Anda di halaman 1dari 29

1

BMS 3022 : KARYA AGUNG MELAYU


KUMPULAN B

TUGASAN KUMPULAN
TAJUK: MISA MELAYU

NAMA AHLI :
BI
L
1.
2.
3.
4.

NAMA

NO. MATRIK

MOHD SHOLAHUDDIN BIN SULONG


SAKIRIN BIN AB GHANI
ABDUL AZIZ BIN ABDUL RAHMAN
MUHAMMAD AMIRUL BIN ABDUL GHANI

D20121058011
D20121058012
D20121058025
D20121058029

PENSYARAH:
DR. SERI LANANG JAYA HJI. ROHANI

FAKULTI BAHASA DAN KOMUNIKASI


UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
SEMESTER 2 SESI 2015/2016

ISI KANDUNGAN
MUKA
SURAT
1.0 PENGENALAN

2.0 PEMIKIRAN DALAM MISA MELAYU

2.1 Struktur Politik

2.2 Sistem Ekonomi

3.0 ESTETIKA DAN KEPENGARANGAN

3.1 Konsep Estetika dan Kepengarangn

3.2 Nilai Estetik

4.0 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup

11

4.1 Nilai Budaya

11

4.2 Pandangan Hidup

14

5.0 FALSAFAH

15

5.1 Falsafah Politik

17

5.2 Falsafah Ekonomi

18

6.0 NILAI ILMU DALAM MISA MELAYU

19

6.1 Ilmu Pentadbiran

20

6.2 Ilmu Firasat

21

6.3 Ilmu Sejarah

22

6.4 Ilmu Ekonomi

24

7.0 KESIMPULAN

25

RUJUKAN

26

1.0

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Karya membawa maksud buatan atau ciptaan
sesuatu. Manakala Agung pula membawa makna paling besar, tertinggi, teristimewa
dan terkemuka. Maka dapat dirumuskan Karya Agung dimaksudkan sebagai ciptaan atau
buatan yang terutama , tertinggi daripada seseorang pengarang.
Buku Pengenalan Konsep dan Gagasan Karya Agung Yayasan Karyawan ( 2000)
pula mentakrifkan Karya Agung sebagai karya yang berjaya meninggalkan kesan seni
atau estetika, budaya dan pemikiran yang luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu
bangsa.
Oleh itu , Karya Agung Melayu adalah karya yang mencerminkan keunggulan
daya cipta kreativiti penulis, pemikiran bangsa Melayu pada zaman dahulu dalam
menggambarkan idealisme atau falsafah, pandangan hidup, nilai ilmu, adat, budi,
kesedaran dari segi agama, moral dan masyarakatnya melalui bentuk-bentuk sastera dan
seni yang tinggi nilainya sehingga mampu untuk meninggalkan kesan dari aspek seni,
budaya, pemikiran, pandangan dan falsafah hidup yang berkekalan dalam ingatan
bersama sesuatu bangsa.
Nama sebenar pengarang Misa Melayu ini ialah Raja Chulan ibni Raja Hamid
ibni Yang Dipertuan Muda Sultan Mansur Syah (Marhum mangkat di Pulau Tiga).
Setakat ini tidak dapat diketahui dengna tepat akan tarikh lahir beliau. Namun demikian,
beliau adalah seorang tokoh dan sejarawan istana yang bergiat pada kira-kira pertengahan
kurun kelapan belas dan menurut R.O. Winstedt telah menghasilkan karya
pensejarahannya yang masyhur itu sebelum penghujung kurun tersebut. Beliau adalah
kemanakan Sultan Mahmud Iskandar Syah (M1600? - 1720; M. 1630 - 1720) yang
bergelar "Marhum Besar Aulia Allah".
Selain daripada itu beliau pernah juga menjadi Raja Bendahara dan mengikut
suatu sumber, telah dilantik menjadi Raja Muda dan memegang jawatan tersebut hingga
akhir hayatnya. Kedudukan ini bukan sahaja menggambarkan taraf atau mertabat
sosialnya, tetapi menunjukkan pula keupayaannya memainkan pelbagai peranan di dalam
lingkungan kegiatan keluarga diraja Perak pada zamannya itu. Misalnya, beliau turut

terlibat dalam peristiwa merebutkan seorang janda bernama siti Sarah (anak Lebai hanip
orang Keling) di antara Maharaja Lela dan Abdullah (anak guru beliau, iaitu Imam
panjang) yang berkesudahan dengan Siti Sarah itu akhirnya diserahkan oleh Maharajalela
menjadi hamba Sultan Iskandar.
Beliau juga telah mengiringi pelayaran Sultan Iskandar menyusuri pantai Negeri
Perak iaitu sebagai satu usaha baginda untuk menemui rakyat dan menenangkan fikiran
selepas kemangkatan permaisuri baginda. Dari segi pendidikannya pula, tarafnya itu
sudah tentulah membolehkan beliau mendapatkan kemudahan pendidikan yang wujud di
perkarangan istana. Dalam pada itu beliau juga mempelajari ilmu agama Islam dengan
berguru kepada Imam Panjang, bapa Abdullah tadi. Peluang pendidikan serta kesempatan
dan barangkali juga bakat yang ada, padanya, telah membolehkan beliau menghasilkan
karya pensejarahan Perak yang terkenal itu.
Berdasarkan karyanya itu, R.O. Winstedt lagi sekali mengatakan bahawa Raja
Chulan itu adalah seorang yang sangat pintar dalam hal menulis syaer dan prosa. Raja
Chulan pernah berkhidmat di bawah Sultan Iskandar dan baginda memang
menyenanginya. Beliau juga disenangi oleh orang kebanyakan ataupun rakyat Perak
secara umumnya dalam zaman pemerintahan baginda. Namun demikian pada penghujung
hayatnya terdapat anggapan bahawa beliau telah mati dibunuh oleh seorang suami yang
kononnya ingin menuntut bela. Beliau kemudiannya digelar Marhum Mangkat Pulau
Juar. Tetapi anggapan ini kemudiannya dinafikan oleh Raja Chulan ibni Sultan Abdullah
yang mengatakan bahawa tokoh yang senama dengannya telah meninggal dunia kerana
sakit tua. Beliau meninggal dunia tatkala sedang memegang jawatan Raja Muda Perak.

2.0

Pemikiran dalam Misa Melayu

Misa Melayu adalah catatan kontemporari yang pengkisahannya itu hasil kajian,
penglihatan dan penilaian Raja Culan. Teks Misa Melayu adalah kisah benar dan rasional
serta penunjukkan tahap-tahap pemikiran dan cara hidup di zaman feudal. Struktur social,
ekonomi dan politiknya adalah rigid dan bertingkat-tingkat. Susunan ini disokong dan
diperkuat lagi oleh nilai-nilai dan budaya feudal. System naungan (patronage) menjadi

satu ciri kehidupan massa Melayu yang berkekalan. Pengkisahan dalam Misa Melayu
adalah kisah manusia istana dan interaksinya dengan golongan massa dan orang luar.
Misa Melayu juga mampu meletakkan dirinya sebagai sejarah yang kukuh kerana
daripadanya kita dapat menggambarkan tantang sistem dan struktur politik, ekonomi,
social masyarakat feudal pada abad ke-18 di Perak.
Sistem politik dan sistem ekonomi yang ditunjukkan dalam Misa Melayu adalah
hasil daripada struktur dan system sosialnya. Raja adalah simbol perpaduan dan
menguasai kawasan istana dan sekitarnya atau negara kota. Di kawasan lain pembesar
negeri pula yang berkuasa. Ikatan antara pembesar dan sultan adalah berasaskan
kesetiaan. Pembesar mempunyai pengikutnya sendiri yang terdiri daripada golongan
rakyat. Rakyat biasanya dikerah tenaga dan harta benda untuk pembesar dan sultan.

