Anda di halaman 1dari 18

Tutorial M1

1. Mengenalpasti dan menyenaraikan jenis bahan mentah.


Jenis Bahan
1. Aluminium

Sejenis logam bukan ferus(tidak mengandungi besi).

Logam ini ringan dan merupakan pengalir elektrik dan haba yang baik.

Lembut, mudah dipotong dan dibentuk serta tidak berkarat.

Contoh kegunaan : Badan kapal terbang, kerangka pintu dan tingkap, dan juga
peralatan memasak.
2. Keluli lebut (Mild Steel)

Logam jenis ferus yang diperolehi daripada campuran besi dan karbon.

Logam ini mudah dipotong, dibentuk, dibengkok, dan boleh dikimpal.

Boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti tiub, bar, dan kepingan serta
pelbagai ketebalan.

Tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam.

Contoh kegunaan : Bol, nat, paku, dawai, jeriji, dan pintu pagar.
3. PVC (Poly Vinyl Chloride)

Biasa didapati dalam bentuk serbuk, pasta dan kepingan.

Sejenis plastik yang keras dan kukuh.

Ringan, keras, kukuh, tahan lama, mudah dipotong dan dibentuk tetapi tidak
tahan haba.

Saiz yang biasa didapati di pasaran berdiameter 13mm, 20mm dan 25 mm.

Kegunaan PVC jenis keras : Membuat paip air, penyambung paip dan sesalur
pendawaian elektrik.

Kegunaan PVC jenis lembut : Barang permainan, botol dan penebat wayar
elektrik.
4. Perspek

Dinamakan juga sebagai acrylic atau polymethyl methacrylilate(PMMA).

Sejenis plastik keras dan tahan lasak.

Didapati dalam betuk kepingan, rod, dan tiub.

Ringan, kuat, tahan lama, mudah dibersihkan, tidak berkarat, mudah dipotong
dan dibentuk dengan haba.

Boleh didapati dalam bentuk lutsinar dan pelbagai warna serta ketebalan.

Kelemahan : Tidak tahan haba dan mudah calar.

Kegunaan : Pembuatan papan peragaan, bekas air dan barangan cenderamata.

Alat Tangan
1. Pemotong perspek

Digunakan untuk memotong kepingan perspek dalam bentuk garisan lurus.

Menggunakan mata pemotong khas yang boleh ditukar ganti.


2. Gandin getah

Digunakan untuk mengetuk, membentuk dan melipat kepingan logam lembut


tanpa meninggalkan kesan.

Boleh didapati dalam pelbagai saiz.

Kepala gandin diperbuat daripada getah bagi mengelakkan permukaan kepingan


logm daripada tercalar atau rosak semasa melakukan kerja.
3. Riveter

Digunakan untuk memasang ribet secara kekal.

Digunakan utnuk memasang kepingan logam pada rangka projek yang diperbuat
daripada keluli lembut.

Sepana dibekalkan untuk memasang atau menanggalkan nozel jika hendak


menggunakan ribet yang berlainan saiz.

4. Hot glue gun

Digunakan untuk mencairkan glu panas semasa proses mengglu.

Elemen pemanasnya memerlukan masa lebih kurang 5 minit untuk mencairkan


glu.

Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dikeluarkan.

Rapatkan bahagian yang hendak dicantum sehingga glu sejuk bagi


mendapatkan hasil cantuman yang sempurna.
5. Stapler gun

Digunakan untuk menyambung kepingan yang nipis dan lembut seperti kain
kanvas, kulit, PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan mounting board.

Digunakan bersama dengan pelbagai saiz dawai kokot.

Sebelum proses menyambung dilakukan, bahagian yang hendak dicantum


hendaklah dirapatkan.

Jenis yang sesuai ialah heavy duty.


6. Penebuk pusat

Kegunaan : Menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum kerja


menggerudi dilakukan supaya mata gerudi tidak tergelincir semasa kerja
mengerudi dijalankan.

Mempunyai mata yang bersudut 90 darjah dan digunakan bersama tukul bonggol
bulat.

