Anda di halaman 1dari 11

BAWANG INC.

CARA
MEMARTABATKAN
PERMAINAN
TRADISIONAL
AMSYAR ZAFRAN, HARRISS FIRDAUS,
ALIFF FIKRI, MUHAMMAD ADAM FARHAN
TAKRIFAN PERMAINAN
TRADISIONAL
APAKAH PERMAINAN TRADISIONAL?
Permainan yang dimainkan oleh masyarakat
pada masa dahulu untuk mengisi masa
senggang. Merupakan satu cara masyarakat
dahulu menghiburkan diri.
SENARAI ISI
KANDUNGAN

01 02 03 04 05
MEMPERKASA MENGADAPTASI SILANG BUDAYA MELAZIMI IBU BAPA
PERTANDINGAN PERMAINAN PERMAINAN MEMPERKENALKAN
PERMAINAN TRADISIONAL TRADISIONAL PERMAINAN
TRADISIONAL DALAM MELALUI MEDIA TRADISIONAL
TEKNOLOGI MASSA DALAM KALANGAN
DIGITAL AHLI KELUARGA
MEMPERKASAKAN PERTANDINGAN
PERMAINAN TRADISIONAL
Permainan tradisional boleh dimartabatkan melalui penganjuran pertandingan
permainan tradisional di setiap peringkat umur. Hal ini dikatakan demikian
kerana penganjuran pertandingan permainan tradisional dapat mencelikkan
mata masyarakat akan budaya permainan tradisional. Selain itu, pertandingan
permainan tradisional juga dapat menarik bakat muda. Uslubnya, pihak Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) sering menganjurkan pertandingan
permainan tradisional. Pihak swasta dan kerajaan juga boleh mengadakan
bulan kebudayaan di institusi pendidikan yang terpilih. Impaknya, masyarakat
akan lebih cakna dan peka akan budaya permainan tradisional. Di samping itu,
masyarakat dapat merapatkan hubungan silaturahim bak kata pepatah bulai air
kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat kerana dapat
melibatkan diri bersama-sama dalam budaya permainan tradisional. Tegasnya,
pihak kerajaan hendaklah menekankan penganjuran pertandingan permainan
tradisional untuk melibatkan masyarakat dalam budaya tersebut agar tidak
ditelan zaman.
MENGADAPTASI PERMAINAN
TRADISIONAL DALAM TEKNOLOGI DIGITAL
Prakarsa kedua iaitu mengaptasi permainan tradisional dalam teknologi digital. Hal ini
dikatakan demikian kerana masyarakat kini lebih mahir dalam menggunakan teknologi
digital. Selain itu, teknologi digital juga merupakan medium untuk menghasilkan perisian
permainan. Misalnya, pihak yang mahir boleh mengadaptasi permainan tradisional ke
dalam alam digital dalam bentuk permainan video. Di samping itu, teknologi digital boleh
juga digunakan untuk menarik minat masyarakat muda. Impaknya, permainan tradisional
akan menjadi lebih popular kerana berada di sebuah medium yang lebih mudah untuk
diakses oleh pengguna. Seterusnya, permainan video yang berasaskan permainan
tradisional juga dapat mendidik masyarakat tentang permainan yang sedang dimainkan,
oleh itu masyarakat tidak akan lupa budaya seperti kata pepatah 'kacang lupakan kulit;.
Natijahnya, pihak yang mahir akan penggunaan teknologi digital hendaklah
mengadaptasikan permainan tradisional ke dalam teknologi digital agar budaya tradisional
tersebut tidak lesap ditelan zaman dan kemajuan teknologi.
SILANG BUDAYA
Silang budaya merupakan antara cara untuk memartabatkan
permainan tradisional pada masa kini. Hal ini kerana silang
budaya dapat mendedahkan permainan tradisional budaya kita
kepada budaya kaum lain. Selain itu, kita juga mendapat
permainan budaya dari kaum lain. Uslubnya, dua kaum
melakukan silang budaya dengan bertukar-tukar ilmu tentang
budaya sendiri supaya lebih ramai tahu dan cakna akan
permainan tradisional budaya masing-masing. Di samping itu,
mengajak rakan kaum lain untuk bermain permainan tradisional.
Kesannya, budaya permainan tradisional kita akan tersebar dan
lebih ramai akan berminat kepada permainan tradisional. Selain
itu, kita dapat mengumpul ilmu tentang budaya lain supaya kita
tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Tuntasnya, kita
hendaklah mengekalkan budaya permainan tradisional kita
dengan membantu budaya kaum lain juga.
MELAZIMI PERMAINAN
TRADISIONAL MELALUI
MEDIA MASSA
Media massa mampu untuk membaharukan minat masyarakat
terhadap permainan tradisional. Hal ini dikatakan demikian
kerana media massa merupakan suatu platform yang terkenal
untuk menyebarkan maklumat. Di samping itu, masyarakat
kini juga lebih cakna akan berita atau maklumat yang
disebarkan melalui media massa. Contohnya, menulis sebuah
artikel tentang permainan tradisional dan menyebarkan
artikel tersebut di media sosial. Selain itu, membuat akaun
media sosial yang dikhaskan untuk menyebarkan fakta dan
berita terkini tentang permainan tradisional. Impaknya,
masyarakat akan menjadi lebih cakna dan peka akan
permainan tradisional pada masa kini. Seterusnya, permainan
tradisional akan menjadi lebih lazim dalam kalangan
masyarakat kerana ada bantuan media massa. Tuntasnya,
media massa boleh digunakan untuk melazimkan budaya
permainantradisional dalam kalangan masyarakat moden
supaya budaya tradisional tersebut tidak ditelan arus
pemodenan.
IBU BAPA MEMPERKENALKAN
PERMAINAN TRADISIONAL
DALAM KALANGAN AHLI
KELUARGA.

