Anda di halaman 1dari 8

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN Karangan ini merupakan salah satu daripada komponen Kertas Dua Bahasa Malaysia

PMR; iaitu:

Bahagian B. Satu soalan dikemukakan WAJIB dijawab. Panjang karangan tidak melebihi 120 patah kata Masa dicadangkan ialah 25 minit Markah diperuntukkan ialah 20 markah Bahan-Bahan:

Gambar tunggal atau gambar bersiri Gambar foto Gambar rajah Ilustrasi kartun Pelan Iklan Poster Graf Jadual Panduan Umum

Karangan ini ditulis dalam beberapa perenggan. Pelajar dicadangkan menulis satu perenggan pendahuluan, 3-4 perenggan isi dan satu perenggan penutup. Anda digalakkan memberikan pendapat tentang bahan rangsangan yang diberikan berdasarkan arahan dalam tugasan soalan. Minimum isi yang diperlukan ialah 3 isi. Menganalisis Bahan Rangsangan yang diberi.

Baca dan fahami arahan soalan yang diberikan dengan teliti untuk mengenal pasti kehendak soalan. Anda perlu meneliti tajuk yang disediakan bersama-sama dengan bahan rangsangan. Cuba kaitkan bahan tersebut dengan soalan yang diberikan. Cuba dapatkan mesej utama daripada bahan tersebut. Analisis anda hendaklah meliputi kata kunci soalan, skop tajukdan kehendak soalan.

Merangka Karangan Anda Karangan jenis ini terdiri daripada 3 komponen utama; iaitu:

Pendahuluan Isi-isi penting Penutup a)Pendahuluan

Pendahuluan perlu ditulis dalam satu perenggan sahaja. Kaitkan kehendak soalan dengan tahun bahan yang diberikan Pendahuluan ditulis perlu memberikan gambaran umum tajuk bahan rangsangan Menyatakan definisi atau konsep tentang perkara dalam bahan rangsangan atau soalan Hendaklah menyentuk perkara yang hendak ditulis dalam bahagian isi Dapat meyakinkan pembaca atau pemeriksa dengan karangan anda. b)Perenggan Isi

Isi karangan hendaklah ditulis dalam beberapa perenggan Dalam setiap perenggan perlu ada satu isi utama. Isi utama hendaklah dikembangkan dengan isi sampingan berserta contoh. Isi setiap perenggan hendaklah mempunyai pertalian dengan isi dalam perenggan yang lain. Anda perlu menggunakan penanda wacana yang sesuai untuk menghubungkan isi-isi atau perengganperenggan. c)Perenggan Penutup

Bina kesimpulan atau rumusan berserta cadangan, pandangan dan sebagainya bagi keseluruhan isi atau perkara pokok soalan. Anda harus membina kesimpulan yang menarik dan dapat meyakinkan pembaca atau pemeriksa. Kesimpulan haaruslah membayangkan pendirian anda tentang tajuk bahan rangsangan. Jangan ulang fakta-fakta yanganda telah nyatakan dalam perenggan isi. Selain itu, jangan msukkan fakta baru dalam perenggan penutup. Setelah selesai membina karangan, anda perlu menyemak karangan anda dari segi ejaan, tanda bacaan dan struktur ayatnya.Pastikan juga jumlah patah kata dalam lingkungan yang telah ditetapkan. Sila catat jumlah patah kata di dalam kurungan di sudut kanan baris terakhir karangan untuk rujukan pemeriksa. Anda digalakkan menyisipkan peribahasa atau ungkapan dalam karangan anda. Sekian.

Bahagian B [20 markah] Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Kesesakan Jalan Raya (Cara Mengatasinya)

Untuk mendapat markah cemerlang, para pelajar perlu memberi perhatian aspek-aspek berikut:

Ayat perlu gramatis. Kata dan kosa kata luas dan tepat. Ejaan dan tanda baca mesti betul. Idea yang releven berdasarkan tugasan. Huraian idea luaran seperti pendapat, ulasan, cadangan dan kesimpulan sesuai dan berkembang. Pengolahan yang menarik dan berkesan.