2. Menyenaraikan bahan-bahan kemasan

Bahan Kemasan

i. Cat Sembur
(Spray)

ii. Tona Kayu

iii. Turpentine

iv. Tepung Penyumbat

v. Syelek

vi. Cat Kilat

Kenali jenis kemasan dan cecair pelarut yang sesuai:


Jenis
Kemasan
1 Cat Sembur
2 Tona Kayu
3
4
5
6

Syelek
Cat
Kilat/Licau
Lekar
Varnish

Pelarut

Kesesuaian

Spirit
methil

Untuk permukaan kayu dan logam yang licin


Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah

Turpentine
Thinner
Thinner

Untuk permukaan kayu, produk dlm rumah


Untuk permukaan kayu dan logam, luar dan
dalam rumah
Untuk permukaan kayu
Untuk permukaan kayu

Ratakan dan licinkan permukaan yang akan disapu kemasan

Gunakan Kaedah kemasan yang betul

ISL Minggu 1
Melayari internet cari maklumat dan menyenaraikan jenis bahan mentah dan bahan
kemasan dan alat kelengkapan beserta gambar yang berkenaan.

Logam

Logam terbahagi kepada dua jenis iaitu :-

Logam ferrous (ferrous metal)


Dipanggil juga logam berbesi, ia dicampur dengan karbon, logam jenis ini mudah berkarat dan
suhu kecairannya adalah tinggi ini adalah disebabkan oleh campuran karbon dalam logam akan
menghasilkan suhu kecairan yang tinggi.Contoh logam ferrous ialah seperti keluli lembut, keluli
berkarbon sederhana, keluli berkarbon tinggi, besi tuang, keluli takarat, keluli alat dll.
a) Keluli berkarbon sederhana (medium carbon steel).
Mengandungi 0.3% hingga 0.6%. kandungan karbon tinggi menjadikannya kasar dan
mempunyai keliutan seperti keluli berkarbon rendah, menghasilkan kekuatan yang sederhana.
Kegunaannya membuat cranshaft, shaft dan bolts.
b) Keluli berkarbon tinggi (High carbon steel).
Kandungan karbonnya 0.6% hingga 1.7% tetapi kandungan maksima tidak melebihi 1.7%.
mempunyai kekuatan rengangan yang tinggi dan boleh dikeraskan. Kegunaanya membuat alat
luar dan dalam seperti mata gerudi, alat memotong, kikir dan alat-alat pertanian.
1.

Keluli pancalogam (Alloy steel).


Ialah keluli yang mengandungi lebih dari dua elemen, mengandungi karbon dan lain-lain unsur
seperti cromium, silicon, tungsten, vanadium dan sebagainya. Unsur ini akan menjadikan logam
tersebut bertambah kukuh, tahan geseran. Kegunaanya membuat alat memotong logam lain
seperti high speed steel dan keluli stainless steel.

JENIS-JENIS LOGAM BUKAN FERROUS


1.

Tembaga (copper).
Sejenis logam berwarna coklat kemerahan, mempunyai permukaan yang dilap dan tidak
bercalar atau cacat dipermukaannya. Sifatnya pengalir haba yang baik, suhu kecairan 1908F
(1100C), boleh digulung sejuk kepada kepingan nipis, mudah dipotong, kikir, bengkok dan
senang digilap.

2.

Loyang (brass).
Ialah pancalogam tembaga dan zinc (cu+zn), terdapat dua jenis iaitu pertama loyang yang
campurannya (70% tembaga + 30% zinc), berwarna unggu dan loyang yang campuran (90%
tembaga + 10% zinc) bewarna emas kekuningan. Loyang yang akan dikerjakan akan menjadi
keras dengan cepat dan memerlukan proses annealing (proses melembutkan logam). Loyang
senang dipotong, kikir dan diwarnakkan. Suhu kecairannya 1751F (940C).
3. Gangsa (bronze).
Ialah pancalogam tembaga 90% dan timah 10%. Pancalogam ini lebih kuat daripada tembaga
dan loyang, menjadikan satu logam yang baik dan berwarna kekuningan emas. Terdapat juga
yang tidak bercampur dengan timah iaitu gangsa aluminium. Kegunaan utamanya ialah seni
logam. Mudah dipotong dan dikikir. Suhu kecairannya 1562F hingga 1832F (850C hingga
1000C).

4.

Aluminium.
Berasal dari bijih boksait dalam bentuk batu keras lembut seperti kapur. Boksait biasanya
mengandungi 32% aluminium (oksid aluminium). Ia paling ringan, berwarna putih dan tidak

berkarat. Ia juga tidak berbunga api apabila dicanai dan tidak bertukar berwarna apabila
dipanaskan. Pengalir haba yang baik dan tidak digunakan dalam bentuk asal tetapi dicampur
dengan logam lain seperti karbon silicon dan zinc, mempunyai suhu kecairan 1220F (660C).
5.

