Anda di halaman 1dari 44

MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

1
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK M/S


1. Sebab permainan tradisional kini semakin dilupakan dan usaha menghidupkan 3
permainan tradisional.
2. Program Inap Desa dan usaha lain yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa 5
sektor pelancongan.
3. Sebab warisan budaya semakin terhakis dan langkah yang boleh dibuat bagi 7
memelihara seni warisan budaya dari terhakis.
4. Kes penderaan masih sukar dibendung dan penderaan boleh memberi kesan 9
kepada mangsa dan negara.
5. Sebab yang mendorong individu lari dari rumah usaha ibu bapa untuk 11
menghindari anak-anak terlibat dalam gejala lari dari rumah.
6. Cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kurang upaya untuk mendapat 13
pekerjaan dan usaha yang boleh dilakukan oleh golongan OKU supaya dapat
membina kerjaya seperti manusia normal.
7. Kelebihan pengiktirafan tapak warisan dunia dan cabaran dalam usaha 15
mengekalkan status tapak warisan dunia.
8. Kesan jenayah kepada rakyat dan negara 17
9. Rasional perlaksanaan program kitar semula dan kesan kepada alam sekitar jika 19
proses kitar semula gagal dilaksanakan.
10. Langkah untuk menggalakkan pembangunan secara konsep lestari. 21
11. Faktor menuntut hak asasi dan kebebasan diri dan faktor perlu disekat hak asasi 23
dan kebebasan diri.
12. Kesan positif dan negatif aplikasi gajet komunikasi elektronik kepada 25
kehidupan sosial masyarakat Malaysia.
13. Halangan yang wujud untuk mencapai perpaduan dan usaha memupuk 27
perpaduan.
14. Jenayah siber sukar dibanteras dan cara mengatasi jenayah siber. 29
15. Kepentingan semangat kejiranan dan faktor semangat dan amalan tradisi ini 31
semakin luntur.
16. Usaha dengan penglibatan semua pihak dalam mengatasi masalah remaja 33
17. Manfaat dan kesan negatif globalisasi 35
18. Persediaan firma dan pengusaha tempatan menghadapi globalisasi 37
19. Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani penularan 39
penyakit dari pekerja asing
20. Amalan rasuah boleh memberi kesan kepada pembangunan negara dan usaha 41
mengatasinya.
21. Kepentingan perpaduan dalam pembangunan negara 43

2
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 1:Permainan Tradisional kini semakin dilupakan. Semua pihak harus berusaha
untuk‘menghidupkan’semula warisan ini. Bincangkan. (Emilia Anak Edwin)

Permainan tradisional seperti congkak kurang dimainkan oleh masyarakat. Semua


pihak harus berusaha untuk menghidupkan semula permainan tradisi ini.

Sebab permainan tradisional kini semakin dilupakan adalah disebabkan


perkembangan permainan elektronik.Aplikasi teknologi komunikasi seperti komputer riba
dan telefon pintar ternyata menghakis keinginan untuk mendekati permainan tradisional.
Gajet elektronik telah menjadi pilihan kerana dianggap lebih menarik dan menyeronokkan.
Semua keseronokkan berada di hujung jari yang dapat diperolehi daripada internet.Ibu bapa
turut menjadi punca masalah ini kerana lebih menggalakkan anak-anak menggunakan gajet
elektronik.

Sebab permainan tradisional kini semakin dilupakan adalah disebabkan kurang


galakkan ibu bapa.Ibu bapa kini tidak memberi pendedahan kepada anak-anak kerana
terlalu sibuk bekerja.Selain itu,ibu bapa kini dilihat lebih mengutamakan pendidikan dan
keperluan moden.Permainan tradisional dianggap membazir masa dan tidak ‘demanding’.
Penumpuan lebih diberikan kepada sukan yang lebih popular seperti bola sepak.

Seterusnya, permainan tradisional kini semakin dilupakan adalah disebabkan aktiviti


kemasyarakatan tidak menonjolkan permainan tradisional.Penganjur pesta dan karnival
sukan dilihat tidak memperkenalkan permainan tradisional kerana dianggap kurang menarik.
Selain itu,pelopor sukan tradisional banyak yang sudah meninggal dunia dan tua.Kos untuk
memperkenalkan permainan tradisional juga tinggi sebab memerlukan kepakaran orang
tertentu.Syarikat besar juga tidak berminat untuk menaja festival ini kerana tidak memberi
pulangan lumayan.

Usaha menghidupkan permainan tradisional yang boleh dibuat adalah dengan


menginstitusikan permainan tradisional.Perkara ini boleh dibuat dengan memberi
pengiktirafan kepada permainan tradisional di Sukan Sea dan Sukan Asia.Seterusnya,
memberi status ikon negara kepada permainan tradisional dan memasukkan program
permainan tradisional ke dalam kalendar pelancongan negara juga boleh menjayakan usaha
ini.Misalnya, mengadakan pertandingan wau di peringkat kebangsaan seperti di Terengganu.
Program inap desa juga mampu memperkenalkan permainan tradisional kepada pelancong
dan orang ramai.

3
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Usaha menghidupkan permainan tradisional seterusnya adalah dengan menjadikan


permainan tradsional sebagai silibus penting dalam pendidikan kokurikulum.
Menjadikan permainan tradisional sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan mampu
menghidupkan permainan tradisional.Permainan tradisional harus dipupuk sejak peringkat
tadika ke peringkat pengajian tinggi.Guru harus bertanggungjawab untuk menerapkan
permainan tradisional.Permainan tradisonal juga wajar dijadikan agenda penting dalam
pencapaian pelajar dalam kokurikulum.

