Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi pengunaan mata alat
dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan (mata pengisar)
ialah mata alat tunggal atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh
pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus kepada meja mesin. Benda kerja
disusupkan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang berputar.
kedalaman pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.Mesin
pengisar juga dilengkapi dengan pelbagai alat memegang benda kerja, pemegang
mata alat, aksesori dan alatan tambahan. Keadaan ini membolehkan mesin pengisar
Melakukan pelbagai bentuk kerja.

Antara kerja-kerja yang dapat dilakukan oleh mesin pengisar adalah :

i. Mengisar permukaan rata. ini termasuklah permukaan mengufuk,


tegak dan permukaan bersudut atau condong.
ii. Memotong pelbagai jenis bahu dan alur kunci, lurah T dan tanggam
bajang.
iii. Mengisar permukaan berbentuk atau tak berbentuk dengan
menggunakan mata alat pengisar berbentuk.
iv. Mengisar permukaan yang berjarak sama dengan menggunakan
kepala pembahagi contohnya, lurah-lurah, gear, tap, bongkah
segiempat sama dan lain-lain.
v. Membuat kerja-kerja melubang.

Kerja-kerja tersebut bergantung kepada:


i. Jenis Mesin yang digunakan.
ii. Mata alat yang terdapat.
iii. Alat tambahan atau aksesori yang dibekalkan.

Jenis-jenis Mesin Kisar

i . Mesin kisar jenis Pengeluaran (Manufacturing).

Fungsi utama mesin adalah untuk menghasilkan komponen-komponen atau


bahagian-bahagian yang banyak. Mesin bentuk ini mungkin berbentuk semi-
auto atau otomatik sepenuhnya bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi
pengendalian kerja serta mempunyai ketepatan yang tinggi.Jig diikat kepada
meja untuk memegang benda kerja bagi menghasilkan pelabagai
jenis pemotongan, ianya bergantung kepada jenis mata pemotong atau
spindal tertentu digunakan dalam pemotongan tersebut.Tiga ciri penting mesin
ini adalah kitar otomatik untuk operasi mengisar, pergerakan yang pantas ke
posisi mengisar dan penghentian otomatik spindal bila operasi
tamat. Terdapat dua jenis mesin pengeluaran:
a) Jenis portal b) Jenis plano

ii. Mesin Kisar Khas dan CNC


Mesin ini direka-bentuk untuk melakukan kerja-kerja tertentu sahaja. Ia adalah
sepenuhnya automatik dan digunakan dalam menghasilkan produk dalam kuantiti
yang banyak dan mempunyak bentuk yang sama.:

a . Mesin penghoban gear.

Mesin ini memotong dengan menggunakan alat pemotong yang dinamakan hob. Hob
digunakan untuk memotong alur pada bendakerja.Mesin jenis ini digunakan untuk
memotong gear termasuk gear taji dan gear heliks.

b . Machining Center.

Mesin kisar jenis ini digunakan untuk operasi mengisar bendakerja yang lebih besar
berbanding mesin kisar CNC jenis biasa. Terdapat dua jenis mesin ini iaitu jenis ufuk
dan tegak.
c . Mesin penggerek jig (jig borer).

Mesin jenis ini digunakan khusus untuk melakukan operasi membuat lubang seperti
mengerudi, menggerek, melulas dan counterbore pada kedudukan yang tepat dan
jitu.

d. Mesin kisar CNC

Merupakan mesin kisar terbaru yang terdapat didalam pasaran. Mesin kisar jenis ini
dilengkapi dengan komputer untuk mengawal segala pergerakan mesin. Ianya
digunakan secara meluas di dalam industri pembuatan.

Mesin kisar CNC Mesin kisar CNC Machining Center

iii. Mesin Kisar Turus dan Berlutut.

Mesin kisar turus dan berlutut dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

a. Mesin kisar ufuk.


b. Mesin Kisar tegak.
c. Mesin Kisar Turret.
1. Mesin kisar ufuk.