Zinc.
Berwarna putih kebiruan. Logam yang lembut, mudah dibentuk dan boleh dituang. Digunakan
sebagai pelindung lain logam seperti zinc galvani. Suhu kecairannya ialah 787F (419C).

6.

Perak (silver).
Sejenis logam yang cantik, berkilat dan berwarna putih. Perak yang tulin adalah lembut sesuai
untuk perhiasan. Ia merupakan pengalir elektrik yang terbaik. Suhu kecairannya 1800F (960C).

7.

Nikel.
Logam berwarna putih perak. Ianya keras dan tidak bertukar warna diudara kering. Digunakan
untuk membuat pancalogam lain. Bersifat magnatik dan boleh dikimpal kerana mempunyai
karbon. Suhu kecairannya 2770F(1450C).

8.

Chromium.
Berwarna putih kelabu dan keras. Tidak bertindak dengan oksigen. Digunakan untuk membuat
pancalogam. Apabila ditambah pada logam yang lain ia akan menjadikannya keras dan
menahan dari karat. Suhu kecairannya 2770F(1520C).

9.

Emas (gold).
Sejenis logam yang berat dan berwarna kekuningan. Logam yang paling liat. Suhu kecairannya
ialah 1900F(1060C).

10.

Suasa (monel).
Ialah pancalogam campuran 60% nikel, 38% tembaga merah dan sedikit maggenes dan
aluminium dan berwarna putih. Logam yang kukuh boleh dipotong, dimesin, ditempa, dituang
dan boleh menahan hakisan.

11.

Timah hitam (plumbum).


Sejenis lgam yang paling lembut tapi berat. Berwarna putih apabila selepas dipotong bertukar
menjadi kelabu gelap jika terkene udara. Boleh bertindak dengan oksigen dalam udara lembab
dan boleh menahandari tindakan hidroklorid cair dan asid sulfik. Boleh dicampurkan dengan
logam timah dan antimoni untuk membuat pewter. Suhu kecairan suhu kecairan plumbum ialah
621F (327C).

Kayu

Kayu merupakan bahan asas untuk pelbagai kegunaan contohnya untuk


membina bangunan, membuat perabot, digunakan sebagai bahan api dan
lain-lain.
Kecacatan kayu disebabkan oleh:

kecuaian semasa menebang

pengeringan yang tidak teratur

serangan serangga perosak

Beberapa k ecacatan yang biasa berlaku pada kayu adalah:

retakan bulat

retakan jantung

retakan bintang

buku atau pusar

berpiuh atau berpintal

melengkung

berspring

Jenis kayu, sifat dan kegunaannya.

Kaca
Kaca diperbuat daripada silikon dioksida (SiO2) merupakan sebatiankimia serupa dengan
kuarza dalam bentuk polihabluran, pasir. Silikatulen mempunyai tahap lebur 200 0C. Dua
bahan lain yang seringdicampurkan dengan pasir dalam proses pembuatan kaca
ialah Sodium Karbonat (Na2Co3) atau posty setara dengan sebatian Sodium Karbonat yang akan
menurunkantahap lebur kaca tersebut sekitar 1000C. Namun begitu kapur (Kalsium oksida) perlu
ditambah untuk menjadikan kaca tidak larut.

Polimer
Polimer terdiri daripada kayu, getah,kaca dan seramik selain dari plastik.Polimer membentuk suatu
kumpulan bahan-bahan asli dan tiruan (sintetik) yangmemainkan peranan yang semakin meningkat
didalam teknologi moden. Kebanyakkan polimer adalah bahan organik yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut::
i.
ii.
iii.

mengandungi gabungan karbon dan oksigen, hidrogen dan lain-lain bahan organik dan bukan organik.
Secara amnya, pada suhu biasa ia adalah bahan bukan berhablur.
mempunyai struktur rangkaian yang panjang.

Semua polimer dicicirkan oleh struktur yang berbeza dari logam. Walaubagaimana pun, struktur ini biasanya
akan menentukan sifat-sifat fizik, therma,elektrik dan mekanikal bahan polimer tersebut. Unit asas sesuatu
polimer ialah rantaianatom dimana satu struktur asas sesuatu dipanggil monomer. Ikatan antara
atom-atom pada asasnya adalah ikatan kovalen yang kuat. Sementara ikatan di antara rantairantai bersifat lebih lemah, iaitu ikatan jenis Van Der Walls.

