Anda di halaman 1dari 17

BAHASA MELAYU

SEMESTER 2
A012003

SEJARAH DAN WARISAN:


LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL

NAMA NO. KAD NO. ANGKA


PENGENALAN GILIRAN
MUHAMAD RAZIQ BIN MAHAL 060923-12-0313 K781LGMA011

TARIKH
05/01/2023

NAMA PENSYARAH
NASIRAH BINTI JAINI
KANDUNGAN

BIL. PERKARA/ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGHARGAAN 1

2.0 PENGENALAN 2

LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN
3.0 2
PERMAINAN TRADISIONAL
MEMPOPULARKAN WARISAN BUDAYA
3.1 3
KE PERINGKAT ANTARABANGSA
MENGANJURKAN PERTANDINGAN
3.2 4
PERMAINAN TRADISIONAL

3.3 PERTUKARAN BUDAYA 5

3.4 PERANAN MEDIA MASSA 6

3.5 KEMPEN YANG LEBIH PROAKTIF 7

3.6 MELALUI PERANAN IBU BAPA 8

4.0 KESIMPULAN 9

5.0 RUJUKAN 10
1.0. PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah


kurnia-Nya dapat saya menyiapkan folio Bahasa Melayu Semester 2
dengan sempurna. Walaupun menghadapi pelbagai cabaran, namun tidak
menjadi alasan untuk saya menyiapkan tugasan ini.
Saya tetap berusaha mencari maklumat daripada pelbagai sumber
dan hasilnya tugasan ini dapat disiapkan atas usaha keras dan juga bantuan
daripada rakan-rakan sekelas. Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan
terima kasih kepada guru bahasa Melayu kelas saya puan Nasirah binti jaini
kerana telah banyak membantu dan memberi bimbingan serta tunjuk ajar
tentang pelaksanaan tugasan folio ini. Saya amat berbangga kerana dapat
menyiapkan tugasan ini tepat pada waktunya.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan
tugasan ini. Sekian, terima kasih.
2.0. TAJUK TUGASAN
LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN PERMAINAN TRADISIONAL

3.0. PENGENALAN

Permainan tradisional kini merupakan salah satu lambang kebudayaan


bagi sesebuah masyarakat. Ianya dimulakan dan diperkenalkan terlebih
awal oleh nenek moyang terdahulu dan diturunkan ke generasi-generasi
seterusnya hingga sekarang. Permainan tradisional turut dikenali sebagai
permainan rakyat yang masih lagi dimainkan hingga sekarang. Namun,
terdapat juga permainan tradisional yang tidak dimainkan lagi dan hanya
diketahui oleh nenek moyang terdahulu.
Oleh itu, langkah tertentu perlu dilakukan untuk mengekalkan
permainan tradisional. Persoalannya, apakah tindakan wajar untuk
mengekalkan permainan tradisional?
3.1. GAMBAR 1 : MEMPOPULARKAN SEMULA PERMAINAN
TRADISIONAL PERINGKAT ANTARABANGSA

Sumber : Osman (2020)


Mempopularkan permainan gasing Diperoelh daripada
https://images.app.goo.gl/vXvGHsyBWc4WBoZT8

HURAIAN :
Langkah untuk mempopularkan semula permainan tradisional
adalah dengan memperkasa pertandingan permainan tradisional di setiap
peringkat. Selain di rumah, sekolah juga boleh memainkan peranan dalam
memperkenalkan permainan tradisional kepada pelajar. Tamsilnya,
sekolah mempunyai aktiviti kokurikulum di mana permainan tradisional
perlu diberikan perhatian oleh guru-guru. Sebuah kelab permainan
tradisional boleh diwujudkan bagi mengesan pelajar yang mempunyai
bakat terpendam dalam permainan tradisional. Sebagai contoh, permainan
sepak raga yang memerlukan teknik yang baik oleh pemain bagi
memenangi satu pertandingan. Justeru, pihak sekolah seharusnya
mengambil kesempatan yang ada untuk memupuk pelajar di sekolah
tentang permainan tradisional yang wujud dan boleh dimainkan oleh
mereka di waktu lapang. Tambahan pula, penganjuran kempen seperti
Minggu Permainan Tradisional di peringkat sekolah, daerah mahupun
negeri mampu menjadi permulaan kepada usaha menaikkan semula
kemasyhuran permainan tradisional seperti waktu dahulu.
3.2. GAMBAR 2: MENGANJURKAN PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL

