkait dengan setiap dissonansi. Tiga cara untuk menghapuskan dissonansi; o Kurangkan kepentingan kepercayaan dissonansi tersebut. o Tambahkan lebih banyak kepercayaan konsonansi untuk melebihi kadar bilangan kepercayaan dissonansi. o Ubah kepercayaan dissonansi supaya mereka tidak konsisten lagi. Dissonansi berlaku dalam situasi dimana individu membuat plihan antara dua tindakan atau kepercayaan yang bertentangan. Kognitif dissonansi ketidakselesaan yang dirasai antara apa-apa yang kita sudah tahu atau percaya dengan maklumat atau tafsiran.

ii.

Teori atribusi ( Weiner, 1979 )

Merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi untuk motivasi akademik. Menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang diingini. Teori ini mengandungi teori efikasi kendiri, dimana penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar yang mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau kegagalan usaha.

Teori ini menerangkan kejayaan atau kegagalan boleh dianalisis seperti berikut : a) Kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh faktor luaran atau dalaman. b) Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin stabil atau tidak stabil. c) Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin boleh dikawal atau tidak boleh dikawal.

Faktor dalaman boleh dikawal sepertimana jika kita lebih berusaha atau tidak boleh dikawal jika kita agak sukar mengubah kebolehan kita.

Peranan guru dalam meningkatkan motivasi murid adalah seperti berikut; o Guru perlu membantu murid dengan memastikan mereka percaya bahawa mereka adalah kompeten. o Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipat gandakan usaha mereka. o Pastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. o Adalah baik jika guru membantu murid memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan. o Merangsangkan konsep kendiri murid dan sentiasa berfokuskan kepada usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.

iii.

Teori ekspektansi x nilai

Menurut Atkinson 1964,teori ini bermakna bahawa motivasi ialah gabungan antara dua kekuatan, iaitu harapan seseorang itu untuk mencapai ke arah matlamat yang ditujunya dan nilai matlamat itu untuk dirinya. Daripada teori, dua prediktor motivasi ialah nilai tugas dan ekspektasi ( Pintrich dan Schunk ). Jika salah satu elemen iaitu ekspektansi atau nilai tidak ada, maka kemungkinan besar motivasi untuk berusaha mencapai matlamat itu akan menjadi lemah dan tidak signifikan lagi.

Nilai adalah kepercayaan kognitif peribadi setiap individu dan ini termasuklah matlamat, nilai dan minat mereka. Merupakan kepercayaan tentang kompetensi peribadi serta kebolehan individu terhadap sesuatu tugasan.

iv.Teori efikasi kendiri ( Bandura ) Pandangan kognitif menekankan bahawa tingkah laku dipengaruhi oleh cara mereka berfikir tentang diri mereka dan persekitaran. Arah dimana tingkah laku diambil diterangkan berdasarkan empat pengaruh;

a) keperluan untuk membina suatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten. b) harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan berjaya. c) faktor-faktor di mana seseorang percaya akan menghasilkan kejayaan atau kegagalan. d) kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

7)

Perspektif Humanistik

Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri. Bagi memotivasi murid, guru harus menyentuh domain afektif, kompetensi, harga kendiri, autonomi dan penyempurnaan diri mereka. Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana penyempurnaan kendiri iaitu semua manusia mempunyai keinginan dalaman untuk mencapai segala yang diingini oleh mereka. Antara cara bagi membantu murid supaya menjadi lebih berautonomi ialah; membantu mereka menentukan matlamat yang realistik. merancang aktiviti yang boleh mencapai matlamat. memberikan tanggungjawab kepada mereka atas tindakan yang mereka lakukan.

memberi mereka peluang berdikari dalam pelaksanaan tugasan dan membuat keputusan. memberi mereka peluang untuk membuat pilihan. menilai prestasi mereka.

8)

Implikasi Motivasi Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran

Guru memainkan peranan penting bagi memastikan setiap pendekatan motivasi yang digunakan memberi kesan terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Pembelajaran murid biasanya akan meningkat jika insentif yang diberi adalah selaras dengan keperluan mereka termasuk menimba pengalaman baru, mengasah kemahiran-kemahiran tertentu, mengatasi cabaran-cabara tertentu, mencapai kejayaan ataupun berinteraksi dengan orang lain.

9) Berikut adalah antara cara guru boleh memberikan motivasi bagi setiap peringkat yang berkenaan;

i.

Sebelum Proses Pengajaran dan Pembelajaran

} Guru-guru mesti membuat rancangan mengajar dengan mengambilkira soalan-soalan yang ingin ditanya dan alat-alat bantuan pengajaran yang akan digunakan. } Guru-guru mesti merancang bagaimana dapat menimbul & mengekalkan rasa minat murid-murid sepanjang pelajaran dan selepas tamat pengajaran. } Guru mesti menimbulkan rasa minat dalam kalangan murid. } 4 prinsip penting bagi motivasi dalam bilik darjah; A) Meransang murid-murid dalam bilik darjah Menarik perhatian dan menumpukan murid-murid agar terus berusaha dalam bilik darjah. B) Memenuhi kehendak murid-murid yang berbeza Bertindak segera atas keperluan murid-murid.

C) Mengizinkan murid-murid meluahkan perasaan mereka Mengizinkan murid-murid meluahkan perasaan marah dengan positif terhadap rakanrakan yang tidak berkelakuan baik. D) Meransang murid-murid supaya memotivasikan diri sendiri Mewujudkan semangat persaingan dengan penyediaan tawaran ganjaran.

ii.