Plastik
Apa itu bahan Plastik ? Plastikadalah polimer tetapi polimer tidaksemestinya plastik. Secara semulajadinyaplastic
diperoleh daripada pemprosesanarang, petroleum ataupun tumbuhansehingga terhasil sifat plastic
apabiladipanaskan.Plastik juga boleh didapati secarasintetik atau semi sintetik dengan mencampurkan bahan atau
unsur lain untukmenghasilkan sifat yang unik dan boleh dipelbagaikan. Hasil kajian dan penyelidikan,plastic
terutamanya sintetik telah didapati mempunyai potensi yang besar untukmengambil alih tempat logam dalam industri
pembuatan.Bahan plastik ialah bahan polimer yang bersifat tegar atau separa tegar (semi-rigid).
Semua bahan-bahan plastik akan menjadi lembut apabila dipanaskan. Prosespembentukan
bahan-bahan plastik dilakukan pada ketika ia berada dalam keadaan lembut.

Komposit
komposit d i h a s i l k a n a p a b i l a d u a a t a u l e b i h b a h a n y a n g b e r b e z a
disambungkan atau diikat samada secara mekanikal atau metalurgi
u n t u k mendapatkan gabungan sifat yang tidak terdapat pada bahan asal. Kompositmungkin
berbentuk gabungan logam-logam , logam-seramik, logam-polimer,seramik-polimer,
seramik-seramik atau polimer-polimer. Komposit dikelaskankepada beberapa kumpulan berasaskan
geometri atau bentuk bahan.
i.
ii.
iii.

komposit lamina atau lapisan


komposit zarahan
komposit bertetulang gentian

Getah

Getah asli ialah bahan semula jadi yang dihasilkandaripada susu getah ( kulit pokok getah ). Susu getahmengandungi
molekul-molekul getah ( C5H8 ), cecair dan resin. Getah diasingkan secara pembekuanmenggunakan asid formik
atau asid asetik. Susu getahditapis dan dicampurkan dengan air sehingga mencapaikepekatan sebelum dicampur
asid. Getah beku seterus digelek (mesin gelek) jadi kepingan nipis. Kepingan getah ini dibasuh, dikeringkan dan
dijemurkan( getah mentah ). Getah mentah adalah melekit dan lemah dan mempunyai sifatlain yang tidak
dikehendaki. Getah mentah diproses bagi memperbaiki sifat-sifatnya. Proses membaiki ini dinamakan pemvulkanan (
vulcanization ) danbiasanya melibatkan pencampuran 7 % - 42 % sulfur kepada getah itu. Getah mentah dihiris-

hiriskan, kemudian dicampurkan dengan sulfur dan bahan pelikatpada suhu vulkan 140 dar C. Seterusnya dibentuk
dgn cara menggulung ataumenekannya pd tekanan 2.5 12.5 N / mm2
Bahan kemasan
-kemasan kayu merupakan proses menghias dan melindungi permukaan bahan kayu
- proses bermula dengan menyediakan permukaan, samada dengan mengamplas kayu,
mengikis atau mengetam.
-kecacatan atau lubang bekas paku pada permukaan boleh tampal dengan menggunakan
tepung penyumbat.
-Lamzimnya warna kayu sering berubah apabila dilakukan pewarnaan,pemutihan atau pelbagai
kaedah lain.
-Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, lapisan alas digunakan sebelum proses kemasan
seterusnya dijalankan.
Bahan kemasan
Lilin

Ciri-ciri
Tidak larut dengan air, semua jenis lilin adalah bahan organik, tulin atau
sintetik

Minyak linsid

Sejenis minyak kering yang boleh mempolimeran menjadi keras

syelek

Ia sesuai dan seakan sama dengan lain-lain kemasan, ia juga menjadi


pelindung atau alas pada permukaan kayu selepas dilakukan pewarnaan.

Lekar

Varnis jenis atau berwarna yang kering dengan pemeluwapan pelarut dan
sering menjadi proses perawat serta menghasilkan permukaan yang licin
dan keras apabila kering.

cat

Sekumpulan keluaran cecair yang digunakan untuk melindungi dan


menambah warna kepada suatu objek atau permukaan dengan
melitupnya dengan lapisan berpigmen. Boleh digunakan pada hampir
semua objek

Varnis

Kemasan atau lapisan perlindungan yang keras telus cahaya pada kayu
dan juga pada bahan lain.

stain

Bahan yang digunakan untuk mengeluarkan kekotoran permukaan dan


membangkitkan kecantikan urat kayu.

