Anda di halaman 1dari 4

NOTA RINGKAS KARANGAN ~ Teruskan perjuangan ke puncak kejayaan

JENIS KARANGAN PERIBAHASA

KARANGAN BERFORMAT PERBEZAAN RAGAM MANUSIA


➢ Surat Kiriman Rasmi 1. lain padang lain belalang
➢ Surat Kiriman Tidak Rasmi 2. banyak udang banyak garam, banyak orang
➢ Ucapan / Syarahan / Pidato / Ceramah banyak ragam
➢ Wawancara / Temu Ramah / Temu Bual 3. lain dulang lain kakinya, lain orang lain
➢ Dialog hatinya
➢ Rencana
➢ Berita Akhbar
➢ Laporan
KEKELUARGAAN / IBU BAPA / ANAK
➢ Perbahasan (Pertandingan) 1. melentur buluh biarlah dari rebungnya
➢ Cerpen 2. bagaimana acuan, begitulah kuihnya
➢ Ulasan buku / ulasan filem 3. bapa borek, anak rintik
➢ E-mel 4. bagai menatang minyak yang penuh
➢ Resume 5. yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan
sempadan
KARANGAN TIDAK BERFORMAT 6. pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
➢ Pendapat / Perbincangan negara (slogan)
➢ Pengalaman
➢ Gambaran / Keperihalan KEINSAFAN / SIKAP BERINGAT-INGAT
➢ Cerita / Imaginasi
1. sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian
tidak berguna
2. ingat sebelum kena, jimat sebelum habis
PERIBAHASA 3. sediakan payung sebelum hujan
4. sudah terhantuk baru tengadah
SIKAP BEKERJASAMA 5. lautan mana yang tidak bergelora, bumi mana
1. bagai aur dengan tebing yang tidak ditimpa hujan
2. bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat WARISAN BANGSA
3. ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni 1. tak kenal, maka tak cinta
4. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama 2. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas
dicecah 3. hidup dikandung adat, mati dikandung tanah
5. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. seliang bagai tebu, serumpun bagai serai PATRIOTIK
7. terendam sama basah, terampai sama kering 1. biar putih tulang, jangan putih mata
8. ringan tulang 2. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung
3. bahasa menunjukkan bangsa
4. hilang bahasa, lenyaplah bangsa
USAHA / KERAJINAN / KEGIGIHAN 5. berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
1. genggam bara api biar sampai jadi arang
2. alang-alang mandi biar basah PENDAPAT TOKOH
3. jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat (Contoh kaedah penulisan)
sagunya
4. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan Dr. Irfan Khairi, jutawan Internet termuda di
5. hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih Malaysia, pernah menegaskan, merancang masa
6. hati hendak semua jadi bermakna merancang kejayaan. Dalam hal ini,
7. bagai lebah menghimpun madu ibu bapa perlulah merancang masa yang
8. sampan sudah di air, pendayung sudah di berkualiti dengan anak-anak bagi melahirkan
tangan keluarga yang bahagia. Sebagai contoh, ……
FORMAT KARANGAN

BIL JENIS KARANGAN FORMAT KARANGAN


1. SURAT KIRIMAN RASMI ▪ Alamat pengirim (sebelah kiri)
▪ Garisan pemisah
▪ Nama dan alamat penerima surat (sebelah kiri)
▪ Tarikh (selari dengan baris terakhir alamat penerima) 22 MAC 2021
▪ Panggilan hormat: Tuan,
▪ Tajuk surat (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar)
▪ Perenggan isi kandungan surat
▪ Penutupan surat – ucapan terima kasih
▪ Pengakuan penulis: (Yang menjalankan tugas,)
▪ Tandatangan
▪ Nama penulis (Huruf besar)
▪ Jawatan penulis

2. SURAT KIRIMAN ▪ Alamat pengirim (sebelah kanan)


TIDAK RASMI ▪ Tarikh (sebelah kanan)
▪ Kata penghadapan surat (Ke hadapan saudari / saudara ….)
▪ Panggilan hormat kepada penerima surat
(saudara, saudari, adinda, kekanda, ayahanda, bonda, nenda)
▪ Perenggan isi kandungan surat
▪ Penutupan surat
▪ Pengakuan penulis: (Yang benar,)
▪ Tandatangan penulis

3. E-MEL ▪ Daripada:
▪ Kepada:
▪ Subjek / Tajuk / Perkara:
▪ Kata alu-aluan – kata sapaan dan pembuka bicara
▪ Perenggan isi e-mel
▪ Penutupan e-mel

