Anda di halaman 1dari 17

TINGKAP DRD 1083

TINGKAP

OBJEKTIF AM

TOPIK

7
Memahami fungsi, jenis-jenis dan bahan binaan tingkap
yang digunakan pada bangunan domestik dan komersil.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :

 Mengenalpasti fungsi utama tingkap.


 Memahami jenis-jenis tingkap.
 Menjelaskan bahagian-bahagian dan kerangka
untuk tingkap.

 Menerangkan kaedah memasang tingkap.

120
TINGKAP DRD 1083

INPUT

1.0 PENGENALAN

Tingkap merupakan satu bukaan yang dibuat pada tembok dan lokasinya
berada berhampiran dengan pintu. Walaupun kedudukan sama hampir
dengan pintu namun fungsi tingkap adalah jelas ketara. Pembinaan tingkap
terdiri daripada dua bahagian utama iaitu kerangka tingkap dan daun
tingkap. Bahan binaan yang sesuai untuk tingkap antaranya kayu, logam
dan plastik. Bagi daun dan panel pula bahan binaan yang digunakan kayu,
gabungan kayu dengan kaca dan gabungan logam dengan kaca. Sebagai
komponen utama dalam pembinaan bangunan, tingkap berfungsi;

a) Membenarkan kemasukan sinar siang hari atau cahaya matahari.


b) Menyediakan peredaran udara dan gantian udara (ventilasi) dari
dalam ke luar bangunan.
c) Penebat bunyi dan haba.
d) Menghalang dari tiupan angin yang kencang dan hujan dari
memasuki bangunan.

1.1 SINAR SIANG HARI ATAU CAHAYA MATAHARI

Fungsi utama sesebuah tingkap membenarkan cahaya matahari


atau sinar siang memasuki serta menerangi dalam bangunan.
Dengan pencahayaan yang semulajadi ini pelbagai aktiviti boleh
dilakukan dengan lancar dan menjimatkan penggunaan elektrik.
Sedia maklum bahawa kuantiti cahaya yang memasuki bangunan
121
TINGKAP DRD 1083

adalah dipengaruhi oleh saiz bukaan tingkap atau kaca panel yang
digunakan berbanding dengan keluasan sesebuah bilik. Selain dari
itu arah bukaan tingkap dan kedudukan tingkap juga
mempengaruhi kuantiti pencahayaan. Kadar keluasan sesuatu
bukaan tingkap tidak kurang daripada 1/20 keluasan lantai bilik.
Jadual 1 menunjukkan nilaian yang diberi kepada faktor sinar siang
bagi pelbagai jenis bangunan dan tempat.
Sukatan secara kasar ketelusan cahaya ke bilik-bilik adalah
bersamaan ketinggian aras atas tingkap dari aras lantai.
Kedudukan bukaan tingkap biasa adalah 0.6 m hingga 2 m. untuk
tingkap bilik tetamu di antara 675 mm hingga 750 mm, bilik tidur
900 mm hingga 1000 mm dan bilik mandi adalah 1050 mm ke atas
(Rajah 1). Selain dari fungsi tingkap sebagai sinar siang, tingkap
juga berfungsi sebagai tempat memberi pemandangan dari luar
bangunan dan kedudukan tingkap amat memberi pengaruh kepada
tempat pemandangan sesebuah bangunan.

Rajah 1: Taburan sinar cahaya matahari

122
TINGKAP DRD 1083

Faktor Sinar
Jenis Bangunan Tempat
Siang (%)
Bilik dan Ruang Tamu (Lebih ½ kedalaman,
1
Keluasan minimum 8 m²).
Bilik Tidur (Lebih ½ kedalaman, Keluasan
Rumah Kediaman 0.5
minimum 6 m²).
Dapur (lebih ½ kedalaman, dalam lingkkungan
2
keluasan minimum 5 m²).
Pejabat am, Kaunter & kawasan awam. 2
Pejabat Meja menaip, komputer dan alatan kendalian
4
tangan.
Am 2
Bilik Lukisan
Meja lukisan 6

Bilik Persalinan, tempat duduk hadirin, tangga &


0.5
Dewan kaki lima
Perhimpunan Makmal 3
Bilik guru 1
Wad penerimaan 1
Hospital Bilik menunggu 2
Bilik ubat dan farmasi 3
Am 2
Dewan sukan
Dewan khas 2
Kolam renang Permukaan kolam dan kawasan sekeliling 1
Perpustakaan Rak buku dan meja bacaan 1

Muzium dan Am 1

Keseniaan Potret dan bahan curator 6 (Maks.)

