Anda di halaman 1dari 11

Contoh soalan KBAT Pendidikan Islam SPM

(iv)

ISI (soalan iii)


bersetuju

tindakan - membuat kajian atau soal selidik sebelum berkongsi - pastikan


perkara itu benar - dosa mengumpat itu seperi makan daging saudara -
menjaga persaudaraan Islam untuk kemajuan negara

JAWAPAN PENUH

Saya bersetuju dengan pernyataan tersebut. Sebelum berkongsi sebarang


maklumat, saya akan membuat kajian dengan membaca terlebih
dahulu supaya perkara yang ingin dikongsi itu
benar. Sesungguhnya, Allah SWT berfirman bahawa mengumpat itu
seperti makan daging saudara kita sendiri. Oleh itu, kita
hendaklah berusaha untuk menjaga hubungan persaudaraan sesama
Islam untuk menjadi negara maju.

ISI (soalan iv)

JAWAPAN - CARA MENGATASI

menasihati rakan - agar dia sedar akan kesilapan - peringatan bahawa kerja
adalah amanah - elak dari perbuatan munafik

JAWAPAN PENUH

Saya akan menasihati rakan saya agar dia segera sedar kesilapan dan
segera berubah. Sesungguhnya, nasihat saya kepadanya sejajar dengan
firman Allah SWT bahawa mengumpat itu seperti makan daging
saudaranya sendiri. Oleh itu, kita hendaklah menjauhi perbuatan
mengumpat agar hidup kita diberkati Allah.
Soalan KBAT 1
SOALAN KBAT 2
ISI (Soalan KBAT 1)

JAWAPAN - CARA MENGATASI

menasihati rakan - agar dia sedar akan kesilapan - peringatan bahawa kerja
adalah amanah - elak dari perbuatan munafik

JAWAPAN PENUH

Saya akan menasihati rakan sekerja saya agar dia segera


sedar kesilapan dan segera berubah. Sesungguhnya, nasihat saya
kepadanyaadalah peringatan bahawa kerja adalah satu amanah dan
ibadat kepada Allah. Oleh itu, jika ingin berjaya dalam kerjayahendaklah
menjauhi sifat-sifat munafik agar diberkati Allah.
Cadangan Jawapan : (Soalan KBAT 2)

Isi 1:
- menganjurkan hari sayang kemudahan awam - melibatkan semua
lapisan dengan pelbagai program agar kesedaran timbul - tiada perasaan
sayang - kerosakan harta dapat dikurangkan untuk bantu kewangan negara

Isi 2 :
- mengarahkan kuat kuasa undang-undang - tindakan boleh diambil - dapat
timbul rasa takut - kerosakan harta semakin berkurangan menjadikan
negara dihormati

Jawapan penuh 1:

Saya akan menganjurkan hari sayang harta awam di seluruh Malaysia


(isi) supaya kesedaran akan timbul dalam kalangan semua rakyat Malaysia.
(huraian). Kajian mendapati 85 peratus harta benda awam yang
terdapat di Malysia ini tidak dapat digunakan dengan baik kerana rosak dan
tidak berfungsi (huraian sokongan). Oleh itu, kita
hendaklah menghentikan segera perbuatan ini suapaya duit negara yang
digunakan untuk memperbaiki harta awam dapat digunakan untuk
memajukan lagi negara (kesimpulan).
Jawapan penuh 2:

Saya akan mengarahkan pihak berkuasa tempatan menguatkuasakan


undang-undang supaya pelaku vandalisme ini akan dapat
ditangkap setelah dikenal pasti. Hal ini adalah untuk menimbulkan rasa
takut kepada mereka kerana mereka tidak merasakan harta awam adalah
harta yang perlu dijaga. Oleh itu, tindakan seumpama ini diharapkan
dapat menjadikan harta awam lebih baik supayakita dipandang tinggi
oleh masyarakat luar.
SOALAN KBAT 3

SOALAN KBAT 4
Cadangan Jawapan : (Soalan KBAT 3)

KATA KUNCI : CARA


Isi :

bertegur sapa dan tunjuk muka manis - supaya dapat wujud kemesraan -
dalam al-Quran mengatakan Allah akan tambah kemuliaan dan tinggikan
darjat - amal akhlak mulia untuk wujud harmoni dalam pelbagai lapisan
masyarakat

Jawapan penuh :

Ahmad hendaklah bertegur sapa dan menunjukkan muka yang manis


kepada kawannya (isi) supaya Ahmad mewujudkan kemesraan dan rasa
selesa ketika bergaul (huraian). Hal ini kerana, Allah menyebut dalam
al-Quran, bahawa Allah akan meninggikan darjat seseorang yang sentiasa
merendah diri kerana Allah. . (huraian sokongan). Oleh itu, kita
hendaklah mengamalkan akhlak yang mulia untuk mewujudkan rasa
harmoni dalam pelbagai lapisan masyarakat (kesimpulan).

