Anda di halaman 1dari 9

KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

1.0 PENGENALAN

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ialah seorang murid yang telah dilatih dalam bidang
kemahiran asas komunikasi dan kaunseling. Ia berfungsi sebagai seorang kawan yang berkesan kepada
rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan. PRS tidak berfungsi untuk
memberi nasihat dan menyelesaikan masalah rakan-rakan tetapi menjadi seorang pendengar yang peka
kepada perasaan orang lain, berminat dan mengambil berat serta rela memberi khidmat dalam sistem
sekolah. Antara prinsip perkhidmatan PRS ialah bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan
bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal dan perkhidmatan
Pembimbing Rakan Sebaya hendaklah dijalankan berdasarkan etika PRS.

Komunikasi merupakan elemen yang sangat penting dalam menyampaikan sesuatu objektif
yang selaras dengan visi dan misi organisasi. Jika komunikasi tidak jelas dan berkesan maka ia akan
mencetuskan konflik yang berterusan dalam organisasi. Terdapat dua jenis komunikasi iaitu komunikasi
lisan dan juga komunikasi bukan lisan. Komunikasi lisan adalah melibatkan percakapan atau perbualan
dan penulisan yang bertujuan menyampaikan mesej dari satu pihak kepada pihak yang lain dan pihak
yang menerima mesej itu pula akan memproses mesej yang diterima itu. Ia juga tidak terhad secara
"face to face" sahaja, malah komunikasi secara virtual atau maya seperti chatting & emel juga adalah
dikategorikan sebagai komunikasi lisan kerana tujuannya adalah sama iaitu menyampaikan mesej.
Komunikasi bukan lisan pula adalah komunikasi yang melibatkan gerak laku seseorang individu yang
ditunjukkan seperti posture tubuh, gesture tangan/kepala, mimik muka termasuk mata, hidung &
bibir. Contohnya, menggelengkan kepala memberi maksud tidak mahu atau tidak bersetuju dan
sebaliknya jika menganggukkan kepala tanda setuju.

Oleh itu, untuk melaksanakan komunikasi yang berkesan, ahli PRS perlulah mengetahui
maksud sebenar komunikasi dan mengelakkan dari berlakunya salah tafsiran mesej yang disampai oleh
klien. Komunikasi mempunyai beberapa aspek yang perlu dilakukan untuk mencapai komunikasi yang
berkesan terutamanya dalam organisasi PRS kerana kedua-dua pihak perlu memahami dan mengetahui
mesej yang disampaikan agar masalah klien dapat difahami dan diselesaikan dengan mudah.

1
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

2.0 KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

2.1 Konsep Komunikasi Berkesan

2.1.1 Apa itu Komunikasi?

Suatu proses seseorang menyampaikan sesuatu maksud kepada orang lain yang merangkumi
rangsangan dan tindakan (lisan dan bukan lisan)

2.1.2 Apa itu Komunikasi Berkesan?

Komunikasi berkesan timbul apabila maksud yang disampaikan diterima dan difahami dengan
jelas oleh orang yang menerima. Komunikasi berkesan adalah komunikasi yang berlaku dalam
keadaan berikut:
Mesej yang disampaikan difahami dengan tetap dan jelas oleh penerima.
Makna mesej difahami dan dikongsi bersama oleh penghantar dan penerima.
Perubahan yang berlaku akibat daripada mesej seperti perubahan yang dikehendaki
oleh penghantar.
Mesej yang mempunyai unsur kos-efektif.

2.1.3 Elemen- elemen dalam Komunikasi

1. Penghantar
Komunikasi berlaku apabila terdapat dua atau lebih orang yang terlibat dalam penyampaian
maklumat tersebut. Dalam situasi organisasi, setiap penghantar atau encoder akan menyampaikan
mesej secara bertulis atau secara lisan. Penghantar mesej perlu mengambil langkah dengan
menghantar mesej pada masa yang sesuai dan mendapat perhatian daripada penerima agar mesej
tersebut sampai kepada mereka. Kita perlu mengetahui gangguan- gangguan sebelum atau semasa
mesej disampaikan dengan mengurangkan gangguan tersebut. Penerima mesej tersebut perlu
menerima dan memahami maksud maklumat yang disampaikan. Penerima mesej perlu meneliti
dengan baik mesej yang diterima.

2. Mesej ( maklumat )
Maklumat adalah elemen penting dalam komunikasi yang cuba disampaikan oleh pengirim. Apa -
apa maklumat yang disampaikan oleh pengirim mestilah mudah difahami agar penerima
mengetahui apa mesej yang cuba disampaikan. Maklumat tersebut sama ada melalui pendengaran,
penglihatan, sentuhan, bau dan rasa dikatakan mempengaruhi penerima. Biasanya maklumat

2
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

komunikasi secara lisan lebih berkesan sekiranya dilakukan bersama-sama dengan komunikasi
bukan lisan.