Kawasan perhimpunan dan pengajaran 2


Sekolah dan kolej
Bilik Keseniaan dan Pusat Sumber 4

Jadual 1: Faktor sinar siang mengikut tempat dan bangunan

123
TINGKAP DRD 1083

1.2 PEREDARAN UDARA DAN GANTIAN UDARA

Penggantian udara yang cekap dan berkesan secara semula jadi


menjamin keselesaan penghuni bangunan. Selain dari penggantian
udara secara semula jadi, penggunaan kipas dan alat pendingin
hawa juga dapat membantu pengalihan udara. Peredaran udara
yang mencukupi dipengaruhi oleh saiz bukaan tingkap pada
bangunan.

1.3 PENEBATAN BUNYI DAN HABA

Tembok luar sebuah bangunan direkabentuk untuk memberi


perlindungan suhu dan bunyi yang datang dari luar ke dalam
bangunan. Seperti pintu, tingkap merupakan salah satu komponen
pada tembok yang diketahui mempunyai keupayaan penebat bunyi
dan haba.
Sesebuah tingkap bangunan berupaya mengurangkan bunyi
semasa ditutup terutama sekali di pejabat, bangunan sekolah,
hospital dan sebagainya. Untuk mendapatkan kesan yang lebih
baik sesetengah tingkap dilengkapi getah bertindak sebagai kedap
udara disekelilingnya pada kerangka daun tingkap.

1.4 MENGHALANG DARI TIUPAN ANGIN YANG KENCANG DAN


HUJAN

Tingkap sesebuah bangunan berupaya menghalang tiupan angin


yang kuat seperti contoh angin kencang dan rebut disamping itu
dapat menghalang air hujan dari memasuki bangunan.

124
TINGKAP DRD 1083

2.0 JENIS TINGKAP

Tingkap bangunan biasanya terbahagi kepada dua jenis yang banyak


digunakan iaitu tingkap ram kaca dan tingkap berbingkai kaca.

2.1 TINGKAP RAM KACA

Tingkap jenis ini amat sesuai digunakan bagi kawasan beriklim


tropika dan kos penyenggaraan yang rendah serta tahap
penglihatan kaca tingkap yang baik. Bahagian utama bagi tingkap
ram kaca terdiri daripada sepasang bingkai ram dan beberapa
kepingan ram kaca yang dipasangkan pada kerangka atau jenang
kayu (rujuk Rajah 2). Biasanya bingkai ram ini diperbuat daripada
besi bergalvani yang dilapis dengan zink pada permukaannya.
Pada bahagian tepi bingkai ram mempunyai tuil sebagai
mekanisme bergerak (buka dan tutup) dengan klip pemegang ram
kaca. Bingkai ini dipasang kepada tiang jenang kerangka tingkap
dengan menggunakan skru (rujuk Rajah 3). Saiz bingkai ram ini
bergantung kepada bilangan ram kaca. Saiz paling minimum
penggunaan tingkap ram kaca di antara 4 keping ram sehingga 12
keping ram. Jadual 2 menunjukkan bilangan kepingan ram kaca
dengan tinggi bingkai ram.
Saiz ram kaca adalah 150 mm lebar dan 5 mm tebal. Ukuran
panjang kaca ram adalah bergantung kepada luas bukaan
kerangka tingkap. Bagi bukaan tingkap yang mempunyai jenang di
antara dua tingkap dan menggunakan 8 keping ram, ianya dilihat
mampu mengurangkan masa dan penggunaan bahan bingkai
tingkap ram. Terdapat sambungan untuk pemasangan dua tingkap
ram tersebut dengan cara menggunakan skru penjodoh atau
coupling (Rajah 3).

