Anda di halaman 1dari 17

Bab 5: Perbezaan Individu

 Kecerdasan
 Pelbagai kecerdasan murid (Gardner)
 Kecerdasan Emosi (EQ)
 Gaya Berfikir
 Gaya Pembelajaran
 Implikasi  Perbezaan individu terhadap pengajaran
dan pembelajaran

Perbezaan Individu

 Woodcock (2000) membahagikan perbezaan individu kepada 2 jenis:


1. Perbezaan Interindividu:
perbezaan dalam individu yang dipengaruhi oleh masa, tempat dan
keadaan.
Cth: Ketua pejabat yang tegas di pejabat, mesra semasa
mengadakan majlis rumah terbuka di rumahnya.

2. Perbezaan Intraindividu:
Perbezaan yang terdapat antara seseorang individu dengan
individu yang lain.
Perbezaan antara individu adalah dalam pelbagai bentuk dan
perkara dan perbezaan ini memberi kesan terhadap cara mereka
bertindak balas terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan
seharian mereka.

2 faktor utama mendorong kepada perbezaan individu:


A. Faktor persekitaran
 Berbeza dan mempengaruhi personaliti seseorang.
 Pengalaman awal knk2 banyak mempengaruhi perkembangan dan
pembesarannya.
 Elemen persekitaran spt latar belakang keluarga, orang yang di
persekitarannya, rakan sebaya, persekitaran tempat tinggal, didikan dan
elemen media massa.

B. Faktor Baka
 Berkaitan dengan gen keturunan ssorng individu.
 Jelas mempengaruhi perbezaan intraindividu dari segi fizikal dan rupa
paras.
Kecerdasan (才智)

 Kebanyakan ahli psikologi percaya bahawa keturunan dan persekitaran


sama-sama memainkan peranan dalam menentukan tahap kecerdasan
seseorang individu.
 Plato: Manusia mempunyai kecerdasan yang berbeza.
 Aristotle: Kecerdasan bergantung pada daya imaginasi, persepsi,
kecerdikan yang pantas.
 Francis Galton:
1. Kecerdasan ialah sesuatu yang diwarisi.
2. Mereka yang mempunyai tahap kecerdasan rendah mempunyai
sensori yang lemah berbanding mereka yang mempunyai tahap
kecerdasan tinggi mempunyai sensori yang kuat.
 Albert Biner: Perbezaan individu semakin ketara pada peringkat tinggi
proses kognitif.
Aspek2 yang terkandung dalam Ujian Biner
1) Daya ingatan
2) Imaginasi
3) Perhatian
4) Pemahaman
5) Keupayaan mencadang
6) Nilai estetika
7) Nilai moral
8) Kekuatan tubuh badan dan semangat diri
9) Kemahiran psikomotor
10)Kemahiran menghubungkaitkan ruang
Pelbagai kecerdasan murid (Gardner) dan cara mengaplikasikan dalam pdp

 Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence)


 8 domain yang berbeza
1. Kecerdasan lingustik
 (keupayaan menggunakan bahasa dengan berkesan)
 Bawa murid ke luar bilik darjah dan bincang keindahan semula jadi
ciptaan tuhan dan meminta murid melahirkan perasaan terhadap
keindahan semula jadi dalam bentuk lisan (puisi/sajak/karangan)
2. Kecerdasan Logikal- Matematik
 (Keupayaan menyatakan alasan secara logik, terutama dalam sns
dan m3)
 Minta murid mengumpul maklumat berhubung binatang pelihara
(jenis, jumlah, perbelanjaan sebulan,makan kegemaran)
seterusnya meminta mereka menganalisis dapatan tersebut dalam
bentuk carta atau graf.
3. Kecerdasan Ruang- Visual
 (Keupayaan untuk memperincikan sesuatu yang dilihat dan
mengubahnya dalam bentuk objek visual)
 Aktiviti bermain logo, membina objek daripada logo seterusnya
melukis pelan logo.
4. Kecerdasan Muzik
 (Keupayaan mencipta, menghayati dan menghargai muzik, peka
terhadap melodi dan tone)
 Anjuran pertandingan mencipta lagu menggunakan peralatan yang
boleh diperolehi.
5. Kecerdasan Kinestik
 (Keupayaan menggunakan anggota tubuh dan mampu mengawal
dan menyeimbangkan objek)
 Guru boleh membekalkan murid-murid peluang untuk aktiviti fizikal
dan menggalakkan mereka untuk menyertainya serta menyediakan
tempat murid-murid boleh bermain di dalam dan di luar kelas