2.1

Struktur Politik

Menurut Ramlan Surbakti (1999 : 1) bahawa definisi politik adalah interaksi antara
pemerintah dan masyarakat dalam rangka proses pembuatan dan pelaksanaan keputusan
yang mengikat tentang kebaikan bersama masyarakat yang tinggal dalam suatu wilayah
tertentu. Menurut F. Isjwara, (1995 : 42) politik ialah salah satu perjuangan untuk
memperoleh kekuasaan atau sebagai teknik menjalankan kekuasaan-kekuasaan.
Politik dari sudut bahasa yang mudah untuk difahami menurut sebahagian
ilmuwan adalah melaksanakan sesuatu dengan memastikan kebaikan pada perkara itu.
Manakala dari sudut kemasyarakatan bermaksud mengurus secara bijaksana dan
pandangan dengan analisis yang tajam terhadap kesan sesuatu tindakan. Ia juga
membawa makna sekumpulan hal ehwal urusan yang berkaitan dengan pentadbiran
negara. Politik juga dapat diertikan sebagai satu kegiatan ummah menyokong dan
mendukung usaha melaksanakan syariat untuk merealisasikan Islam yang syumul dapat
dipraktikkan melalui sebuah institusi yang menjadi penerajunya. (Umat dan Negara
dalam Syariat Islam karangan Dr. Abdul Karim Zaidan).
Pemikiran politik yang terdapat dalam Misa Melayu kelihatan mewakili campur
aduk dua konsep iaitu:

i)

Sultan adalah pemerintah teokratik yang memiliki kuasa mutlak.

ii)

Tanggungjawab raja berunding dan berpakat dengan menteri-menterinya.

Struktur politik Perak pada abad itu memperlihatkan keunikannya. Raja tidak memerintah
secara mutlak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat pembesar demi kepentingan rakyat.
Hal ini dapat dilihat menerusi petikan di bawah.

Dalam wasiatnya, Sultan Muzaffar Syah (1752)] yang beta harap sekarang, baiklah
anak kita Raja Mudalah akan ganti kita. Maka hendaklah bicara orang besar-besar dan
segala hulubalang pegawai pada memerintahkan takhta kerajaan anak kita dan
selenggarakan hukuman negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak
dan hendaklah muafakat sama-sama kepada barang bicara dengan sekalian orang
besar-besar hulubalang dan pada anak raja-raja dan yang memegang agama kita
Dalam buku sejarah tentang Perak, Perak mempunyai sistem pewarisan takhta dan
penggantian raja dalam satu struktur yang tersusun. Susunan system pewarisan takhta dan
penggantian raja dapat dilihat seperti di bawah:
1.

Raja Muda

2.

Raja Bendahara

3.

Raja Di Hilir

4.

Raja Di Baruh

5.

Raja Kecil Besar

6.

Raja Kecil Tengah

7.

Raja Kecil Muda

8.

Raja Kecil Bongsu

Pada amalannya, struktur ini bukanlah suatu prosedur yang ketat dan perlu
dipatuhi. Contohnya, pada tahun 1773 Raja Kecil Bongsu ( Raja Ahmaddin) telah dilantik
menjadi sultan ada ketika itu. Ini membuktikan tidak semua waris takhta itu perlu
menaiki takhta mengikut giliran atau tangga waris takhta itu. Dalam Misa Melayu disebut

bagaimana sultan Zulkarnain menyusun jentera pemerintahannya dengan melantik


kerabat diraja yang akrab dengannya menyandang gelaran dan jawatan kerajaan.
Contohnya, adindanya Raja Kimas yang bergelar Raja Kecil Muda sebagai Raja Muda,
raja Alauddin, adinda sultan yang bergelar Raja Kecil Tengah diangkat menjadi Raja
Bendahara. Raja Di Hilir disandang oleh Raja Inu yang juga adinda sultan, Raja
Muhammad (saudara dua pupu sultan dikurniakan gelaran Raja Di Baruh, Raja Culan
kekal sebagai Raja Kecil besar, Raja Ibrahim putera Raja Kimas (Raja Muda) memegang
jawatan dan gelaran Raja Kecil Bongsu Muda (Raja Kecil Muda).

2.2

Sistem Ekonomi

Menurut Adam Smith, ilmu ekonomi adalah ilmu kekayaan atau ilmu yang khusus
mempelajari sarana-sarana kekayaan suatu bangsa dengan memusatkan perhatian secara
khusus terhadap sebab-sebab material dari kemakmuran, seperti hasil-hasil industri,
pertanian dan sebagainya. Sistem ekonomi merujuk kepada satu set institusi sosial yang
berkaitan dengan pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan
dalam sesebuah masyarakat. Sistem ekonomi terdiri dari manusia dan institusi, termasuk
hubungan mereka dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki. Sistem ekonomi
cuba menyelesaikan masalah ekonomi melalui cara yang sistematik untuk pembahagian
sumber yang terhad.
Dalam Misa Melayu, telah membuktikan kehadiran system ekonomi feudal yang
menetapkan raja dan pembesar memonopoliatan

kegiatan tersebut, manakala rakyat

sekadar bekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata. Maka, rakyat yang
menginginkan kehidupan yang senang, mereka haruslah pandai dalam mengampu orangorang besar serta raja mereka. Hal in dapat dibuktikan melalui teks di bawah:
baginda menitahkan Tambi Kecil pergi ke benua keling (India). Adapun akan Sultan
Iskandar itu, terlalu banyak baginda menaruh gajah. Maka itulah baginda menitahkan
Tambi Kacil pergi akan mengambil barang siapa mahu membawa kapalnya masuk
berniaga ke dalam negeri Perak ini, karana baginda hendak berjual gajah,
halaman 78

Semasa keberangkatan menjelajah negeri Perak atau bermain ke laut, Sultan


Iskandar telah menjual bijih timah kepada Belanda di Tanjung Putus. Ini dapat dibuktikan
menerusi pantun yang terdapat dalam Misa Melayu. Pantunnya berbunyi:
Timah dibawa duli baginda,
Beberapa ratus baharanya ada,
Diurap rial kepada Holanda,
Supaya suka di dalam dada.

Hubungan ekonomi dengan orang Belanda menjadi kukuh akibat monopoli


eksport bijih timah. Bijih dijual kepada Belanda 30 rial satu bahara dengan dua rial cukai
yang dibayar oleh sultan.
Misa Melayu ada menyebut tentang urusan perdagangan dengan Belanda pada
abad ke-18. Pada awalnya, pusat pengumpulan bijih timah orang Belanda di perak ialah
Tanjung Putus, kemudian mereka telah memohon kepada sultan untuk mendirikan kota
dan bangunan di Pangkalan Halban di Kuala Perak. Dalam urus niaga dagangan kapal,
semua kapal dagangan dari luar negeri Perak perlu mendapatkan kebenaran sultan. Dalam
sistem ekonomi feudal, sultan dan pembesar negeri adalah orang yang memonopoli
eksport dan import. Kemakmuran ekonomi yang dikecapi negeri Perak telah
menyebabkan ramai pedagang berniaga di negeri itu. Bijih timah dan gahjah telah
menjadi sumber ekonomi negeri. Selain Belanda, pedagang luar yang ramai ialah dari
india, manakala pedagang dari kepulauan Melayu pula ialah dari kawasan Sumatera dan
Makasar.

3.0 Estetika dan Kepengarangan


3.1

Konsep Estetika dan Kepengarangan

Misa Melayu mengandungi unsur estetik dan kepengarangan yang bersifat menarik dan
berkesan. Raja Chulan berjaya menghasilkan suatu bentuk histiografi berkenaan sejarah

negeri Perak yang sarat dengan pengetahuan dan penceritaan yang memberi impak positif
kepada pembaca. Motif Raja Chulan dalam penghasilan karya Misa Melayu adalah
berdasarkan atas beberapa sebab antaranya dikatakan memberitahu kepada generasi
seterusnya mengenai kegemilangan sesebuah zaman pemerintahan seseorang raja iaitu
melalui frasa supaya bolehlah akan zaman kita disebut orang kelak. Motif yang lain
pula adalah bagi memenuhi kehendak atau perintah raja. Ini dibuktikan dalam syair yang
terdapat dalam Misa Melayu itu sendiri iaitu :

tuanku titahkan patik mengarang,


diperbuat juga sebarang-barang,
sajaknya janggal manisnya kurang,
haram tak sedap didengar orang.

1.

Teknik penulisan

Keutamaan dalam penghasilan karya Misa Melayu adalah jelas melalui isi kandungannya
yang merakam pelbagai corak kehidupan sosiobudaya masyarakat Negeri Perak yang
sarat dengan pelbagai tradisi dan adat istiadat yang diamalkan sepanjang pemerintahan
yang berlaku pada zaman tersebut. Ciri-ciri penulisan yang menyanjung seseorang tokoh
sejarah ini adalah bertepatan dengan gaya penceritaan yang bercorak panaegrycal.

2.

Kekuatan penulis

Melalui pembacaan secara menyeluruh karya Misa Melayu, terdapat beberapa kekuatan
yang telah dikenal pasti daripada hasil kepengarangan Raja Chulan. Antara kekuatan
pengarang dalam karya ini adalah menyelitkan ciri persejarahan Islam.ini terbukti dalam
permulaan kepengarangan raja Chulan memulakan penulisannya dengan lafaz Bismillah.
Tambahan lagi terdapat juga banyak frasa dengan izin Allah diselitkan dalam penulisan

10

beliau. Contoh lain yang paling nyata pengaruh islam adalah ketika kemangkatan Sultan
Muzaffar Syah seperti berikut:

.Ampun tuanku, insya-Allah Taala barang dipanjangkan Allah kiranya hadrat Duli
Yang Maha Mulia di dalam dunia ini

setelah sudah baginda berwasiat demikian, maka datanglah peredaran dunia ini.
Inna lillahi wainnailaihirajiun.

Kekuatan pengarang yang seterusnya adalah memuatkan salasilah dan jurai keturunan
kerajaan negeri Perak. Pengarang menonjolkan keunikan sistem politik yang berlaku di
Perak. Dalam penulisan beliau, Raja Chulan ada menyatakan pimpinan Raja pada masa
tersebut banyak mendapatkan nasihat daripada pembesar negeri bagi menjaga
kepentingan rakyat. Ini terbukti raja tidaklah berkuasa mutlak tapi masih mementingkan
individu di sekelilingnya. Ini dapat dibuktikan melalui teks berikut :
.yang beta harap sekarang, baiklah anak kita Raja Mudahlah akan ganti kita. Maka
hendaklah bicara orang-orang besar dan segala hulubalang pegawai pada
memerintahkan takhta kerajaan anakanda selenggarakan hukuman negeri ini dan
membela segala rakyat di dalam negeri Perak

3.2

Nilai Estetik

Penggunaan seni bahasa dalam Misa Melayu menunjukkan unsur kreativiti dan
keindahan. Bagi menjadikan sesuatu kepengarangan itu meninggalkan kesan terhadap
pembacanya terdapat retorik yang digunakan bagi menyampaikan sesebuah penulisan.
Retorik adalah teknik pemakaian bahasa secara berkesan dalam penulisan. Ia dilakukan
bagi tujuan mempengaruhi khalayak yang berada di persekitaran. Retorik yang digunakan
oleh pengarang dalam Misa Melayu ialah retorik pemerian iaitu berbentuk penjelasan dan

11

huraian tentang sesuatu idea bagi menyampaikan fakta dan maklumat lengkap kepada
pembaca atau pendengar. Contohnya :

Hatta, maka baginda pun hendak pindah membuat negeri di Pasir Pulai. Telah sudah
istana baginda diperbuat oleh Raja Muda dan Raja Bendahara serta dengan segala
orang besar-besar hulubalang pegawai rakyat sekaliannya , lengkap dengan kota
paritnya, maka baginda pun berpindahlah ke Pasir Pulai berbuat negerilah di sana itu

(Misa
Melayu;134)

Seterusnya pengarang turut menggunakan retorik penerangan. Retorik penerangan


berfungsi memberi penerangan dengan terperinci daripada satu langkah kepada satu
langkah lain bertujuan memberikan penjelasan secara lebih tersusun. Retorik ini dapat
dilihat ketika proses peminangan dan perkahwinan anak Raja Selangor dengan anak Raja
Kedah. Contohnya :
Hatta maka beberapa lamanya raja Selangor pun hendak mengerjakan mengahwinkan
puteranya dengan anak raja kedah. Maka raja Selangor pun menyuruh ke Perak
memanggil segala raja-raja Perak. Maka dititahkan Sultan Mahmud Syah.
(Misa Melayu;133)
3.2.1 Seni Bahasa
Menurut Linderman (1997), seni adalah suatu bahasa yang mengandungi roh (nilai
spiritual) yang dapat membenarkan seseorang menghasilkan sesuatu dan menghargainya.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2007) pula menyatakan seni bermaksud tipis dan halus.
Bagi maksud bahasa pula, menurut Felicia (2001) bahasa merupakan alat yang digunakan
untuk berkomunikasi sehari-hari, baik bahasa lisan mahupun bahasa tulis.

12

Melalui karya Misa Melayu yang dikaji, terdapat pelbagai gaya bahasa yang
digunakan dalam karya ini untuk menjadikan kisah yang diceritakan menarik dan dapat
mewujudkan imaginasi pembaca terhadap kisah yang diceritakan oleh penulis. Gaya
bahasa yang terdapat dalam karya ini juga tidak terhad dalam keperengganan sahaja
malah turut diselitkan dalam syair dan pantun yang terdapat dalam karya ini.

3.2.2 Gaya bahasa


Terdapat beberapa gaya bahasa yang digunakan dalam karya Misa Melayu iaitu gaya
bahasa perbandingan, gaya bahasa pertentangan, gaya bahasa perulangan dan gaya
bahasa litotes. Namun begitu, terdapat juga aspek-aspek penggunaan kosa kata melayu
lama atau klasik dan pengaruh bahasa asing.
a.