Akhir sekali, permainan tradisional dapat dimartabatkan dengan bantuan ibu bapa dan ahli keluarga. Hal
ini dikatakan demikian kerana ibu bapa dan ahli keluarga dapat memperkenalkan dan melazimkan
permainan tradisional dalam keluarga sendiri. Selain itu, ibu bapa dapat mendedahkan budaya tradisional
kepada generasi muda. Misalnya, ibu bapa meluangkan masa bersama anak-anak yang tercinta dengan
bermain permainan tradisional seperti congkak ataupun gasing. Di samping itu, ibu bapa juga dapat
menjadikan anak-anak muda sebagai pewaris budaya permainan tradisional pada masa hadapan.
Impaknya, permainan tradisional tidak akan luput ditinggal masa kerana terdapat generasi muda yang
akan menyambung legasi permainan tradisional tersebut. Seterusnya, permainan tradisional dapat
dijadikan sebuah budaya yang diamalkan di dalam sebuah keluarga. Natijahnya, ibu bapa dan ahli keluarga
yang lain mampu memartabatkan budaya dan identiti tradisional kita dengan melazimkan dan
memperkenalkan budaya permainan tradisional dalam keluarga.
PENDAHULUAN
KARANGAN
Permainan tradisional boleh ditakrifkan sebagai
permainan yang dimainkan oleh masyarakat pada
masa dahulu untuk mengisi masa senggang. Lambang
identiti dan nilai kebudayaan sesebuah bangsa dapat
dizahirkan melalui kewujudan permainan tradisional.
Namun begitu, pada masa kni, beradaan permainan
tradisional kian luntur dalam memori masyarakat kita
dek kerana kehadiran gajet dan teknologi moden yang
telah menjajah minda rakyat Malaysia. Persoalannya,
apakan inisiatif yang boleh dipergiat bagi
memartabatkan kembali permainan tradisional?
PENUTUP
Oleh hal yang demikian, memartabatkan
permainan tradisional menjadi beban di bahu bagi
semua yang bergelar rakyat Malaysia untuk terus
memelihara keunikan budaya yang terdapat di
negara kita. pengambilan langkah proaktif oleh
kerajaan terutamanya perlu diketengahkan dalam
merangsang minat rakyat untuk bergiat serta
memartabatkan permainan tradisional. Akhir
kata, martabat permainan tradisional diharapkan
agar sentiasa dijulang melalui usaha-usaha yang
konsisten dan bukan hangat-hangat tahi ayam
semata-mata.
BAWANG, INC.

SEKIAN
TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai