Anda di halaman 1dari 10

PROSEDUR MELARIK

MELARIK ULIR SKRU

1.0 PERALATAN
PERALATAN RAJAH
Cermin mata keselamatan
 Cermin mata keselamatan ini
digunakan bagi melindungi
mata dari serpihan besi.
But keselamatan
 Digunakan untuk mengelakkan
kecederaan jika benda kerja
terjatuh pada kaki.

Mata alat
 Mata alat digunakan untuk
membuat pemotongan pada
bahan kerja.
Mesin larik
 Digunakan untuk membuat
operasi seperti melarik
penampang, melarik bentuk,
membunga, menggerudi,
menggerek dan sebagainya.
Angkup vernier
 Digunakan untuk mengukur
bahan kerja mengikut ukuran
yang ditetapkan.

Spanar
 Digunakan untuk memutarkan
bahagian pengancing yang
berbenang.
Alat pemegang mata alat
 Digunakan untuk memegang
mata alat

Mata Alat Bebebang


 Digunakan untuk membuat
ulir skru

Thread Cleaner
 Digunakan untuk
2.0 LANGKAH KESELAMATAN

2.1 Keselamatan dalam bengkel


i) Sentiasa memakai cermin mata keselamatan dan sarung tangan semasa
mengendalikan mesin larik.
ii) Elakkan memakai barang-barang perhiasan seperti cincin, rantai, jam
tangan dan sebagainya semasa mengendalikan mesin.
iii) Pastikan mesin berada dalam keadaan yang sempurna sebelum
memulakan operasi.
iv) Gunakan cecair penyejuk (coolant) semasa mengendalikan mesin.
v) Matikan suis kuasa sepenuhnya setelah mesin tidak digunakan lagi

2.2 Keselamatan semasa menggunakan mesin larik

i) Pasangkan dengan kuat kedua-dua hujung benda kerja tadi kepada


pepusat atau pasangkan kepada piring pelarik dengan menggunakan
skru.
ii) Segala anggota seperti penyangga mata alat dan tail stock hendaklah
dikunci dengan ketat. Sebelum itu longgarkan sedikit tail stock tadi
supaya mendapat pemutaran benda kerja itu dengan selesa.
iii) Pastikan benda kerja itu betul-betul dipasang ditengah-tengah pepusat,
dan pusingkan dengan tangan terlebih dahulu sebelum memulakan
melarik supaya tidak terganggu pada penyangga mata alat.
iv) Jangan sekali-kali lupa memasukkan sebarang bahan pelicin seperti
lilin, sabun atau minyak pada pepusat mati (dead center) ini
mengelakkan daripada benda kerja itu terbakar dan akan membesar dan
lari dari pusat yang asal.
v) Untuk mengelakkan benda kerja itu tidak bergegar atau terpelanting
keluar semasa melarik mestilah kedudukan penyangga mata alat
dipasangkan berhampiran dengan benda kerja sebaik-baik nya 3mm,
begitu juga tinggi penyangga mata alat dari paras garisan tetengah
silinder 3mm.
vi) Pastikan terlebih dahulu sekiranya membuat sebarang perubahan
terutama sekali menukar kedudukan penyangga mata alat
vii) Pastikan segala sambungan atau cantuman benda kerja itu dari retak
atau rekah terlebih dahulu sebelum dipasangkan kepada mesin pelarik,
kerana ini akan membahayakan terutamanya bila meninggikan
kelajuan.
viii) Jangan sekali-kali memulakan kelajuan yang maksima sebelum benda
kerja itu benar-benar bulat kerana akan menyekat-nyekat putaran dan
akan terpelanting keluar.
ix) Gunakan alat yang tajam, alat pengorek adalah merbahaya.
x) Sentiasa berhati-hati semasa menggunakannya dan berhenti dengan
segera apabila didapati benda kerja itu bergegar.
xi) Pakaian mestilah kemas dan sebaik-baiknya gunakan baju lengan
pendek
xii) Sesiapa yang tidak berkenaan tidak dibenarkan berdiri berhampiran
dengan mesin itu semasa mesin itu sedang berjalan ( berputar ).
xiii) Jangan sekali-kali skru hingga melebihi atau menembusi benda kerja
pada piring pelarik kerana ia kana mengganggu putarannya
xiv) Sebelum memasang piring pelarik pada batang jana kuasa hendaklah
alaskan dengan pelapik besi atau kulit ( washer) supaya ia senang
apabila dikeluarkan.
xv) Apabila hendak mengalas benda kerja, penyangga mata alat hendaklah
dijauhkan.

3.0 PELAKSANAAN PROJEK

3.1 Prosedur Kerja

1. Baca arahan projek yang disampaikan oleh pensyarah


2. Pastikan ukuran bahan kerja yang dipotong bersesuaian dengan proses
pemesinan yang akan dilakukan.
3. Ukuran yang hendak dipotong, hendaklah dilebihkan supaya bahan kerja
selamat digunakan semasa proses pemesinan dijalankan.
4. Sebelum menggunakan mesin larik pastikan mesin larik berada dalam
keadaan selamat sebelum digunakan.
5. Pasangkan mata alat dan set mata alat dengan betul pada alatan belakang
supaya tepat.
6. Set kotak gear mengikut ukuran suapan yang sesuai dan “ON” mesin
larik.
7. Patuhi langkah-langkah keselamatan menggunakan mesin larik bagi
mengelakkan berlakunya kemalangan.
8. Mulakan melarik pada bahagian yang mudah dahulu dan diikuti dengan
langkah yang lebih susah.
9. Bersihkan mesin larik setiap kali menggunakan mesin.
3.2 Cara Kerja

LANGKAH PROSES KERJA GAMBAR


1 Sebatang logam alumminium dipilih
dengan diameter 38mm dan dipotong
menggunakan gergaji kuasa dengan
panjang 80mm.

2 Mencanai mata alat dilakukan sebelum


memulakan pemotongan bahan kerja

3 Bahan kerja tersebut diikat pada cuk 3


rahang dengan kuat supaya bahan kerja
tidak longgar semasa mesin sedang
berpusing

4 Set kelajuan yang sesuai pada kotak gear.


5 Selaraskan mata alat dengan alatan
belakang.

6 Pastikan semasa proses melarik selari dan


penampang berlaku, suapan yang
dikenakan tidak melibihi had.

7 Ukur bahan kerja menggunakan angkup


vernier untuk mendapatkan ukuran yang
tepat.
8 Ulang langkah 6 sehingga mendapat
ukuran yang betul

9 Seterusnya adalah proses untuk melarik


ulir skru, pastikan mata alat pemotongan
ditukar kepada mata alat ulir skru sebelum
memulakan proses.

10 Pastikan setting mesin telah diubah


mengikut spesifikasi terlebih dahulu.
Perkara yang paling penting untuk di ubah
ialah kelajuan pemotongan, ratio gear dan
suapan automatik.
11 Pastikan kaki individu mengendalikan
mesin sudah bersedia untuk memijak brek
kecemasan untuk mengelakkan
kemalangan semasa proses berjalan.

12 Kadar had suapan adalah tidak melebihi


0.3mm bagi setiap suapan.

13 Ulang langkah 12 sehimgga mendapat pic


ulir yang diinginkan.

14 Akhir sekali, pastikan kemasan telah


dibuat terlebih dahulu menggunakan berus
dawai, dan thread cleaner sebelum
mengeluarkan bahan kerja dari rahang
mesin.

Anda mungkin juga menyukai