Gaya bahasa pertentangan


Karya Misa Melayu mempunyai gaya bahasa pertentangan yang menampilkan

gaya bahasa hiperbola. Hiperbola bermaksud gaya bahasa yang mengandungi pernyataan
yang berlebih-lebihan jumlahnya, ukurannya atau sifatnya dengan tujuan memberi
penekanan. Penggunaan gaya bahasa hiperbola ini juga bertujuan untuk menggerakkan
cerita tentang kehebatan, kesaktian dan kekuasaan raja yang tidak dapat ditandingi oleh
rakyat biasa. Selain itu juga hiperbola bertujuan untuk menggambarkan suasana atau
kejadian yang sangat hebat pada masa dahulu. Antara contoh penggunaan gaya bahasa
hiperbola dalam Misa Melayu ialah:

.Maka gendang negara serunai nafiri ceracap pun dipalu oranglah dengan segala
bunyi-bunyian pula berbunyilah, terlalu adzmat bunyinya, tiada sangka bunyi lagi,
seperti kiamatlah lakunta Pulau Indera Sakti.
Petikan di atas jelas menunjukkan penggunaan gaya bahasa hiperbola yang
menerangkan keadaan atau suasana ketika berlangsungnya upacara dan adat perkahwinan
raja pada masa itu. Kemeriahan dan keriuhan serta bunyi gendang dan nafiri digambarkan
seolah-olah kegamatan yang akan berlaku pada hari kiamat.

13

4.0 Nilai Budaya dan Pandangan Hidup dalam Misa Melayu


4.1 Nilai Budaya
Budaya boleh didefinisikan sebagai kemajuan fikiran, akal budi atau cara berfikir,
berkelakuan dan sebagainya. Budaya boleh didefinisikan sebagai suatu cara hidup yang
diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi sistem sosial , agama, adat resam dan
nilai. Misa Melayu juga mempunyai nilai-nilai budaya negeri Perak yang diketengahkan
oleh pengarangnya. Misa Melayu yang merupakan penulisan berkaitan sejarah negeri
Perak turut cuba memperlihatkan beberapa nilai budaya yang menjadi amalan golongan
masyarakat pada masa itu. Karya ini turut menonjolkan beberapa nilai budaya yang
diamalkan oleh golongan diraja pada zaman tersebut. Antaranya seperti adat meminang
dan berkahwin, adat bertindik dan berinai, istiadat perarakan raja berangkat, , istiadat
menjunjung duli,

dan juga istiadat kemangkatan dan berkabung serta menurunkan

tambak serta batu nisan.

4.1.1 Adat meminang dan berkahwin


Perkahwinan dalam masyarakat Melayu merupakan satu peristiwa yang sering dilakukan
dengan mengikut adat yang telah ditetapkan dan telah menjadi budaya dalam kehidupan
seharian masyarakat Melayu pada masa itu . Majlis perkahwinan yang dijalankan sering
kali mendapat perhatian dan dijadikan salah satu peristiwa yang penting dalam
masyarakat. Hal ini demikian kerana upacara meminang dan berkahwin mempunyai adat
dan persiapan yang teliti perlu dilakukan untuk memastikan upacara berkenaan berjalan
dengan lancar dan meriah. Misa Melayu menonjolkan adat-adat yang dijalankan oleh
golongan diraja iaitu adat meminang dan berkahwin dengan upacara yang penuh gilang
gemilang.
Hal ini menunjukkan bahawa adat meminang dan berkahwin yang dijalankan
pada hari ini sudah bermula pada zaman dahulu lagi. Selain itu, adat ini juga tidak hanya

14

melibatkan golongan tertentu sahaja. Perkahwinan berlaku tidak kira sama ada pasangan
tersebut terdiri daripada golongan marhaen mahupun bangsawan. Misa Melayu lebih
menonjolkan

perkahwinan yang berlaku dalam kalangan kerabat diraja. Antaranya

perkahwinan antara Raja Muda Iskandar puteri Sultan Muzaffar iaitu Raja Budak Rasul.
Hal ini dapat dilihat dalam teks di bawah:

Sepeninggalan ayahandanya, Raja Muda (Raja Muda Iskandar) semakin hari semakin
besar pengaruhnya dan sangat disayangi oleh rakyat. Dan Sultan Muzaffar Syah pula
bercita-cita hendak menyatukan puterinya, Raja Budak Rasul dengan Raja Muda . Citacita ini dipersetujui oleh Raja Muda. Selepas diadakan istiadat meminang yang sangat
meriah kemudian diikuti pula dengan istiadat bertindik puteri yang baharu bertunang
itu, maka pada akhir tahun yang ketiga pertunangan itu, disatukanlah puteri Raja Budak
Rasul dengan Raja Muda .
(Misa Melayu)

4.1.2 Adat bertindik dan berinai


Adat bertindik dan berinai juga sudah dijalankan dalam masyarakat pada zaman feudal
lagi. Adat ini turut diteruskan pada hari ini namun adat tersebut disesuaikan mengikut
syariat Islam dan tidak menyerupai agama lain. Adat bertindik dapat dilihat dalam Misa
Melayu melalui peristiwa bertindik yang dijalankan ke atas Taja Budak Rasul. Manakala
adat berinai selalunya dilakukan sebelum majlis perkahwinan diadakan dan majlis berinai
dilakukan oleh pihak sebelah perempuan. Adat ini dijalankan

terhadap pengantin

perempuan kira-kira dua hari sebelum akad nikah dan ia sering dilakukan pada waktu
malam. Selain itu , adat yang dijalankan dalam kalangan golongan diraja turut
memperlihatkan upacara yang gemilang diadakan.
Hal ini dapat disaksikan berdasarkan bukti tatkala siang hari sebelum majlis
berinai, inai pun diarak masuk ke dalam istana. Inai itu dibubuh di atas kepala seekor
kera Hanuman yang diletakkan di atas perarakan lalu diarak. Hal ini jelas menunjukkan
betapa kuatnya pengaruh agama Hindu pada waktu pemerintahan diraja Perak. Upacara

15

bertindik pula dilakukan pada keesokan harinya . Anak raja akan diarak sebanyak tujuh
kali keliling kota di atas gajah kenaikannya lengkap dengan alat pawainya dan payung
yang keemasan dan tunggul panji-panji dan alam barnaga. Setelah itu, anak raja tersebut
akan

dimandikan dengan air yang diarak juga. Kemudian baru upacara bertindik

dijalankan. Hal ini dapat dibuktikan dalam teks di bawah.

Selepas diadakan istiadat meminang yang sangat meriah, kemudian diikuti pula
dengan istiadat bertindik puteri yang baharu bertunang itu, maka pada akhir tahun yang
ketiga pertunangan itu disatukanlah Puteri Raja Budak Rasul dengan Raja Muda.
(Misa Melayu)

4.1.3 Istiadat Perarakan Raja Berangkat


Istiadat perarakan raja berangkat bermaksud apabila seseorang raja ingin berlayar
ataupun ingin ke negara luar atau pun mempunyai urusan di negeri lain maka istiadat
berarak raja berangkat akan diadakan. Hal ini ingin menonjolkan taraf seseorang raja
terhadap raja sebagai pemerintah yang perlu diberikan penghormatan dan taat setia yang
tidak berbelah bagi. Hal ini jelas apabila Raja Muda berangkat segala kapal pun ditunda
dan semua kelasi akan mengiringkan kenaikan baginda ke dalam kapal tersebut. Apabila
raja tiba nakhoda kapal akan memasang bedil bagi menyambut kedatangan baginda.
Selain itu, sesudah baginda ingin turun dari kapal maka sekali lagi akan dipasangkan
meriam bagi menunjukkan keberangkatan baginda..Misa Melayu turut merakamkan
aspek ini melalui teks di bawah.
Adapun Laksamana dan Syahbandar , setelah sampai kepada kapal itu, bersama-sama
dengan Raja Mutabar Khan lalu naiklah ke atas kapal .Maka sangat dimuliakan oleh
nakhoda kapal itu akan Laksamana dan Syahbandar. Setelah itu, dilayarkanlah kapal itu
masuk ke Kuala Perak sampai ke dalam sungai. Maka keesokan harinya maka
menghadaplah nakhoda itu kepada Raja Muda oleh Orang Kaya Laksamana dengan
Syahbandar serta ia membawa persembahan mana kadarnya .Setelah nakhoda itu