Contoh jawapan cemerlang. Saban hari, bilangan kenderaan di negara kita telah kian tahun kian bertambah. Hal ini telah menimbulkan masalah kesesakan di jalan raya. Terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakanuntuk membendung masalah ini. Antaranya ialah mutu pengangkutan awam perlu ditingkatkan. Pengangkutan awam tersebut perlu mampu menampung bilangan pengguna yang banyak serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan terutama untuk golongan kurang upaya. Selain itu, system lalu lintas haruslah dibaiki dengan membina tanda atau lampu isyarat supaya dapat mengawal aliran kenderaan dengan lebih berkesan. Sementelahan, amalan berkongsi kereta perlu diamalkan supaya bilangan kenderaan di jalan raya dapat dikurangkan. Jalan raya juga perlu diperbanyakkan supaya pengguna mempunyai laluan alternatif untuk menuju ke sesuatu tempat. Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu memantau masalah ini bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

BAHAGIAN A (i) MERINGKAS KARANGAN [Masa yang dicadangkan : 40 minit] [20 markah] Perkara penting dalam meringkaskan karangan. 1. Kenal pasti kehendak dan tugasan soalan. 2. Tulis ringkasan berdasarkan urutan isi penting yang dikenal pasti dalam petikan. 3. Sebaik-baiknya SATU isi dalam SATU ayat. 4. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan. 5. Gunakan penanda wacana yang sesuai. (selain itu, seterusnya) 6. Jangan bagi isi berdasarkan pendapat sendiri. 7. Jawab dalam satu perenggan sahaja. 8. Kira jumlah perkataan. (Jangan MELEBIHI 80 perkataan) Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan. Panduan mencari isi .. 1. Baca secara luncuran dan scan isi marker / pensil. 2. Guna teknik subjek dan predikat. Sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna (subjek) + (isi predikat) 3. Cari perkataan yang sinonim.. sebab : kerana, punca, faktor, alasan dll. 4. Biasanya isi dalam ayat pertama setiap perenggan, selepas penanda wacana, sebelum contoh / statistik atau selepasnya, pada ayat terakhir atau di mana-mana teks. Abaikan huraian, contoh, statistik. (isi sahaja) Pendapat bahawa perubatan moden merupakan penawar terbaik untuk setiap jenis penyakit adalah tidak tepat. Hal ini terbukti apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80 peratus penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. Kerana miskin, mereka tdak berupaya untuk membeli makanan, apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden.(1)

Belakangan ini, minat masyarakat dunia terhadap perubatan tradisional berasaskan herba semakin bertambah (2) malah herba dianggap sebagai pelengkap kepada perubatan moden.(3) Para penyelidik mengakui bahawa kesedaran tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden semakin meningkat.(4) Rakyat di negara kita pula semakin banyak yang mengidap penyakit kronik seperti barah dan AIDS sedangkan perubatan moden masih gagal menemukan penawarnya.(5) Keadaan seperti ini, ditambah dengan kos perubatan yang semakin tinggi(6) menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan tradisional berasaskan herba. Oleh itu, ubatubatan berasaskan herba ini sewajarnya dikomersialkan dan dijual pada harga yang rendah supaya mampu dibeli oleh pengguna. Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan perubatan moden kerana bukan semua penyakit boleh dicegah atau disembuhkan melalui perubatan tradisional. Perubatan tradisional hanyalah untuk mengisi kekosongan yang ada dalam perubatan moden. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba dalam perubatan tradisional ini perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi di kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia pula, perubatan tradisional berasaskan herba diamalkan sejak zaman-berzaman(7) seperti dalam rawatan resdung, rawatan kecantikan dan rawatan selepas bersalin. Satu fakta yang jelas ialah bukan semua ubat moden yang diambil oleh pesakit akan masuk ke dalam sistem tubuh.(8) Oleh sebab itu, walaupun dua orang pesakit menghidapi penyakit yang sama, ubat yang serupa tidak akan memberikan kesan yang sama kepada mereka. Selain itu, ubat-ubatan moden hanya merawat penyakit itu sahaja, sedangkan ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut.(9) Keadaan ini menyebabkan pesakit yang mengambil ubat-ubatan moden perlu bergantung pada ubat-ubatan tersebut sehingga akhir usia. [PMR 2007] Contoh jawapan: Antara sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna ialah kemiskinan dan tidak berupaya untuk membeli makanan apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden. Sebab lain ialah minat masyarakat kepada perubatan tradisional semakin bertambah dan dianggap pelengkap kepada perubatan moden. Selain itu, sebabnya perubatan moden masih gagal menemukan penawar bagi penyakit kronik dan kosnya pula semakin tinggi. Seterusnya, perubatan moden diamalkan sejak zaman-berzaman. Tambahan pula, ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut. (74 patah perkataan) BAHAGIAN A (ii) PEMAHAMAN [Masa yang dicadangkan : 10 minit] [10 markah] 1. Perkara penting dalam pemahaman. Memerhatikan huruf condong maksud perkataan / rangkai kata. Sebagai petikan sebahagian daripada soalan pemahaman dan KBKK.

