Anda di halaman 1dari 6

1)Alatan Tangan

Pita pengukur

Pita Pengukur digunakan untuk mungukur jarak.Alat ini mempunyai saiz 3 meter hinnga ke 6 meter.Unit pengukuran untuk alat ini adalah dalam mm,cm dan meter.

Pembaris keluli

Alat ini mempunyai saiz 30 cm,45 cm,60 cm dan 100 cm.Alat ini digunakan untuk mengukur jarak dan memindahkan jarak

Tolok penanda

Alat ini digunakan untuk membuat garisan selari dengan muka tepi kayu untuk menandakan lebar dan tebal kayu.

Sesiku L

Sesiku L berbentuk huruf L.Bilah kelulinya bersudut 90 dengan tonggak.Saiz sesiku L ditentukan oleh panjang bilahnya.Sesiku L digunakan untuk : a)Menguji ketepatan sudut 90 b)Menguji keratan permukaan bahan c)Membuat garisan bersudut tepat

Tolok serong

Alat ini digunakan untuk menanda dan memindahkan sudut yang bukan 90,serta membina tanggam

Gergaji putting

Alat ini digunakan untuk memotong kayu bersaiz kecil dan membuat tanggam.Jalur logam di atas adalah untuk mengukuhkan bilah gergaji

Gergaji lengkung halus

Alat ini digunakan untuk menggergaji bentuk lengkung pada bahan yang nipis.Mata gergaji perlu dipasang menghala ke pemegang.

Gergaji Tangan

Alat ini digunakan untuk mengerat dan membelah kayu.Saiznya ditentukan mengikut pandjang bilah dan bilangan giginya setiap 25mm.

Tukul Kambing

Alat ini digunakan untuk memukul dan mencabut paku.Saiznya mengikut berat kepalanya.

Tukul warrington

Alat ini digunakan untuk menukul paku kecil.Saiznya mengikut berat kepalanya dan sangat ringan.Bongkol tirus digunakan semasa mula memaku.

Kikir parut

Alat ini digunakan untuk membentuk lengkuk dan meratakan kayu.Saiznya mengikut panjang dang red giginya.

Gandin kayu Alat ini digunakan untuk mengetuk pahat dan digunakan dalam kerja pemasangan tanggam.Saiznya ditentukan oleh saiz kepalanya.

Pahat tepi serong

Alat ini digunakan untuk kerja memahat,meraut,meratakan(menatal)tanngam,dan membersihkan bucu tanggam.Saiznya mengikut lebar mata pemotong.Matanya diperbuat daripada keluli karbon tinggi.

Anda mungkin juga menyukai