Anda di halaman 1dari 12

TUJUAN/OBJEKTIF AMALI

 Cara-cara untuk mengendali mesin kisar dan tujuan mesin kisar.


 Mempelajari bagaimana cara untuk membuat benang dalam dan benang luar.
 Mengetahui operasi untuk membuat corak atau bunga pada komponen.
 Mengetahui kaedah bagaimana benda kerja dipegang pada mesin larik.
 Memahami fungsi dan jenis-jenis mata alat.
 Mengetahui sudut-sudut yang ada pada mata alat.
 Mengetahui jenis bahan dan kegunaan mata alat.
 Mengetahui langkah pengendalian kerja-kerja menggerek, menggerudi, melorek,
melarik tirus, memotong ulir skru dan melarik tak sepusat.

LANGKAH_LANGKAH KESELAMATAN

LANGKAH-LANGKAH MENCEGAH KEMALANGAN AM


Terdapat empat faktor utama untuk menjauhi atau mencegah sebarang kemalangan di
dalam bengkel berlaku:
i. Tabiat bekerja

ii. Keselamatan diri sendiri

iii. Keselamatan semasa menggunakan peralatan mesin

iv. Kekemasan tempat bekerja atau bengkel

Tabiat Berkerja

Para pelajar dikehendaki mempunyai semangat dan tabiat bekerja yang baik semasa di
dalam bengkel bagi mencegah kemalangan diantaranya:
i. Mengutamakan Kebersihan dan kekemasan pakaian
ii. Mempunyai sikap dan tanggungjawab terhadap diri sendiri
iii. Bertimbang rasa terhadap kebajikan rakan sekelas
iv. Menumpukan sepenuh perhatian dan tenang ketika bekerja
v. Tidak gopoh semasa melakukan sebarang kerja amali

Keselamatan Diri Sendiri

Kebanyakkan kemalangan berlaku kerana sikap cuai dan tidak mengambil berat aspek
keselamatan. Faktor kemalangan ini dapat dicegah dengan cara:

i. Pakai pakaian keselamatan yang sesuai dengan tempat bekerja dan


aktiviti amali yang dilakukan. Pakaian keselamatan didalam bengkel
kimpalan arka tidak sama dengan pakaian keselamatan di dalam bengkel
mesin larik.
ii. Rambut hendaklah sentiasa kemas dan pendek. Rambut yang
panjang boleh tersangkut pada mesin yang berputar atau alat-alat lain.
iii. Jangan bergurau senda dengan rakan samaada melibatkan peralatan
bengkel ataupun tidak.
Elakkan daripada memakai barang-barang perhiasan seperti jam
tangan, cincin, rantai kerana barang-barang tersebut boleh tersangkut
pada mesin dan alat-alat lain.

Keselamatan Semasa Menggunakan Peralatan Mesin


Langkah keselamatan semasa menggunakan mesin ialah:

i) Setiap mesin mestilah mempunyai pembumian yang sempurna bagi mengelak


bahaya elektrik.
ii) Elakkan daripada memegang dan menyentuh alat-alat tajam seperti mata
pengisar, hujung mata penggarit.

Kekemasan bengkel

kekemasan dan kebersihan tempat kerja bukan sahaja dapat mencegah daripada
kemalangan tetapi juga meningkatkan kecekapan bekerja.
i) Jangan biarkan alatan bersepah diatas lantai.
ii) Elakan daripada minyak atau gris tertumpah diatas lantai. Lap sehingga tiada
kesan licin diatas lantai jika terdapat minyak atau gris diatas lantai woksyop.
iii) Jangan biarkan tatal atau serpihan logam bersepah diatas lantai dan disekeliling
mesin.
iv) Ruang bengkel hendaklah mempunyai pengedaran udara yang baik. Mempunyai
tanda garis keselamatan kawasan bekerja dan laluan berjalan.
v) Bengkel hendaklah sentiasa mempunyai laluan serta pintu kecemasan.
vi) Alatan pencegahan kebakaran juga hendaklah diletakkan ditempatkan yang
sesuai, mudah dilihat dan dicapai jika berlaku kebakaran

PERALATAN

Mesin Larik
 Mesin ini lebih besar dan berat daripada jenis bangku. Panjang landasan mesin
adalah 1.5 meter hingga 6 meter. Lazimnya mesin ini digunakan untuk kerja-
kerja penyelenggaraan sederhana dan juga dalam institusi latihan kemahiran.

Alatan Belakang

 Bahagian ini terletak disebelah kanan landasan. Ia boleh digerakan disepanjang


landasan dan juga boleh dikunci pada mana-mana kedudukan yang dikehendaki.
Alatan belakang terdiri daripada dua bahagian utama, badan dan tapak.
 Pada badan terdapat satu spindal yang mempunyai penirusan piawaian Morse.
Alat pemotong bertangkai tirus Morse, seperti gerudi dan pelulas boleh dipasang
pada spindal tersebut.
 Tapak alatan belakang dimesin dengan jitu supaya boleh didudukan diatas
landasan dengan tepat. Pada tapak terdapat dua skru penyelaras yang diguna
untuk menjajarkan keselarian diantara tetengah mati dan tetengah hidup atau
mengofsetkan alatan belakang supaya dapat melarik tuirus dengan kaedah ini.
Kotak gear cepat tukar

 Kotak gear terletak disebelah kiri landasan dan dibawah alatan hadapan. Kotak
ini mempunyai beberapa gear berbilang saiz untuk memutarkan skru pemandu
atau aci penghantar.
 Skru pemandu digunakan untuk memajukan kereta semasa memotong ulir. Aci
penghantar pula digunakan semasa membuat kadar penghantaran yang tertentu
secara automatik.

