Anda di halaman 1dari 8

Jenis peralatan melepa

1. Pemaras keluli

2. Pemaras kayu

3. Pemegang mortar - hawk

4. Comb spreader

5. Pemaras kayu panjang ( darby float )

6. Aras spirit

Bahan untuk melepa

Antarabahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :Simen:
Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar
samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin.
Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu Wallcrete dimana
ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :
Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000 o c untuk
menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air
untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan hydrated lime yang
sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang


mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya
menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :
Air yang digunakan mestilah bersihdan jernih, bebas dari bendasing yang boleh
merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar

walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan


lepaan mudah peroidan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :

Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat
disaluti dengan simen.

Memudahkan kerja bancuhan

Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan
bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar.
Biasanya bahan tambahansekitar 30% digunakan.

Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan kimia yang disediakan


dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak
telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam
keadaan kering.
Bahan Plasticisers dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila
terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan
ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini
akan melambatkan proses pengeringan danpeningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium
format, triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang
hendak dibuat. Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering
digunakan adalah 1:6(simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu bahagian
kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana 1 : 1 : 6 (simen :
kapor : pasir)

Jenis lepaan

Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan


kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa
dilakukan adalah seperti :-

1. Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis
ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar
16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang
mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama : bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan
pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan
pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika
ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan
bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras


keluli untuk permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding
luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan
gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan
permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan
menggunakan simen Portland, kapordan pasir ialah :1: : 4 atau
1 : 1 : 5-6 atau
1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa
menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras
keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah
dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan

lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini
agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.

3. KEMASAN GRANOLITIK
Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir :
serpihan batu granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua
lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm danpermukaannya diratakan
menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka
permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan
gerutu.

4. KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen


berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan
kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu
berwarna.

5. KEMASAN Textured atau Scraped

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras.
Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan
peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni
seseorang pekerja.

6. KEMASAN Rough cast atau wetdash

Campurannya terdiri dari simen,pasir dan batu baur yang dipilih mengikut
pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : : 4 pada lapisan pertama,
sementara lapisan kedua nisbahnya adalah
1 : : 1 - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh
digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat
dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran
batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.
Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.

Rough casting machine

7. KEMASAN Pebble-dashatau drydash

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau


serpihan batu berukuran 10 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan
yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan
pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 dengan campuran water
proofer dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal
12mm.

8. KEMASAN tyrolean atau smooth cast

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir.
Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (droughcasting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat

dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu
dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

Anda mungkin juga menyukai