Anda di halaman 1dari 3

1.

Objektif
Pada akhir pembelajran ini pelajar akan dapat :
1. Mengenal pasti fungsi dan kegunaan mesin pencanai dengan betul.
2. Mampu menunjukcara bagaimana mengunakan mesin pencanai dengan betul.

2. Pengenalan
2.1 Mesin pencanai permukaan

Mesin pencanai permukaan mempunyai satu roda pencanai berbentuk cakera yang di
pasangkan pada arbor mesin. Meja mesin yang menempatkan benda kerja bergerak secara
salingan di bawah roda canai. Meja mesin juga boleh di gerakkan secara melintang dan
menegak. Pergerakan meja mesin boleh di lakukan secara manual atau automatik.

2.2 Mesin pencanai meja dan kaki

Mesin pencanai meja sesuai dipasang di atas meja atau bangku. Ia lebih baik jika
dibandingkan dengan mesin pencanai mudahalih kerana kedua-dua belah tangan pengguna
bebas mengawal bendakerja yang dicanai. Biasanya ia dipasangkan dengan roda pencanai
kasar dan halus di sebelahnya. Kegunaannya ialah untuk mencanai mata alat kecil, peralatan
dan lain-lain.

2.3 Mesin pencanai mudahalih

Mesin pencanai mudahalih biasanya bersaiz kecil dan boleh di bawa ke mana-mana.
Ianya dipegang dengan tangan di mana putaran roda pencanai dibantu oleh kuasa elektrik.
Mesin ini sesuai digunakan di dalam bengkel kejuteraan atau tempat-tempat tertentu. Apabila
bendakerja yang hendak dicanai sangat berat ataupun kita hendak mencanai di ruang yang
sempit mesin pencanai mudahalih amat sesuai digunakan.
2.4 Mesin pencanai mata alat pemotong

Mesin pencanai ini digunakan untuk mencanai mata pemotongan alat-alat seperti mata
alat pemotong larik, kisar, gear, serta pelulas dan gerudi. Mata alat yang tumpul mudah
ditajamkan semula dengan menggunakan mesin jenis ini. Ia juga terdapat berbagai jenis
alatan tambahan supaya kerja-kerja yang sesuai dapat dijalankan. Mesin jenis ini amat
berguna dibengkel kejuruteraan yang mempunyai banyak mesin pengisar kerana alat-alat
pemotong yang tumpul boleh dicanai semula dengan mudah bagi menjimatkan kos operasi.

3. Keselamatan

3.1 Memakai pelindung mata semasa menggunakan mesin ini. Apabila mencanai,serpihan
logam yang halus akan terhumban keluar dan besar kemungkinan serpihan ini akan
memasuki mata dan ini perlu dicegah.

3.2 Alat yang dikerjakan hendaklah dipegang dengan ketat oleh penahan yang dibekalkan
untuk mendapatkan sudut yang dikehendaki disamping mencegah alat itu tercampak
keluar daripada kawalan tangan.

3.3 Gunakan minyak atau cecair penyejuk semasa mencanai untuk mencegah alat logam
terbakar.
4. Kesimpulan

Mesin pencanai adalah mesin yang boleh melakukan pelbagai kerja seperti memotong
melicinkan permukaan dan juga mengasah bahan kerja. Ketepatan antara mesin kisar, mesin
larik dan mesin pencanai permukaan yang paling jitu ketepatanya ialah mesin pencanai
permukaan ini disebabkan oleh kadar suapan bahan kerja yang sedikit. Selain itu, nilai suapan
oleh mesin ini adalah 5 mikron atapun 0.05 mm disebabkan oleh itulah mesin pencanai ini
paling tepat.

5. Rujukan

Internet : https://www.slideshare.net/nefhan/pencanai

Internet : http://belajarmesinmekanikal.blogspot.com/2016/04/pengenalan-mesin-
pencanai-grinding.html

Anda mungkin juga menyukai