Anda di halaman 1dari 12

AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

1
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

Dalam kerja melarik pada semester 2, pelajar Kejuruteraan Mekanikal harus menyiapkan projek
Aci Berbenang dalam masa 3 minggu. Dalam semester ini, kerja melarik yang terlibat ialah melarik
penampang, melarik lurah, melarik bahu dan membenang.

Pada minggu pertama, pelajar menyiapkan melarik penampang mengikut dimensi yang telah
ditetapkan. Melarik penampang merupakan operasi yang pertama sekali dilakukan pada satu-satu
komponen atau benda kerja semasa melarik di mesin pelarik. Melarik penampang bertujuan untuk
melicinkan permukaan benda kerja, memesin benda kerja mengikut panjang yang diperlukan serta
untuk memastikan permukaan itu bersudut tegak dengan paksi mesin.

Pada minggu kedua pula, pelajar menyiapkan melarik lurah mengikut dimensi diameter yang ditetapkan.
Jenis lurah yang dilarik pada hari tersebut ialah lurah bentuk persegi. Lurah tersebut dilarik supaya ulir
yang dipotong diatas bahu yang berhampiran boleh disudahkan dengan kemas dan tepat.

Seterusnya pada minggu ketiga, pelajar menyiapkan melarik bahu dan juga membenang. Tujuan
membuat melarik bahu adalah untuk menguatkan lagi bahagian benda kerja tersebut. Selain itu, ia
adalah untuk memperkemaskan rupa benda kerja dan menghasilkan kedua-dua hujung yang tidak
tajam.

Membenang yang dilakukan adalah Benang Luar Vee. Dalam proses ini, mata alat yang
digunakan terpaksa dicanai semula kerana bentuk mata alat yang digunakan adalah berbeza dengan
proses melarik penanpang dan melarik bahu.

2
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

1. Goggle hendaklah digunakan semasa menggunakan mesin larik bagi memastikan tatal tidak

terkena pada bahagian mata.

2. Kasut keselamat perlu digunakan semasa berada di dalam bengkel mesin untuk mengelakkan

daripada tatal memenbusi kasut dan mengelakkan berlakunya perkara-perkara yang tidak

diingini.

3. Pastikan mesin yang digunakan dalam keadaan baik dan boleh digunakan supaya tidak akan

berlaku sebarang kemalangan semasa melakukan kerja-kerja melarik.

4. Pakaian bengkel yang sesuai juga perlu bagi mengelakkan ian tersangkut pada mana-mana

bahagian mesin yang berputar atau bergerak.

5. Elakkan memakai barang-barang perhiasan kerana boleh menyebabkan berlakunya kemalangan

akibat tersangkut pada mesin.

3
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

PERALATAN GAMBARAJAH

1. Tetengah

2. Mata alat

3. Pemegang Mata Alat

4. Mata alat melarik lurah

5. Plat penambah

4
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

PERALATAN GAMBARAJAH

6. Sepana

7. Angkup vernier

8. Pembuka cuk

9. Tolok tetengah mata alat ulir benang


metrik.

5
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

1. MELARIK PENAMPANG

1. Sebelum menggunakan mesin pelarik,


pastikan mesin berada dalam keadaan
baik.

2. Seterusnya, dengan menggunakan


angkup vernier, ukur dimensi bahan
kerja. Sekiranya bahan kerja lebih
panjang daripada dimensi yang
ditetapkan, tanda bahagian yang perlu
dibuang.

3. Dengan menggunakan pembuka cuk,


cuk dibuka dan bahan kerja diketatkan
pada bahagian cuk.

4. Setelah itu pemegang mata alat


dipasang pada tiang mata alat.

5. Seterusnya, mata alat dipasang pula


pada pemegang mata alat.

6
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

6. Tetengah digunakan untuk menentukan


kedudukan bahan kerja adalah betul-
betul tengah.

7. Laraskan rpm mesin larik menjadi 445


dan tekan suis penyejuk untuk
memastikan aliran penyejuk berfungsi
dengan baik.

8. Setelah itu, tuil suis mesin pelarik


ditolak ke bawah supaya mesin
berfungsi kearah pusingan lawan jam

9. Lakukan kerja melarik penampang


sehingga selesai.

2. MELARIK LURAH

7
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

1. Langkahnya adalah sama seperti langkah


melarik penampang

2. Ulang langkah 1,3,4,5,6,7,dan 8 melarik


penampang.

3. Semasa mesin berfungsi, gerakkan


kekesot lintang ke dalam.

4. Proses yang sama dilakukan sehingga


mencapai dimensi diameter yang
ditetapkan.

3. MELARIK BAHU

8
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

1. Langkah kerja 1 dan 3 melarik


penampang dilakukan.

2. Kemudian dengan menggunakan


sepana, skru pada tapak tiang mata alat
dilonggarkan.

3. Sesudah itu, tapak tiang mata alat


dipusingkan sehingga mendapat
bacaan 40° dan skru diketatkan semula.

4. Pemegang mata alat dipasang pada


tiang mata alat.

5. Setelah itu, tuil suis mesin pelarik


ditolak ke bawah supaya cuk berputar
kea rah lawan jam.

6. Kekesot digunakan bagi membentuk


bahu semasa melarik dan dilakukan
sehingga selesai.

4. MELARIK MEMBENANG

9
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

1. Mata alat dicanai dengan sudut


kelegaan tepi ialah 3° hingga 5°,sudut
kelegaan hadapan ialah 6° hingga 8°.

2. Ulang langkah 1,3,4,5,6,dan 7 melarik


penampang.

3. Kemudian, laraskan kelajuan gear


iaitu rpm dengan kelajuan 140.

4. Tolak tuil pada kekesot selari supaya


ia bergerak secara automatik.

5. Seterusnya, suis mesin pelarik ditolak


kebawah supaya arah putaran cuk
melawan jam.

6. Seterusnya, apabila mata alat telah


mencecah pada bahagian hujung ulir
skru, gerakkan kekesot lintak keluar
dan pada yang sama, tolak suis mesin
pelarik ke atas supaya pergerakan
kekesot selari bergerak dari kiri ke
kanan.

10
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

11
AMALAN BENGKEL MEKANIKAL

1. Mesin larik perlulah diselenggarakan selalu supaya tidak menimbulkan kesulitan semasa pelajar
menggunakan mesin.
2. Mata alat untuk melurah perlulah dibekalkan dengan lebih banyak kerana ramai pelajar yang
tidak dapat meyiapkan dengan pantas projek mereka hanya kerana mata alat tersebut terpaksa
dikongsi.
3. Cara menggunakan mesin juga perlu di tunjukkan dengan lebih terperinci kerana ramai pelajar
yang tidak mengetatkan cuk dengan cara yang betul dan boleh menyebabkan kemalangan.

Kesimpulannya projek dapat disiapkan dengan lancer dan menepati masa yang ditetapkan.

12

Anda mungkin juga menyukai