Anda di halaman 1dari 3

NOTA PENTING PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN SPM 2014

PENDIDIKAN ISLAM KERTAS 1



1. Akikah Sunat Dilakukan Pada Hari Ke Tujuh Kelahiran Bayi
2. Amalan Dan Kepercayaan Karut Serta Bertentangan Dengan Agama Islam Dipanggil Sebagai
Khurafat. Contoh Perkara Khurafat Adalah Seperti Membuang Ancak Bagi Upacara Menghalau
Hantu.
3. Antara Khalifah Yang Terkenal Semasa Pemerintahan Kerajaan Abasiyah Adalah Al-Makmun.
Beliau Telah Memerintah Selama 20 Tahun Dan Menyediakan Biasiswa Kepada Pelajar
Cemerlang.
4. Antara Tanggungjawab Bersama Suami Dan Isteri Adalah Seperti Nasihat Menasihati,
Memelihara Dan Mendidik Anak Serta Saling Menjaga Maruah Dan Keaiban Pasangan.
5. Baghdad Adalah Pusat Perdagangan Yang Menjadi Tumpuan Timur Dan Barat Pada Zaman
Abasiyah
6. BAGHDAD Memainkan Peranan Penting Terhadap Kegemilangan Kerajaan Abasiyah.
Antaranya Adalah Kedudukannya Di Tengah-Tengah Laluan Pedagang Timur Dan Barat, Sungai
Dajlah Menjadi Laluan Utama Pedagangan Dan Baghdad Sebagai Pusat Pertemuan Sarjana
Dari Timur Dan Barat.
7. Bagi ASWJ, Orang Yang Melakukan Dosa Besar Masih Dikira Mukmin Tetapi FASIQ.
8. Bersukan Dan Berekreasi Adalah Harus Disisi Agama Islam. Rekreasi Terbahagi Kepada Dua
Iaitu Aktif Dan Pasif. Antara Aktiviti Rekreasi Pasif Adalah Berkelah Dan Berjalan-Jalan. Adab
Berekreasi Adalah Menutup Aurat Dan Pelihara Alam Sekitar.
9. Dosa Terbahagi Kepada Dua Iaitu Dosa Besar Dan Dosa Kecil. Dosa Besar Adalah Berkenaan
Dengan Kesalahan Yang Tertulis Hukumannya Di Dalam Al-Quran (Hukum Hudud) Manakala
Dosa Kecil Adalah Kesalahan Yang Tidak Ada Peruntukan Hukumannya Yang Tertentu.
10. Faktor Penyebaran Islam Pada Zaman Abasiyah Terbahagi Kepada Dua Iaitu Faktor Luaran Dan
Dalaman.
11. Gelaran Bagi Imam Al-Ghazali Adalah Hujjatul Islam
12. Hukum Hudud Terhadap Orang Yang Minum Arak Adalah Sebatan Sebanyak 40 Kali Manakala
Hukuman Bagi Orang Yang Sudah Berkahwin Tetapi Melakukan Zina Akan Direjam Sehingga
Mati.
13. Hukum Memberi Daging Korban Kepada Orang Kafir Adalah HARAM.
14. Hukum Sembelihan Binatang Yang Hendak Dimakan Oleh Orang Islam Adalah Wajib. Antara
Perkara Sunat Yang Boleh Dilakukan Semasa Sembelihan Adalah Seperti Menyebut Nama
Allah, Menggunakan Alat Yang Tajam Dan Melakukan Sembelihan Di Siang Hari.
15. Jamaah Haji Melakukan Ibadat Bercukur Sebagai Simbol Membersihkan Diri Daripada Sifat
Yang Tercela Dan Menghapuskan Dosa.
16. Jihad Paling Utama Selain Menahan Nafsu Dalam Diri Adalah Jihad Menegakkan Agama Allah
S.W.T. Di Muka Bumi
17. Karya Imam Abu Hanifah Yang Paling Utama Adalah Fiqh Al-Akbar Dan Al-Faraid.
18. Karya Imam Al-Ghazali Yang Paling Utama Adalah IHYA ULUMUDDIN.
19. Kerajaan Abasiyah Diasaskan Oleh Abu Al-Abbas Abdullah As-Safah
20. Kerajaan Abasiyah Memerintah Selama Lima Penggal, Penggal Pertama Digelar Sebagai Zaman
Pengaruh Parsi Yang Pertama
21. Kerajaan Malaysia Telah Menyediakan Pelbagai Bentuk Kemudahan Awam Seperti Bas Awam
Dan Tandas Awam. Kita Hendaklah Menggunakan Kemudahan Awam Dengan Adab Yang Betul
Seperti Tidak Membazir, Bertimbang Rasa Dan Sebagainya.
22. Kita Hendaklah Beradab Ketika Bermusafir Supaya Mendapat Rahmat Dan Keberkatan Dari
Allah S.W.T.
23. Lafaz Talak Terbahagi Kepada Dua Iaitu SOREH (Terang-Terangan) Dan KINAYAH (Kiasan).
24. Mas Kahwin Terbahagi Kepada Dua Iaitu Mahar Misil Dan Mahar Musamma
25. Meminta Pertolongan Makhluk Halus Untuk Membalas Dendam Adalah SIHIR
26. Menceraikan Isteri Yang Sedang Mengadung Adalah Haram Tetapi Sah
27. Menuduh Seseorang Tanpa Mendatangkan Bukti Adalah Merupakan Suatu Fitnah.
28. Orang Yang Mendapat Kemanisan Iman Akan Berasa Seronok Melakukan Ibadat.
29. Orang Yang Telah Melakukan Dosa, Hukumnya Adalah WAJIB Bertaubat.
30. Pada Zaman Kemerosotan, Kerajaan Abasiyah Akhirnya Jatuh Ke Tangan MOGHUL.
31. Rakyat Yang Bersatu Padu Dan Berdisiplin Akan Memajukan Sesebuah Negara.
32. Sebagai Umat Islam, Kita Dituntut Untuk Beradab Kepada Negara Dengan Cara Menjaga Nama
Baik Negara, Menghormati Undang-Undang, Mentaati Pemimpin Dan Lain-Lain
33. Sebagai Umat Islam, Kita Wajib Berpegang Kepada ASWJ Supaya Aqidah Kita Bersih Daripada
Kekeliruan Dan Kesesatan.
34. Sebelum Bermusafir Kita Hendahlah Melantik Seorang Ketua.
35. Semasa Menunaikan Haji, Para Jamaah Hendaklah Melakukan Niat Di Miqat. Miqat Terbahagi
Kepada Dua Iaitu Zamani (Sempadan Masa) Dan Makani (Sempadan Tempat). Dengan Adanya
Miqat, Para Jamaah Akan Dapat Memberikan Tumpuan (Fokus) Dan Mengetahui Kebesaran
Allah S.W.T.
36. Syarat Wajib Melakukan Haji Adalah Islam, Baligh, Berakal Dan Berkemampuan.
37. Talak Bain Terbahagi Kepada Bain Sughro Dan Bain Kubro
38. Talak Yang Bersandar Kepada Sesuatu Syarat Adalah Talak Taklik
39. Tawaf Ifadhah Adalah Rukun Haji Iaitu Perkara Yang Wajib Dilakukan Oleh Para Jamaah Haji.
40. Terdapat Gelaran Lain Bagi ASWJ Iaitu Ahli Sunnah, Al-Jamaah, Ahli Hadis Dan As-Salafus
Soleh.
41. Latar Belakang Dan Prinsip Khulafa Ar-Rasyidin Tingkatan 4
42. Hukum Talak Tingkatan 5
43. Imam Malik Tingkatan 4
44. Adab Berjidhad Tingkatan 5
45. Sains Dan Teknologi Zaman Abasiyah Tingkatan 5
46. Ibnu Sina Tokoh Tingkatan 5
47. Adab Menziarah Jenazah Tingkatan 4