125
TINGKAP DRD 1083

Bilangan Keping Ram Tinggi Bingkai


4 0.584 meter
6 0.864 meter
8 1.143 meter
12 1.702 meter

Jadual2: Bilangan ram kaca dengan tinggi bingkai

Rajah 2: Butiran tingkap ram kaca

126
TINGKAP DRD 1083

Ram tingkap menggunakan skru Ram tingkap menggunakan skru penjodoh

Rajah 3: Pemasangan ram dengan menggunakan skru


dan skru penjodoh (coupling).

2.2 TINGKAP BERBINGKAI KACA

Daun tingkap jenis ini terdiri daripada panel kaca yang dipasangkan
kepada kerangka kayu (Rajah 4). Kerangka kayu ini disambung
dengan cara pembuatan tanggam lubang dan puting. Sisi bingkai
dan susur atas diperbuat daripada kayu berukuran 50 mm x 44 mm
dan susur bawah pula berukuran 75 mm x 44 mm. Disekeliling
kerangka tingkap ada dibuatkan tetingkat yang bertujuan untuk
menerima panel kaca. Pada sebelah dalam panel dipasangkan
kemasan kumai untuk menahan panel kaca (Rajah 5).

127
TINGKAP DRD 1083

Rajah 4: Tingkap berbingkai kaca

Rajah 5: Butiran Tingkap berbingkai kaca

128
TINGKAP DRD 1083

2.3 KERANGKA TINGKAP

Sedia maklum bahawa binaan kerangka tingkap terdiri daripada


dua tiang jenang utama disambungkan kepada kepala jenang dan
ambang bawah. Bagi kerangka yang mempunyai beberapa daun
tingkap dan liang cahaya, keperluan untuk menambahkan ambang
antara dan jenang antara (Rajah 6). Terdapat pelbagai bentuk
kerangka tingkap yang digunakan dalam pembinaan tingkap.
Bahan binaan yang biasa digunakan dalam kerangka tingkap
adalah logam, kayu, aluminium dan plastik pvc.

Rajah 6: Bentuk kerangka tingkap

129
TINGKAP DRD 1083

2.3.1 KERANGKA KAYU

Kerangka kayu diperbuat daripada kayu yang berukuran 100


mm x 75 mm atau kayu nipis (38 mm tebal) serta lebarnya
setebal tembok atau dinding. Bahagian kerangka
disambungkan dengan menggunakan tanggam lubang dan
puting atau tanggam kekang. Pada kedua-dua hujung
kepala jenang dan ambang bawah diunjurkan sedikit
sebanyak 40 mm untuk dimasukkan ke dalam tembok atau
dinding semasa kerja pemasangan kerangka tingkap dan
pembinaan tembok dilakukan. Sekiranya kerangka tingkap
ini dibina searas dengan bahagian tembok luar, unjuran atau
tanduk ini dibuang seginya supaya kerja lepaan dapat
disiapkan dengan kemas. Sambungan kerangka tingkap
yang melibatkan tanggam diglukan, diapit dan dibajikan
dengan kukuh (Rajah 7).
Ambang bawah kerangka lebih lebar daripada bahagian
kerangka tingkap yang lain kerana ia mengunjur sebanyak
30 mm – 50 mm dari tembok luar. Pada bahagian ambang
bawah unjuran luar ini dibuatkan satu alur berdiameter 13
mm selari dengan permukaan tembok bagi mengelakkan
dari air hujan meresap masuk ke ruang di antara kerangka
dengan tembok. Pada bahagian tiang jenang utama
kerangka tingkap ini dibuatkan tetingkat setebal 13 mm atau
ditambahkan kayu penahan setebal 13 mm pada tiang
jenang untuk menahan daun tingkap.

