Anda di halaman 1dari 17

CONVENTIONAL AND NON-

CONVENTIONAL MACHINE

MACHININGPEMESINAN
MEKANIKAL TECHNOLOGY
INDUSTRI

DMA 1113

TAJUK: CONVENTIONAL AND NON-CONVENTIONAL MACHINE


NAMA: MOHD SHAHRUL AIZAD BIN ZAMRUL
(040518-11-0113)
PROGRAM: 1 DVM MEKANIKAL PEMESINAN INDUSTRI
NAMA KURSUS: SAFETY MANAGEMENT
KOD KURSUS: DMA 1113
NAMA PENSYARAH: CG. WAN SORIZA BIN WAN YUSOFF
PENGENALAN

Mesin kisar ialah sejenis mesin yang lain dari segi penggunaan mata alat dan cara
memegang bendakerja. Jenis mata alat yang digunakan ialah mata alat tunggal atau mata
alat berbilang. Benda kerja pula dipegang oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus
kepada mata alat yang sedang berputar. Kedalaman pemotongan pula dibuat dengan
menggunakan meja mesin. Mesin pengisar berbeza daripada mesin-mesin lain dari segi
pengunaan mata alat dan cara memegang benda kerja. Jenis mata alat yang digunakan
(mata pengisar) ialah mata alat tunggal atau mata alat berbilang. Benda kerja pula dipegang
oleh pelbagai jenis pemegang atau dipasak terus kepada meja mesin. Benda kerja
disusupkan dengan menghantar meja kepada mata alat yang sedang berputar. kedalaman
pemotongan pula dibuat dengan menggunakan meja mesin.Mesin pengisar juga dilengkapi
dengan pelbagai alat memegang benda kerja, pemegang mata alat, aksesori dan alatan
tambahan. Keadaan ini membolehkan mesin pengisar Melakukan pelbagai bentuk kerja.

Mesin kisar digunakan untuk memotong bahan logam secara menyerpih


dengan menggunakan mata pemotong berbilang hujung.Mata pemotong tersebut
berputar pada kedudukan mengufuk atau menegak, manakala bahan kerja yang dicengkam
pada ragum diatas meja kerja digerakkan kearah mata pemotong.Kerja menyerpih bahan
logam dengan menggunakan mesin kisar dikenali sebagai kerja mengisar.Mesin pengisar
berbeza dari mesin-mesin lain dari segi penggunaan mata alat dan cara
memegang benda kerja. Ia menggunakan mata alat jenis tunggal atau mata alat
berbilang, manakala benda kerja dipegang oleh pelbagai-bagai jenis pemegang atau
dipasak terus pada meja mesin tersebut.Ia juga dilengkapi dengan berbagai-bagai alat
seperti alat tambahan, aksesori, pemegang benda kerja danpemegang mata alat. Sejak
dari masa itu mesin ini telah diperbaiki dan ditambah dengan beberapa alatan tambahan
supaya dapat mengeluarkan komponen-komponen dengan tepat dan sama.
JENIS-JENIS MESIN KISAR DAN KEGUNAANNYA

 Mesin kisar jenis Pengeluaran (Manufacturing).

Fungsi utama mesin kisar adalah untuk menghasilkan komponen-komponen atau


bahagian-bahagian yang banyak. Mesin bentuk ini mungkin berbentuk semi-auto atau
otomatik sepenuhnya bagi memudahkan dan mempercepatkan lagi pengendalian kerja serta
mempunyai ketepatan yang tinggi.Jig diikat kepada meja untuk memegang benda kerja bagi
menghasilkan pelabagai jenis pemotongan, ianya bergantung kepada jenis mata pemotong
atau spindal tertentu digunakan dalam pemotongan tersebut.Tiga ciri penting mesin ini
adalah kitar otomatik untuk operasi mengisar, pergerakan yang pantas ke posisi mengisar
dan penghentian otomatik spindal bila operasi tamat. Terdapat dua jenis mesin pengeluaran:

 Mesin kisar ufuk

Terdapat dua jenis mesin ufuk iaitu universal dan biasa tapi Kedua-dua mesin ini
mempunyai bentuk yang serupa dan hanya berbeza dari segi mejanya Sahaja. Meja
mesin kisar Universal boleh dikilas 45° manakala meja mesin kisar jenis biasa
berkedudukan tetap. Ini membolehkan operasi pengisaran lanjutan seperti
memotong gear, lurah heliks dan sebagainya.
 Mesin kisar tegak

Mesin kisar tegak mempunyai spindal yang


berkedudukan tegak. Mesin jenis ini biasanya
menggunakan jenis matalat pengisar hujung
karbida yang dapat melakukan kerja dengan
pantas. Selain daripada itu, kerja membuat lubang
dapat dilakukan dengan mudah dan lancar.
Kelebihan mesin, ia dapat melakukan kerja
melubang dengan lebih jitu terutama dalam
menepatkan jarak pusat lubang

Kerja-kerja yang dapat dilakukan oleh mesin kisar

 Membuat kerja-kerja melubang.

