Anda di halaman 1dari 11

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SUKATAN PELAJARAN
KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH MENENGAH

MEMBUAT PERABOT

PUSAT PERKEMBANGAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KUALA LUMPUR
2002
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA negara kita Malaysia


mendukung cita-cita hendak mencapai
perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil di
mana kemakmuran negara akan dapat
dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan
berbagai-bagai corak; membina satu
masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan


menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:-

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

KELUHURAN PERLEMBAGAAN

KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

KESOPANAN DAN KESUSILAAN

i
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha


berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

ii
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

PENDAHULUAN
Membuat Perabot ialah satu daripada mata pelajaran elektif
vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM). Mata pelajaran ini digubal untuk
membolehkan murid mereka bentuk, membuat dan membaik pulih
perabot. Membuat Perabot adalah kesinambungan daripada mata
pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu di sekolah menengah.
Penggubalan mata pelajaran ini merupakan usaha Kementerian
Pendidikan ke arah mempertingkatkan kemahiran praktis dan
menanam semangat keusahawanan di kalangan murid dalam
industri pembuatan.

Dalam mata pelajaran ini, murid menguasai kemahiran


menghasilkan perabot melalui projek sepanjang pembelajaran.
Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi, rak, meja dan almari.
Murid dapat menjana idea dalam mereka bentuk dan menghasilkan
perabot dengan merujuk kepada majalah, buku dan internet. Di
samping menghasil dan membaik pulih perabot, murid juga
memperolehi kemahiran dalam penggunaan, penyenggaraan alat
tangan dan mesin serta penghasilan pelbagai jenis tanggam.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai


minat dan kecenderongan dalam membuat perabot. Peluang kerjaya
yang boleh diceburi oleh murid termasuk mengusahakan perniagaan
sendiri atau bekerja di industri pembuatan perabot.

4 MATLAMAT
Matlamat mata pelajaran Membuat Perabot adalah untuk melahirkan
murid yang berkemahiran mereka bentuk, membuat dan membaik pulih
perabot dengan mengamalkan budaya kerja yang baik dan selamat
serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya menjadi
penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembuatan perabot.

1
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

OBJEKTIF
Kurikulum Membuat Perabot adalah untuk membolehkan murid :

1. Membuat perabot mengikut lukisan projek

2. Melakar dan mentafsir lukisan projek

3. Mengenal pasti dan menyediakan bahan kerja perabot

4. Menggunakan dan menyenggara alatan dan mesin kerja


perabot

5. Membuat kerja kemasan

6. Mereka bentuk dan menghasilkan perabot rekaan sendiri serta


membuat anggaran kos

7. Mengamalkan peraturan keselamatan dan etika kerja

8. Menyediakan rancangan perniagaan yang mudah dan


berkomunikasi dengan berkesan.

ORGANISASI KANDUNGAN

Mata pelajaran Membuat Perabot diolah dalam empat bidang


pembelajaran. Setiap bidang pembelajaran dibahagikan dalam unit
pembelajaran yang mengandungi beberapa tajuk. Deskripsi dan
senarai unit pembelajaran dalam empat bidang pembelajaran ini adalah
seperti berikut :

1. Pengurusan Tempat Kerja

Dalam bidang pembelajaran ini, murid mengamalkan


peraturan dan keselamatan di tempat kerja, etika kerja,
pengurusan bengkel dan penyenggaraan peralatan. Murid
mengenal, mengguna dan menyenggara alatan tangan
dan mesin. Mereka juga didedahkan kepada jenis bahan
dan kelengkapan serta kaedah penyimpanan bahan
membuat perabot. Peraturan dan undang-undang kerja
serta aspek pemeliharaan alam sekitar dalam industri
pembuatan perabot juga diperkenalkan.

2
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

1.1 Organisasi bengkel

a. Peraturan dan langkah keselamatan

b. Rawatan kecemasan

c. Memadam kebakaran

d. Etika dan budaya kerja

e. Peraturan dan undang-undang kerja

f. Pemeliharaan alam sekitar dalam industri perabot

1.2 Penggunaan dan penyenggaraan alatan

a. Alatan tangan

b. Mesin mudah alih

c. Mesin pegun

1.3 Penyediaan, penggunaan dan penyimpanan bahan


kerja perabot

a. Kayu

b. Papan komposit

c. Barang logam dan kelengkapan

1.4 Kemasiapan projek

a. Bahan

b. Proses kemasan

c. Teknik kemasan

3
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

2. Kemahiran Membuat dan Membaik Pulih Perabot

Melalui bidang pembelajaran ini, murid didedahkan kepada


pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkenaan membuat dan
membaik pulih perabot.