Sumber : Jabatan perpaduan negara (2012). Pertandingan permainan


tradisional. Diperoleh daripada
https://www.jpnin.gov.my/ms/pulau-pinang/berita-
perpaduan/pertandingan-permainan-tradisional

Huraian :
Penganjurkan pelbagai bentuk pertandingan merupakan inisiatif yang
agak praktik untuk mempopularkan permainan tradisional kepada
masyarakat di Malaysia.melalui pertandingan yang diadakan semua pihak
yang mengambil bahagian akan saling bertukar pengalaman dan
mengukuhkan ukhwah antara mereka. Hal ini demikian, kerana sebagai
fitrah manusia, segelintir masyarakat memang suka bertanding untuk
mendapatkan sesuatu . menganjurkan pertandingan permainan tradisional
dari peringkat sekolah, Daerah, kebangsaan hinggalah peringkat
antarabangsa. Contohnya,sering dipertandingkan permainan tradisional
ialah Wan, gasing, congkak dan lain-lain. Jelaslah bahawa penganjurkan
Pelbagai pertandingan berjaya memperkenalkan permainan tradisonal
3.3. GAMBAR 3 : PERTUKARAN BUDAYA

Sumber : toni (2014) Universitas Budi luhur gelar Pertukaran


budaya Indonesia-jepang . Diperolehi daripada
https://m.tribunnews.com/amp/nasional/2014/09/01/universitas-
budi-luhur-gelar-pertukaran-budaya-indonesia-jepang

Huraian :
Pertukaran budaya dengan negara luar merupakan inisiatif lain
yang boleh dilakukan bagi mempopularkan permainan tradisional. Apabila
program tersebut dilaksanakan maka pelajar dari luar negara yang datang
ke Malaysia akan berpeluang bermain permainan tradisional di sini. Apabila
mereka pulang ke negara mereka kelak, mereka akan mengajar rakan-rakan
dan ahli keluarga permainan yang pernah mereka mainkan di sini. Usaha ini
secara tidak langsung membolehkan mama Malaysia akan masyhur di
persada antarabangsa dan rakyat Malaysia boleh berbangga kerana
Malaysia masih mempunyai permainan tradisional yang tak lapuk dek
hujan,tak lekang dek panas, perkara yang sama boleh angensi pelancongan
yang bertindak sebagai medium penyebar maklumat untuk memperkenalkan
permainan tradisional kepada pelancong asing.Lantaran itu, agensi
pelancongan boleh mengurus aktiviti seperti permainan gasing,galah
panjang dan teng-teng di tempat penginapan pelancong asing. Diharapkan
Langkah ini akan membuat para pelancong terhibur sekali gus berminat
dengan acara-acara yang disediakan dan ingin datang kembali ke
Malaysia.Jelaslah bahawa, Pertukaran budaya antara negara dan peranan
agensi pelancongan mampu menjadi platform dalam usaha kerajaan
mempopularkan permainan tradisional kepada masyarakat luar.
3.4. Gambar 4 : PERANAN MEDIA MASSA

Sumber :
Kammaruddin (2019). Diperoleh daripada
https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/09/07/1727914.jpg?hl
=en_US
HURAIAN
Media massa juga berperanan untuk mempopularkan semula
permainan tradisional yang kian dilupakan. Stesen televisyen, media cetak
dan media elektronik merupakan medium penyampai yang utama kepada
masyarakat hari ini. Oleh itu, inisiatif yang boleh digarap adalah dengan
memperbanyakkan dokumentasi tentang permainan tradisional. Mungkin
generasi muda dewasa ini menjumpai congkak atau batu seremban apabila
mereka pulang ke kampung tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermain.
Maka, mereka akan merujuk kepada media massa yang mudah dan ringkas
bagi mereka untuk mempelajari dan mengetahui tentang cara permainan
congkak ataupun batu seremban yang mereka jumpai. Selain itu, penggiat
seni juga wajar melazimi permainan tradisional dalam segala bentuk seni
yang mereka ketengahkan. Misalnya, produk animasi tempatan yang
semakin perhatian masyarakat kita boleh menggunakan elemen permainan
tradisional dalam jalan cerita mereka.
3.5. GAMBAR 5 : KEMPEN YANG LEBIH PROAKTIF

