Anda di halaman 1dari 4

UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN

KELAB IBU BAPA DAN GURU ISLAM MELAKA

1. NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR

i) Pertubuhan ini dikenali dengan nama

KELAB IBU BAPA DAN GURU ISLAM MELAKA (KIBGIM)

ii) Alamat berdaftar dan tempat urusan Pertubuhan dan alamat surat menyurat ialah:

No. 11-1, 11-2 Jalan PNBB 1,


Pusat Niaga Bukit Baru,
75150 Bukit Baru, Melaka.

2. TUJUAN-TUJUAN DAN MAKSUD

KIBGIM ditubuhkan bertujuan untuk membantu melonjakkan kecemerlangan pendidikan pelajar


khususnya dalam akdemik dan pembangunan sahsiah luhur. Disamping itu menjadikan negeri Melaka
sebagai TOP 3 dalam keputusan kesuluruhan UPSR, UPKK, PT3 & SPM. Pengisian utama program
lonjakan pembangunan akademik dan sahsiah KIBGIM adalah meliputi:

1. Kelas Bimbingan dan Tuisyen UPKK


2. Kelas Bimbingan dan Tuisyen UPSR
3. Kelas Bimbingan dan Tuisyen PT3 & SPM.

Selain itu, KIBGIM juga turut menjayakan program sepanjang tahun seperti Kelas Mengaji dan
Fardhu Ain, Kelas Bimbingan dan Tuisyen UPSR, Bengkel Teknik Menjawab, English Camp, Kem
Motivasi Kecemerlangan, Bengkel Road to 6A UPSR, Khemah Ibadah Bersiri, Seminar Neuro
Linguistic Programming (NLP) Pelajar, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana, Program
Pecutan Akhir, Seminar Hala Tuju & Jom Masuk Universiti, Majlis Dialog Prestasi Bersama Ibu
Bapa serta Majlis Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang.

3. OBJEKTIF DAN TUJUAN

i) Merealisasikan kewujudan KIBGIM sebagai platform untuk membantu anak-anak Melayu Islam di
dalam bidang pendidikan dan kebajikan.

ii) Menjalinkan ukhwah dan membina semangat kebersamaan di antara pemimpin, ibu bapa, guru-
guru dan komuniti sekitar.

iii) Membina jaringan dan kerjasama pintar di antara KIBGIM dan IPT serta pelbagai agensi kerajaan
& swasta dalam menjana pembangunan modal insan terbilang.

4. KEAHLIAN

Kelab Ibu Bapa dan Guru Islam Melaka (KIBGIM) telah ditubuhkan pada 7 Disember 2009 yang lalu.
Pada awalnya KIBGIM ini juga telah dianggotai oleh Ahli Jawatankuasa yang dipilih melalui satu
mesyuarat bersama para ibu bapa dan barisan guru- guru dari sekolah terpilih. KIBGIM juga telah
mendapat sokongan dan restu dari kepimpinan negeri iaitu Ketua Menteri Melaka pada ketika itu

1
YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali bin Mohd Rustam (2010). KIBGIM juga adalah sebuah NGO
Pendidikan yang didaftarkan secara sah.

5. JAWATANKUASA

i) Ahli Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai Kelab hendaklah dilantik mengikut
persetujuan ahli-ahli yang lain.
 Seorang Penaung
 Seorang Pengerusi/Yang DiPertua
 Seorang Naib Pengerusi/ Naib Yang DiPertua
 Tiga orang staf Operasi (Pentadbiran dan IT)
 4 orang Ahli Lembaga Biro Pemikir
 6 orang ahli jawatankuasa Guru/Ibu Bapa

ii) Pemegang-pemegang jawatan Kelab ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas-tugas
pemerintah dalam Kelab ini hendaklah Warganegara Malaysia.

iii) Pekerjaan Jawatankuasa ialah mengelola dan mengaturkan kerja-kerja harian Kelab dan membuat
keputusan atas perkara perkara mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar dari dasar umum
yang ditetapkan oleh Mesyuarat Agung. Jawatankuasa seharusnya tidaklah boleh membuat tindakan
bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung dengan tidak terlebih dahulu berhubung dengannya
dan Jawatankuasa mestilah sentiasa taat kepada keputusan mesyuarat agung. Jawatankuasa hendaklah
memberi laporannya berkenaan kegiatan-kegiatannya di dalam tahun lalu kepada tiap-tiap mesyuarat

2
agung tahunan.

iv) Jika seseorang Ahli Jawatankuasa meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua
mendapat undi terbanyak didalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan
kekosongan itu. Jika calon sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu maka berkuasalah
Jawatankuasa melantik ahli Kelab yang lain memenuhkan kekosongan itu sehingga mesyuarat agung
tahunan diadakan.

v) Jawatankuasa boleh memberi arahan kepada Setiausaha dan lain-lain pegawai untuk menjalankan
urusan-urusan Kelab yang difikirkan mustahak. Ia boleh menggantung atau melucutkan jawatan
sebarang pegawai kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan
jawatankuasa, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan merosakkan Kelab.

vi) Jawatankuasa ini boleh menubuhkan Jawatankuasa-jawatankuasa kecil jika difikirkan mustahak
dan memberikan kewajipan-kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.