2.1 Penyangkut baju

a. Penyediaan kayu Lakaran projek

b. Mentafsir lukisan projek

c. Pembinaan tanggam parit, tanggam lubang dan


puting, dan tanggam penetap

d. Membentuk dan melubang

e. Kemasan

2.2 Meja serba guna

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

c. Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti,


dan tanggam temu

e. Pemasangan plat siku

f. Kemasan

2.3 Meja tulis

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

c. Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting kembar


berbahu sebelah, tanggam lubang dan puting
berjanjang, tanggam lekap berskru, dan tanggam
temu

4
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

e. Melurah dan melurah buntu

f. Pemasangan bungkah segitiga pada kerangka meja

g. Pemasangan engsel dan skru

h. Kemasan

2.4 Kotak kecemasan

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

c. Mentafsir lukisan projek

d. Membentuk

e. Pemasangan bahagian projek menggunakan skru


dan glu

f. Pemasangan engsel sembunyi dan tombol

g. Kemasan

2.5 Rak pamer

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

c. Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam bajang tembus

e. Memotong lengkok

f. Memasang rak, kumai dan lekapan

g. Kemasan

5
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

2.6 Tiang lampu meja berlarik

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

c. Melarik silinder dan piring

d. Melelas

e. Memasang

f. Kemasan

2.7 Kerusi

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

c. Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang


terhenti, tanggam lubang dan puting terhenti, dan
tanggam lubang dan puting bahu sebelah

e. Membentuk dan mengumai

f. Kemasan

g. Memotong dan memasang span dan fabrik

2.8 Rak kasut

a. Penyediaan kayu

b. Lakaran projek

c. Mentafsir lukisan projek

d. Pembinaan tanggam lubang dan puting terhenti,


dan tanggam temu

e. Melurah dan mengumai

f. Pembinaan laci

6
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

g. Pemasangan bahagian rak kasut

h. Kemasan

2.9 Almari sisi

a. Lakaran projek

b. Mentafsir lukisan projek

c. Pembinaan tanggam lubang dan puting berjanjang,


dan tanggam temu

d. Mengumai dan memotong lengkok

e. Pembinaan laci

f. Pemasangan bahagian sisi almari, engsel, tombol,


penetap, rel laci dan pintu

g. Kemasan

2.10 Baik pulih perabot

a. Jenis kerosakan

b. Prosedur baik pulih perabot

3. Reka Bentuk dan Penghasilan Perabot

Murid diberi peluang mereka bentuk dan membina projek


perabot individu. Mereka didedahkan kepada kaedah dan
susunan kerja yang perlu diambil kira semasa proses reka
bentuk. Proses ini merangkumi menterjemah idea; membuat
perancangan, lakaran dan lukisan projek; mengenal pasti
kaedah pembinaan, bahan dan mesin yang diperlukan; dan
membuat anggaran kos. Mereka digalakkan membuat rujukan
dari media cetak dan internet serta membuat kajian atau
tinjauan industri pembuatan perabot bagi mendapat
pengalaman dan idea mengenai kaedah pembuatan perabot
terkini di pasaran.

7
sukatan pelajaran membuat perabot kbsm

3.1 Mereka bentuk dan melakar projek

3.2 Penyediaan bahan dan anggaran kos

3.3 Memotong komponen

3.4 Pemasangan komponen dan barang logam

3.5 Kemasan

4. Keusahawanan

Dalam bidang pembelajaran ini, murid didedahkan dengan


cara berkomunikasi yang berkesan dan membuat keputusan.
Di samping itu, murid mempelajari cara menyediakan
rancangan perniagaan, mengenal pasti organisasi yang
membantu usahawan dan pemasaran. Murid juga didedahkan
dengan peluang kerjaya yang terdapat di industri pembuatan
perabot.

4.1 Kemahiran berkomunikasi

4.2 Kemahiran membuat keputusan

4.3 Rancangan perniagaan

4.4 Agensi yang membantu usahawan

4.5 Pemasaran

4.6 Peluang kerjaya di industri pembuatan perabot

Anda mungkin juga menyukai