Anda di halaman 1dari 6

STRATEGI PENULISAN RUMUSAN SPM

Strategi 1 :

MENGANALIS KEHENDAK SOALAN

a) Baca arahan soalan dengan teliti.


b) Kenal pasti dan garisi dua frasa dalam arahan soalan yang menjadi fokus pertama dan fokus
kedua.Strategi 2:

MEMBACA PETIKAN

a) Baca petikan yang diberi dengan teliti


b) Fahami isu keseluruhan yang ingin disampaikan.Strategi 3: 

MENULIS PENDAHULUAN

a) Patuhi fokus pertama arahan soalan (terletak selepas perkataan ‘tentang’)


b) Tukarkan kata kunci dengan kata seerti dan mulakan ayat dengan Petikan  membincangkan…
c) Tulis pendahuluan rumusan dalam satu ayat sahaja.
Contoh:Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faktor-
faktor pencemaran alam sekitar di negara kita dan langkah-langkah mengatasinya.Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Analisis soalan: Fokus 1 : Faktor-faktor pencemaran alam sekitar di Malaysia.
Fokus 2 : Langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

Contoh Pendahuluan:Petikan membincangkan punca-punca terjadinya pencemaran alam sekitar


di Malaysia.

Senarai perkataan alternatif untuk kata kunci bahagian pendahuluan


 Langkah, usaha, strategi, kerjasama, tindakan, kaedah, inisiatif, tanggungjawab, cara.
Faktor, punca, sebab,pencetus,pendorong, pemangkin
Kesan, akibat, risiko, impak
Kekangan, halangan, masalah, rintangan, cabaran
Peranan, sumbangan, fungsi, tugas
Faedah, manfaat, kebaikan, kelebihan, kepentingan, keutamaan, kesan positif
Matlamat, tujuan, objektif
Ciri-ciri, criteria, sifat
Sikap, perwatakan , kelakuan, sahsiah, karektor
Imej, citra, gambaran, pelukisan
Kualiti, spesifikasi, ukuran, piawai
Nilai, norma
Masalah, kemelut, krisis, konflik, kesukaran , kepincangan, kebejatan
Situasi, keadaan, fenomena, senario
Kehendak, keperluan, keinginan
Mesej, teladan, pengajaran, iktibar
Strategi 4: 

MENULIS ISI TERSURAT

a)Patuhi fokus pertama dalam arahan soalan. Cari dan kenal pasti ayat yang menjawab fokus
pertama.dan garisi ayat tersebut

b)Tulis  maksimum 6 isi tersurat. tidak perlu memasukkan kesemua isi kerana jumlah perkataan
yang agak terhad 

c)Mulakan ayat pertama dengan frasa pertama dalam arahan soalan


Contoh : Antara punca terjadinya  alam sekitar di  Malaysia ialah...............

d) Adalah dicadangkan jumlah perkataan untuk fokus 1 ialah 60 – 65 patah perkataan

e) Ayat-ayat hendaklah diolah dan disalin semula tanpa mengambil ayat-ayat tersebut bulat-bulat
daripada petikan.

f) Antara satu ayat dengan ayat yang lain pula, gunakan penanda wacana yang
sesuai  seperti selain itu, seterusya, oleh itu dan sebagainya.

g)Tulis semula ayat dalam satu perenggan.


 

PANDUAN MENGENAL PASTI  PERKATAAN / RANGKAI KATA DALAM AYAT  yang


mengandungi isi tersurat

CONTOH
Arahan Soalan: Kesan
Kata/rangkai kata yang mungkin digunakan;
-menyebabkan…, kebaikan/keburukan, implikasi…, kesan…, impak…, akibatnya dll

Arahan Soalan: Faktor

Antara rangkai kata yang mungkin digunakan;


…disebabkan oleh,punca / berpunca…, …akibat daripada…, didorong oleh…, kerana…
Arahan soalan : langkah

Strategi  5
MENULIS ISI TERSIRAT

-Isi tersirat dibina berdasarkan Fokus 2 soalan. Isi ini tidak terdapat dalam petikan yang
diberikan. Contoh dalam Petikan 1 Fokus 2 ialah: langkah-langkah mengatasi pencemaran alam
sekitar.

-Isi tersirat dibina melalui tafsiran dan analisis yang mendalam berdasarkan isi tersurat dan
Fokus 2 dalam arahan soalan.

-Binalah perenggan isi tersirat dengan memasukkan sekurang-kurangnya 2 isi tersirat.