ISI (Soalan KBAT 4)

JAWAPAN - CARA MENGATASI

terima dengan redha - telah berusaha dan bertawakkal kepada Allah - perlu
menambah usaha untuk berjaya - meyakini Allah dengan sesungguhnya

JAWAPAN PENUH

Sofia hendaklah menerima ketentuan Allah dengan perasaaan redha kerana


Sofia telah berusaha dan bertawakkal kepada Allah. Sesungguhnya, Allah
memberikan ujian kepada Sofia untuk meningkatkan imannya. Oleh itu, kita
hendaklah sentiasa meyakini segala yang diberikan oleh Allah adalah untuk
kebaikan kita sendiri.
KBAT: Pendidikan islam III ( contoh soalan KBAT)
CONTOH SOALAN KBAT BENGKEL PEMBINAAN ITEM KBAT PT3 DAERAH SEPANG-SMK DENGKIL (16 MAC
2015 )

SOALAN 1

KONSERT JELAJAH K-POP 2015


Tarikh : 21 Mac 2015
Masa : 9.00 malam
Tempat : Danga Bay, Johor Bahru

Jamilah yang tinggal di Sepang merancang untuk menonton konsert tersebut. Semasa dalam perjalanan
ke sana, Jamilah menunaikan solat jamak Zuhur dan Asar. Berikan pendapat anda tentang solat Jamilah
dalam situasi itu.

I - Tidak setuju / Tidak boleh / Tidak sah (1m)


H - Solat jamak qasar tidak boleh dilaksanakan untuk tujuan maksiat. (1m)
HL - Solat jamak qasar dibolehkan bagi tujuan yang dibenarkan syarak contohnya untuk melawat orang
sakit dan bercuti bersama keluarga. (1m)
K- Kesimpulannya, solat jamak dan qasar boleh dilaksanakan untuk musafir yang tujuan baik sahaja.
(1m)

SOALAN 2

Sejak zaman kanak-kanak lagi, Saidatina Aishah menunjukkan minat yang mendalam terhadap ilmu
pengetahuan.

Sebagai seorang pelajar, bagaimanakah anda dapat mencontohi Saidatina Aisyah dalam memperolehi
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

I- Menuntut ilmu bersungguh-sungguh (1m)


H - kerana Allah (1m)
HL - seperti ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah (1m)
K - Kesimpulannya, kita hendaklah memberi sepenuh perhatian dalam menuntut ilmu agar kejayaan
dapat dicapai.(1m)

SOALAN 3

Rumah Ahmad dilanda banjir lumpur. Walaupun rumahnya musnah tetapi dia dapat menyelamatkan
dirinya ke tempat yang lebih tinggi. Ahmad hanya menggunakan plastik khemah sebagai tempat
berteduh. Berikan pendapat anda tentang kewajipan solat Ahmad dalam keadaan sedemikian.

I -Ahmad wajib menunaikan solatnya (1m)


H -kerana lumpur tidak dikategorikan sebagai najis. (1m)
HL -Tambahan lagi solat adalah tiang agama. (1m)
K- Kesimpulannya kita wajib menyempurnakan solat dan tidak boleh meninggalkannya walaupun dalam
apa jua keadaan. (1m)
Pepatah:
“Ilmu yang idak diamalkan seperti pokok yang tidak berbuah”

SOALAN 4

Pada pendapat anda apakah yang akan terjadi sekiranya situasi di atas berterusan?

I - Ramai orang yang berilmu (1m)


H - Tetapi tidak dapat menghasilkan sesuatu dalam kehidupan seharian (1m)
HL - Akibatnya pelaburan pendidikan tidak menghasilkan faedah yang besar.(1m)
K - Kesimpulannya kita hendaklah mengamalkan ilmu yang dituntut agar menjadi muslim yang sejati
dan disegani ramai. (1m)

SOALAN 5

Hadis Rasulullah SAW bermaksud : Solat berjamaah lebih afdal daripada solat berseorangan dengan 27
darjah. Namun, pada masa kini terdapat banyak masjid yang besar tetapi bilangan jemaahnya Semakin
berkurangan.

