Anda di halaman 1dari 12

TAJUK:

ASAS KEMAHIRAN KOMUNIKASI

PROGRAM:

2 DIPLOMA AGROINDUSTRI TANAMAN

NAMA:

MUHAMMAD DANIAL BIN NURDIN

NAMA PENSYARAH:

PUAN NASIRAH BINTI SAIDI

TARIKH:

12 JANUARI 2024
ISI KANDUNGAN

N TAJUK MUKA
O SURAT
1 1.0 Pengenalan 3
2 2.0 Definisi Komunikasi 3
3 3.0 Jenis Komunikasi 4
3.1 Komunikasi langsung
3.2 Komunikasi tidak langsung

4 4.0 Ciri – ciri komunikasi 5


4.1 Kefahaman
4.2 Keseronokan
4.3 Tindakan susulan 6
5 5.0 Langkah – langkah meningkatkan keberkesanan komunikasi
5.1 Bersemuka 7
5.2 Beri Peluang Untuk Penerima Bertanya Atau Meminta Penjelasan
5.3 Amalkan Penerangan Yang Mudah Dan Tepat
5.4 Jadilah Pendengar Yang Baik
5.5 Eye Contact ( Berpandangan Mata)
6 6.0 Halangan Dalam Komunikasi 8
6.1 Halangan fizikal
6.2 Halangan fisiologi
6.3 Halangan sikap
7 7.0 Kesan komunikasi 9
8 7.1 kesan dari proses komunikasi 10
7.2 kesan fizikal
7.3 kesan semantik
7.4 kesan psikologi
9 8.0 Kepentingan kemahiran komunikasi dalam bidang jurulatih 11
10 Rujukan 12
1.0 Pengenalan

Folio ini adalah merupakan tugasan yang telah diberikan oleh puan Nasirah Binti Saidi yang
bertajuk asas kemahiran komunikasi. Folio ini haruslah di siapkan sebelum semester 4. Dalam
folio ini akan menerangkan ke semua topik yang telah dinyatakan di dalam isi kandungan.

2.0 Definisi Komunikasi

Komunikasi adalah merupakan interaksi sosial antara sekurang kurangnya dua ejen
berinteraksi ataupun berkumpulan yang berkongsi maklumat. Komunikasi juga merupakan
aktiviti keperluan bagi setiap individu, kerana ia berlaku setiap hari. Komunikasi adalah proses
berterusan yang melibatkan pemindahan maklumat daripada sumber kepada penerima dan ada
maklum balas di antara kedua-duanya. Selain itu, komunikasi juga merupakan sesuatu mesej
daripada penyampai kemudian dipindahkan menerusi alat atau saluran khas kepada penerima
yang kemudiannya memberi maklum balas terhadap mesej tersebut yang mengembalikan
isyarat dalam bentuk yang sama ada mesej tersebut difahami atau tidak difahami. Komunikasi
juga proses pertukaran idea dan maklumat antara dua individu atau lebih,dengan maksud untuk
berkongsi maklumat dan pengalaman bagi mencari persamaan. Pertukaran idea ini boleh
berlaku secara lisan atau tulisan ataupun dengan menggunakan pelbagai deria yang ada pada
manusia.
3.0 JENIS KOMUNIKASI

1.Komunikasi
langsung

JENIS-JENIS
KOMUNIKASI

2.Komunikasi
tidak langsung

3.1 KOMUNIKASI LANGSUNG

Komunikasi langsung adalah proses komunikasi di mana penyampai menyampaikan


maklumatnya secara langsung dan menatap muka kepada pendengar. Kerana komunikasi
langsung ini tidak menggunakan media seperti mesej, email atau alat media social yang lain.
Selain itu, contoh komunikasi langsung adalah percakapan secara langsung saat berdepan
atau atau berbincang secara langsung dengan saudara saat perjumpaan keluarga ataupun
majlis makan malam.

3.2 KOMUNIKASI TIDAK LANGSUNG

Komunikasi tidak langsung adalah proses komunikasi melalui media atau proses komunikasi
dengan menggunakan alat seperti telefon mudah alih melalui media sosial iaitu melalui mesej,
twitter, whatsapp, email dan facebook. Selain itu, komunikasi tidak langsung juga bermaksud
berkomunikasi dengan jarak jauh. Dengan ini, ia juga memudahkan bagi penyampai dan
pendengar untuk berkomunikasi walaupun jarak jauh..