-Kata tugas untuk Fokus 2 perlu dimasukkan dalam ayat pertama perenggan isi tersirat.
STRATEGI MENULIS ISI TERSIRAT
1. Jika Fokus Soalan ‘Langkah’. Pelajar boleh fikir
a)Apakah tindakan ibu bapa
b)Apakah tindakan sekolah
c)Apakah tindakan kerajaan.
2. Jika Fokus Soalan ‘Faktor’.Pelajar boleh fikir
a)Apakah faktor persekitaran
b)Apakah faktor ibu bapa
c)Apakah faktor media massa

3. Jika Fokus Soalan ‘Kesan’.Pelajar boleh fikir


a) Apakah kesan pada diri sendiri/ibu bapa
b) Apakah kesan pada masyarakat
c) Apakah kesan pada negara.

Strategi 6
MENULIS KESIMPULAN

Wajib ada dua unsur penting iaitu CADANGAN dan HARAPAN

Kesimpulannya, semua pihak perlu_____________(cadangan : berdasarkan soalan)


___________________ supaya/agar ________________

(harapan)______________________________

Contoh A:
Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha mengatasi masalah pencemaran alam sekitar
supaya/agar masyarakat dapat hidup selesa.

Contoh B:
Kesimpulannya, semua pihak perlu memupuk minat membaca supaya/agar dapat melahirkan
warganegara yang berilmu.

Strategi 7
MENYEMAK JUMLAH PERKATAAN

Bilangan Perkataan

● Pelajar dikehendaki menulis rumusan antara 100 – 120 patah perkataan.Jika melebihi


jumlah perkataan yang dinyatakan isi rumusan yang terdapat dalam perkataan atau ayat
selebihnya tidak akan dibaca atau dinilai.
Panduan Mengira perkataan

(a) Panduan  yang dikira satu perkataan


Perkataan /rangkai kata Contoh
Nama khas Lembaga Pertubuhan Peladang, Pertubuhan Kebangsaan
Melayu Bersatu. Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit
Jalil

Singkatan Nama Khas yang LPP. KWSP, LUTH, AIDS , UMNO


ditulis dengan huruf besar

Kata ganda Bercakap-cakap, makan-makan, simpang siur, gunung-


ganang.

Kata depan Di, ke

Tarikh 7 JULAI 2005


Angka yang ditulis dengan 7, 17, 27, 70, dua ratus lima puluh ribu,
nombor atau perkataan
Nilai wang USD8, 000, RM 88, 000.SD 880,000
Gelaran/ Nama Khas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja
Permaisuri Agung, Yang amat berhormat Datuk Seri
Najib bin Abdul Razak.
∙         
(b) Perkataan yang dikira lebih daripada satu
Contoh Jumlah perkataan
Pertubuhan kesihatan Sedunia atau WHO 3
Sindrom kurang daya tahan penyakit 5
Sindrom kurang daya tahan penyakit atau AIDS 7
Orang ramai 2
Sepuluh ribu ringgit 2

Pemarkahan
● Bahagian ini diperuntukkan sebanyak 30 markah
● 20 markah untuk bahagian isi dan 10 markah untuk aspek bahasa

● Pengenalan – 2 markah

● Setiap isi tersurat dan tersirat – 2 markah

● Kesimpulan – 2 markah

● Aspek bahasa markah yang diperuntukkan ialah separuh daripada markah isi.Aspek
bahasa seperti pengolahan bahasa, penggunaan istilah dan kosa kata, tanda baca  dan
sebagainya akan diteliti sebelum markah untuk bahagian bahasa diberikan.

● Agihan isi untuk pemarkahan penuh

Bahagian Bahagian Isi


Pendahuluan 1 1 1 1 1
Isi tersurat 6 5 4 3 2
Isi tersirat 2 3 4 5 6
Penutup 1 1 1 1 1
Jumlah 10 10 10 10 10

 Perenggan

● Pelajar bebas menulis perenggan sama ada dalam satu, dua, tiga, atau empat
perenggan.sebenarnya, tidak ada peraturan khusus tentang bilangan perenggan. Pelajar
dicadangkan supaya menulis rumusan dalam empat(4) perenggan seperti di bawah:

● Perenggan 1 –  Pengenalan

● Perenggan 2- Isi-isi tersurat

● Perenggan 3 –  Isi-isi tersirat

● Perenggan 4 – Kesimpulan

Anda mungkin juga menyukai