3. Saluran
Dalam komunikasi, saluran adalah satu alat untuk menghubungkan penghantar maklumat dan
penerima maklumat. Dalam komunikasi bersemuka, antara saluran yang boleh digunakan adalah
seperti telefon bimbit atau melalui komputer yang sering digunakan pada zaman ini. Saluran ini
lebih cepat dan mudah digunakan tanpa perlu bertulis.

4. Gangguan
Gangguan dalam komunikasi adalah situasi yang menghalang komunikasi yang sedang berlaku.
Gangguan boleh menyebabkan mesej yang disampaikan tidak jelas. Ganggun ini disebabkan
penghantar mesej tidak bersedia untuk menyampaiakn mesej melalui saluran yang jelas. Ini akan
menyebabkan penghantar dan penerima mesej tidak dapat mengenal pasti sama ada mesej yang
disampaikan kepada penerima memenuhi maklumat yang disampaikan oleh penghantar. Apabila
mesej tidak tepat, boleh menyebabkan maklum balas yang tidak berkesan daripada penerima. Ini
akan menyebabkan komunikasi tidak berlaku dengan berkesan.

5. Konteks
Setiap mesej yang disampaikan oleh penghantar melalui saluran yang betul akan dipengaruhi oleh
kandungan mesej tersebut. Kandungan setiap mesej yang disampaikan ini boleh berbentuk keadaan
yang tidak kita sangka kerana kandungan mesej akan mempengaruhi tingkah laku pengantara mesej
atau penerima mesej yang disalurkan. Kandungan mesej yang disalurkan boleh berlaku secara
formal mahupun secara tidak formal.

6. Maklumbalas
Dalam membincangkan tindak balas komunikasi pula, seseorang penerima perlu memahami dan
menerima mesej yang disalurkan. Terdapat dua bentuk saluran yang digunakan iaitu secara lisan
atau bukan lisan. Maklumbalas secara positif akan memudahkan komunikasi dapat diterima bagi
memudahkan penghantar dan penerima mesej tersebut. Kedua-dua maklumbalas positif dan negatif
ini boleh berlaku secara maklumbalas internal melihat diri sendiri sebagai akibat dari mesej yang
disampaikan.

3
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

7. Kesan
Setiap kandungan dalam mesej yang disalurkan oleh penghantar kepada penerima mesej yang
berlaku dan menyebabkan kesan kepada komunikasi. Kita akan melihat kesan tersebut melalui
emosi seseorang, secara fizikal atau kognitif iaitu kebolehan seseorang untuk berfikir. Kesan juga
boleh menjadi positif atau negatif.

2.1.4 Ciri ciri Komunikasi Berkesan

Dalam komunikasi ini terdapat tujuh ciri asas yang digunakan untuk menyampaikan maklumat terhadap
dua belah pihak. Antara ciri tersebut yang menjadi asas dalam komunikasi ialah:

a) Sapaan atau salam


Apabila seseorang individu atau diri kita sendiri berjumpa dengan orang lain, kita perlulah
membuat sapaan atau salam yang akan mewujudkan komunikasi di antara dua pihak. Dengan
sapaan dan salam seperti ucapan selamat pagi, dengan secara tidak langsung akan
membolehkan dua belah pihak dapat berkomunikasi. Dalam masa yang sama, proses memberi
dan menerima maklumat juga telah berlaku dengan bermulanya salam dan sapaan terhadap
seseorang.

b) Sikap ikhlas dan jujur dalam diri individu juga akan membentuk komunikasi
Jika diri kita tidak jujur dan ikhlas, maka sesuatu komunikasi mungkin tidak akan terjadi kerana
tiada siapa yang akan mempercayai seseorang individu jika tidak jujur. Jadi untuk melepasi
halangan ini, sifat jujur dan ikhlas seharusnya penting dalam diri setiap individu.

c) Mendengar dengan aktif


Kita perlulah menjadi seorang pendengar yang baik. Bukan setakat itu, kita juga mesti menjadi
pendengar yang aktif supaya apa yang telah diterima akan dapat diaplikasikan dalam diri. Kalau
seseorang individu berkomunikasi dengan orang lain tetapi tidak mendengar dengan aktif, maka
komunikasi itu akan terhalang kerana pihak yang menerima maklumat tidak mengambil
perhatian dan mendengar dengan baik. Ini akan menyebabkan penerima maklumat akan
mendapat maklumat yang kurang jelas kerana tidak mendengar dengan aktif dan juga boleh
menyalah tafsirkan maklumat.