Terdapat dua jenis mesin kisar ufuk iaitu:

i. mesin kisar ufuk biasa.


ii. Mesin kisar ufuk Universal.

Kedua-dua mesin mempunyai bentuk yang serupa dan hanya berbeza dari
segi mejanya Sahaja. Meja mesin kisar Universal boleh dikilas 45° manakala
meja mesin kisar jenis biasa berkedudukan tetap. Ini membolehkan operasi
pengisaran lanjutan seperti memotong gear, lurah heliks dan sebagainya.
2. Mesin Kisar tegak.

Mesin kisar tegak mempunyai spindal yang berkedudukan tegak. Mesin jenis
ini biasanya menggunakan jenis matalat pengisar hujung karbida yang dapat
melakukan kerja dengan pantas.
Selain daripada itu, kerja membuat lubang dapat dilakukan dengan mudah dan
lancar. Kelebihan mesin, ia dapat melakukan kerja melubang dengan lebih jitu
terutama dalam menepatkan jarak pusat lubang.
3. Mesin Kisar Turret.

Mesin kisar jenis ini mempunyai bentuk yang serupa dengan mesin kisar tegak tetapi
kepalanya boleh dikilas dan dijongketkan. Ini membolehkan operasi mengisar sudut
danmembuat lubang condong dilakukan dengan mudah. Walaubagaimanapun mesin
ini tidak dapat melakukan operasi yang besar dan berat seperti mesin kisar
tegak.

Bahagian-bahagian utama Mesin Kisar

a. Mesin Kisar Tegak


a. Mesin Kisar Ufuk

Peratutan keselamatan dan pencegahan kemalangan semasa menggunakan mesin


kisar.

 Pastikan mata alat dan benda kerja diikat dengan ketat sebelum
memulakan kerja.
 Pakai pakaian yang sesuai untuk bekerja kerana semasa
menggunakan mesin, tatal akan berterbangan dan cecair penyejuk
memercik.
 Tanggalkan barang-barang kemas seperti jam tangan, cincin, rantai,
gelang dan sebagainya.
 Pakai kasut keselamatan. Kasut jenis ini akan melindi\ungi kaki
apabila sebarang komponen atau peralatan terjatuh keatas kaki.
 Tukar pakaian kerja yang kotor atau basah kerana terkena cecair
penyejuk. Gunakan krim kulit yang sesuai jika kulit gatal setelah
terkena cecair penyejuk.
 Jangan gunakan udara mampat untuk membersihkan tatal. Gunakan
berus kecil apabila mesin telah berhenti.
 Jangan keluarkan tatal ketika mesin sedang beroperasi.
 Gunakan pelindung mata yang baik supaya tatal tidak termasuk
mata. Cuci pelindung mata selalu dengan sabun dan air supaya
senntiasa bersih.
 Pakai topi untuk mengelakkan rambut daripada tersangkut pada mata
pemotong apabila kepala menghampiri bahagian mesin yang sedang
beroperasi.
 Pilih peralatan yang sesuai untuk setiap mesin. Selepas menggunakannya,
simpan pada tempat yang dikhaskan untuknya.
 Sebelum menggunakan mata pemotong pastikan saiz dan jenisnya sesuai
untuk sesuatu operasi yang tertentu. Pastikan juga tepi mata pemotong
sentiasa tajam sebelum menggunakannya.
 Gunakan ppm dan kadar hantaran yang sesuai untuk setiap operasi supaya
mata pemotong tidak cepat rosak dan haus.
 Jauhkan diri atau tangan dari mata pemotong supaya tidak terkena bahagian
tepi yang tajam ketika mengukur bendakerja.
 Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang mata pemotong
semasa membuka atau menanggalkannya. Mata pemotong yang terjatuh
akan retak atau merosakkan permukaan bendakerja.
Cara -cara menggunakan mesin milling:
.

Anda mungkin juga menyukai