6. KEWAJIPAN-KEWAJIPAN PEGAWAI

i) Pengerusi/Yang Dipertua, dalam masa jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua mesyuarat
agung dan semua mesyuarat jawatankuasa dan bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan
semua mesyuarat. Ia mempunyai undi pemutus dan hendaklah ia menandatangani peringatan-
peringatan mesyuarat bila telah diluluskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek-cek Kelab
bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

ii) Naib Pengerusi/Naib Yang DiPertua hendaklah memangku jawatan Pengerusi semasa ketiadaan
Pengerusi/Yang DiPertua.

iii) Pegawai pegawai Pentadbiran dan Operasi hendaklah menjalankan kerja-kerja


pentadbiran Kelab mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah-perintah
mesyuarat agung dan jawatankuasa. Ia bertanggungjawab menguruskan hal-hal surat-surat dan
menyimpan buku-buku, surat-surat dan kertas-kertas, kerja pemasaran, penyata kira-kira dan buku-
buku kewangan. Pegawai juga perlu menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir
seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, pekerjaan, alamat setiap ahli dan butiran yang perlu.

7. KEWANGAN

i) Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Kelab ini
boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi menjalankan kos pentadbiran, biayaan
dan perbelanjaan aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab dan lain-lain perbelanjaan mengikut tujuan dan
maksud penubuhan Kelab ini dari masa ke semasa, walaubagaimana pun tidaklah boleh digunakan
untuk membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman di mahkamah.

ii) Penyata kewangan yang diterima dan dibelanjakan beserta penyata kira-kira bagi setahun
hendaklah disediakan oleh Pengurus Kewangan dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-Kira mengikut
Undang-Undang 10, dengan seberapa segera setelah tamat tahun kewangan. Penyata kira-kira yang
telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk kelulusan mesyuarat agung tahunan yang berikutan
dan salinan-salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di alamat berdaftar atau di tempat
mesyuarat bagi Kelab.

iii) Segala kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira Kelab hendaklah ditandatangani bersama oleh
Naib Pengerusi/Naib Yang DiPertua dan 2 orang dari Jawatankuasa Tertinggi. Kerana ketiadaan
Pengerusi, Naib Pengerusi atau Bendahari maka bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa pun dalam
kalangan mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek-cek atau kenyataan pengeluaran wang

3
Kelab.

11. TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

i) Di antara mesyuarat-mesyuarat agung, Jawatankuasa boleh memberikan tafsirannya kepada


undang-undang ini dan bila mustahak memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung didalam
undang-undang ini.
ii) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat
didalam mesyuarat agung, keputusan Jawatankuasa terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak
diubah oleh keputusan mesyuarat agung.

12. LARANGAN

i) Pertubuhan atau ahli-ahlinya tidak boleh mencuba menghalang atau dengan apa
cara pun mengganggu perniagaan atau barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan
kesatuan sekerja seperti yang diterangkan didalam Ordinan Kesatuan Sekerja 1959.

13. PINDAAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang ini tidaklah boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung.
Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada
Pendaftar Pertubuhan dalam masa 28 hari dari tarikh keputusan hendak membuat perubahan atau
pindaan itu dan hanya boleh berkuatkuasa mulai daripada tarikh perubahan-perubahan dan pindaan-
pindaan itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

14. PEMBUBARAN

i) Kelab ini tidak boleh dibubarkan sehingga belum ada kata putus untuk dibubarkan.

ii) Sekiranya Kelab hendak dibubarkan, maka segala hutang dan tanggungan Kelab yang sah
mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan
mengikut cara yang dipersetujui di dalam mesyuarat agung.

iii) Kenyataan bersabit dengan pembubaran itu hendaklah dihantarkan kepada Pendaftar Pertubuhan
Malaysia di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh pembubaran itu.

……………………. ………………….
Pengerusi/Yang Dipertua
Pengurus Pentadbiran dan Operasi
Nama: PROF MADYA DATUK DR NORLIAH Nama: FATIN FARHANAH BINTI
BINTI KUDUS MAZLAN

Anda mungkin juga menyukai