4
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

d) Mengemukakan soalan yang disukai oleh pihak yang lain


Dengan mengemukakan soalan yang disukai, maka komunikasi ini akan menjadi sesuatu yang
lebih menarik. Ia juga akan menjadikan sesuatu perbincangan menjadi lebih bermakna dan
kedua-dua pihak yang sedang berkomunikasi akan memahami maklumat yang diberi dan
diterima daripada kedua-dua belah pihak. Dengan adanya soalan yang dikemukan ini akan
membolehkan sesuatu masalah dapat diselesaikan dengan mudah seterusnya mewujudkan
komunikasi secara tidak langsung dalam kehidupan seharian kita.

e) Senyuman dan mimik muka


Ia juga boleh mewujudkan komunikasi antara dua pihak. Misalnya dengan memberikan
senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain dan menunjukkan
senyuman kepada seseorang akan menunjukkan kita menghormati orang lain. Dengan
menunjukkan mimik muka terhadap seseorang, orang itu akan memahami sesuatu masalah
yang kita hadapi. Jadi dengan keadaan ini, tentu pihak akan menegur dan menanya terhadap
diri kita, maka terjadilah komunikasi dengan langsungnya. Komunikasi juga terjadi kerana
senyuman menjadikan seseorang itu membuat sapaan terhadap diri kita.

2.1.5 Halangan- halangan dalam Komunikasi

1) Halangan Persekitaran - Komunikasi boleh terhalang sekiranya keadaan persekitaran tidak


sesuai atau tidak tenang seperti bunyi bising, panas, jarak, keadaan fizikal yang tidak selesa
atau selamat dan suasana yang tegang.

2) Halangan Sikap Penghantar sikap penghantar adalah penting ketika berinteraksi atau
berkomunikasi. Penghantar yang bersikap negatif akan menghalang kelancaran proses
komunikasi dan memberi kesan kepada penerima mesej.

3) Halangan Sikap Penerima penerima yang mempunyai sikap dan persepsi yang negatif
penghantar dan mesej / maklumat yang dihantar akan menjejaskan keberkesanan komunikasi.

4) Halangan Bahasa penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan latar belakang, status, budaya,
pemahaman, tahap pendidikan penerima mesej serta sebutan kurang jelas akan menjadi satu
halangan komunikasi berkesan.

5
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

2.2 Kemahiran Komunikasi Berkesan dalam Perkhidmatan PRS

Ahli ahli yang dipilih terlibat dengan PRS lazimnya mengikuti latihan asas yang dikendalikan
oleh guru guru kaunseling ataupun jawatankuasa bimbingan latihan yang dibentuk di sekolah. Dalam
latihan ini, ahli ahli PRS akan didedahkan dengan beberapa latihan asas sebagai persediaan bagi
mengendalikan program bimbingan dan kaunseling. Selain itu, terdapat empat perkara yang diberi
tumpuan iaitu latihan asas kendiri remaja, latihan asas komunikasi, asas kaunseling dan isu isu remaja.

Dalam latihan asas kendiri, latihan ini akan didedahkan satu latihan yang berkaitan
kepentingan diri ahli PRS sebagai individu yang akan menjadi role model kepada pelajar lain. Oleh itu,
ahli ahli PRS perlu bersikap positif dan mempunyai sikap bertimbang rasa, beremosi stabil, bersikap
tenang serta mampu menghadapi cabaran.

Selain itu, latihan asas komunikasi juga diberikan kepada ahli ahli PRS. Ini adalah kerana
kemahiran komunikasi penting bagi individu yang ingin membantu menyelesaikan masalah orang lain.
Di samping itu, kemahiran berkomunikasi memudahkan lagi tugas tugas ahli PRS dalam menjalankan
program itu. Setiap ahli PRS tidak dikecualikan juga daripada mempelajari komunikasi berkesan.
Latihan ini menunjukkkan cara cara berkesan untuk berinteraksi dan melayan rakan sebaya dengan
hormat. Ahli ahli PRS juga perlu mahir dalam membuat tafsiran bahasa, sama ada dari segi bahasa
secara lisan ataupun bukan lisan iaitu melalui isyarat, pergerakan badan dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, asas kaunseling juga diberi dalam latihan asas PRS ini. Pengetahuan asas
dalam aspek kaunseling banyak membantu ahli PRS dalam menjalankan tugas mereka. Ciri ciri
sebagai kaunseling perlu ada dalam diri ahli PRS seperti jujur, amanah, penyayang dan menghormati
orang lain perlu ada dalam diri ahli PRS. Di samping itu, ahli PRS juga sewajarnya mampu menjadi
seorang pendengar yang baik dan mampu berpegang kepada etika kerahsiaan. Faktor kerahsiaan sangat
penting bagi ahli ahli PRS bagi memperolehi kepercayaan daripada rakan rakan yang akan dibantu.
Apabila kepercayaan diberi, ia memudahkan ahli PRS menjalankan tugas mereka dengan berkesan.