2. Menjawab dengan ayat yang lengkap. Sebaik-baiknya SATU isi dalam SATU ayat. 3. Gunakan sebahagian soalan sebagai jawapan. 4. Ambil kira peruntukan markah. Soalan pemahaman teks jika isi mudah dan banyak (1m), jika isi sikit dan sukar (2m). Manakala soalan KBKK yang memerlukan isi dan sedikit huraian (2m). Bergantung kepada skema !!! 5. Gunakan penanda wacana yang sesuai. (selain itu, seterusnya) Contoh : 1. Berikan maksud rangkai kata mengisi kekosongan.[2 markah] Maksud rangkai kata mengisi kekosongan ialah memenuhi keperluan. (sila uji jawapan anda dalam teks bagi melihat kesesuaian penggunaan dalam konteks) 2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional? [4 markah] Yang (Usaha) perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional ialah perubatan tradisional perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi supaya lebih berkesan. Selain itu, kajian bioteklogi mengenai ubat-ubatan tradisional ini perlu giat dijalankan dan ubat-ubatan berasakan herba wajar dikomersialkan serta dijual dengan harga yang rendah. (soalan pemahaman teks ; isi terdapat dalam teks) 3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik? [4 markah] Pada pendapat saya, semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik kerana faktor pemakanan yang banyak mengandungi bahan pengawet dan bahan kimia. Selain itu, amalan riadah kurang diamalkan oleh rakyat di negara ini sibuk bekerja. Seterusnya, amalan gaya hidup yang tidak sihat seperti pengambilan arak dan penagihan dadah turut menjadi punca. (soalan KBKK ; jawapan di luar teks / tiada dalam teks)

Baca petikan di bawah dengan teliti dan tulis sebuah ringkasan tentang sebab-sebab perubatan tradisional masih mendapat tempat dalam kalangan pengguna. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pendapat bahawa perubatan moden merupakan penawar terbaik untuk setiap jenis penyakit adalah tidak tepat. Hal ini terbukti apabila Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengatakan bahawa 80 peratus penduduk dunia bergantung pada perubatan tradisional. Kerana miskin, mereka tdak berupaya untuk membeli makanan, apatah lagi bagi mendapatkan rawatan moden.

Belakangan ini, minat masyarakat dunia terhadap perubatan tradisional berasaskan herba semakin bertambah malah herba dianggap sebagai pelengkap kepada perubatan moden.Para penyelidik mengakui bahawa kesedaran tentang kesan sampingan ubat-ubatan moden semakin meningkat.Rakyat di negara kita pula semakin banyak yang mengidap penyakit kronik seperti barah dan AIDS sedangkan perubatan moden masih gagal menemukan penawarnya.Keadaan seperti ini, ditambah dengan kos perubatan yang semakin tinggi menyebabkan pesakit beralih kepada perubatan tradisional berasaskan herba. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba ini sewajarnya dikomersialkan dan dijual pada harga yang rendah supaya mampu dibeli oleh pengguna. Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan perubatan moden kerana bukan semua penyakit boleh dicegah atau disembuhkan melalui perubatan tradisional. Perubatan tradisional hanyalah untuk mengisi kekosongan yang ada dalam perubatan moden. Oleh itu, ubat-ubatan berasaskan herba dalam perubatan tradisional ini perlu dikaji dan dibangunkan dengan keupayaan sains dan teknologi di kebanyakan negara di dunia. Di Malaysia pula, perubatan tradisional berasaskan herba diamalkan sejak zaman-berzaman seperti dalam rawatan resdung, rawatan kecantikan dan rawatan selepas bersalin.
Satu fakta yang jelas ialah bukan semua ubat moden yang diambil oleh pesakit akan masuk ke dalam sistem tubuh. Oleh sebab itu, walaupun dua orang pesakit menghidapi penyakit yang sama, ubat yang serupa tidak akan memberikan kesan yang sama kepada mereka. Selain itu, ubat-ubatan moden hanya merawat penyakit itu sahaja, sedangkan ubat-ubatan tradisional mampu mengesan dan merawat punca penyakit tersebut.Keadaan ini menyebabkan pesakit yang mengambil ubat-ubatan moden perlu bergantung pada ubat-ubatan tersebut sehingga akhir usia.

1. Berikan maksud rangkai kata mengisi kekosongan.[2 markah] 2. Apakah yang perlu dilakukan untuk memajukan perubatan tradisional? [4 markah] 3. Pada pendapat anda, mengapakah semakin ramai rakyat negara kita menghidap penyakit kronik? [4 markah]

Anda mungkin juga menyukai