Anda di halaman 1dari 3

Sekolah : SK Bukit Lintang

Nama Peserta : Nur Hayatul Emielda Binti Muhammad Zairul

KEBIJAKSANAAN NABI YUSUF A.S

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Terima kasih Pengerusi


Majlis, Panel Hakim, Penjaga Masa serta hadirin sekalian. Nama saya
Nur Hayatul Emielda Binti Muhammad Zairul dari Sekolah kebangsaan
Bukit Lintang. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “ Kebijaksanaan Nabi
Yusuf “.

Nabi Yusuf adalah putera ke tujuh daripada dua belas putera-puteri Nabi
Ya'kub. Baginda dikurniakan Allah rupa yang bagus, paras tampan dan
tubuh yang tegap. Nabi Yusuf merupakan anak kesayangan Nabi Ya'kub
dan menyebabkan saudara-saudaranya yang lain berasa iri hati.

Suatu hari, Nabi Yusuf melihat dalam mimpinya seakan-akan sebelas


bintang, matahari dan bulan yang berada di langit turun dan sujud di
depannya. Nabi Yusuf menceritakan mimpi itu kepada Nabi Ya'kub. Nabi
Ya'kub melarang Nabi Yusuf menceritakan mimpi tersebut kepada
saudaranya yang lain kerana bimbang mereka akan berniat jahat.

Akibat iri hati, saudara Nabi Yusuf merancang untuk meninggalkan Nabi
Yusuf dalam telaga. Perancangan mereka berjaya. Nabi Yusuf yang
ditinggalkan dalam telaga ditemui oleh kafilah yang kemudiannya
bertindak menjual Nabi Yusuf. Nabi Yusuf dibeli oleh al-Aziz, seorang
bangsawan Mesir yang sangat menyayanginya.
Zulaikha, isteri kepada al-Aziz jatuh cinta kepada baginda menyebabkan
dia cuba mengajak Nabi Yusuf berbuat maksiat, namun Nabi Yusuf
menolak. Perbuatan Zulaikha diketahui ramai dan mereka mengejinya.

Kerana malu, Zulaikha mengajak ramai wanita dan memberikan setiap


wanita itu pisau dan buah untuk dikupas. Setelah melihat Yusuf, wanita-
wanita itu terpesona lalu terhiris jari mereka sendiri. Kisah ini tersebar
kepada menteri-menteri dan Nabi Yusuf dimasukkan ke dalam penjara
walaupun baginda tidak bersalah.

Bagi Nabi Yusuf, penjara adalah suatu tempat yang damai di mana di
dalamnya ia mampu menenangkan dirinya dan beribadat kepada Allah
s.w.t. Di dalam penjara, Nabi Yusuf mentafsirkan mimpi dua orang
tahanan dan menjadi nyata. Salah seorang dari mereka dimaafkan dan
kembali bekerja untuk raja.

Pada suatu hari, raja bermimpi melihat tujuh ekor sapi betina yang
gemuk-gemuk dimakan oleh sapi betina yang kurus-kurus dan tujuh butir
gandum hijau disamping tujuh butir yang lain kering. Tiada seorang di
kalangan rakyatnya yang tahu maksud akan mimpi raja itu. Orang yang
dikeluarkan dari penjara itu memaklumkan kepada raja bahawa Nabi
Yusuf pandai mentafsir mimpi.

Nabi Yusuf menjelaskan kepada utusan raja bahawa negeri Mesir akan
mengalami masa-masa yang subur selama tujuh tahun di mana saat itu
tanaman-tanaman akan tumbuh segar. Orang-orang Mesir hendaklah
memanfaatkan musim subur ini kerana setelah itu akan disusul dengan
tujuh tahun musim kemarau dan tanaman-tanaman tidak menjadi.
Kecerdasan Nabi Yusuf menyebabkan baginda dilantik sebagai wakil
raja.

Tafsiran mimpi Nabi Yusuf pun menjadi kenyataan. Kerana kemarau


panjang, ramai rakyat yang mengunjungi istana Mesir untuk
mendapatkan makanan antaranya ialah saudara Nabi Yusuf yang
membuang baginda ke telaga. Dengan kebijaksanaan Nabi Yusuf,
mereka sekeluarga bertemu kembali.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai