Anda di halaman 1dari 46

BAHAN KEMASAN DAN ALAT

KELENGKAPAN
BAHAN-BAHAN KEMASAN

Kertas Pasir Penyumbat Minyak Lekar

Syelek Varnis Wax Cat


KERTAS KACA
 Kertas kaca merupakan langkah pertama kearah
kemasan terakhir yang baik
 Ia merupakan bahan pelelas yang dilekatkan pada kertas
 Bahan pelelas boleh terdiri daripada garnet, aluminium
oksida atau silikon karbida.
 Sesetengah kertas kaca adalah kalis air
 Kertas kaca haruslah sentiasa tajam dan sekiranya telah
dipenuhi dengan habuk kayu, perlu dibersihkan dengan
berus, pemampat udara atau cecair-pembersih kertas
kaca
 Keberkesanan kertas kaca boleh ditingkatkan melalui
penggunaan bongkah yang betul
 Bongkah berukuran 50mm x 100mm dan lebih kurang
25mm tebal yang sempurna rata permukaannya adalah
sangat sesuai, kemudian dibalut dengan kertas pasir
kalis air 400 grit padanya.
 Gunakan air untuk sentuhan terakhir yang mana bukan
sahaja bertujuan sebagai pelincir, tetapi juga untuk
meningkatkan kehalusan
PENYUMBAT
 Menyumbat rongga-rongga adalah langkah kedua bagi membuat kemasan
 Bagi membolehkan penyumbat tidak kelihatan nyata, ia mestilah disumbat
dengan baik dan kekal ke dalam rongga
 Penyumbat adalah serbuk mineral yang dicampur dengan pembawa dan
pengikat. Ia boleh jadi pasir, silika, serbuk talkum ataupun campuran
daripada pembawa ; minyak, alkohol atau air dan pengikat ; gam, varnis,
syelek atau aspaltum
 Secara teorinya, apabila kayu disumbat, pembawa akan menyejat dan
meninggalkan serbuk di dalam rongga. Tanpa pengikat, serbuk itu hanyalah
serbuk. Maka, pengikat akan mengikat ia pada kayu
 Untuk rongga yang kecil, penyumbat boleh terdiri daripada cecair
 Penyumbat datang dalam pelbagai warna pilihan yang boleh dipadankan
dengan warna kayu.
 Jika kayu itu telah dicelupkan, pilih warna penyumbat yang sama dengan
warna pencelup
KEMASAN LILIN (WAX)
 Biasanya terdapat dalam tiga jenis iaitu lilin keras
(carnauba dan ceresine), sederhana (lilin lebah) dan
lembut (parafin)
 Kemasan lilin dilakukan dengan cara mencairkan lilin
dalam turpentin dan menyapukannya ke permukaan
kayu supaya lilin dimasukkan ke dalam ira kayu
 Kemudian, permukaannya dikilatkan dengan
menggunakan kain lembut
 Jika warna diperlukan, perwarna dilarutkan di dalam
turpentin sebelum dibancuh dengan lilin atau
mengacaukan serbuk perwarna dalam cairan lilin
 Kerja-kerja hendaklahdibuat jauh daripada api kerana
turpentin tang digunakan sebagai pelkarut itu sangat
mudah terbakar
CAT MINYAK / CAT LICAU
 Cat minyak adalah jenis cat yang digunakan bagi tujuan
kemasan kayu
 Ia mengandungi perwarna dan cecair minyak linseed. Cat
minyak menjadi kering melalui proses penyejatan
pelarutnya dan pengoksidaan
 Dalam proses mengecat, biasanya 3 lapisan cat
diperlukan iaitu lapisan asas, lapisan alas dan lapisan
kemasan
 Cat lapisan asas mengandungi cecair minyak linseed dan
plumbum merah sebagai perwarna. Cat lapisan alas
mengandungi minyak linseed, plumbum putih dan
minyak pengering yang bermutu. Cat lapisan kemasan
pula mengandungi minyak varnis, perwarna dan pelarut
yang sesuai seperti turpentin
 Alat-alat untuk mengecat yang sesuai ialah berus dan
alat penyembur
SYELEK

 Syelek merupakan resin asli yang dihasilkan dari serangga bernama


lac bugs yang hidup atas dahan ranting sejenis pokok yang terdapat
di Asia Tenggara
 Resin syelek larut di dalam alkohol - methylated spirit
 Cara mengilat kayu dengan syelek juga dipanggil French Polishing
 Ia boleh dilakukan dengan cara semburan atau sapuan dengan
menggunakan berus
 Syelek didapati sebagai serpihan yang perlu dilarutkan di dalam
alkohol untuk digunakan ataupun dibeli secarabancuh-siap
 Syelek yang telah dilarutkan hendaklah disimpan di dalam bekas
kaca. Jika ia disimpan di dalam tin, warnanya akan menjadi gelap
VARNIS
 Varnis minyak mengandungi resin asli (Congo, Manila,
Kauri) atau resin tiruan (phendics, alkyds) yang dimasak
dalam minyak pengering (linseed, tung) dan dicairkan
dengan pelarut seperti turpentin dan spirit supaya
mudah digunakan secara sapuan atau semburan
 Varnis khas digunakan pada kayu. Ia mempunyai sifat
rintangan cuaca dan tahan air. Oleh itu, ia sangat sesuai
digunakan pada kayu yang akan diletakkan di luar
 Biasanya, proses pengeringannya mengambil masa
sehingga 12 jam, tetapi terdapat juga varnis yang boleh
kering dalam masa kurang dari 4 jam
LEKAR
 Lekar mengandungi resin yang terdiri daripada
polyurethene, alkyd, urea dan lain-lain lagi yang akan
mengeras melalui tindakbalas kimia dengan bahan
pengeras (catalyst)
 Ada beberapa jenis lekar yang berupa lutsinar, berwarna
pudar dan licin yang boleh digunakan untuk kemasan
dalam dan luar
 Apabila telah disapu atau disembur, ia akan mengering
dengan cepat dan menghasilkan lapisan perlindungan
yang tahan lasak dan bersifat merintang bahan kimia,
pelarut, api dan sebagainya
 Lekar boleh dilarutkan dengan thinner
 Lekar yang biasa digunakan ialah terdiri daripada jenis
resin (nitrocellulose) yang merupakan kemasan lutsinar
yang cepat kering
MINYAK
 Cara tradisionalnya adalah dengan menggunakan minyak linseed
 Samada yang telah didihkan atau yang mentah, ia boleh digunakan
dan mesti dihangatkan lebih kurang 15 minit
 Perlu juga dicampurkan dengan turpentin dengan nisbah 1:8 bagi
mempercepatkan proses pengeringan
 Minyak tersebut hendaklah disapu dengan menggunakan kain yang
bersih, dan kemudiannya dibiarkan kering sekurang-kurangnya
sehari, digosok lagi dengan kertas pasir yang paling halus,
dibuangkan habuk-habuk dan disapu dengan sekali lagi
 Biasanya, minyak Danish adalah lebih pekat dan tidak kering
sehingga berkilat walaupun permukaan kayu tersebut telah
diminyakkan dengan banyak
 Ia berdasarkan kepada minyak sayuran dan resin sintetik bagi
menghasilkan pengeringan yang cepat
 Minyak linsid menyebabkan pengekalan, memperbaiki
pengaliran warna, dan meningkatkan kilatan dan kelutsinaran.

JENIS-JENIS:

1) Bleached Linseed Oil


Ianya bertapis, minyaknya pucat, diproses untuk
menambahkan sedikit kelikatan. Ianya meningkatkan
pengaliran warna dan pengeringan yang lebih pantas
berbanding ‘refined linseed oil’.

2) Cold – Pressed Linseed Oil


‘Cold Pressed Linseed Oil’ adalah sejenis minyak semula jadi
yang berlikatan rendah. ‘Cold Pressed Linseed Oil’ ini
menawarkan kejelasan dan ketulenan yang terhebat.
3) Refined Linseed Oil
Meningkatkan kilatan, lut sinar dan tempoh
pengeringannya adalah perlahan.

4) Stand Linseed Oil


Merencatkan pengeringan dan memberikan
sesuatu yang tidak mudah rosak dan elastik

5) Thickened Linseed Oil


Minyak yang bertapis. mempercepatkan
pengeringan dan meningkatkan pengaliran
warna.
TIMBER TONE @
TONA KAYU
KEGUNAAN:
 Memberi kemasan pada permukaan kayu.
 Memberikan warna asli kayu yang dipilih.
 Disapu dengan berus dan semburan.

CARA PENGGUNAAN:
1. Sapu lapisan tona kayu dan biar kering.
2. Gosok dengan kertas las.
3. Kemudian, sapu lapisan tona kayu yang
kedua.
KELEBIHAN:

 Mudah digunakan
 Cepat kering
 Masih kelihatan urat kayu
 Setiap bahagian mempunyai warna yang
sama.
Paku

 Paku merupakan salah satu jenis penyambung


yang biasa digunakan untuk kerja-kerja
sambungan umum.
 Ia biasanya diperbuat daripada logam lembut.
 Terdapat pelbagai jenis paku di dalam pasaran
dan kegunaanya yang tersendiri.
 Paku Biasa - Paku Venir
 Paku Kotak - Paku Payung
 Paku Kekemasan - Paku Berkepala Dua
 Paku Panel - Paku Bergelugur
Paku Biasa dan Paku kotak

 Paku ini berkepala bulat dan


digunakan di dalam
pembinaan berat seperti
memaku rangka dinding,
membuat kotak, dan Paku biasa
pengunaan am.
 Paku kotak mempunyai
kegunaan yang sama denga
perbezaanya adalah
toloknya adalah lebih kecil
dan biasanya akan
meretakkan hujung kayu jika
digunakan.
Paku Kemasan
 Kepala paku jenis ini berbentuk peluru.
Ia biasanya digunakan dalam kerja
kekemasan seperti memasang pelapisan
dinding.
 Kepala paku ini boleh di benamkan
menggunakan alat pembenam paku.
 Paku bergelugur ialah paku nipis
bersegiempat bujur dan bergelugur
yang di perbuat daripada keluli.
 Paku jenis ini sesuai di gunakan untuk
menemukan beberapa keping papan
dan juga tanggam.
Paku Panel & Paku Venir

 Sejenis paku dawai yang halus,


kepalanya berbentuk kon yang
terbalik dan apabila di paku ke atas
kayu kesannya kurang Kalimantan. Paku panel
 Ia mempunyai pelbagai saiz dan
sesuai di gunakan di dalam kerja
panel.
 Paku venir mempunyai kegunaan
yang serupa denga paku panel tetapi
ada paku jenis ini yang tidak
mempunyai kepala.
Paku Payung

 Paku ini digunakan


dalam pemasangan
bumbung bergelugur
supaya air tidak tiris.
 Ia mempunyai kepala
yang berbentuk payung
dan mempunyai kapas
di kepalanya.
Paku Konkrit

 Paku ini diperbuat dari


pada keluli keras dan ia
mempunyai alur pada
batang paku tersebut.
 Ia boleh dipakukan
kepada dinding konkrit
apabila memasangkan
kayuuntuk
memasangkan barang
atau pendakap.
Cara Mengelaskan Paku

 Paku boleh dibeli mengikut beratnya dan paku


panel dijual di dalam kotak.
 Pekara yang harus dinyatakan semasa membeli
paku adalah :
 Beratnya.
 Panjangnya.
 Jenisnya (Nama)
 Logam (Jenis logam paku tersebut)
 Toloknya.
Kaedah Memaku