Sumber: azwan (2017) yang lebih proaktif mengekalkan


permainan tradisional.diperoleh daripada:
https://image.isu.pub/180112142028-
45f7d2b0682fe8963f9a6f013238969d/jpg/page_1.jpg?hl=en_US

HURAIAN :
Usaha mengadakan pelbagai kempen cintai permainan tradisional
merupakan satu kaedah yang ampuh untuk mempopularkan permainan
tradisional di negara kita. Kempen ini perlu dijalankan oleh Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara secara terancang dan berkesan dengan
kerjasama pihak media cetak dan media elektronik seperti akhbar dan
televisyen. Pihak media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari
untuk memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau,
gasing, congkak dan lain-lain. Pelbagai aktiviti harus dianjurkan sempena
kempen tersebut, seperti peraduan mengarang, pameran, peraduan melukis
poster dan lain-lain lagi. Melalui proses tersebut, permainan tradisional boleh
menjadi lebih popular di merata-rata tempat bersesuaian dengan kata
peribahasa seperti pegaga tumbuh melata.
3.6. GAMBAR 6 : MELALUI PERANAN IBU BAPA

Sumber : Azammullah (2018) pentingnya peranan ibu bapa


kebudayaan etika dan peraturan sihat guna gajet. Diperoleh
daripada
https://seribuombak.wordpress.com/2018/12/11/pentingnya-
peranan-ibubapa-budayakan-etika-dan-peraturan-sihat-guna-gajet/

HURAIAN :
Ibu bapa perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada
keluarga,saudara dan semua kenalan masing-masing untuk mendedahkan
kepada mereka keseronokan bermain permainan tradisional tersebut. Jika
ditelusuri, permainan tradisional sebenarnya dicipta bukan sahaja bagi
mengisi masa lapang malah untuk merapatkan hubungan silaturrahim
antara ahli keluarga dan sesiapa sahaja yang bermain bersama. Permainan
seperti congkak, mampu menarik minat golongan kanak-kanak terutamanya
kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.Jelaslah , ibu bapa
berperanan penting untuk memperkenalkan permainan tradisional di rumah
supaya kemasyhuranya kembali meningkat dan digemari ramai
4.0. KESIMPULAN

Kesimpulannya,terdapat banyak cara untuk mempopularkan


semula permainan tradisional dalam kalangan masyarakat pada hari ini.
Khazanah yang kita warisi daripada nenek dan moyang kita ini seharusnya
dipelihara dengan penuh komited agar ia tidak dilupakan dan menjadi suatu
yang asing bagi generasi akan datang. Setiap pihak perlu memainkan
peranan masing-masing dan pihak berkuasa hendaklah mengimbangkan
kemajuan ekonomi serta pembangunan sama rata dengan kemajuan
budaya dan jati diri masyarakat. Keampuhan arena politik negara sejak
kebelakangan ini tidak mencerminkan langkah untuk memajukan diri serta
masyarakat Malaysia ke arah yang lebih baik.
5.0. RUJUKAN

: Osman(2020) mempopularkan permainan tradisional gasing


Diperolehdaripada:
https://images.app.goo.gl/vXvGHsyBWc4WBoZT8

: Jabatan perpaduan negara (2012). Pertandingan permainan


tradisional.Diperolehdaripada https://www.jpnin.gov.my/ms/pulau-
pinang/berita-perpaduan/pertandingan-permainan-tradisional

: toni (2014) Universitas Budi luhur gelar Pertukaran budaya Indonesia-


jepang . Diperolehi daripada
https://m.tribunnews.com/amp/nasional/2014/09/01/universitas-budi-luhur-
gelar-pertukaran-budaya-indonesia-jepang

:Kammaruddin (2019). Diperoleh daripada


https://apicms.mstar.com.my/uploads/images/2022/09/07/1727914.jpg?hl=
en_US

: azwan (2017) yang lebih proaktif mengekalkanpermainan


tradisional.diperolehdaripada: https://image.isu.pub/180112142028-
45f7d2b0682fe8963f9a6f013238969d/jpg/page_1.jpg?hl=en_US

: Azammullah (2018) pentingnya peranan ibu bapa kebudayaan etika dan


peraturan sihat guna gajet. Diperoleh daripada
https://seribuombak.wordpress.com/2018/12/11/pentingnya-peranan-
ibubapa-budayakan-etika-dan-peraturan-sihat-guna-gajet/

Anda mungkin juga menyukai