Anda di halaman 1dari 4

JENIS-JENIS PAIP

Jenis2 paip yg ada namanya : PVC, UPVC, Galvanise Iron, HDPE, Mild Steel, Ductile Iron, dan Cast Iron.

PVC PAIP
PVC ini biasanya digunakan dalam rumah sahaja. Biasanya paip PVC ni berwarna kelabu. PVC itu bermaksud Polyvinnyl Chloride. Sambungan antara paip ke paip PVC menggunakan gam paip biasanya berwarna biru.

uPVC
uPVC bermaksud unplasticised Polivinnyl Chloride. Warna paip jenis ini biasanya putih. Paip ni biasa kita boleh jumpa sebagai paip saluran air hujan dan saluran buang lubang tandas. Sambungan paip ke paip jenis ini menggunakan gam.

GALVANISE IRON
Galvanise Iron biasanya boleh dilihat pada meter air. Paip ini warnanya silver. Paip jenis ini tahan lama akan tetapi akan menjadi karat di dalam dan akhirnya menyebabkan paip tersumbat. Sebab itu paip jenis ini kurang diguna di dalam rumah. Oleh kerana paip ini tahan lama, maka harganya juga lebih mahal berbanding 2 yang td. Paip jenis ini mempunyai thread luar untuk menyambung antara paip.

HDPE
Seterusnya mari kita berkenalan dengan paip HDPE atau nama panjangnya High Density Polyethylene. Biasa kat kedai hardware paip ni kita panggil sebagai Poly je.Paip ni flexible, boleh dilengkungkan xmacam paip2 len. Sambungan antara paip ni menggunakan sambungan khas dipanggil Poly Socket.

MILD STEEL
Kelima, paip jenis besar kegunaan industri dan luar rumah yang dipanggil sebagai Mild Steel. Paip ini adalah besi dan untuk menyambungkan antara paip sejenisnya adalah dengan Welding menggunakan welding rode untuk besi. Kebiasaan paip ini panjangnya 6m. Sebelah hujung paip diameter besar manakala sebelah lagi kecik, ini dinamakan spigot-end.Paip ni ada simen lining di dalam sebagai protection mengelakkan besi paip ini berkarat.

DUCTILE IRON
Ductile Iron juga paip besi akan tetapi tidak boleh welding. Paip jenis ini juga paip luar rumah dan juga kegunaan industri. Sambungan paip ini sama seperti paip Mild Steel kerana hujungnya jenis spigot-end. Panjang paip jenis ini biasanya sebatang 6m. Sekiranya paip ini telah dipotong, maka penyambungan hendaklah menggunakan alat yang dipanggil Long Collar atau juga dikenali sebagai Coupling Joint.

CAST IRON
Cast Iron juga merupakan paip besi dan sambungan melalui cara welding akan tetapi menggunakan welding rode untuk cast iron. Paip ini biasanya tebal lebih kurang 1inci. Sama seperti paip di atas sambungan antara paip spigot-end. Sekiranya dipotong, hendaklah menggunakan Long Collar atau Coupling Joint. Paip jenis ini jarang digunakan pada masa sekarang kerana tidak tahan hentakan, sekiranya terhentak, boleh pecah.

ASBESTOS CEMENT
Jenis paip yang terakhir adalah Asbestos Cement. Asbestos pada masa kini sudah dianggap material bahaya maka tiada lagi penghasilan produk jenis ini. Produk ini sangat mudah pecah dan perlu cermat bila memasangknya. Sambungan seperti juga paip Mild Steel, Ductile Iron dan Cast Iron iaitu spigot-end. Sekirang dipotong juga terpaksa menggunakan Long Collar atau Coupling Joint.

Anda mungkin juga menyukai