Timber tone

Kemasan kayu berasaskan pelarut. Boleh diperolehi kilat atau kemasan


satin.

Alat kelengkapan
Alat
Paku

Ciri-ciri
-Paku ialah logam keras yang hujungnya tajam, umumnya diperbuat
dalam bentuk baji daripada sejenis besi yang keras.
-digunakan untuk melekatkan dua bahan dengan menembusi keduaduanya.
-paku umumnya ditembuskan pada bahan dengan menggunakan tukul
atau senapang paku yang digerakkan oleh kuasa pneumatik atau
dorongan ledakan kecil.
-jenis paku: biasa, kotak, kemasan, panel, veneer, payung, konkrit,
bergelugur.

Skru

Suatu batang atau silinder dengan alur heliks pada permukaanya.


-penggunaan utamanya adalah sebagai pengikat untuk menahan dua
objek bersama.
-jenis skru: kepala rata, kepala bulat, kepala timbul. kepala segiempat

Bol dan Nat

Bol
-digunakan bersama nat untuk mengikat dan mengetatkan dua atau lebih
bahagian komponen.
-terdiri daripada pelbagai jenis (ditentukan oleh bentuk kepalanya)
-bol yang sering digunakan ialah bol kepala segi empat dan segi enam.
-saiz bol ditentukan oleh panjang dan diameter batang.
Nat
-mempunyai ulir dalam dan digunakan bersama bol atau stad
-saiz nat ditentukan oleh ukuran diameter lubang berulit
-nat segi empat digunakan dengan bol dalam kerja pemasangan umum
-nat heksagon digunakan dengan bol atau stad dalam kerja pemasangan
umum.
-nat telinga digunakan di tempat yang tidak memerlukan tekanan kuat
tanpa menggunakan soket atau sepana.
-nat kota digunakan bersama cemat belah untuk menahan nat terkeluar

daripada bol.

Engsel

-sejenis galas yang menyambung dua objek, khususnya membenarkan


putaran pada paksi bersudut terhad antara keduanya.
-engsel boleh dibuat daripada bahan fleksibel atau komponen bergerak.

Tombol penarik

-ia merupakan aksesori pada pintu, tingkat atau laci


-tujuan adalah untuk memudahkan membuka, menarik serta
menutup/menolak pintu/ tingkap atau laci tersebut.

Pendakap

-dibuat daripada kayu,batu,atau besi yang tergantung di dinding untuk


menampung beban. Ia boleh jadi menampung beban ukiran patung,
gerbang atau rak.
-ia juga merupakan elemen struktur dekoratif yang menampung beban.
Dua tepian yang membentuk sudut tepat dengan yang satu lagi yang
melekap ke dinding.

Kuku (catcher)

-catcher kabinet pada asasnya membantu pintu kabinet sentiasa tertutup


dan juga mengelakkan ia daripada rosak kerana seringnya digunakan.

-ianya diguna terutamanya pada pintu yang tidak dibekalkan dengan


engsel tutup sendiri.
-boleh diperolehi dalam pelbagai bentuk dan saiz
-jenis catcher:bebola,bebola kembar,spring,magnetik.

Selak

-ia merupakan pengikat mekanikal yang digunakan untuk menyambung


dua atau lebih bahagian/permukaan sambil membenarkan pemisahan
objek atau permukaan lain.
-ianya bukan seperti pengunci pintu, walaupun boleh ditemui
berdekatan/bersama dalam satu produk.
-selak boleh dalam bentuk fleksibel dari logam atau plastik untuk menutup
bekas alat tangan sehinggalah kepada menetapkan pintu-pintu yang
besar bertutup.

Kunci: Puting

-ia adalah elemen mesin, yang digunakan untuk menyambung bahagian


mesin berputar dengan shaf.
-untuk membolehkan kefungsian antara keduanya, shaf mesti ada laluan
puting,(merupakan satu lurah untuk menempatkan puting)

Penahan pintu
hidraulik

-peranti mekanikal yang menutup pintu, secara umumnya selepas ia


dibuka.
-memilih penahan pintu jenis ini melibatkan pertimbangan pelbagai kriteria
seperti penghadang kebakaran, rintangan terhadap daya tolakan(untuk
OKU), kesihatan, keselamatan,daya tahan ,ancaman vendalism dan
estetika.

Anda mungkin juga menyukai