 Permukaan yang berjarak sama boleh dimesin dengan menggunakan kepala


pembahagi.
 Mengisar permukaan rata, permukaan mengufuk, tegak, permukaan bersudut
dan condong.
 Mengisar permukaan berbentuk dan tidak berbentuk.
 Memotong pelbagai jenis bahudan alur kunci, lurah T dan tanggam bajang.

FUNGSI SETIAP BAHAGIAN PADA MESIN MESIN KISAR

Tapak

 Untuk menyokong mesin supaya tegak kedudukannya.


 Tempat takungan bendalir pemotong.
 Tidak bergerak dan bergegar semasa operasi

Turus
 Sebagai tulang belakang mesin kisar
 Untuk menyokong dan memegang lutut dan meja.
 Menempatkan motor, gear penukar kelajuan dan hantaran mesin.

Lutut
 Dipasang pada turus melalui landasan vee.

 Digerakkan menaik dan menurun secara manual dan automatic

Sela
 Dipasang pada lutut menerusi landasan vee

 Boleh berkesot masuk atau keluar dari terus (melintang), manual atau automatic.

Meja mesin
 Dipasang atas tapa berkilas atau terus pada sela.
 Boleh berkesot masuk atau keluar dari terus (melintang) secara manual atau
automatic.
 Berfungsi sebagai menggerakkan benda kerja.
Overarm

 Dipasang pada turus menerusi tanggam bajang dan boleh berkesot.


 Bahagian mesin yang paling atas bagi mesin kisar ufuk.
 Berfungsi sebagai penyokong dan menetapkan penjajaran arbor dan alat tambahan
lain.

Spindal
 Berfungsi sebagai pemacu kepada arbor, mata alat dan pelbagai alat tambahan.

 Dail penunjuk kelajuan pula menunjukkan tingkat kelajuan yang boleh dibuat oleh
spindal.

Penyokong arbor

 Dipasang pada overarm.


 Boleh ditempatkan dimana-mana kedudukan sepanjang overarm.
 Untuk menyokong dan menjajar berbagai jenis arbor dan alat tambahan.

Kepala Alat

 Bahagian paling atas bagi mesin kisar tegak.

 Keadaan lebih kukuh dalam melakukan kerja mengisar hujung.


JENIS MATA YANG DIGUNAKAN DALAM MESIN KISAR

Mata alat digunakan dalam kerja-kerja pengisar. Mata alat diperbuat dari keluli tahan
lasak dan berkarbon tinggi (karbida).
Terbahagi kepada dua jenis:

A. Mata alat piawai.


B. Mata alat jenis khas.

Mata alat jenis piawai mempunyai beberapa jenis yang berbeza.

Mata alat pengisar biasa.

Mata alat pengisar biasa terbahagi kepada:

i. Mata alat pengisar biasa kerja ringan.


ii. Mata alat pengisar biasa kerja berat.
iii. Mata alat pengisar biasa bersudut heliks tinggi.

Mata alat pengisar tepi

Kegunaan utama mata alat jenis ini ialah menisar tepi serti lurah dan mengisar
mengangkang (straddle). Mata alat pengisar tepi terdiri daripada:

i. Mata alat pengisar tepi biasa.


ii. Mata alat pengisar tepi mata sebelah.
iii. Mata alat pengisar tepi mata tidak serentak.

Mata alat pengisar celah

Mata alat pengisar celah digunakan khas untuk melakukan kerja-kerja mengerat dan
memotong lurah atau alur sempit. Terdapat 3 jenis mata alat pengisar celah, iaitu:

i. Mata alat pengisar celah jenis biasa.


ii. Mata alat pengisar celah jenis tidak serentak.
iii. Mata alat pengisar kepala skru.
Mata alat bersudut

Digunakan untuk membuat sudut pada bahan kerja. Terdapat 2 jenis mata alat
bersudut iaitu:

i. Mata tunggal
ii. Mata kembar

Mata alat pengisar berbentuk

 Mata alat pengisar bercekung.