Apron
 Bahagian apron dipasang dihadapan sela dengan bolt. Apron mempunyai
beberapa gear dan peralatan yang digunakan untuk mengawal pergerakan sela
dan kekesot lintang. Satu tuas tangan yang dipasang dengan pinan jejaring
dengan rak terletak dibawah landasan. Tuas tangan ini diputarkan apabila
hendak menggerakkan kereta secara manual. Keseluruhan bahagian kereta dan
kekesott lintang boleh digerakkan secara automatik

Kekesot Lintang

 Tiang mata alat dipasang pada kekesot bergabung. Kekesot bergabung pula
dipasang diatas kekesot lintang dengan dua bolt. Apabila kedua-dua bolt ini
dilonggarkan kekesot bergbung boleh dikilaskan pada sudut yang dikehendaki.
Dengan cara ini penirusan tajam tetapi pendek boleh dilarik. Pada hujung
kekesot lintang dan kekesot bergabung dilengkapi dengan relang yang ditanda
jitu supaya kedalaman pemotongan dapat dilaraskan dengan tepat.

Spanar Bersaiz 26

 Untuk mengetat atau melonggarkan nat pada kekesot bersambung pada mesin
larik semasa membuat proses penirusan dan membuat benang luar dan benang
skru.

Spanar Bersaiz 24
 Spanar terbuka ini digunakan untuk mengetat dan melonggarkan nat pada
kekesot yang bersambung pada mesin larik semasa membuat proses penirusan
dan membuat benang luar dan benang skru.

Mata Alat

 Digunakan sebagai mata pemotongan projek dan melarik bahan.


Mata Alat Membunga

 Digunakan untuk melakukan proses membunga pada kawasa yang ditetapkan


pada benda kerja.

Pemegang Mata Alat

 Digunakan untuk memegang mata alat.

Angkup Vernier
 Digunakan untuk mengukur pengukuran yang tepat sehingga 0.01mm

Pembuka Bindu

 Digunakan untuk membuka dan mengetatkan bindu.

Allen Key
 Digunakan untuk mengetatkan dan melonggrakan nat yang berbentuk kepala
Allen.

PROSEDUR KERJA

1. Bahan kerja diletak pada bindu dan diketatkan bahan kerja dengan pengetat
bindu.
2. Pasangkan mata alat pada pemegang mata alat dan teruskan dengan
pemotongan penampang dan sama pada pusat depan dan belakang untuk
mendapatkan ukuran yang ditetapkan.
3. Kedudukan mata alat berada pada kedudukan yang sama untuk melakukan kerja
melarik selari. Kerja melarik selari dilakukan sehingga panjang benda kerja
berukuran 100mm.
4. Kerja melarik penampang dan selari dilakukan untuk mendapatkan diameter
25mm serta panjang kawasan benda kerja berukuran 30mm.
5. Seterusnya, kerja melarik dilakukan sehingga diameter benda kerja berukuran
30mm dan panjang kawasan benda kerja berukuran 15mm.
6. Untuk membuat sudut berukuran 5’,benda kerja dilarik sehingga diameter
menjadi 20mm dan panjang kawasan benda kerja berukuran 25mm. Sudut 5’
dilakukan akhir sekali setelah bunga dilakukan pada diameter berukuran 30mm.
7. Mata alat ditukar supaya kerja melarik lurah dilakukan. Mata alat lurah dicanai
supaya lebih tajam sebelum kerja melarik lurah dilakukan.
8. Mata alat lurah diapasangkan dan kerja melurah dilakukan sehingga ukuran
mencapai diameter 15mm dan panjang berukuran 5mm.
9. Setelah kerja melurah diselesaikan,kerja melarik penampang dan selari
diteruskan untuk mendapatkan diameter selebihnya berukuran 20mm
10. Pada kawasan yang berdiameter 30mm,mata alat ditukar dengan menggunakan
mata alat membunga untuk melakukan bunga. Mata alat dilaraskan sehingga
mencapai kedudukan yang sama dengan benda kerja. Kerja membunga
dilakukan berulang kali untuk mendapatkan kekemasan pada kawasan
membunga.
11. Akhir sekali, sudut 5’ dilakukan pada kawasan yang berdiameter 20mm dan
panjang berukuran 25mm.
12. Setelah kerja diselesaikan,kekemasan akhir dilakukan pada benda kerja supaya
benda kerja menjadi lebih kemas dan teratur sebelum dihantar.

GAMBARAJAH
KESIMPULAN

1. Setiap langkah kerja mempunyai had kelajuan mesin yang berbeza mengikut
kebolehan pelajar mengendalikan mesin.
2. Pastikan setiap mesin larik mempunyai brek sebelum melakukan kerja melarik
supaya kemalangan dapat dielakkan.
3. Setiap pelajar harus mengetahui fungsi dan kegunaan setiap alatan dan keliling
mesin supaya mudah dan dapat mengendalikan mesin dengan senang.
4. Kerja melurah dilakukan sebelum melakukan kerja membunga supaya kawasan
membunga tidak terkepit dengan kuat pada rahang bindu.
5. Kedudukan mata alat hendaklah disetkan mengikut ukuran sudut yang
ditetapkan supaya sudut pada benda benda kerja yang hendak dilakukan
mengikut ukuran yang ditetapkan.
6. Pastikan mata alat lurah tajam ketika proses melurah dilakukan. Jika mata alat
lurah tumpul, pelajar harus mencanai mata alat terlebih dahulu.
7. Ketika melakukan proses membunga, kedudukan mata alat diukur dengan tepat
kepada kedudukan benda kerja kerana mata alat membunga bersaiz kecil
berbanding mata alat yang lain.

Anda mungkin juga menyukai