6. Kecerdasan Interpersonal
 (Keupayaan memahami diri orang lain)
 Menyediakan projek yang bertema ’Semangat kejiranan di tempat
tinggal saya’, minta murid mengumpul maklumat peribadi jiran,
merakam temu bual.
7. Kecerdasan Intrapersonal
 (Keupayan mengenal diri sendiri)
 Menyenarai ciri kekuatan, kelemahan dan potensi/bakat diri,
menulis perjanjian untuk membaiki kelemahan.
8. Kecerdasan Naturalist
 (Keupayaan mengenal pasti bentuk, pola dan corak semula jadi)
 Aktiviti luar bilik darjah, meminta mengenal pasti perbezaan setiap
bentuk pokok dari segi ranting, daun, buah/bunga seterusnya
merekodkannya dalam satu borang grafik dan menampalkan daun-
daun yang dikumpul.
Kecerdasan Emosi (Emotional Quetient)

 Daniel Goleman (1995): Kecerdasan emosi – tuntutan asas dalam


penggunaan akal intelek. Sekiranya akal rosak, cara kita berfikir tidak lagi
berkesan.
 Kecerdasan emosi sebenarnya ialah keupayaan mengenal pasti perasaan
kita dan orang lain, memotivasikan diri sendiri, menguruskan emosi
dengan baik dalam diri sendiri dan dalam perhubungan dengan orang lain.
 Kecerdasan emosi dipelajari dan terus berkembang mengikut usia dan
kehidupan manusia dan manusi belajar daripada pengalaman dan
kompetensi akan berkembang terus.
 Emosi terdiri daripada beberapa jenis:
1. Marah
2. Kemurungan
3. Kekecewaan
4. Memahami perasaan orang lain
5. Takut
6. Bersalah
7. Tersinggung
8. Hormat
9. Bertanggungjawab
10. Curiga
11. Sayang
 Keupayaan manusia menguruskan emosi terbahagi kepada 2 bentuk:
I. Kompetensi (hak untuk memutuskan atau melakukan sesuatu)
personal
Kesedaran kendiri 自 我 意 识 (keupayaan seseorang
mengenal diri sendiri dengan tepat, sedar ttg kekuatan diri
dan hak kekuatannya)
- memenuhi bisikan hati, mengetahui keadaan dalaman,
keutamaan, keupayaan intuisi

Pengurusan kendiri 自我管理 (emosi kawalan diri)


- mengurus dalam, keinginan potensi diri

Motivasi kendiri 自 我 激 发 (elemen pelengkap kepada


kesedaran dan pengurusan kendiri)
-berusaha membaiki diri sehingga mencapai satu standard
kecemerlangan

II. Kompetensi Sosial


Kesedaran sosial
-kesedaran terhadap perasaan, kehendak dan keutamaan
orang lain.

Pengurusan sosial
-menyesuaikan diri untuk meningkatkan minat pihak lain
untuk bertindak.
Gaya Berfikir (思考方式)

Jenis-jenis pemikiran

1. Pemikiran Konvergen
 Keupayaan mencari penyelesaian yang paling sesuai untuk mengatasi
sesuatu masalah atau mencari jawapan yang tepat kepada sesuatu
soalan.
 Melibatkan proses meringkaskan pelbagai kemungkinan jawapan kepada
1 definisi masalah yang jelas dan tepat.
 Berdasarkan logik yang tersusun mengikut langkah demi langkah yang
memerlukan seseorang mencari satu penyelesaian atau jawapan yang
betul.
 Contohnya dalam peperiksaan, memilih jawapan yang betul dan tepat
sahaja dalam soalan aneka pilihan.
2. Pemikiran Divergen
 Pemikiran yang asli, berdaya cipta dan cepat memberi tindak balas.
 Sering kali menganggap bahawa kehidupan ini penuh dengan pelbagai
pengalaman dan sentiasa berubah.
 4 ciri pemikiran divergen:
1. Kepelbagaian- berupaya menghasilkan pelbagai idea untuk situasi
spesifik
2. Fleksibel- menggunakan perspektif berbeza untuk menghasilkan
pelbagai cara penyelesaian masalah
3. Keaslian- berupaya untuk memikirkan idea-idea baru yang berguna
dan pratikal
4. Terperinci- berupaya menjelas sesuatu dengan terperinci.
3. Pemikiran Menegak
 Menfokuskan kepada 1 idea atau penyelesaian sebagai jawapan yang
betul, serta membuat penerokaan ke atasnya secara lebih mendalam dan
terperinci.
4. Pemikiran Lateral
 Proses pemikiran di luar kebiasaan apabila sesuatu masalah diselesaikan
melalui sumber yang berlainan atau yang tidak berkaitan.
 Akan mendorong murid ke arah pemikiran kreatif.
Perbezaan pemikiran menegak dan pemikiran lateral

Pemikiran Menegak Pemikiran Lateral/ mendatar


Mencari pendekatan yang betul Mencari pendekatan yang sebanyak
mungkin.
Menekankan kebenaran idea Menekankan kekayaan
Sedia ada hala tuju Membina hala tuju
Analitikal 分析性 Provoaktif (bersifat menbangkitkan)
Tersusun dan mengikut kronologi Tidak tersusun
Setiap langkah mesti betul Setiap langkah tidak semestinya betul
Menolak yang tidak relevan Menerima sebarang pendapat

Membuat analisis terhadap sesuatu Tidak banyak penerokaan

5. Pemikiran kritis (批评性思想)


 Suatu penerokaan yang bertujuan untuk menkaji situasi, fenomena atau
masalah untuk menghasilkan rumusan yang merangkumi semua
maklumat yang ada.
 Kemahiran intelektual untuk menilai dan mempertimbangkan sesuatu
situasi.