 Mata alat untuk membulatkan pepenjuru
 Mata alat pengisar untuk memotong gigi gear

Mata alat pengisar cembung

Mata alat berbentuk cembung. Digunakan untuk mengisar cembung.

Mata alat pengiar lurah bajang /ekor merpati (Dove Tail)

Digunakan untuk membuat lurah pada bahan kerja seakan berbentuk ekor
merpati. Bentuk matanya seakan-akan mata alat pengisar sudut jenis tunggal,
tetapi ia mempunyai batang.

Mata alat pengisar lurah T (T-slot)

khas digunakan untuk membuat lurah T. Mata alat ini kelihatan seperti mata alat
melurah tanggam banjang.

Mata alat pengisar hujung

Padu, berbatang tirus atau lurus. Digunakan sebagai mengisar lurah, alur kunci,
bahu dan susuk yang sempit.

Mata alat pengisar muka

Biasanya digunakan untuk permukaan yang rata. Garis pusat yang besar,
150mm. Mata alat diperbuat daripada karbida.
BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MESIN KISAR

KEPALA ALAT

ARBOR

MEJA
MESIN

SELA

TAPAK
LUTUT
ALAT TAMBAHAN MESIN KISAR KONVENSIONAL

 DRILL CHUCK ARBOR


Digunakan untuk mencengkam mata alat, tool lain yang berdiameter kecil dan
memiliki bentuk tangkai silinder.

 SLEEVE ARBOR
 Sleeve arbor for cutter
Digunakan untuk mencengkam End Mill Cutter yang memiliki bentuk tangkai taper
atau kon

 Sleeve arbor for Twist Drill


Digunakan untuk mencengkam Twist Drill yang memiliki bentuk tangkai taper atau
kon

 Collect Arbor
Digunakan untuk mencengkam alat dengan tangkai silinder dan di bentuk untuk
mengambil sebuah diameter yang spesifik.

 Short Arbor
Clamping Tools ini digunakan untuk mencengkam Shell End Mill Cutter dan
beberapa tools lain yang memiliki lubang silinder ditengah.

 Long Arbor
Clamping Tools ini digunakan untuk mencengkam Shell End Mill Cutter dan alat
potong lain yang memiliki lubang silinder ditengah. Biasanya arbor digunakan untuk
mesin Horizontal.

 Side Lock Arbor


Salah satu jenis Arbor yang digunakan untuk mencengkam Cutter dengan tangkai
silinder, dimana prinsip pencengkamannya cukup sederhana dengan mengetatkan
skru pada Arbor, sehingga skru tersebut menekan cutter dan mengikatnya, untuk itu
perlu ada keadaan rata pada sisi tangkai cutter, agar boleh tercengkam dengan baik.

 Boring Head Arbor


Digunakan untuk mencengkam boring tools, dimana didalam boring head biasanya
disertai skala yang cukup teliti untuk pembuatan lubang yang memiliki ukuran
tertentu.
 CLAMPING DEVICE

 Clamp
Alat mencengkam sederhana yang digunakan untuk mencengkam material di meja
milling, dimana clamp digunakan sebagai pencengkam sedangkan T-slot Bolt
sebagai pengikatnya.

 Angle Plate
Ketika permukaan benda kerja yang akan di milling memiliki atau ingin dibuat sudut
tertentu, maka dapat dibuat dengan menggunakan Angle Plate. Benda kerja yang
dipasang pada Angle Plate, biasanya akan dicengkam dengan menggunakan Clamp.

 V-Blocks
Digunakan untuk pencengkaman batang silinder yang akan diproses milling, batang
silinder pendek biasanya ditempatkan pada satu V-blocks sahaja, jika batang silinder
panjang dua V-blocks atau lebih dipasang pada meja mesin, dengan jarak yang
sesuai dengan panjang batang silinder. V-blocks dan benda kerja dicengkam pada
meja mesin dengan menggunakan Clamp.

 Fixed Vice
Alat ini paling sering digunakan dalam pengerjaan di Milling. Fixed Vice tidak dapat
diubah sudutnya, sehingga kedudukannya selalu tetap.

 Swivel Vice
Clamping device ini memiliki kemampuan untuk diubah sudutnya pada satu sudut
putar, sehingga boleh digunakan untuk membuat sudut semasa proses Milling
berlangsung.
 Compound Vice
Clamping device ini sama dengan Swivel Vice, tetapi memiliki labih dari satu sudut
putar, sehingga boleh digunakan untuk pembuatan atau profil yang lebih rumit.

 Rotary Table
Salah satu alat tambahan mesin kisar yang biasa digunakan untuk membuat radius
luar pada mesin Milling, semasa proses kerja dilakukan biasanya ditambahkan
Clamp dan Center Pin untuk mencengkam benda kerja lebih kuat.

