Anda di halaman 1dari 8

ISI KANDUNGAN

Bil. Kandungan Muka surat


1. Penghargaan
2. Panduan keselamatan
3. Tajuk dan tujuan amali
4. Objektif
5. Alat / mesin / bahan / saiz
6. Prosedur kerja
7. Data
8. Keputusan yang diperolehi.
9. Soalan
10. Perbincangan / rumusan

1
Penghargaan

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana


dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek Building
Materials Technology (DCA 1013) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan
terima kasih kepada Puan Norhajah binti Adnan,selaku Pensyarah Building Materials
Technology kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk
melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-
putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada
pensyarah saya Puan Norhajah binti Adnan atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk
ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada
rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama
bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan
tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah
mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua
tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

2
Panduan keselamatan

1. Pelajar hendaklah memakai pakaian dan kelengkapan keselamatan yang


bersesuaian sebelum melaksanakan kerja amali.
2. Sentiasa mematuhi peraturan dan mengamalkan Langkah keselamatan
semasa menjalankan kerja amali.
3. Membersihkan semua peralatan yang telah digunakan dan disimpan di
tempat yang sepatutnya.

Tajuk : Compression Strength Test – Cube Test

Tujuan :

Menguji dan mengukur kekuatan mampatan yang mampu ditanggung oleh konkrit apabila
dikenakan beban ke atasnya.

Objektif :

1. Pelajar dapat mengenal pasti dan mengendalikan peralatan,mesin serta


bahan yang betul bagi menjalankan Ujian Kekuatan Mampatan.
2. Pelajar dapat merekod data hasil keputusan Ujian Kekuatan Mampatan yang
diperolehi.
3. Pelajar kompeten dalam membuat Ujian Kekuatan Mampatan.

Alat / mesin / bahan :

1. Acuan kiub ( 150mm x 150mm x 150mm )


2. Plat tapak
3. Pod pemadat
4. Spanar boleh laras
5. Sudip
6. Penimbang
7. Mesin ujian mampatan
8. Simen, batu baur halus dan batu baur kasar

3
Prosedur :

1. Bersihkan acuan dan plat tapak serta disapu dengan minyak pelincir untuk mengelakkan
konkrit melekat pada acuan kiub. Ketatkan dan apitkan semua bahagian acuan
menggunakan spanar boleh laras.

2. Isikan konkrit ke dalam acuan sebanyak tiga lapisan (setiap satu lapisan kedalaman
50mm).

3. Setiap lapisan dikenakan hentaman menggunakan rod pemadat sebanyak 25 kali secara
sistematik dan seragam ke seluruh permukaan.

4. Selepas lapisan ke 3 (akhir) dipadatkan, permukaan konkrit hendaklah diratakan


menggunakan sudip supaya sama aras dengan bahagian atas acuan. Tandakan tarikh
berserta identifikasi pada kiub untuk memudahkan rujukan.

5. Acuan kiub ditanggalkan selepas 24 jam dibuat. Proses menanggalkan acuan kiub perlu
dijalankan dengan berhati-hati bagi mengelakkan konkrit rekah dan mengganggu kekuatan
mampatan konkrit.

6. Lakukan proses pengawetan dengan merendamkan kiub ke dalam air.

7. Air rendaman yang digunakan mestilah digantikan setiap 7 hari.

8. Selepas kiub dikeluarkan, permukaan kiub dikeringkan dengan kain terlebih dahulu
sebelum dikenakan tekanan menggunakan mesin ujian mampatan.

9. Kiub diletakkan di tengah penapak muatan mesin dan permukaan kiub yang kasar
diletakkan di bahagian hadapan. Setiap kiub akan dikenakan tekanan bermula dari 0
sehingga kiub mengalami kegagalan dengan kenaikan beban loading rate 0.2 Mpa/s - 1.0
Mpa/s mengikut piawaian BS EN12390-3.

10. Ujian kekuatan mampatan hendaklah dibuat pada konkrit yang berumur 7 dan 28 hari.
Lakukan ujian dengan 3 buah kiub untuk hari ke 7 dan 28.

11. Ulang ujian untuk kiub kedua dan ketiga. Bacaaan purata untuk 3 kiub dicatat.

Keputusan purata merupakan kekuatan tekanan bagi konkrit yang diuji.

12. Catat bacaan apabila kiub konkrit gagal.

4
Data :

Bil. Tempoh Tarikh Tarikh Berat Daya Keluasan Kekuatan


kiu masa kiub ujian kiub mampatan purata
b dibuat dibuat konkrit maksimum
1. 7 hari 17/8/22 24/8/22 78315 167x1000 22500 167 000
=167 000 22500
= 7.4
2. 7 hari 17/8/22 24/8/22 7744.35 170x1000 22500 170 000
=170 000 22500
= 7.4
3. 7 hari 17/8/22 24/8/22 7745 165x1000 22500 165 000
=165 000 22500
= 7.4
4. 28 hari 17/8/22 14/9/22 7390 190x1000 22500 190 000
= 190 000 22500
= 7.4
5. 28 hari 17/8/22 14/9/22 7833 200x1000 22500 200 000
= 200 000 22500
= 7.4
6. 28 hari 17/8/22 14/9/22 7587 198x1000 22500 198 000
= 198 000 22500
= 7.4
7. 28 hari 17/8/22 14/9/22 7781 150x1000 22500 150 000
= 150 000 22500
= 7.4

Keputusan yang diperolehi :

Purata kekuatan tekanan hari ke 7 Purata kekuatan tekanan hari ke 28

7.3 + 7.6 + 7.3 8.4 + 8.8 + 8.8

3 3

= 7.4 N = 8.6 N

5
Soalan :

1. Nyatakan kepentingan proses pengawetan terhadap konkrit.


- Untuk menguji kekuatan mampatan yang mampu ditanggung oleh konkrit apabila
dikenakan beban.
2. Bagaimanakah yang dilakukan apabila sesuatu kiub konkrit itu gagal.
- Apabila telah mencapai tekanan atau tahap maksimum.

Perbincangan :

Ujian ini selalu digunakan di tapak sebelum melakukan kerja pembinaan untuk menguji
kekuatan dan ketahanan konkrit. Sebarang kesalahan pada konkrit akan menyebabkan
kerja pembinaan mungkin akan terdedah kepada bahaya.

6
Lampiran

7
8

Anda mungkin juga menyukai