130
TINGKAP DRD 1083

Rajah 8: Tanggam lubang dan puting

2.3.2 MEMASANG KERANGKA

Cara dan kaedah memasang kerangka tingkap adalah sama


seperti kerangka pintu. Kaedah pemasangan kerangka
tingkap dilakukan dengan cara serentak bersama kerja
pembinaan dinding atau tembok. Pemasangan kerangka ini
dikenali sebagai bina dalam dan jika kerja pembinaan
tersebut siap dinamakan pemasangan kemudian. Ciri
pembinaan kerangka bina dalam, kerangka diletakkan pada
tempat bukaan pada dinding yang belum dibina dengan cara
diuji ketegakkan dan dikukuhkan kedudukannya serta

131
TINGKAP DRD 1083

menetapkan kedudukan kerangka dengan kayu tupang


sementara, Semasa kerja pembinaan tembok dijalankan,
penambat keluli digunakan untuk menambat kerangka
tingkap dengan tembok pada lapisan bata setinggi tiga atau
lima lapisan ikatan bata (Rajah 8).

Rajah 8: Tambatan keluli pada tiang jenang

2.4 KAEDAH MEMASANG TINGKAP

Kaedah pemasangan tingkap ditentukan cara mana tingkap itu


dibuka (Rajah 9).Kelengkapan-kelengkapan tingkap yang
digunakan untuk pelbagai jenis bukaan adalah seperti berikut;
a) Tingkap gantungan sisi atau gantungan atas membuka
keluar dengan menggunakan engsel muka tumpu.
b) Tingkap unjuran gantungan sisi atau unjuran gantungan atas
dibuka dengan menggunakan engsel berlandas gelangsar.

132
TINGKAP DRD 1083

c) Tingkap gelangsar tegak menggunakan takal, pemberat dan


tali bingkai manakala tingkap gelangsar ufuk menggunakan
roda gelangsar.

Rajah 9: Jenis tingkap mengikut bukaan

2.5 TINGKAP KACA ALUMINIUM

Tingkap jenis ini diperbuat daripada bahan logam yang dinamakan


aluminium aloi berongga. Ianya dibentuk dan disambungkan
kepada penjuru dengan cara sambungan temu, dikimpal atau
diskru dengan skru besi tahan berat. Panel kaca tingkap ini
diletakkan di dalam lurah bingkai dengan menggunakan getah
sebagai lapisan menahan hentakan antara kaca dengan bingkai
aluminium. Permukaan aluminium ini dikemaskan dengan kemasan
menggunakan mesin atau kemasan anod. Tingkap jenis ini agak

133
TINGKAP DRD 1083

mahal dari segi bahan yang digunakan namun mempunyai


kelebihan seperti tidak berkarat, tidak perlu dicat, senang dicuci,
kelihatan kemas dan mudah diselenggara. Tingkap ini juga
diperolehi dalam pelbagai bentuk. Rajah 10 menunjukkan keratan
tingkap kaca aluminium gelangsar ufuk.

Rajah 11: Butiran tingkap kaca aluminium

134
TINGKAP DRD 1083

AKTIVITI 7

1. Nyatakan fungsi tingkap dalam pembinaan bangunan


_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

2. Jelaskan dua (2) jenis tingkap yang biasa digunakan dalam


pembinaan bangunan
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________
_____________________________________________________

3. Berdasar gambarajah di bawah, namakan bahagian yang bertanda


x,

135
TINGKAP DRD 1083

Tahniah !

Anda telah berjaya menyelesaikan


semua soalan dalam Aktiviti 7. Sila
semak jawapan anda pada modul
topik ini untuk memastikan
jawapan anda betul.

RINGKASAN TOPIK 7 :

 Di dalam topik ini membincangkan mengenai fungsi tingkap, jenis tingkap


dan kerangka tingkap.
 Penerangan tentang bentuk kerangka tingkap dan memasang kerangka
tingkap beserta gambarajah.
 Penjelasan mengenai kaedah pemasangan kerangka kayu dan tingkap
kaca bingkai aluminium berserta gambarajah.

136

Anda mungkin juga menyukai