 Deviding Heads
Salah satu alat tambahan mesin kisar yang biasa yang digunakan untuk membuat
segi tertentu, Alat tambahan ini juga biasa digunakan untuk membuat gigi gear
ataupun spiral pada mesin kisar.
PERATURAN KESELAMATAN DAN PENCEGAHAN KEMALANGAN
SEMASA MENGGUNAKAN MESIN KISAR.

i. Pastikan mata alat dan benda kerja diikat dengan ketat sebelum memulakan kerja.
ii. Pakai pakaian yang sesuai untuk bekerja kerana semasa menggunakan mesin, tatal
akan berterbangan dan cecair penyejuk memercik
iii. Tanggalkan barang-barang kemas seperti jam tangan, cincin, rantai, gelang dan
sebagainya.
iv. Pakai kasut keselamatan. Kasut jenis ini akan melindi\ungi kaki apabila sebarang
komponen atau peralatan terjatuh keatas kaki.
v. Tukar pakaian kerja yang kotor atau basah kerana terkena cecair penyejuk. Gunakan
krim kulit yang sesuai jika kulit gatal setelah terkena cecair penyejuk.
vi. Jangan gunakan udara mampat untuk membersihkan tatal. Gunakan berus kecil
apabila mesin telah berhenti.
vii. Jangan keluarkan tatal ketika mesin sedang beroperasi.
viii. Gunakan pelindung mata yang baik supaya tatal tidak termasuk mata. Cuci
pelindung mata selalu dengan sabun dan air supaya sentiasa bersih.
ix. Pakai topi untuk mengelakkan rambut daripada tersangkut pada mata pemotong
apabila kepala menghampiri bahagian mesin yang sedang beroperasi.
x. Pilih peralatan yang sesuai untuk setiap mesin. Selepas menggunakannya, simpan
pada tempat yang dikhaskan untuknya.
xi. Sebelum menggunakan mata pemotong pastikan saiz dan jenisnya sesuai untuk
sesuatu operasi yang tertentu.
xii. Pastikan juga tepi mata pemotong sentiasa tajam sebelum menggunakannya.
xiii. Gunakan ppm dan kadar hantaran yang sesuai untuk setiap operasi supaya mata
pemotong tidak cepat rosak dan haus.
xiv. Jauhkan diri atau tangan dari mata pemotong supaya tidak terkena bahagian tepi
yang tajam ketika mengukur bendakerja.
xv. Gunakan sarung tangan yang sesuai untuk memegang mata pemotong semasa
membuka atau menanggalkannya. Mata pemotong yang terjatuh akan retak atau
merosakkan permukaan bendakerja.
STANDARD OPERATION PROCEDURE ( SOP ) MESIN KISAR
( MILLING MACCHINE)

SEBELUM
Pastikan mendapat kebenaran guru. Pastikan pencahayaan dan pengudaraan
bengkel mencukupi. Pastikan komponen dan kelengkapan mesin dalam keadaan
baik dan selamat untuk digunakan. Pastikan ragum mesin dijajarkan dan diikat
dengan kemas. Laraskan kelajuan yang sesuai mengikut kerja yang akan dilakukan.
Pastikan mata alat pengisar dipasang dengan kemas pada arbor / bindu kolet.
Cengkamkan bahan kerja dengan betul dan kemas.

SEMASA
Hanya seorang sahaja pengendali untuk satu mesin. “ON” isolator, suis mesin dan
sistem hidraulik. Jarakkan kedudukan roda canai dengan bahan kerja / meja magnet.
Uji lari roda canai dan pergerakan meja mesin. Turunkan spindal roda canai hingga
menyentuh permukaan bahan kerja. Hidupkan “ON” dan gunakan sistem
penyejukan. Kadar suapan pencanaian mestilah sesuai. tumpuan sepenuhnya
semasa operasi mencanai. Gunakan berus khas / vakum untuk membersihkan
habuk logam. Jalankan operasi mencanai mengikut perancangan sehingga selesai.