16

menghadap tuanku Raja Muda maka Raja Muda pun berangkatlah kembali.maka kapal
itu pun ditunda oleh segala kelasi mengiringkan kenaikan baginda itu. Setelah sampai ke
Kuala Bidor maka kapal itu pun berlabuhlah di pelabuhan kapal dahulu-dahulu. Setelah
kapal itu berlabuh maka Raja Muda pun berangkatlah ke dalam kapal itu bermain-main
diiringkan adinda baginda dan segala hulubalang pegawai. Maka oleh nakhoda itu pun
dipasanglah segala bedil di dalam kapal itu akan menyambut baginda itu. Maka
disambutnyalah dengan beberapa dengan beberapa takluk khidmatnya akan Raja Muda.
Setelah sudah Raja Muda pun berangkatlah turun dari kapal itu. Maka oleh nakhoda itu
pun dipasangnya pula meriam alamat baginda turun dari kapalnya. Setelah itu maka
baginda pun berangkatlah naik ke Pulau Indera Sakti.
(Misa Melayu)

4.2 Pandangan Hidup dalam Misa Melayu


Misa Melayu telah mengemukakan beberapa pandangan hidup yang diamalkan oleh
masyarakat pada masa itu. Teks ini banyak mengisahkan tentang perwarisan raja yang
memerintah negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, Paduka Seri
Sultan Iskandar Zulkarnain, Sultan Mahmud Syah, dan Paduka Sultan Alaudin Syah.
Kepimpinan Sultan Muzaffar Syah yang penuh adil dan tidak menzalimi rakyat
menyebabkan negara tersebut maju dan terhindar daripada berlakunya peperangan.

4.2.1 Raja Memiliki Akidah Yang Teguh Dan Mematuhi Ajaran Agama
Dalam teks ini, Sultan Muzaffar Syah berpegang teguh kepada ajaran agama dan
mempunyai akidah yang teguh dalam Islam. Buktinya keteguhan baginda dalam ajaran
Islam telah dikemukakan dalam halaman 22 teks tersebut yang menyatakan bahawa
baginda tetap menjalankan ajaran Allah dengan memberi sedekah berupa emas dan perak
kepada fakir miskin walaupun gering. Baginda juga tidak lupa untuk beribadat kepada
Allah walaupun ditimpa sakit kuat. Contoh keratan teks tersebut ialah :

17

hatta maka antara sebulan lama selangnya, maka baginda pun telah datanglah
sudah takdir Allah Taala; maka baginda pun geringlah terlalu berat sangat.

maka beberapa pula sedekah kepada segala fakir miskin daripada emas dan perak
dan kain kain beribu beribu dikurniakan baginda hendak pohonkan rahmat ke hadrat
Khalikal abad, di dalam pada itu pun tiada juga betah gering baginda

setelah itu, maka gering baginda itu pun makin bertambah beratnya pula. Maka
berhimpunlah segala anak raja raja dan orang besar besar dan hulubalang rakyat
sekaliannya

maka kepada suatu hari, baginda pun tahulah ia akan dirinya telah datang kehendak
Allah Taala kepadanya kepadanya tambahan baginda itu raja alim ulama, tambahan
pula sangat kuat amal ibadatnya.
(halaman 22)

4.2.2 Rakyat Yang Mentaati Golongan Pemerintah


Teks ini menceritakan tentang golongan rakyat yang sangat patuh akan arahan Sultan dari
segi aktiviti perdagangan, sambutan, dan sebagainya. Rakyat melibatkan diri dalam setiap
isitiadat yang disambut oleh raja seperti istiadat meminang, perkahwinan, dan
melenggang perut. Rakyat bersama sama mengawal kawasan istana semasa istiadat
tersebut dijalankan. Mereka turut menyertai persembahan seperti bermain alat muzik,
tembakan meriam bagi memeriahkan istiadat tersebut.

5.0 Falsafah

18

Perkataan "falsafah" berasal daripada bahasa Yunani atau Greek Purba. Perkataan
falsafah merupakan gabungan dua perkataan iaitu philo yang

bermaksud cinta dan

Sophia yang bermaksud kebijaksanaan. Oleh itu, falsafah boleh diertikan sebagai cinta
akan kebijaksanaan. Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, falsafah ialah pengetahuan
tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu
ilmu

yang lain. Falsafah juga didefinisikan sebagai kebijaksanaan atau hikmah

menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran yang hakiki.


Berdasarkan Hashim Hj. Musa (1994), falsafah merupakan kajian secara
renungan dan spekulatif terhadap punca, keadaan dan sifat seluruh pengetahuan manusia
yang menjadi sari pati bagi seluruh bidang pengetahuan manusia. Berdasarkan pendapat
pendapat yang diberikan, dapatlah dirumuskan bahawa ilmu falsafah ialah ilmu yang
mengkaji dan meneliti objek yang abstrak dan logikal yang merupakan hakikat benda
benda kejadian di alam semesta.
Misa Melayu adalah sumber penting dalam penulisan sejarah negeri Perak pada
abd ke-18. Oleh kerana Raja Chulan pengarangnya yang hidup pada zaman itu, maka
ketulenan dan kebenaran sejarahnya adalah teruji dan dapat dipertahankan (Seri Lanang
Jaya Hj. Rohani et. al, 2016). Lantas Raja Chulan mengarang Misa Melayu tanpa
menggunakan sebarang rujukan. Menurut hujah Collingwood, Misa Melayu memiliki
unsur falsafah, saintifik, rasional dan mengambarkan sejarah dan sosial kerajaan perak
waktu itu. Unsur tersebut menurutnya menpati tiga ciri falsafah iaitu:
i.

Kosmologi tentang kejadian, peristiwa dan keadaan manusia pada masa lampau

dalam kaitannya dengan keadaan masa kini.


ii.

Pengetahuan tentang hukum-hukum yang tampak menguasai kehidupan pada

masa lampau, yang diperoleh daripada penyelidikan dan analisis terhadap peristiwa lalu.
iii.

Falsafah kesejarahan didasarkan pada pengetahuan tentang perubahan bertahap

yang membawa masyarakat dari satu tahap ke tahap yang lain.


Misa Melayu juga tidak meneruskan sifat karya agung sastera sejarah yang lain
yang memasukkan unsur mitis dan dongeng. Pengkisahan dalam Misa Melayu adalah
kisah manusia dalam golongan istana dan interaksinya dengan rakyat tempatan dan orang

19

luar. Pengkisahan ini adalah dari kajian dan penelitian Raja Chulan. Teks Misa Melayu
adalah kisah benar dan rasional serta menunjukkan tahap-tahap pemikiran dan
meletakkan dirinya sebagai sejarah yang kukuh, kerana daripanya kita dapat lihat tentang
sistem dan struktur ekonomi , politik dan sosial masyarakat feudal pada abad ke-18 di
Perak.

