Anda di halaman 1dari 15

BAHAN KEMASAN

MOHD ALI BIN JEMALI


INSTITUT PERGURUAN TEMENGGONG IBRAHIM
JOHOR BAHRU
BAHAN-BAHAN KEMASAN

Kertas Pasir Penyumbat Minyak Lekar

Syelek Varnis Wax Cat


KERTAS KACA
 Kertas kaca merupakan langkah pertama kearah kemasan terakhir yang
baik
 Ia merupakan bahan pelelas yang dilekatkan pada kertas
 Bahan pelelas boleh terdiri daripada garnet, aluminium oksida atau silikon
karbida.
 Sesetengah kertas kaca adalah kalis air
 Kertas kaca haruslah sentiasa tajam dan sekiranya telah dipenuhi dengan
habuk kayu, perlu dibersihkan dengan berus, pemampat udara atau
cecair-pembersih kertas kaca
 Keberkesanan kertas kaca boleh ditingkatkan melalui penggunaan
bongkah yang betul
 Bongkah berukuran 50mm x 100mm dan lebih kurang 25mm tebal yang
sempurna rata permukaannya adalah sangat sesuai, kemudian dibalut
dengan kertas pasir kalis air 400 grit padanya.
 Gunakan air untuk sentuhan terakhir yang mana bukan sahaja bertujuan
sebagai pelincir, tetapi juga untuk meningkatkan kehalusan
PENYUMBAT

 Menyumbat rongga-rongga adalah langkah kedua bagi membuat kemasan


 Bagi membolehkan penyumbat tidak kelihatan nyata, ia mestilah disumbat
dengan baik dan kekal ke dalam rongga
 Penyumbat adalah serbuk mineral yang dicampur dengan pembawa dan
pengikat. Ia boleh jadi pasir, silika, serbuk talkum ataupun campuran
daripada pembawa ; minyak, alkohol atau air dan pengikat ; gam, varnis,
syelek atau aspaltum
 Secara teorinya, apabila kayu disumbat, pembawa akan menyejat dan
meninggalkan serbuk di dalam rongga. Tanpa pengikat, serbuk itu
hanyalah serbuk. Maka, pengikat akan mengikat ia pada kayu
 Untuk rongga yang kecil, penyumbat boleh terdiri daripada cecair
 Penyumbat datang dalam pelbagai warna pilihan yang boleh dipadankan
dengan warna kayu.
 Jika kayu itu telah dicelupkan, pilih warna penyumbat yang sama dengan
warna pencelup
KEMASAN LILIN (WAX)
 Biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu lilin keras (carnauba dan ceresine),
sederhana (lilin lebah) dan lembut (parafin)
 Kemasan lilin dilakukan dengan cara mencairkan lilin dalam turpentin dan
menyapukannya ke permukaan kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu
 Kemudian, permukaannya dikilatkan dengan menggunakan kain lembut
 Jika warna diperlukan, perwarna dilarutkan di dalam turpentin sebelum
dibancuh dengan lilin atau mengacaukan serbuk perwarna dalam cairan lilin
 Kerja-kerja hendaklahdibuat jauh daripada api kerana turpentin tang digunakan
sebagai pelkarut itu sangat mudah terbakar
CAT MINYAK / CAT LICAU
 Cat minyak adalah jenis cat yang digunakan bagi tujuan kemasan kayu
 Ia mengandungi perwarna dan cecair minyak linseed. Cat minyak menjadi
kering melalui proses penyejatan pelarutnya dan pengoksidaan
 Dalam proses mengecat, biasanya 3 lapisan cat diperlukan iaitu lapisan
asas, lapisan alas dan lapisan kemasan
 Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan plumbum merah
sebagai perwarna. Cat lapisan alas mengandungi minyak linseed,
plumbum putih dan minyak pengering yang bermutu. Cat lapisan kemasan
pula mengandungi minyak varnis, perwarna dan pelarut yang sesuai seperti
turpentin
 Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan alat penyembur
SYELEK

 Syelek merupakan resin asli yang dihasilkan dari serangga bernama lac bugs
yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat di Asia Tenggara
 Resin syelek larut di dalam alkohol - methylated spirit
 Cara mengilat kayu dengan syelek juga dipanggil French Polishing
 Ia boleh dilakukan dengan cara semburan atau sapuan dengan menggunakan
berus
 Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam alkohol untuk
digunakan ataupun dibeli secarabancuh-siap
 Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas kaca. Jika ia
disimpan di dalam tin, warnanya akan menjadi gelap
VARNIS
 Varnis minyak mengandungi resin asli (Congo, Manila, Kauri) atau resin tiruan
(phendics, alkyds) yang dimasak dalam minyak pengering (linseed, tung) dan
dicairkan dengan pelarut seperti turpentin dan spirit supaya mudah digunakan
secara sapuan atau semburan
 Varnis khas digunakan pada kayu. Ia mempunyai sifat rintangan cuaca dan
tahan air. Oleh itu, ia sangat sesuai digunakan pada kayu yang akan diletakkan
di luar
 Biasanya, proses pengeringannya mengambil masa sehingga 12 jam, tetapi
terdapat juga varnis yang boleh kering dalam masa kurang dari 4 jam
LEKAR
 Lekar mengandungi resin yang terdiri daripada polyurethene, alkyd, urea dan
lain-lain lagi yang akan mengeras melalui tindakbalas kimia dengan bahan
pengeras (catalyst)
 Ada beberapa jenis lekar yang berupa lutsinar, berwarna pudar dan licin yang
boleh digunakan untuk kemasan dalam dan luar
 Apabila telah disapu atau disembur, ia akan mengering dengan cepat dan
menghasilkan lapisan perlindungan yang tahan lasak dan bersifat merintang
bahan kimia, pelarut, api dan sebagainya
 Lekar boleh dilarutkan dengan thinner
 Lekar yang biasa digunakan ialah terdiri daripada jenis resin (nitrocellulose)
yang merupakan kemasan lutsinar yang cepat kering
MINYAK

 Cara tradisionalnya adalah dengan menggunakan minyak linseed


 Samada yang telah didihkan atau yang mentah, ia boleh digunakan dan mesti
dihangatkan lebih kurang 15 minit
 Perlu juga dicampurkan dengan turpentin dengan nisbah 1:8 bagi
mempercepatkan proses pengeringan
 Minyak tersebut hendaklah disapu dengan menggunakan kain yang bersih, dan
kemudiannya dibiarkan kering sekurang-kurangnya sehari, digosok lagi dengan
kertas pasir yang paling halus, dibuangkan habuk-habuk dan disapu dengan
sekali lagi
 Biasanya, minyak Danish adalah lebih pekat dan tidak kering sehingga berkilat
walaupun permukaan kayu tersebut telah diminyakkan dengan banyak
 Ia berdasarkan kepada minyak sayuran dan resin sintetik bagi menghasilkan
pengeringan yang cepat