Huraikan hujah anda untuk menyokong pernyataan di atas.

I - Tidak tahu kelebihan solat berjemaah / leka urusan dunia / (1m)


H - Kerana kurang menghadiri majlis ilmu (1m)
HL - pelaksanaannya adalah tuntutan kewajipan fardhu kifayah. (1m)
K - Kesimpulannya, umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat berjemaah bagi mendapatkan
pahala yang berlipat kali ganda. (1m)

SOALAN 6:

Roslan ingin menunaikan solat zohor di surau sekolah. Setibanya di surau, beliau mendapati bahawa
solat zohor sedang dilaksanakan secara berjamaah pada rakaat kedua.Bagaimanakah cara sekiranya
Roslan ingin menyertai jamaah tersebut?

I - Secara makmum masbuk (1m)


H - Iaitu dengan memulakan solat solat niat secara berjemaah. (1m)
HL -Kemudian terus masuk pada rakaat kedua. Sebelum salam Ahmad hendaklah bangun semula
untuk menambah satu rakaat.(1m)
K - Kesimpulannya, Roslan masih boleh menunaikan solat secara berjemaah walaupun terlewat. (1m)
SOALAN 7:

Masih ramai umat Islam yang hanya menakankan persiapan hari raya tetapi mengabaikan Solat Hari
raya. Pada pandangan anda mengapakah situasi ini berlaku?

Panduan penskoran
I - Kurang penghayatan agama(1m)
H - Kerana menganggap ibadat sunat tidak penting (1m)
HL - Sedangkan amalan sunat dapat menampung kecacatan amalan fardhu (1m)

I - Tidak tahu cara mengerjakannya


H - Kerana tidak mengambil berat semasa diajar di sekolah
HL - Tambahan lagi solat hari raya hanya ditunaikan sekali dalam setahun

K - Kesimpulannya, kita hendaklah menunaikan solat sunat hari raya kerana ianya menanbah pahala
yang akan menjadi bekalan kita di akhirat kelak (1m)

SOALAN 8:

Negara Islam yang pertama di Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah SAW menjadi kuat dengan
sokongan golongan Muhajirin, Ansar dan Yahudi.

Sebagai anggota masyarakat, bagaimanakah kita boleh menyumbang ke arah kekuatan dan kejayaan
masyarakat majmuk di Malaysia?

Panduan penskoran
-Menghormati adat dan budaya kaum lain. (1m)
H-Untuk mengekalkan persefahaman antara kaum. (1m)
HL-Seterusnya semua rancangan pembangunan dapat dijalankan dengan jayanya. (1m)
K-Kesimpulannya, jika kita sentiasa bersatu-padu masyarakat akan menjadi kuat. (1m)

SOALAN 9:

Faiz mengalami kemalangan jalan raya ketika menaiki motorsikal dan menyebabkan kaki kanannya
patah. Sebagai seorang muslim, beliau tetap wajib menunaikan solatnya.

Berdasarkan situasi di atas, bagaimanakah beliau boleh melakukan solat dengan sempurna?

Panduan penskoran
I - Menunaikan solat secara duduk ataupun berlunjur (1m)
H- Mengikut rukhsoh yang telahpun disyariatkan. (1m)
HL-Terdapat rukhsoh solat yang diberikan ketika sakit bertujuan meringankan beban hambaNya. (1m)
K-Kesimpulannya, solat wajib ditunaikan mengikut kemampuan seseorang hambanya pada ketika sakit.
(1m)
SOALAN 10:

Terdapat ramai pelajar pada hari ini yang tidak menggunakan nikmat pancaindera kurniaan Allah SWT
dengan sebaik-baiknya walaupun dijanjikan balasan buruk kepada mereka.
Sebagai seorang rakan, bagaimanakah cara anda untuk membetulkan situasi di atas dalam kalangan
rakan sebaya di sekolah?

Panduan penskoran
I - Menasihati mereka (1m)
H - Agar sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan. (1m)
HL - Seperti menggunakan akal untuk berfikir tentang kebesaran Allah SWT. (1m)
K - Kesimpulannya, orang yang bersyukur dengan nikmat Allah SWT akan mendapat keberkatan hidup
dunia dan akhirat. (1m)

Anda mungkin juga menyukai