SELEPAS
“OFF” sistem penyejuk dan hidraulik. Jarakkan kedudukan roda canai dari bahan
kerja / meja magnet. “OFF” suis mesin dan isolator. Buka kuasa meja magnet dan
keluarkan bahan kerja. Bersihkan mesin dan komponennya. Keringkan bahan
penyejuk pada meja magnet dan takungan penyejuk. Simpan bahan kerja dan alat-
alat yang telah digunakan. Bersihkan sekitar mesin sebelum meningalkan tempat
kerja. Laporkan kepada guru serta hantar bahan kerja yang telah siap.
PERBINCANGAN

Berdasarkan amali semasa menjalankan projek ini, saya dapati pentingnya mematuhi
peraturan dan keselamatan dalam bengkel supaya kemalangan dapat dielakkan dan kerja-
kerja dapat dilakukan dengan baik dan selesa. Selain itu, mengetahui cara penggunaan
mesin konvensional juga penting kerana kita tidak patut bergantung pada auto sahaja
kerana cara konvensional membantu kita untuk memahami mesin tersebut seperti
penggunaan mata dan cara proses itu boleh dilakukan dan bagaimana boleh ia diproses.
Ditambahin juga, saya juga dapat meningkatkan kemahiran dalam membaca dan
menggunakan alatan-alatan yang ada dalam bengkel contohnya angkup vernier, kerana jika
tiada kemahiran membaca, ukuran projek pastinya tidak akan tepat. Oleh itu, sebelum saya
memulakan sesuatu kerja, saya akan belajar dan mengetahui fungsi sesuatu alatan supaya
kerja yang dilakukan teratur dan kemas dan cantik. Setiap kegunaan mesin kisar seperti
proses mengisar permukaan rata dan melurah mempunyai kelajuan dan mata alat yang
berbeza.

KESIMPULAN

Kesimpulan daripada keseluruhan projek ini, kerja mengisar adalah untuk memberi
pengetahuan kepada pelajar mengenai fungsi mesin kisar, cara penggunaannya,
langkah-langkah keselamatan, ketepatan ukuran dan cara pengukurannya dan juga
pengagihan masa. Kemahiran pengendalian mesin kisar perlu di pelajari dan difahami dari
semasa ke semasa agar kepakaran dalam pengendalian mesin kisar dapat
ditingkatkan. Keseluruhan kerja mengisar adalah untuk memberi pengetahuan kepada
pelajar mengenai fungsi mesin kisar, cara penggunaannya, langkah-langkah keselamatan,
ketepatan ukuran dan cara pengukurannya dan penggunaan setiap mata dan dapat
mengetahui setiap fungsinya yang sesuai yang melakukan proses yang berbeza.
Kadangkala terdapat sesetengah mesin kisar yang tidak berfungsi dengan baik. Kemahiran
pengendalian mesin kisar perlu dipelajari dan difahami dari semasa kesemasa agar
kepakaran dalam pengendalian mesin kisar dapat ditingkatkan.
SUMBER RUJUKAN

BUKU

 PENGAJIAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL, Ainamardia Binti Nazarudin,


Muhd ,Nasser Bin Samsudin, Ir. Dr. Nuraini Binti Abdul Aziz. AUTHOR: kementerian
Pendidikan Malaysia

 AN INTRODUCTION TO MECHANICAL ENGINEERING, David Kleppner, Robert


Kolenkow. AUTHOR: Cambridge University Press

 ENGINEERING MECHANICAL,RS Khurmi . AUTHOR: S S Bhavikatti

 MECHANICS OF MACHINERY, Mahmoud A. Mostafa. AUTHOR: Dr. Mahmoud


Mostafa

INTERNET

 http://belajarmesinmekanikal.blogspot.com/2016/04/pengenalan-mesin-milling.html
 https://anyflip.com/rwowm/bnzs/basic
 https://www.studocu.com/id/document/universitas-kristen-petra/proses-manufaktur/
laporan-mesin-milling/9069744
 https://www.slideshare.net/ayapwasit/mesin-pengisar
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT


1 PENGENALAN 1
2 JENIS-JENIS MESIN KISAR DAN 2-3
KEGUNAANNYA
3 KERJA-KERJA YANG DAPAT DILAKUKAN OLEH 3
MESIN KISAR
4 FUNGSI SETIAP BAHAGIAN PADA MESIN 4-5
KISAR
5 JENIS MATA YANG DIGUNAKAN DALAM MESIN 6-7
KISAR
6 BAHAGIAN-BAHAGIAN UTAMA MESIN KISAR 8
7 ALAT TAMBAHAN MESIN KISAR 9-11
KONVENSIONAL
8 PERATURAN KESELAMATAN DAN 12
PENCEGAHAN KEMALANGAN SEMASA
MENGGUNAKAN MESIN KISAR
9 STANDARD OPERATION PROCEDURE ( SOP ) 13
MESIN KISAR ( MILLING MACCHINE )
10 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN 14
11 SUMBER RUJUKAN 15

Anda mungkin juga menyukai