Berikut adalah perkara yang boleh dilakukan dan perkara yang tidak boleh dilakukan oleh ahli ahli
PRS:

2.2.1 Boleh Dilakukan oleh PRS

Pemudah cara dalam keadaan terbuka, penuh kepercayaan, rasa selesa dan empati.
Menerima rakan dengan terbuka tanpa mengukur atau menghukum.
Mendengar dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum membuat keputusan.
Memberi sokongan dan galakan untuk rakan mengambil langkah positif.
Mematuhi etika kerahsiaan.

6
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi dan bukan semua orang ingin dirinya dibantu.
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah seharian yang biasa.
Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalakkan mereka mencari
penyelesaian sendiri supaya mereka belajar melalui pengalaman.
Merujuk kes-kes yang berat kepada kaunselor dan menjadi penghubung kepada rakan yang
bermasalah untuk bertemu kaunselor atau orang yang lebih arif.
Tidak mengambil kesempatan ke atas rakan yang memerlukan bantuan.

2.2.2 Tidak Boleh Dilakukan oleh PRS

Mengawal, berkhutbah atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.
Membuat kesimpulan awal dan cuba mengubah mereka.
Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian supaya diikut oleh rakan.
Menyelamatkan rakan dengan membuat sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh rakan itu
sendiri.
Bercerita dengan orang lain.
Mengharap semua persoalan dan masalah boleh diatasi dengan segera.
Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi yang mendalam.
Bertindak menyelesaikan masalah rakan.
Menghadapi sendiri masalah rakan yang meruncing sehingga menggangu ketenteraman jiwa.
Menjalankan projek bersendirian dan mengetepikan rakan lain.
Menggunakan kelemahan rakan untuk kepentingan diri.

7
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

3.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian manusia untuk
berhubung antara satu sama lain dan melaksanakan sesuatu tugasan. Ini adalah amat penting bagi
memastikan maklumat yang ingin disampaikan dapat diterima sepenuhnya. Pendekatan yang betul akan
memberi impak yang lebih besar dalam komunikasi berkesan. Komunikasi yang berkesan akan dapat
memelihara serta mengekalkan persahabatan dan perhubungan yang baik diantara fasilitator dan klien.
Selain itu, komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah cara seseorang berfikir, seterusnya
boleh mengubah perilakunya kepada yang dikehendaki. Komunikasi yang berkesan bukan setakat untuk
memberi maklumat tetapi juga untuk bertindak dan berubah kearah yang lebih baik. Kejayaan sesuatu
organisasi atau kepimpinan adalah bergantung kepada pendekatan yang digunakan melalui kemahiran
komunikasi samada baik mahupun tidak. Kemahiran komunikasi berkesan dalam perkhidmatan PRS
amat penting dan ahli- ahli PRS perlu mengikuti latihan asas yang dibentuk di sekolah. Daripada latihan
asas yang dijalankan, ahli PRS akan didedahkan dengan perkara- perkara yang boleh dan tidak boleh
dilakukan ketika sesi kaunseling dijalankan. Jika komunikasi yang digunakan adalah lebih kearah
positif, maka sesebuah organisasi tersebut akan menjadi lebih kuat dan berjaya. Tetapi jika sebaliknya,
maka organisasi yang ditubuhkan tidak dapat bertahan lama. Komunikasi merupakan fitrah yang wujud
dalam setiap diri manusia. Dengan wujudnya komunikasi berkesan ini, dapat membina perasan,
hubungan, kasih sayang, persahabatan, kebencian dan sebagainya.

8
KEMAHIRAN KOMUNIKASI BERKESAN DALAM PRS

RUJUKAN

1. Rathakrishnan Saravanan (2012), Kemahiran Komunikasi, SMK Kubong, Limbang (atas


talian) http://www.slideshare.net/saranusm2005/kemahiran-komunikasi (29 August 2012)
2. Muhammad Nasrullah (2010), Kemahiran Berkesan, Tugasan MAPM 2131 (atas talian)
https://www.academia.edu/8161773/Komunikasi_Berkesan
3. Nor Alwani, S. Dunia Bimbingan dan Kaunseling ( B& K ) (atas talian)
http://noralwanisulaiman.blogspot.my/p/aktiviti.html
4. Salam, T. (2008) Komunikasi Berkesan (atas talian)
https://nota2u.wordpress.com/2008/10/25/komunikasi-berkesan/
5. Nuffnang. (2010) Ciri-ciri Komunikasi Berkesan (atas talian)
http://blogcikguanis.blogspot.my/2010/11/ciri-ciri-komunikasi-berkesan.html
6. Komunikasi dalam organisasi (2013), (atas talian)
http://inspirasiabadi89.blogspot.my/2013/04/komunikasi-dalam-organisasi.html
7. Asas komunikasi (2009), (atas talian) http://www.slideshare.net/kureen/asas-komunikasi

Anda mungkin juga menyukai