4. UCAPAN / CERAMAH / ▪ Kata alu-aluan


SYARAHAN / PIDATO ▪ Nyatakan tajuk ceramah / syarahan / pidato
▪ Kata panggilan hormat Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,
Hadirin yang dikasihi, …)
▪ Perenggan isi karangan
▪ Kesimpulan ceramah / syarahan / pidato
▪ (Perlu diselang seli dengan kata panggilan hormat)

5. WAWANCARA / ▪ Pengenalan kepada isu wawancara / temu ramah / dialog


TEMU RAMAH / DIALOG ▪ Nyatakan nama orang yang diwawancara dan pewawancara
▪ Dialog
▪ Kesimpulan wawancara

6. PERBAHASAN ▪ Kata alu-aluan kepada speaker dewan dan pihak yang berdebat
(ALA PARLIMEN) ▪ Nyatakan usul yang dibentangkan dan definisi usul
▪ Kata hormat (Sidang dewan yang dihormati)
▪ Nyatakan anda di pihak kerajaan / pihak pembangkang
▪ Nyatakan pendirian – menyokong usul atau tidak menyokong usul
▪ Perenggan hujah
▪ Kesimpulan perbahasan – penegasan usul
BIL JENIS KARANGAN FORMAT KARANGAN
7. LAPORAN ▪ Tajuk laporan (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar)
▪ Pendahuluan laporan
▪ Perenggan isi laporan
▪ Kesimpulan laporan
▪ Pengakuan pelapor
▪ Tandatangan pelapor
▪ Nama dan jawatan pelapor
▪ Tarikh (di sebelah kanan sebaris dengan pengakuan pelapor)

8. RENCANA ▪ Tajuk rencana (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar)


▪ Nama penulis (tidak boleh gunakan nama samaran) Oleh: ……
▪ Pendahuluan
▪ Perenggan isi
▪ Kesimpulan rencana

9. BERITA AKHBAR ▪ Tajuk berita


▪ Nama tempat: PETALING JAYA – (Mulakan berita)
▪ Perenggan isi berita (boleh gunakan kaedah 5W 1H)
Apakah yang berlaku?
Bilakah peristiwa itu berlaku?
Siapakah yang terlibat?
Mengapakah ………….?
Bagaimanakah ……….?
▪ Kesimpulan berita

10. RESUME BUTIRAN DIRI


▪ Nama
▪ Umur
▪ Tempat lahir
▪ Jantina
▪ Warganegara
▪ Bangsa
▪ Status
▪ Pekerjaan / Bidang / Program yang dipohon
ANUGERAH
KEMAHIRAN
▪ Kemahiran Teknologi Maklumat
▪ Kemahiran Bahasa
▪ Kemahiran Tambahan – sesuaikan dengan perkara yang dipohon
POTENSI DIRI
ALAMAT
RUJUKAN
HARAPAN

11. CERPEN ▪ Tajuk cerpen (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar)
▪ Nama penulis cerpen - Oleh: …….
12. ULASAN BUKU / ▪ Tajuk buku / tajuk filem (pangkal perkataan ditulis dengan huruf besar)
ULASAN FILEM ▪ Penulis buku / penulis skrip filem - Penerbit
▪ Jumlah muka surat buku / masa tayangan filem
▪ Nama pengulas buku / filem
▪ Aspek ulasan buku / ulasan filem
▪ Kesimpulan
PENANDA WACANA

CONTOH PENGGUNAAN PENDAPAT TOKOH DALAM PERENGGAN ISI

TEMA KARANGAN: KEISTIMEWAAN TEMPAT PELANCONGAN DI MALAYSIA


Oliver Wendell Holmes pernah menukilkan, kesedaran walaupun sesaat sering kali lebih
berharga berbanding pengalaman sepanjang hayat. Dalam hal ini, rakyat Malaysia perlu sedar
bahawa negara ini memiliki pelbagai tempat bersejarah yang wajar dikunjungi. Tempat
bersejarah seperti Perigi Hang Tuah, Kota A Famosa, Fort Cornwalis dan Bangunan Sultan Abdul
Samad berjaya menarik perhatian pelancong dari seluruh pelosok dunia. Tempat bersejarah
melambangkan air mata kesengsaraan dan penderitaan para pejuang yang bermati-matian
mempertahankan kedaulatan tanah air, bak kata peribahasa, biar putih tulang, jangan putih mata.
Kota A Famosa, umpamanya, mengingatkan kita bahawa Tanah Melayu pernah dijajah oleh
Portugis dan menjadi saksi berakhirnya zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Tegasnya, keunikan tempat bersejarah wajar dikekalkan dan dipulihara demi kebaikan bersama.

Anda mungkin juga menyukai