 Aktiviti menggalakkan pemikiran kritis


A. Menyusun sesuatu mengikut keutamaan
B. Menentukan akibat atau kesan sesuatu tindakan atau keputusan
C. Membuat kesimpulan
D. Membuat perbandingan
E. Membuat rumusan
F. Membuat penilaian

6. Pemikiran kreatif
 Kanak-kanak kreatif biasanya menimbulkan gangguan di bilik darjah
kerana kalangan ini kurang menumpukan perhatian terhadap
pembelajaran guru.
 Watak2 kanak-kanak kreatif:
a. Suka bekerja dalam humor
b. Tidak sukan keadaan yang menekan
c. Sedia mencuba sesuatu yang mencabar
d. Melahirkan idea-idea yang luar biasa
e. Sensitif dan berdikari
f. Sering dilabelkan sebagai ”bodoh” dan ”gila”
 Ciri2 pemikiran kreatif:
a. Mampu mengandaikan sesuatu di luar jangkaan orang lain
b. Berfikiran secara autonomi
c. Kaya dengan idea baru

7. Pemikiran Reflektif
 Sesuai sebagai latihan untuk berfikir secara matang.
 Membawa seseoarang kepada kesedaran kendiri yang tinggi dan bersikap
terbuka dan sentiasa mahu memperbaiki kelemahan yang ada setelah
menyedarinya.
 Melibatkan proses penyoalan dan penyoalan-kendiri, penilaian-kendiri,
menerusi pengalaman, menjelaskan tindakan alternatif yang mungkin
berdasarkan andaian2 tertentu dan jangkaan.
Gaya Pembelajaran (学习方法)

 Gaya pembelajaran= cara seseorang menerima dan memproses


maklumat dalam pelbagai cara yang berbeza-beza.
 Hilard: GP ialah hasil tambah corak-corak seseorang individu membentuk
cara-cara untuk respons terhadap sesuatu pengalaman.
 Dunn dan Dunn(1981)= GP ialah cara setiap murid mula memberikan
tumpuan, memproses atau menyimpan maklumat baharu dan maklumat
yang sukar.
 Entwistle: GP ialah tingkah laku konsisten seseorang murid dalam cara ia
belajar.
 Woodfolk: GP ialah pendekatan tersendiri individu kepada pembelajaran
dan biasanya melibatkan pemprosesan maklumat yang mendalam.

Jenis Gaya Pembelajaran

 Model Dunn dan Dunn membahagikan pembelajaran kepada dua


kelompok:

Jenis pelajar Ciri-ciri


Pelajar Global  Melihat secara menyeluruh sebelum dapat
memahami pelbagai bahagian yang lain.
 Lebih suka persekitaran belajar yang fleksibel
dengan lampu yang tidak terang, tempat
duduk yang selesa dalam persekitaran yang
tidak formal.
Pelajar Analitikal  Perlu melihat bahagian-bahagian dalam
urutan sebelum dapat memahami
keseluruhannya.
 Lebih sukan persekitaran yang berstruktur
dan formal.
Tujuh jenis utama pelajar

