Anda di halaman 1dari 12

PROGRAM DIPLOMA TEKNOLOGI PEMBINAAN

DVM TAHUN 1 SEMESTER 1 / 2023

KOD KURSUS / NAMA KURSUS:

DCA 1013 BUILDING MATERIALS TECHNOLOGY

KOMPETENSI:

3.0 KONKRIT / CONCRETE (C3 PLO2)

TAJUK:

LAPORAN UJIAN KIUB KONKRIT (CUBE TEST)


ISI KANDUNGAN
Bil. Perkara Muka Surat
1. Pengenalan 3
2. Objektif 3
3. Peralatan / Mesin / Bahan / Saiz 3
4. Panduan keselamatan 3
5. Kaedah / Prosedur 4-8
6. Rajah / Lukisan 9
7. Pemerhatian ( Data dan Analisis ) 10 - 11
8. Perbincangan 12
9. Rumusan 12

2
PENGENALAN :
Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit. Tujuan ujian konkrit
ini adalah untuk menentukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada ujian- ujian ini akan
memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul dan kekal. Ia juga akan memberikan
gambaran yang jelas kepada konkrit yang dibuat. Di dalam semua projek, ujian kiub akan dibuat
pada setiap kali campuran konkrit ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan pecahan pada hari
ke 7 dan ke 28 .

OBJEKTIF :
Menentukan kekuatan konkrit.

PERALATAN / MESIN / BAHAN :


Bil Bahan / Komponen / Peralatan Saiz Kuantiti
1 Mesin Ujian Mampatan - 1

2 Rod pemadat ∅ 16 mm 1
3 Acuan kiub konkrit 150 mm x 150 mm 1
4 Sudip - 1
5 Baldi Jurubina - 1
6 Bancuhan konrkit - Secukupnya

PANDUAN KESELAMATAN :
1. Sebelum melaksanakan ujian penggredan, pelajar wajib memakai kelengkapan pakaian
keselamatan (safety shoes, gloves, mask, googles).
2. Pastikan pelajar mematuhi peraturan keselamatan di dalam makmal.
3. Bersihkan semua peralatan yang telah digunakan dan simpan di tempat yang sepatutnya.
3
KAEDAH / PROSEDUR KERJA PERSAMPELAN DAN PENGAWETAN :
1. Bancuhan konrkit dengan nisbah 1:2:4 disediakan.

2. Acuan kiub besi yang berukuran 150 mm × 150 mm disediakan.


4
3. Minyak disapukan pada acuan kiub konrkit tersebut.

4. Bancuhan konkrit dimasukkan sebanyak 3 lapisan dan dipadatkan sebanyak 35 kali.


5
5. Permukaan atas konkrit diratakan dan dilabelkan mengikut tarikh ianya dibuat.
6. Acuan yang telah diisi konkrit disimpan di tempat terlindung dari kelembapan selama 24
jam.
7. Selepas acuan tersebut dibuka, kiub konkrit diawet dengan merendamkannya ke dalam
tangka berisi air sebelum diuji.

8. Ujian dibuat keatas kiub konkrit pada hari ke – 7 dan ke – 28 dari tarikh kiub tersebut
dibuat.
9. Peralatan ujian dibersihkan.
6
KAEDAH / PROSEDUR KERJA MAMPATAN KIUB KONRKIT :
1. Kiub konkrit dikeluarkan dari air selepas masa pengawetan tertentu dan air yang
berlebihan dikeringkan dari permukaan.
2. Dimensi kiub konkrit yang hampir kepada 0.2 m diambil.
3. Permukaan galas mesin ujian dibersihkan.

4. Kiub konkrit diletakkan ke dalam mesin dimana beban yang dikenakan bertentangan
dengan kedudukan kiub.
7
5. Kiub berpusat dijajarkan pada plat asas mesin.
6. Putar bahagian alih perlahan – lahan dengan tangan supaya ia menyentuh permukaan atas
kiub.
7. Tekanan terhadap beban akan dikenakan secara beransur – ansur tanpa kejutan dan
berterusan pada kadar 140 kg/cm2/minit hingga kiub gagal.
8. Beban maksimum direkodkan dan apa – apa ciri – ciri yang luar biasa dalam jenis
kegagalan diambil perhatian.

8
RAJAH / LUKISAN :
9
PEMERHATIAN (DATA DAN ANALISIS) :
1. Nisbah keputusan setiap kiub hendaklah dicatatkan dan dibandingkan dengan nilai
kekuatan yang dikehendaki.
2. Minimum 3 kiub konkrit harus diuji mengikut usia.
3. Nisbah :
NISBAH BANCUHAN JENIS BINAAN
1:3:6 (GRED 15) Lantai tanpa tetulang dan konkrit jisim.
1:2:4 (GRED 20) Konkrit bertetulang seperti struktur
berangka seperti tiang dan rasuk.
1:1 ½: 3 (GRED 25) Tangki air atau takungan air.
1:1:2 (GRED 30) Konkrit prategasan.
4. Peratus kekuatan konkrit pada pelbagai usia.

Kekuatan konkrit meningkat mengikut usia. Jadual menunjukkan kekuatan konkrit


berbeza mengikut usia berbanding kekuatan pada 28 hari selepas tuangan.

UMUR KONRKIT % KEKUATAN


1 Hari 16 %
3 Hari 40 %
7 Hari 65 %
14 Hari 90 %
28 Hari 99 %

5. Kekuatan mampatan gred konkrit yang berbeza pada 7 dan 28 hari.

GRED KEKUATAN MINIMUM CIRI KHUSUS


KONKRIT MAMPATAN N/mm 2 PADA HARI KE KEKUATAN
7 MAMPATAN (N/mm 2)
PADA HARI KE 28
M15 10 15
M20 13.5 20
M25 17 25
M30 20 30
M35 20 35
M40 27 40
M45 30 45

10
PERBINCANGAN :
1. Rod pemadat dihentak secara tidak konsisten.
2. Acuan terjadi honeycomb.
3. Jumlah / bilangan hentakan tersilap dikira semasa amali.

KESIMPULAN :
Kesimpulannya, bancuhan konkrit yang baik dapat mempengaruhi kekuatan konkrit
tersebut. Ujian ini dijalankan untuk menentukan kekuatan konkrit. Selepas itu, keputusan yang
diperolehi daripada ujian ini akan memberikan gambaran secara kasar mengenai kekuatan
mampatan (N/mm 2) sesuatu konkrit.

12

Anda mungkin juga menyukai