Semasa Proses Pengajaran dan Pembelajaran

} Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, guru-guru menggunakan pelbagai kaedah untuk memperkenalkan sesuatu topik. } Pengajaran yang melibatkan murid akan meningkatkan motivasi mereka. } Pembelajaran yang jelas matlamatnya akan meningkatkan proses pembelajaran. } Murid-murid yang memahami tentang apa yang disampaikan akan sentiasa mempunyai motivasi intrinsik terhadap pembelajaran. } Sesuatu pembelajaran itu adalah bermakna apabila perkara yang dipelajari dapat diingati dan diaplikasikan dalam situasi baru. } Kejayaan merupakan motivasi untuk belajar. } Murid-murid yang mempunyai motivasi tinggi akan segera melibatkan diri dalam apa jua akiviti. } Antara motivasi-motivasi yang boleh diwujudkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah seperti berikut; Galakkan melalui kata-kata lisan dan isyarat tubuh badan Penawaran ganjaran Penujukkan sikap positif Memenuhi keperluan murid-murid

iv.

Selepas Proses Pengajaran dan Pembelajaran

} Murid-murid perlu diberikan waktu untuk membuat renungan/refleksi.

} Proses refleksi ini membantu mereka untuk menilai kekuatan dan kelemahan yang terdapat pada diri mereka. } Antara motivasi yang boleh diwujudkan selepas proses pengajaran dan pembelajaran adalah; Maklumbalas hasil daripada penilaian kemajuan pembelajaran murid-murid. Aktiviti-aktiviti lanjutan untuk mengukuhkan pembelajaran. Sikap keprihatinan guru-guru terhadap keperluan murid-murid.

10) Antara cara yang boleh dilaksanakan untuk memotivasikan murid adalah seperti berikut; o Memberikan bantuan pengajaran o Penerangan yang jelas o Pemberian ganjaran Tetapkan matlamat Ambil berat Penglibatan murid Penuhi keperluan murid. Lebihkan pembelajaran visual. Gunakan pelbagai emosi untuk merangsang pembelajaran dan motivasi.

o Terima murid seadanya. o Berikan kata perangsang

11) Kesan motivasi Terdapat pelbagai kesan motivasi terhadap seseorang murid. Berikut adalah antara kesan yang biasa mereka alami dan boleh diperhatikan oleh guru;

i.

Kebimbangan

q Bimbang sekiranya tidak berjaya q Guru menetapkan hukuman keras mengakibatkan murid gagal kerana risau kepada hukuman yang diberi q Sebahagian murid-murid perlukan tahap kerisauan yang sederhana untuk berjaya

ii.

Perubahan sikap

q Dari sikap yang buruk kepada sikap yang baik q Kurang harga diri kepada sikap yang positif q Peneguhan positif seperti kata perangsang, pujian dapat membantu murid nakal membuang sikap negatif q Murid yang tidak serius dalam pembelajaran dimotivasikan secara ekstrinsik melalui ganjaran kecil apabila memperolehi kejayaan q Murid dengan perasaan harga diri yang rendah sukar dipujuk untuk mengubah sikap melalui ganjaran mungkin disebabkan oleh sosioekonomi yang serba kekurangan q Melalui galakan dan dorongan daripada guru, sikap ini dapat diubah kepada yang lebih baik

iii.

Perasaan ingin tahu

q Secara semulajadi murid-murid mempunyai perasaan ingin tahu. q Guru perlu menggalakkan murid menggunakan motivasi intrisik dengan merangsang naluri asasi mereka seperti menggunakan persembahan slaid ketika mengajar bagi mencetuskan perasaan ingin tahu.

PEMBENTUKAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN YANG KONDUSIF

PENGENALAN

Cuba renung kembali tajuk-tajuk yang anda telah pelajari. Aspek manakah paling mempengaruhi persekitaran bilik darjah? Berdasarkan pengalaman anda sebagai pengurus bilik darjah, bagaimana anda dapat mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah? Cuba anda melakarkan pelan bilik darjah yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan maklumat dan pengetahuan yang diperolehi sepanjang kursus ini. Rajah di bawah menunjukkan contoh susunan bilik darjah yang selesa. Selain daripada susunan fizikal bilik darjah yang selesa, apakah aspek-aspek lain yang harus di beri perhatian dalam menghasilkan persekitaran pembelajaran yang kondusif?

Contoh susunan bilik darjah sekolah rendah yang selesa

Pembentukan persekitaran pembelajaran yang kondusif boleh dikekalkan sekiranya tiga perkara ini dipatuhi. Strategi Umum Prosedur dan peraturan Kerjasama murid

1. Strategi umum - Strategi Autoritatif dan Mengurus kumpulan

Strategi Autoritatif i. Guru memantau tingkah laku murid-murid di samping menggalakkan mereka untuk berdikari dari segi pemikiran dan perlakuan. Mengurus kumpulan

i. Menyedari apa yang berlaku dalam bilik darjah. ii. Mampu menangani situasi dalam bilik darjah yang bertindan tindih. ii. Mengekalkan kesinambungan isi pelajaran yang disampaikan. iii. Libatkan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran.

2. Prosedur peraturan Rutin pentadbiran Pergerakan murid keluar masuk kelas Pengurusan bilik darjah Rutin pengajaran dan pembelajaran Interaksi antara guru dan murid

3. Kerjasama murid Membina hubungan positif dengan murid. Berkongsi dan memikul tanggungjawab bersama Memberi ganjaran bagi tingkahlaku yang susuai.

Anda mungkin juga menyukai