5.1 Falsafah Politik


Politik dari sudut bahasa yang mudah untuk difahami menurut sebahagian ilmuwan
adalah melaksanakan sesuatu dengan memastikan kebaikan pada perkara itu. Manakala
dari sudut kemasyarakatan bermaksud mengurus secara bijaksana dan pandangan dengan
analisis yang tajam terhadap kesan sesuatu tindakan. Ia juga membawa makna
sekumpulan hal ehwal urusan yang berkaitan dengan pentadbiran negara.
Struktur falsafah politik di Perak memperlihatkan keunikannya. Raja tidak
memerintah secar mutlak. Raja hendaklah mendapatkan nasihat daripada pembesar negeri
lain demi kepentingan rakyat. Hal ini dapat dilihat menerusi petikan di bawah. Dalam
wasiatnya, Sultan Muzaffar Syah (1752)] yang beta harap sekarang, baiklah anak kita
Raja Mudalah akan ganti kita. Maka hendaklah bicara orang besar-besar dan segala
hulubalang pegawai pada memerintahkan takhta kerajaan anak kita dan selenggarakan
hukuman negeri ini dan membela segala rakyat di dalam negeri Perak dan hendaklah
muafakat sama-sama kepada barang bicara dengan sekalian orang besar-besar hulubalang
dan pada anak raja-raja dan yang memegang agama kita
Dalam teks tentang sejarah Perak ini hampir secara keseluruhannya bersetuju
memperakukan bahawa perak mempunyai sistem pewarisan takhta dan penggantian raja
dalam satu struktur yang tersusun dan susunan ini ialah:
i.

Raja Muda

ii.

Raja Bendahara

iii.

Raja Di Hilir

iv.

Raja Di Baruh

20

v.

Raja Kecil Besar

vi.

Raja Kecil Tengah

vii.

Raja Kecil Muda

viii.

Raja Kecil Bongsu


Pada amalannya, struktur ini bukanlah suatu prosedur yang ketat dan perlu

dipatuhi. Contohnya, pada tahun 1773 Raja Kecil Bongsu ( Raja Ahmaddin) telah dilantik
menjadi sultan ada ketika itu. Ini membuktikan tidak semua waris takhta itu perlu
menaiki takhta mengikut giliran atau tangga waris takhta itu. Dalam Misa Melayu disebut
bagaimana sultan Zulkarnain menyusun jentera pemerintahannya dengan melantik
kerabat diraja yang akrab dengannya menyandang gelaran dan jawatan kerajaan.
Contohnya, adindanya Raja Kimas yang bergelar Raja Kecil Muda sebagai Raja Muda,
raja Alauddin, adinda sultan yang bergelar Raja Kecil Tengah diangkat menjadi Raja
Bendahara. Raja Di Hilir disandang oleh Raja Inu yang juga adinda sultan, Raja
Muhammad (saudara dua pupu sultan dikurniakan gelaran Raja Di Baruh, Raja Culan
kekal sebagai Raja Kecil besar, Raja Ibrahim putera Raja Kimas (Raja Muda) memegang
jawatan dan gelaran Raja Kecil Bongsu Muda (Raja Kecil Muda).

5.2 Falsafah Ekonomi


Sistem ekonomi merujuk kepada satu set institusi sosial yang berkaitan dengan
pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan dalam sesebuah
masyarakat. Sistem ekonomi terdiri dari manusia dan institusi, termasuk hubungan
mereka dengan sumber produktif seperti harta yang dimiliki. Sistem ekonomi cuba
menyelesaikan masalah ekonomi melalui cara yang sistematik untuk pembahagian
sumber yang terhad.
Dalam Misa Melayu, telah membuktikan kehadiran system ekonomi feudal yang
menetapkan raja dan pembesar memonopoliatan

kegiatan tersebut, manakala rakyat

sekadar bekerja dan menjalankan suruhan pembesar semata-mata. Maka, rakyat yang

21

menginginkan kehidupan yang senang, mereka haruslah pandai dalam mengampu orangorang besar serta raja mereka. Hal in dapat dibuktikan melalui teks di bawah:
baginda menitahkan Tambi Kecil pergi ke benua keling (India). Adapun akan
Sultan Iskandar itu, terlalu banyak baginda menaruh gajah. Maka itulah baginda
menitahkan

Tambi Kacil pergi akan mengambil barang siapa mahu membawa

kapalnya masuk

berniaga ke dalam negeri Perak ini, karana baginda hendak

berjual gajah,
(Misa Melayu, 78)
Semasa keberangkatan menjelajah negeri Perak atau bermain ke laut, Sultan
Iskandar telah menjual bijih timah kepada Belanda di Tanjung Putus. Ini dapat dibuktikan
menerusi pantun yang terdapat dalam Misa Melayu. Pantunnya berbunyi:
Timah dibawa duli baginda,
Beberapa ratus baharanya ada,
Diurap rial kepada Holanda,
Supaya suka di dalam dada.

Hubungan ekonomi dengan orang Belanda menjadi kukuh akibat monopoli


eksport bijih timah. Bijih dijual kepada Belanda 30 rial satu bahara dengan dua rial cukai
yang dibayar oleh sultan. Misa Melayu ada menyebut tentang urusan perdagangan
dengan Belanda pada abad ke-18. Pada awalnya, pusat pengumpulan bijih timah orang
Belanda di perak ialah Tanjung Putus, kemudian mereka telah memohon kepada sultan
untuk mendirikan kota dan bangunan di Pangkalan Halban di Kuala Perak. Dalam urus
niaga dagangan kapal, semua kapal dagangan dari luar negeri Perak perlu mendapatkan
kebenaran sultan. Dalam sistem ekonomi feudal, sultan dan pembesar negeri adalah
orang yang memonopoli eksport dan import. Kemakmuran ekonomi yang dikecapi negeri
Perak telah menyebabkan ramai pedagang berniaga di negeri itu. Bijih timah dan gahjah
telah menjadi sumber ekonomi negeri. Selain Belanda, pedagang luar yang ramai ialah

22

dari india, manakala pedagang dari kepulauan Melayu pula ialah dari kawasan Sumatera
dan Makasar.

6.0 Nilai Ilmu dalam Misa Melayu


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), perkataan nilai merujuk kepada
darjat, kualiti, mutu dan taraf. Dalam bidang sains sosial, nilai boleh didefinisikan
dalam tiga konteks utama, iaitu sebagai sifat bagi menyatakan kepentingan atau
manfaat sesuatu objek, menyatakan kadar harga atau markah sesuatu objek
berbentuk berbentuk kuantiti dan sebagai ukuran atau piawaian kepada sesuatu
kelakuan manusia. Nilai juga diistilahkan sebagai al-qimah dalam bahasa Arab
yang lebih merujuk kepada harga yang ditetapkan atau diletakkan pada sesuatu.
Nilai juga bersifat aksiologi dan mempunyai hubung kait dengan falsafah nilai.
Nilai membolehkan manusia membezakan antara yang baik atau buruk dan betul
atau salah.
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), ilmu bermaksud pengetahuan
dalam perkara dunia, akhirat, zahir, batin dan lain-lain. Oleh itu, dapatlah kita
simpulkan bahawa ilmu adalah hal yang berkaitan kerana pemerolehan ilmu itu
dan usaha kita menyebarkannya kepada orang lain dalam bentuk pelbagai
maklumat. Maklumat yang disebarkan mengandungi pelbagai fungsi.
Antara fungsi sesuatu ilmu itu ialah disebarkan untuk menambah ilmu pengetahuan
dan mengembangkan lagi perkara yang mengandungi pelbagai kemusykilan dan
lain-lain. Dalam Misa Melayu, ilmu yang ingin dikaji ialah ilmu pentadbiran atau
sistem beraja, ilmu firasat, ilmu sejarah dan ilmu ekonomi.

