Anda di halaman 1dari 24

21 JUN 2021

Cikgu harap semua murid enjoy kelas kita pada hari


ini :) ISNIN

KELAS
BAHASA
MELAYUsuha
Cikgu Na
3 AL-KHAWARIZMI 3 AL-BUKHARI
21 JUN
2021
Isnin
BUKU
AKTIVITI HARI INI • Buku Teks
Perkongsian <3
Peribahasa • Buku Membaca
Mendengar Bertutur
Ulang kaji Ringkasan
Soal Jawab

QUOTE OF THE DAY


Whatever you do, do it well. – Walt Disney
PERIBAHASA
• Kenal pasti peribahasa yang sesuai
bagi gambar yang diberikan.
RINGKASA
N
RINGKASAN
Tips untuk menjawab soalan Ringkasan

Baca petikan beberapa kali, sekurang-kurangnya dua kali


Usaha-usaha Punca-punca Kebaikan-kebaikan
FAHAMI Fokus Soalan Langkah-langkah Kesan-kesan
Keburukan-keburukan

KENAL PASTI isi-isi penting


1
Gunakan Penanda Wacana PEperlu
Tak R Eada
N pengenalan
G G A
yang panjang dan
Digalakkan untuk menggunakan ayat anda sendiri.
Tapi HATI-HATI supaya tidak mengubah maksud N
kesimpulan
Tulis patah perkataan
ARAHAN
Senaraikan isi-isi penting bagi setiap INDEKS
kehendak soalan, kemudian tulis sebuah
ringkasan yang lengkap tidak melebihi 100 RINGKASAN
patah perkataan Latihan 1
Latihan 2
Latihan 3

QUOTE OF THE DAY


Whatever you do, do it well. – Walt Disney
LATIHAN 1

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang faedah-faedah sesebuah negara menjadi tuan rumah sukan yang bertaraf dunia. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan Anda digalakkan
supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Sukan Olimpik, Sukan Asia, dan Sukan Komanwel merupakan beberapa contoh sukan yang bertaraf dunia.
Negara yang akan dipilih menjadi tuan rumah sukan berkenaan perlu mempunyai keupayaan untuk menganjurkan
temasya sukan yang berprestij itu. Setelah berjaya memenangi hati perwakilan, tuan rumah yang dipilih
dikehendaki menyediakan pelbagai prasarana sukan sepanjang kejohanan tersebut berlangsung.

Meskipun penganjuran sukan bertaraf dunia ini memakan kos yang tinggi, faedahnya juga banyak. Antaranya,
setelah kejohanan itu tamat, prasarana yang ada dapat digunakan pula oleh ahli sukan negara dan rakyat. Dari
aspek yang lain pula, peluang pekerjaan, misalnya dalam bidang perniagaan, pembinaan, dan lain-lain dapat
diwujudkan. Keadaan ini bukan sahaja dapat menambah pendapatan penduduk tempatan, malah sedikit sebanyak
membantu mengurangkan masalah pengangguran yang semakin meruncing. Kesan positifyang paling ketara ialah
kedatangan pelancong asing semakin meningkat ke negara kita. Hal ini sekali gus mampu menjanakan ekonomi
negara dari segi tukaran mata wang asing.
Di samping itu, kejohanan sukan tersebut pastinya akan mendapat liputan yang meluas dari media
asing di seluruh dunia. Secara tidak langsung, masyarakat luar akan tahu akan kewujudan Malaysia.
perkara ini akan meningkatkan imej Malaysia di mata dunia. Pada masa yang sama, peserta tuan rumah
memperoleh kelebihan apabila bertanding dalam sesuatu acara itu di gelanggang sendiri. Sudah pasti mereka akan mendapat
suntikan semangat yang lebih daripada penyokong tempatan. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan instrumen perpaduan
yang berkesan untuk mencapai integrasi nasional. Perpaduan yang dipupuk bukan Sahaja dalam kalangan rakyat tetapi juga
mendorong rakyat yang berbilang bangsa, etnik dan budaya menggemblengkan semangat berbakti demi negara. Hal ini dapat
mengukuhkan nilai perpaduan selain meletakkan kepentingan kebangsaan melebihi kepentingan peribadi.

Konklusinya, penganjuran sukan yang bertaraf dunia akan membawa negara kita ke era kecemerlangan
yang lebih membanggakan. Penganjuran sukan bertaraf dunia merupakan salah satu cara pemodenan sukan yang dapat
memperbaik prestasi sukan yang diidamkan oleh setiap negara.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Penganjuran Sukan Dunia dan Manfaatnya', Dewan Siswa, April 2018
Latihan 2

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang sebab- sebab pengangguran dalam kalangan siswazah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah

maksud asal petikan


pengangguran merujuk kepada keadaan seseorang yang tidak bekerja. Masih banyak graduan yang menganggur
walaupun mereka sudah beberapa tahun menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT).