Jenis pelajar Ciri-ciri Tindakan guru


Pelajar Visual  Mudah menjalani  Guru perlu bijak
pembelajaran melalui memilih bahan2
penglihatan. visual terutamanya
 Perlu menatap wajah dan dari aspek
riak guru yang keberkesanan
menyampaikan isi pelajaran bahan2 untuk
dengan bantuan bahasa menyalurkan isi
isyarat, imej gambar2 dan pelajaran yang
paparan visual. hendak
 Sentiasa memastikan disampaikan.
bahan2 visual dapat dilihat
dengan jelas.
Pelajar auditori  Belajar melalui  Guru boleh
pendengaran membanyakkan
 Belajar paling berkesan aktiviti pdp melalui
melalui kuliah, aktiviti bercerita,
perbincangan, mendengar membaca teks
penerangan dan pendapat secara lantang dan
orang lain. menggunakan pita
rakaman.
Pelajar Belajar melalui pergerakan, Guru boleh
taktik/Kinestik merasa, menyentuh, menjalankan
menyusun, mereka cipta aktiviti hands-on
dan membina atau mebuat seperti ke
sesuatu. kawasan pertanian
Paling berkesan dengan untuk mempelajari
pendekatan “Hands-on”. jenis-jenis
Lebih cenderung belajar jika tanaman dan
disediakan ruang bagaimana
pembelajaran kepada tanaman tersebut
mereka untuk membina diusahakan.
atau mencipta dan
menunjukkan perasaan
mereka melalui isyarat
tubuh badan.
Didapati jarang duduk diam
dengan lebih lama.
Aktivis  Mengambil bahagian secara  Guru tidak perlu
aktif dan tidak akan leka menggunakan
sungguhpun perhatian paksaan untuk
mereka terganggu. melibatkan mereka
 Mengambil bahagian dalam dalam pdp.
pelajaran secara peribadi.
 Menganggap sebarang
pengetahuan baru sebagai
keupayaan peribadi.
 Melibatkan diri secara rela
dalam proses pdp.
Reflektor Gematr berfikir dan Guru perlu bijak
mengkaji semula maklumat mengendalikan
dan pengetahuan baharu golongan murid ini
yang diperoleh melalui kerana kadangkala
pemerhatian suapaya dapat proses renungan
disesuaikan ke dalam yang terlalu
kerangka pengetahuan banyak dan
sedia ada. panjang boleh
Dapat menambah lebih merugikan masa
maklumat ke dalam ingatan dan kurang
jangka panjangnya. mencapai hasil
pembelajaran.
Teoris Sentiasa mencari bukti
supaya dapat membuat
generalisasi bagi hukum2
dan teori2.
Sentiasa cuba untuk
menganalisis dan
mensintesiskan konsep dan
prinsip serta mencadangkan
idea2 dan hubungan2.
Pragmatis Sentiasa ingin mengetahui
bagaimana sesuatu perkara
itu berfungsi walaupun tidak
mementingkan bukti.
Menganggap pembelajaran
sebagai sesuatu proses
membina semula
pengalaman.
Mampu menyelesaikan
masalah dengan bijak
*Aktivis, Reflektor, Teoris, Pragmatis= Honey dan Mumford (1986)

Implikasi Gaya Pembelajaran terhadap Pengajaran & Pembelajaran


Kurikulum

Guru perlu meletakkan dan menekankan intuisi, perasaan, sensing dan


imaginasi untuk mendorong murid menganlisis, memberikan alasan dan
menyelesaikan masalah secara tersusun.

Bimbingan

Guru boleh mendedahkan murid dengan pelbagai unsur pengalaman di


dalam bilik darjah seperti unsur bunyi-bunyian, muzik, visual dll.

Penilaian

Guru sepatutnya melakasanakan pelbagai bentuk teknik penilaian yang


memberikan fokus pada perkembangan terhadap kapasiti otak murid
secara keseluruhan yang ada kaitan dengan gaya pembelajaran.

Implikasi Perbezaan Individu dalam Pengajaran & Pembelajaran


Penentuan Hasil Pembelajaran

Hendaklah berasaskan keupayaan dan kemampuan murid.


Guru boleh meyediakan tugasan murid yang pelbagai aras bagi
memastikan semua murid mendapat manfaat.

Kepelbagaian Strategi dan Kaedah Pdp

Perbezaan murid menentukan kesediaan mereka menghadapi


pembelajaran sama ada kurang berminat dan juga sangat teruja untuk
belajar.
Guru seharusnya kreatif dengan menyediakan pelbagai strategi dan
kaedah pdp bagi memastikan semua murid mencapai hasil pembelajaran
masing2.
Bagi murid kurang berminat: mempelbagaikan aktiviti bermain untuk
menarik minat mereka.
Bagi murid yg mempunyai gaya berfikir yang tinggi: menyediakan aktiviti
analisis atau penyelesaian masalah dengan menggunakan borang grafik.

Kepelbagaian Bahan dan Peralatan Mengajar

Murid kurang berminat belajar: guru mendorng pembelajaran aktif dengan


menggunakan audio visual yang menarik seperti lakonan dan menyanyi.
Melalui aktiviti tersebut, murid akan belajar berkomunikasi dan wujud
unsur peneguhan berbahasa.
Guru boleh mewujudkan pusat pembelajaran di satu sudut luar bilik darjah
seperti meletakkan bahan hidup iaitu ikan, burung, daun, bunga dan arnab
dan sebagainya.

Penyampaian Guru

Guru menjadikan diri sebagai seorang penghibur yang berbakat.


Cth: M3 n Sns- guru sepatutnya mampu menjadi seorang magician dan
saintis.
Guru yang mempelbagaikan penyampaiannya akan menjadikan murid2
mendapat manfaat walaupun wujud perbezaan murid2.

Anda mungkin juga menyukai