6.1 Ilmu pentadbiran atau sistem beraja


Pentadbiran boleh didefinisikan sebagai perbuatan melaksanakan urusan, mengelola,
atau menjalankan sesuatu pejabat, kerajaan dan lain-lain lagi. Definisi lain yang
lebih mudah ialah pentadbiran ialah perlakuan untuk mengurus atau bertindak

23

sebagai ejen dalam hal ehwal fungsi pentadbiran atau fungsi kerajaan. Sebagai
contoh, dalam Misa Melayu telah diwujudkan sistem beraja yang mengikut
susunan yang telah diatur dengan baik. Misa Melayu telah membuktikan bahawa
sistem perwarisan takhta dan penggantian raja Perak ialah dalam satu struktur
yang tersusun.
Nama raja-raja Perak yang diceritakan dalam Misa Melayu ialah Sultan
Mudzafar Shah 111 (1728-1744), Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah (1750-1765),
Sultan Mahmud Shah (1765-1773) dan Sultan Alauddin Mansur Shah (1773-1786).
Kesemua sultan ini adalah pemerintah yang berpusat di Barhaman Indera /
Berahman Indera yang kini lebih dikenali sebagai Bota, Pulau Tiga, Pulau Indera
Sakti, Pasir Pulai dan Pulau Besar Indera Mulia. Hal ini menunjukkan kawasan
persekitaran

tempat-tempat

tersebut

adalah

kawasan

kediaman

raja-raja

dan

pembesar Melayu di negeri Perak sekitar awal abad ke-18 lalu sebelum pusat
pemerintahan tersebut berpindah ke Kuala Kangsar sehingga ke hari ini. sehingga
kini, masih terdapat banyak makam raja-raja Perak di Bota, Pulau Tiga, Kampung
Gajah, Pulau Juar, Pasir Pulai, Bandar Baharu dan Belanja. Kesultanan Perak
mempunyai wilayah kekuasaannya yang tersendiri yang sering disebut secara
umum dalam Misa Melayu sebagai segenap teluk rantau dan anak-anak sungai
atau segala anak sungai segala teluk rantau jajahan negeri.
Dalam sistem kesultanan Perak, seorang Raja Muda adalah bakal sultan, orang
yang akan menaiki takhta apabila sultan yang ada mangkat. Selaku bakal sultan, Raja
Muda harus mempersiapkan diri dengan segala ilmu yang penting ketika itu agar dapat
meneruskan tugas pemerintahan dengan baik apabila tiba masanya menjadi sultan kelak.
Antara persediaan seorang Raja Muda yang utama termasuklah memiliki perwatakan dan
keperibadian yang mulia agar dikasihi oleh rakyat, tahu adat istiadat negeri, mendalami
ilmu agama, pandai bertutur kata, dan barangkali juga memiliki kemahiran dalam ilmu
persenjataan dan sebagainya. Mengikut pandangan Raja Chulan, segala sifat yang
istimewa ini kelihatannya telah dimiliki oleh Raja Iskandar.

6.2 Ilmu firasat

24

Menurut Kamus Dewan (2010), firasat ialah pengetahuan mengenai tanda-tanda


pada muka, badan dan lain-lain untuk mengetahui kelakuan atau nasib orang.
Tilikam atau ramalan ahli nujum itu berkaitan dengan ilmu firasat. Menurut
Sulastin Sutrisno, orang yang mempunyai ilmu tersebut dapat merasa, melihat, atau
mengetahui terlebih dahulu segala sesuatu yang akan berlaku. Melalui ilmu firasat
juga, seseorang itu akan dapat mengetahui kelebihan dan kelemahan orang lain,
antaranya berdasarkan nama, haru atau ketika. Dalam Misa Melayu, ilmu firasat
dapat dikenal pasti menerusi perbualan Sultan Iskandar dengan pawangnya
berkenaan keinginannya untuk mencari ikan di sungai.
Maka titah baginda, Hai Sang Paya Indera dan Sang Paya Diraja, di mana
sungai-sungai yang baik beta hendak menuba? Maka sembah pawang kedua itu,
Tuanku, ampun. Kepada pemandangan patik sekalian, sungai yang baik dan
ikannya banyak Sungai Budimanlah yang patut tuanku berangkat bermain-main
membawa adinda baginda sekalian.
(Misa Melayu)
Melalui

teks

di

atas,

jelas

menunjukkan

bahawa

pawang

berkenaan

mempunyai ilmu firasat iaitu dengan hanya melihat kawasan dan keadaan sungai
terbabit, mereka sudah mengetahui keadaan serta ikan-ikan yang berada di dalam
sungai terbabit.

6.3 Ilmu sejarah


Hakikatnya, Misa Melayu adalah sebuah sejarah Perak dari awal hinggalah zaman
pemerintahan Sultan Alauddin Mansur Syah. Tetapi tumpuan diberi kepada era Sultan
Mudzafar Shah dan Sultan Iskandar Dzulkarnain. Manakala, sultan-sultan Perak yang
lain sama ada pada peringkat awal atau selepas mereka disebut secara ringkas.
Pengkisahan bermula dari Al-Marhum Jalilullah yang mempunyai beberapa orang putera.
Selepas baginda, takhta kerajaan diganti oleh Marhum Besar, Sultan Mahmud yang
dikatakan memerintah selama 120 tahun. Baginda diganti oleh Sultan Alauddin Riayat
Shah yang memerintah selama 20 tahun. Selepas kemangkatan baginda, negeri Perak

25

telah terbahagi kepada dua wilayah politik, iaitu Kuala Kangsar yang diperintah oleh
Raja Inu, bergelar Sultan Mudzafar Shah dan, Pulau Tiga yang diperintah oleh Raja
Bisnu yang bergelar Sultan Muhamad Shah.
Atas usaha dan kebijaksanaan Raja Iskandar, putera pertama Sultan Muhamad
Shah, maka Perak telah disatukan semula. Raja Iskandar banyak berjasa dalam bidang
politik