Keadaan ini berpunca daripada sikap siswazah yang terlalu memilih pekerjaan yang setara dengan ijazah yang dimiliki
oleh mereka. Apabila tiada kekosongan jawatan, mereka lebih rela tinggal di rumah daripada bekerja bukan dalam
bidang mereka. Di samping itu, terdapat siswazah yang bersikap selektif tentang syarikat yang ingin mereka bekerja.
Mereka hanya memilih syarikat yang kukuh ekonominya. Dari satu sudut, pemilihan begini memang wajar bagi
menentukan kestabilan pekerjaan mereka, tetapi hakikatnya amat sukar untuk mereka memperoleh pekerjaan di syarikat
berkenaan. Kekurangan pengalaman juga merupakan antara punca pengangguran dalam kalangan siswazah. Jika tiada
pengalaman memang sukar untuk mendapat pekerjaan. Pihak swasta selalunya lebih mementingkan pengalaman
berbanding dengan kelulusan akademik. Hal ini disebabkan kerana kos untuk mengadakan latihan intensifkepada
pekerja baharu banyak membelanjakan wang dan merugikan sesebuah syarikat pada masa itu.
Seterusnya, pengangguran dalam kalangan siswazah berlaku akibat kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi.
Siswazah tidak dapat berkomunikasi dengan baiknya dan kurang yakin semasa sesi temu duga. Kegagalan
siswazah menguasai bahasa Inggeris juga menjadi antara punca siswazah gagal mendapat pekerjaan. Bahasa
Inggeris penting dalam era globalisasi, liberalisasi dagang, dan asakan teknologi maklumat (OCT). oleh itu,
majikan akan mengambil pekerja yang bukan sahaja mempunyai keyakinan diri, berpandangan jauh, dan kepetahan
bercakap, malah berdasarkan kelebihan mereka menguasai bahasa Inggeris. Akhir sekali siswazah yang kurang
mahir menguasai teknologi makiumat dan komunikasi (ICT) turut mengalami nasib yang sama. Hal ini disebabkan
hampir kesemua pekerjaan pada masa ini diurus dengan bantuan komputer.

Kesemua faktor ini berhubung kait antara satu sama lain. Sedarilah bahawa kini, siswazah perlu berusaha mencipta pekerjaan

dan tidak terlalu bergantung pada pihak lain. Oleh itu, mereka harus sedia membuat apa-apa kerja yang ada sementara mencari kerja Iain yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Punca Pengangguran Para siswazah'

Dewan Siswa, bil. 2 2018


Latihan 3

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Berdasarkan petikan tersebut, tulis
sebuah ringkasan tentang punca-punca berlakunya isu ponteng sekolah dalam kalangan murid. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan

ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

(15 markah)
Sejak akhir-akhir ini, kes ponteng sekolah didapati telah sampai ke peringkat yang agak serius. Mengapakah
keadaan seperti ini berlaku? Banyak punca yang menyebabkan gejala kurang sihat ini kian menular.

Murid yang kurang minat belajar menganggap bahawa pergi ke sekolah merupakan suatu bebanan. Maka, tindakan ponteng
sekolah menjadi pilihan terbaik bagi murid yang malas belajar. Mereka keluar rumah dengan berpakaian seragam sekolah,
sebaliknya melencong ke kompleks beli-belah, ke pusat permainan video, atau ke pusat snuker. Selain itu, murid yang
berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi guru biasanya akan melepak di kawasan-kawasan yang sukar dikesan.
Kumpulan murid ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang ketat dan mengenakan hukuman
yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.

Hilangnya pemerhatian daripada ibu bapanya turut menjadi punca murid ponteng sekolah. Ibu bapa yang sibuk
bekerja kurang meluangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan anak-anaknya. Kesannya, anak-anak tidak
dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Tindakan ibu bapa yang memandang ringan terhadap isu
ini seolah-olah memberikan kebebasan kepada anak-anak untuk terus ponteng sekolah.
Pengaruh rakan sebaya amatlah kuat kepada murid. Jika murid dikelilingi rakan yang bermasalah,
mereka akan turut terjebak dengan pelbagai masah disiplin lain. Misalnya, merokok, penyalahgunaan
dadah, vandalisme, dan gengsterisme. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah
akan mempengaruhi minda murid yang tidak berfikir secara rasional.

Sekiranya masalah ini tidak diatasi dengan kadar segera, peratus murid ponteng pasti akan meningkat
sekali gus menggugat cita-cita pihak kerajaan untuk mewujudkan rakyat yang berpendidikan tinggi,
cerdas, dan pintar. Dalam hal ini, peranan ibu bapa, pihak sekolah, dan Kementerian Pendidikan amat
penting untuk memastikan gejala ini tidak merebak.

Dipetik dan diubah suai daripada 'Faktor Murid Ponteng Sekolah',


Berita Harian, Jun 2019
TERIM
A
JUMPA HARI SELASA
:)

Anda mungkin juga menyukai