 Selepas memukul paku ke dalam kayu, paku


tersebut hendaklah dibenamkan menggunakan
pembenam paku su paya ia boleh ditutup
dengan dempul.
 Untuk mencabut paku yang bengkok hendaklah
menggunakan tukul besi kuku kambing atau
kakak tua dan dialas dengan bongkah kayu bagi
mengelakkkan kerosakan pada permukaan kayu.
 Jangan memaku mengikut ira kayu untuk
mengelakkan kayu menjadi retak semasa
memaku.
Skru
 Skru diperbuat daripada loyang atau besi lembut dan di gunakan untuk
memasang engsel atau barang lain pada kayu.
 Ada skru yang mempunyai alur dan alur berpalang
( kepala Philip).
 Skru terdiri daripada beberapa bahagian:
 Kepala.
 Batang bajak (shank)
 Benang.
 Hujung skru
 Terdapat pelbagai jenis skru di dalam pasaran dan kegunaanya yang
tersendiri.
 Skru Kepala Rata (Counter Sunk)
 Skru Kepala Bulat
 Skru Kepala Timbul
 Skru Kepala Segi Empat
Skru Kepala Rata (Counter
Sunk)
 Diperbuat daripada
keluli lembut dan di
galvanikan untuk
mencegah pengaratan.
 Terdapat juga skru yang
diperbuat daripada
loyang dan tembaga.
 Skru hendaklah di
pasang dengan cermat
untuk mengelakkan
daripada patah.
Skru Kepala Bulat

 Skru jenis ini mempunyai


kepala berbentuk bulat dan
bahagian bawahnya rata.
 Diperbuat daripada keluli
lembut , loyang dan tembaga
dan di galvanikan untuk
mencegah pengaratan.
 Selain daripada mengikat
kayu, ia juga digunakan
untuk sebagai hiasan kerana
kepalanya yang berbentuk
bulat.
Skru Kepala Timbul

 Merupakan cantuman dia


antara Skru Kepala Rata dan
Skru Kepala Bulat tetapi ia
diperbuat daripada keluli
yang lebih kuat.
 Ia digunakan untuk
melekatkan logam dengan
kayu.
 Ia digunakan bagi
mengutamakan kecantikan
serta kekuatan seperti
pemasangan engsel hiasan
dan pendakap logam.
Skru Kepala Segi Empat

 Merupakan skru yang


kuat diperbuat daripada
keluli.
 Kepala skru ini
mempunyai bentuk segi
empat dan memerlukan
spana untuk
mengikatnya.
 Ia digunakan dalam
kerja kasar seperti
pembinaan jambatan,
pembinaan Koc Pasakan
mesin dan lain-lain.
Bolt & Nat

 Bolt dan Nat digunakan untuk mengikat


bahagian kayu atau logam.
 Terdapat pelbagai jenis Bolt dan Nat di dalam
pasaran dan kegunaannya yang tersendiri.
 Bolt Bengkok.
 Bolt Nat.
 Bolt Gerigi (Rag Bolt).
Bolt Bengkok

 Bolt jenis ini


mempunyai kepala
yang di bengkokkan
untuk
mengantungkan
barang.
Bolt dengan Nat

 Bolt dan nat ini di


gunakan bersama untuk
mengikat kayu kepada
kayu, logam kepada
logam dan kayu kepada
logam.
 Terdapat pelbagai jenis
nat di dalam pasaran
yang mempunyai
keguanaan yang
berbeza.
Bolt Gerigi (Rag Bolt)

 Bolt jenis ini akan


mengembang apabila
dipasang.
 Ia digunakan untuk
pasak mesin dan
bahagian yang
memerlukan pegangan
yang kuat seperti tutup
tiang dan sebagainya.
Engsel
 Merupakan satu bahan logam utama dalam
pemasangan pintu dan tingkap.
 Diantara engsel yang biasa digunakan ialah
engsel T dan engsel cangkuk.
Engsel
 Digunakan untuk menyambung
bahagian pintu.
 Untuk membuka pintu, bahagian
pertama akan menolak pintu jauh
dari engsel dan pintu akan bergerak
sekeliling dengan engsel.

 Digunakan untuk menyambung


dua bahagian yang saling
berkaitan.

Engsel cangkuk
Tombol penarik pintu
Tombol penarik tingkap
Tombol penarik laci
Ribet
 Merupakan sejenis pencantum yang digunakan
untuk mencantum kepingan logam dengan
kepingan bahan yang lain atau yang sama
dengannya.
 Ia mempunyai alat seperti playar untuk memasang
ribet dan paku khas yang dipanggil ribet.
 Terdapat pelbagai jenis ribet di pasaran di
antaranya ialah;
–Ribet biasa
–Ribet angin

Anda mungkin juga menyukai