KERTAS 2
1. Ayat Kefahaman Surah At-Taubah 128-129 Tingkatan 5 - Nabi Muhammad
2. Kefahaman Hadis 1 Tingkatan 5 - Hidup Sebagai Perantau
3. Ayat Kefahaman Surah An-Nur 30-31 Tingkatan 5 - Batas-Batas Pergaulan
4. Kefahaman Hadis 2 Tingkatan 5 - Orang Beriman Kekasih Allah - Ibadat Nawafil
5. Ayat Kefahaman Surah Al-An'am 50 Tingkatan 4 - Rasul Penyampai Wahyu - Perkara Ghaib
6. Kefahaman Hadis 2 Tingkatan 4 - Perpaduan - Ingat Lima Perkara Yang Dilarang Dengan
Perkataan Arab
7. Ayat Kefahaman Surah Al-An'am 163-164 Tingkatan 4 - Qulinnasolati Wanusuki - Doa Iftitah
8. Ayat Kefahaman Surah As-Sajadah 15-16 - Sifat Orang Mukmin - Jenis-Jenis Sujud
9. HUKUM TAJWID : MAD LIN, MAD ASLI, IDGHAM, IZHAR, ALIF LAM, MIM MATI
10. AYAT HAFAZAN :
i) AN-NUR 35
ii) AL-HASYR 23-24
iii) AL-MUKMINUN 1-6

Anda mungkin juga menyukai