kepada pemerintahan Sultan Mudzafar Shah; misalnya, menentang serangan

atau campur tangan Sultan Berkabat, iaitu seorang raja Minangkabau bersama-sama dua
orang putera Raja Bugis, iaitu Daeng Matkah dan Daeng Menchelak. Pada era
pemerintahan Sultan Mudzafar Shah juga telah berlaku satu percubaan pemberontakan
diketuai oleh Raja Alam bersama-sama orang Bugis tempatan. Raja Alam tidak berpuas
hati dengan keputusan Raja Iskandar yang tidak membenar beliau mengikuti Sultan
Mudzafar Shah untuk berpindah ke Kuala Kangsar. Raja Alam mencari bantuan kuasa
Belanda, akhirnya, Raja Alam telah ditangkap dan dibuang ke Melaka.
Selepas kemangkatan Sultan Muhammad, ayahanda Raja Iskandar, maka Sultan
Mudzafar telah mengahwinkan puterinya, Raja Budak Rasul dengan Raja Iskandar iaitu
Raja Muda. Selepas kemangkatan Sultan Mudzafar, Raja Muda Iskandar ditabalkan
menjadi Sultan, bergelar Sultan Iskandar Dzulkarnain Shah Khalifat Ur-Rahman.
Pengkisahan era pemerintahnya dibuat dengan panjang dan terperinci berbanding dengan
era sultan-sultan yang sebelum dan selepas baginda.
Sultan Iskandar memerintahkan ibu negeri Perak dipindahkan dari Brahman
Indera ke Pulau Chempaka Sari. Tetapi rancangan itu tergendala buat beberapa ketika
kerana timbulnya persengketaan kecil di antara Perak dengan orang-orang Belanda,
kerana angkara seorang juru bahasa bernama Pir Muhammad. Pulau Chempaka Sari
kemudiannya ditukar namanya menjadi Pulau Indera Sakti dan bandarnya dinamakan
Bandar Makmur.
Selain daripada itu dinyatakan juga tentang usaha gigih pembinaan masjid di
Pulau Indera Sakti pada saat-saat hari raya haji menjelang tiba. Dimuatkan juga kisah
baginda mendirikan sebuah mahligai tujuh tingkat yang dikatakan belum pernah lagi
dibina oleh sultan-sultan sebelumnya. Mahligai itu telah digambarkan sebagai sebuah

26

mahligai yang terlalu istimewa seni binaannya dan dianggap akan jadi ingatan kepada
zuriat baginda pada masa akan datang.
Baginda Sultan Iskandar memerintah selama 14 tahun. Baginda telah digantikan
pula oleh Sultan Mahmud Shah. Tidaklah banyak peristiwa yang dicatatkan dalam zaman
pemerintahan Sultan Mahmud Shah ini. Antaranya ialah Raja Selangor datang mengadap
dan diberi gelaran Sultan Salehuddin serta berkahwin dengan sepupu Sultan Mahmud
Shah. Selepas kira-kira 8 tahun memerintah, baginda diganti oleh adindanya, Sultan
Alauddin.

6.4 Ilmu ekonomi


Pada zaman pemerintahan Sultan Mudzafar Shah

negeri Perak membuat hubungan

diplomatik dengan Belanda. Melalui hubungan tersebut Belanda telah berjaya


memonopoli pasaran bijih timah yang dibawa keluar melalui Sungai Perak. Mereka
membelinya dengan harga $30.000 sebahara dan Sultan akan menerima cukai sebanyak
$2.00 bagi setiap bahara. Bagi menjaga kepentingannya pihak Belanda telah mendirikan
sebuah benteng ataupun loji perniagaannya di Pengkalan Halban, Tanjong Putus.
Perjanjian di antara Belanda dengan negeri Perak telah diadakan khususnya dalam
bidang perniagaan yang berkaitan dengan bijih timah. Sedikit sebanyak, dengan kegiatan
perniagaan bijih timah itu telah membawa kemakmuran kepada negeri Perak pada ketika
itu. Masyarakat pada ketika itu menggunakan sistem ekonomi feudal. Dalam sistem
tersebut, sultan dan pembesar negeri adalah orang-orang yang memonopoli eksport
dan import. Manakala, rakyat biasa sekadar pekerja dan menjalankan suruhan
pembesar semata-mata. Pedagang luar juga datang berdagang ke negeri Perak pada
ketika itu. Ia dapat dilihat menerusi petikan teks ini :

27

Adapun pada masa itu Holanda dan orang Cina dan orang Keling pun
semuanya datang persembahkan segala permainannya berbagai-bagai rupanya dan
lakunya.
(Misa Melayu)

Di bahagian yang lain pula diceritakan tentang kedatangan utusan perdagangan


Belanda dari Betawi yang diketuai oleh R.E.F. Lybroke. Tujuannya ialah membeli bijih
timah. Namun begitu, mereka mahukan agar bijih timah tersebut dihantar ke lojinya di
Tanjung Putus untuk ditimbangkan di situ. Sultan Iskandar tidak bersetuju sebaliknya
baginda mahu supaya ia dilakukan di Tanjung Bidor. Berikutan itu pihak Belanda cuba
menggertak dengan menembak ke arah Shahbandar dan Menteri, kononnya kerana
mereka enggan menerima pelawaan kapitan Belanda untuk naik ke kapal mereka.
Kejadian itu telah menimbulkan kemurkaan Sultan Iskandar. Namun pihak Belanda
kemudiannya memberi alasan bahawa mereka sebenarnya tidak mempunyai niat untuk
menembak Shahbandar dan Menteri sebaliknya hanya ingin menembak monyet. Mereka
seterusnya memohon keampunan daripada Sultan. Berikutnya keadaan hubungan dua
pihak menjadi tenang semula.

7.0 Kesimpulan
Dapat dikatakan bahawa Misa Melayu adalah sebuah karya pensejarahan yang tinggi
nilainya. Ia mewarisi, malah melanjutkan bentuk pensejarahan Melayu yang masih terikat
dengan ciri-ciri Islam yang sudahpun wujud di dalam Alam Melayu sebelum ini. Antara
keistimewaannya yang jelas ialah ia tidak mengandungi dongeng dan metos seperti yang
terdapat di dalam beberapa karya sebelumnya. Sungguhpun terdapat beberapa
kekurangan jika diukur dari sudut pengertian sejarah yang mutakhir, namun karya ini
adalah hasil dari kefahaman dan kesedaran sejarah yang wujud pada kurun kelapan belas
itu. Dengan keadaan yang demikian pun, karya ini masih mempunyai nilai yang tinggi
dari segi sejarah dan pensejarahan. Sesuai dengan sifatnya yang menumpu kepada
seorang tokoh.

28

Selain daripada Misa Melayu, terdapat banyak karya dalam bahasa-bahasa lain
yang diiktiraf dalam bangsa berkenaan sebagai karya agung, antaranya Nagarakertagama
atau Serat Centhini yang ditulis dalam bahasa Jawa, atau I la Galigo yang ditulis dalam
bahasa Bugis. Tidak ketinggalan juga karya-karya seperti Sulalatus Salatin, Bustan
Salatin dan Hikayat Raja Pasai yang turut menjadi salah satu karya-karya agung Alam
Melayu.
Jelaslah, Karya Agung Melayu merupakan karya yang melambangkan keunggulan
daya cipta seniman, penulis dan pemikir bangsa Melayu tradisional dalam
menggambarkan idealisme, nilai, pandangan hidup, adat, budi, kesedaran moral dan visi
bangsa dan masyarakatnya. Kesemua ini ditunjukkan dalam bentuk karya sastera dan seni
yang tinggi nilainya sehingga kesan seni, budaya dan falsafah ini kekal sepanjang zaman
dalam minda kolektif bangsa Melayu

Rujukan

Abdullah Zakaria Ghazali (1994). Misa Melayu: Raja Chulan Raja Abdul Hamid. Kuala
Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu.

Abu Hassan Abdul (2013). Seni Mengarang. Perak : Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ahmad Fauzi Mohd Basri (1992). Misa Melayu / diselenggara oleh Ahmad Fauzi
Mohd Basri. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Buyong Adil (1972). Sejarah Perak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

29

Anda mungkin juga menyukai