4.0 CIRI – CIRI KOMUNIKASI BERKESAN

KEFAHAMAN

MENJAGA
CIRI - CIRI
KEPERCAYAAN
SASARAN
KOMUNIKASI KESERONOKAN

BERKESAN

TINDAKAN
SUSULAN

4.1 KEFAHAMAN

Ciri – ciri komunikasi yang berkesan ialah apabila seseorang sedang berkomunikasi dengan
seseorang yang mendengarnya faham dengan percakapan atau perkataan yang dimaksudkan.
Selain itu, jika pendengar memahami lain apa yang sedang dimaksudkan, maka boleh
disimpulkan bahawa komunikasi tersebut itu tidak berkesan kerana gagalnya maklumat
disampaikan.
4.2 KESERONOKAN

Ciri – ciri komunikasi berkesan dari segi keseronokan ialah seseorang individu itu
berkomunikasi bukan disebabkan dia mempunyai mesej yang khusus yang hendak di
sampaikan kepada sasaranya sebaliknya dia cuma hendak mencari keseronokan dripada
kehadiran orang lain bersama – sama. Selain itu, sesetengah ucapan di khalayak ramai adalah
bertujuan untuk menimbulkan rasa seronok seperti ucapan selepas jamuan makan ataupun
ucapan penghargaan. Kebanyakkan pebualan harian adalah bertujuan untuk menimbulkan rasa
keseronokan. Misalnya di kantin, pejabat, di majlis hari jadi dan kenduri

4.3 TINDAKAN SUSULAN

Tindakan susulan adalah tindakan seseorang yang berkomunikasi adalah disebabkan dia
mahu supaya ada tindakan dilakukan. Selain itu, sebagai contoh seseorang juru jual sedang
berkomunikasi sambil mempromosikan barang yang sedang dia jual disebabkan dia mahu
orang itu membel barangnya yang dijual olehnya. Di samping itu, orang mungkin betul – betul
memahami maksud penutur dan mereka mungkin seronok dengan kehadirannya dan apakah
yang dikatanya. Hubungan mereka mungkin bertambah mesra tetapi jika orang – orang itu tidak
melakukan apa yang diharapkan, maka komunikasi mereka belum boleh dikatakan berkesan.

4.4 MENJAGA KEPERCAYAAN SASARAN

Kepercayaan sasaran adalah mempercayai pemimpin dengan cara bertutur dengan


perkataan yang sopan dan benar.selain itu, percakapan yang dituturkan dapat menarik
kepercayaan orang lain selain pemimpin. Sebagai contoh, percakapan yang di sampaikan
mempunyai bukti agar mendapat kepercayaan daripada orang lain.
5.0 LANGKAH – LANGKAH MENINGKATKAN KEBERKESANAN KOMUNIKASI

5.1 Bersemuka

Bersemuka ialah merupakan perhubungan mata secara berdepan yang menjadikan mesej yang
di sampaikan lebih jelas.

5.2 Beri Peluang Untuk Penerima Bertanya Atau Meminta Penjelasan

Beri peluang untuk penerima bertanya atau meminta penjelasan terutama bagi sesuatu mesej
atau perkara yang baru jika penerima belum pernah menerima mesej yang sama.

5.3 Amalkan Penerangan Yang Mudah Dan Tepat

Maklumat yang ingin di sampaikan haruslah diberitahu dengan cara yang mudah dan tepat
untuk difahami. Selain itu, masa juga dapat dijimatkan.

5.4 Jadilah Pendengar Yang Baik

kita haruslah bersedia mendengar idea dan pendapat daripada seseorang. Selain itu, jangan
hanya kita seorang sahaja yang bercakap sekaligus membuatkan seseorang kurang senang
dengan sikap kita.

5.5 Eye Contact (Berpandangan Mata)

Eye contact ( berpandangan mata) merupakan perkara yang wajib ketika berkomunikasi kerana
ia menunjukkan keyakinan diri kita dan membawa maksud kita sedang fokus 100% terhadap
perbualan yang sedang berlangsung.
6.0 HALANGAN DALAM KOMUNIKASI

Komunikasi yang berkesan merupakan salah satu isu penting dalam organisasi yang perlu
segera ditangani. Halangan kepada komunikasi yang berkesan dalam sesebuah organisasi
boleh melambatkan atau memesongkan mesej dan niat mesej yang ingin disampaikan dan ini
akan menyebabkan kegagalan proses komunikasi yang berkesan dan timbulnya salah
anggapan atau konflik dalam sesebuah organisasi.

Antara halangan kepada komunikasi yang berkesan adalah seperti berikut:

6.1 Halangan Fizikal

Halangan fizikal selalunya disebabkan oleh persekitaran. Sebagai contoh, halangan semula
jadi yang wujud jika kakitangan berada di bangunan yang berbeza atau di lokasi yang berada di
bangunan yang berbeza atau di lokasi yang berbeza. Selain daripada itu, kegagalan pihak
pengurusan untuk memperkenalkan teknologi baharu dalam berkomunikasi juga boleh
menyebabkan masalah komunikasi yang berkesan. Kekurangan kakitangan adalah satu lagi
faktor yang menyebabkan kesukaran komunikasi bagi sesebuah organisasi. Gangguan seperti
bunyi, pencahayaan yang kurang baik atau persekitaran yang terlalu panas atau sejuk juga
boleh menjejaskan semangat dan tumpuan orang ramai, yang seterusnya menggangu
komunikasi yang berkesan

6.2 Halangan Fisiologi

Halangan ini berkemungkinan disebabkan oleh faktor kesihatan yang tidak baik, penglihatan
yang kurang baik atau masalah pendengaran.

6.3 Halangan Sikap

Halangan sikap wujud kesan daripada masalah yang dihadapi dengan kakitangan dalam
sesebuah organisasi. Ini mungkin disebabkan oleh faktor-faktor seperti pengurusan yang
lemah, kekurangan perbincangan atau perunding dengan kakitangan, konflik personality yang
boleh mengakibatkan orang menagguh atau enggan berkomunis, sikap pribadi kakitangan yang
kurang motivasi atau rasa tidak puas hati ditempat kerja, kurang latihan untuk membolehkan
mereka menjalankan tugas tertentu dan lain-lain lagi.
7.0 KESAN KOMUNIKASI

KESAN DARI PROSES


KOMUNIKASI

KESAN
KESAN PSIKOLOGI KOMUNIKASI KESAN FIZIKAL

KESAN SEMANTIK
7.1 Kesan Dari Proses Komunikasi

-Kesan dari pengirim, contohnya mesej akan disampaikan belum jelas bagi dirinya atau
pengirim, hal ini dipengaruhi oleh perasaan atau situasi emosi.

- kesan daripada penerima pesanan, contohnya kurangnya perhatian pada saat menerima/
mendengar pesanan, sikap salah faham yang keliru dan tidak mendapatkan informasi lebih
lanjut

7.2 Kesan Fizikal

-kesan fizikal dapat menggangu komunikasi yang efektif, keadaan gangguan alat komunikasi
dan lain – lain contohnya: gangguan kesihatan, gangguan alat komunikasi dan sebagainya.

7.3 Kesan Semantic

- kata – kata yang digunakan dalam komunikasi kadang – kadang mempunyai maksud yang
berbeza, tidak jelas atau berbelit – belit antara pemberian pesanan dan penerima

7.4 Kesan Psikologi

- kesan psikologi dan social kadang – kadang mengganggu komunikasi, contohnya: perbezaan
nilai – nilai serta harapan yang berbeza antara pengirim dan penerima.
8.0 Kepentingan Kemahiran Komunikasi Dalam Bidang Juru Latih

Kemahiran komunikasi sangatlah penting dalam organisasi kerana ianya mampu dapat
membantu seseorang juru latih untuk memberikan penerangan berkenaan teknik yang hendak
dilakukan. Selain itu, komunikasi juga berfungsi sebagai alat penghubung antara organisasi
dengan organisasi yang lain. Seterusnya ialah membantu pemain untuk memahami setiap
maklumat yang di sampaikan oleh juru latih walaupun pemain tersebut tidak terlalu cekap

RUJUKAN
https://news.utm.my/ms/2022/12/halangan-kepada-komunikasi-berkesan-dalam-organisasi/

https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Komunikasi

SLAID BAB 1 KOMUNIKASI

Anda mungkin juga menyukai