Kesimpulannya,permainan tradisional melambangkan indentiti sesuatu bangsa.


Justeru, semua pihak harus bekerjasama dalam menjayakan usaha menghidupkan permainan
tradisional agar dikenali generasi pada masa hadapan .

4
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 2 : Program inap desa merupakan aktiviti yang dilaksanakan dalam usaha
melonjak sektor pelancongan negara. Selain usaha ini, terdapat juga usaha-usaha lain
yang dilaksanakan bagi memperkasa sektor tersebut. Bincangkan. (Tirza Long Ak
Ricky)

Program Inap Desa menyumbang sumber pendapatan yang tinggi kepada negara.
Selain itu, terdapat aspek lain yang boleh diberi perhatian untuk melonjak sektor pelancongan
negara.

Program Inap Desa mampu melonjak sektor pelancongan negara.Program ini


mempunyai pakej yang mampu menarik pelancong tempatan dan luar negara berikutan
penglibatan penduduk tempatan dalam setiap aktiviti pelancong.Penglibatan ini mampu
memeriahkan persekitaran inap desa.Program Inap Desa ini kebiasaannya membudayakan
kehidupan dan suasana hidup ala kampungan kepada masyarakat luar.Misalnya,program Inap
Desa di Rantau Kemeding,Sarawak memaparkan tarian kebudayaan seperti Tarian Ngajat
kepada pelancong.

Usaha lain yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa sektor pelancongan adalah
memperlengkap kemudahan pengangkutan.Kemudahan pengangkutan yang lengkap akan
memudahkan pelancong untuk pergi ke destinasi yang ingin ditujui.Selain itu,pelancong akan
berasa lebih selesa ketika bercuti.Syarikat pelancongan juga boleh menambah kemudahan bot
dan feri bagi menarik pelancong.Misalnya,dengan menambah kemudahan bot dan feri di
Pulau Langkawi dan Pulau Tioman.

Usaha lain yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa sektor pelancongan adalah
menyediakan kemudahan penginapan.Penyediaan hotel,Chalet,tandas,pengangkutan,
bekalan air dan elektrik adalah penting bagi menarik pelancong.Usaha memperbanyak
pembinaan hotel lima bintang dan mengenakan kadar bayaran berpatutan mampu menarik
perhatian pelancong.Misalnya,Hotel Seri Malaysia yang mana memperkenalkan pakej
penginapan murah berserta makanan tradisional tempatan.Kemudahan memuaskan akan
menyebabkan jumlah pelancong asing yang akan kembali semula ke Malaysia bertambah.

Usaha lain yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa sektor pelancongan adalah
menyediakan kemudahan maklumat yang mencukupi.Promosi tentang destinasi
pelancongan yang menarik dan karnival jualan harus dilaksanakan dengan giat bagi menarik
perhatian pelancong.Misalnya,dengan melakukan penghebahan maklumat di radio, televisyen

5
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

dan internet amat penting dalam memberi maklumat kepada pelancong.Bukan itu sahaja kita
juga boleh menjalankan iklan untuk mempromosi Malaysia di luar negara.Sebagai tarikan
kepada pelancong,acara kebudayaan daripada pelbagai kaum juga boleh dipersembahkan.

Usaha lain yang boleh dilaksanakan bagi memperkasa sektor pelancongan adalah
dengan memantapkan pengajian pelancongan di pusat pengajian tinggi.Kursus yang
relevan perlu ditawarkan untuk pakej domestik dan antarabangsa.Misalnya,pihak universiti
swasta dan awam harus menawarkan kursus yang relevan dengan permintaan pakej
pelancongan.Pihak universiti juga harus mempelbagaikan disiplin pelancongan secara teori
dan praktikal.Misalnya,dengan memberi pendedahan kepada pelajar dengan kemahiran
berkomunikasi dengan pelancong di lapangan.

Kesimpulannya,semua pihak khususnya pihak kerajaan harus lebih serius dalam


memantapkan lagi industri pelancongan negara agar industri ini dapat terus menyumbang
pulangan lumayan kepada negara dan rakyat.

6
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 3 : Warisan budaya tempatan amat penting kerana mempunyai nilai budaya
yang tinggi. Walau bagaimanapun, unsur ini mula terhakis oleh proses pemodenan dan
perlu ditangani segera. Bincangkan. (Camelia)

Warisan budaya tempatan kini dapat dilihat semakin ditelan zaman disebabkan oleh
arus pemodenan.Oleh itu,semua pihak perlulah berganding bahu untuk menangani masalah
ini.

Sebab warisan budaya semakin terhakis adalah disebabkan permainan teknologi


maklumat lebih memikat.Pelbagai program permainan elekronik dapat dimuat turun
daripada internet.Misalnya,Clash of Clans dan Fifa 17 yang ternyata memberi kesan audio
visual lebih memikat.Sebaliknya congkak dikatakan membosankan dan tidak mencabar.
Begitu juga dengan wau dan gasing yang memakan masa dan memerlukan kemahiran
menyediakannya berbanding permainan elektronik.

Sebab warisan budaya semakin terhakis adalah disebabkan masyarakat kini yang
terlalu sibuk dengan pekerjaan.Selepas bekerja,masyarakat kini dilihat tiada masa terluang
untuk aktiviti seni tradisional yang perlukan kemahiran.Usaha menghasilkan tenunan kain songket
dan lukisan batik memakan masa.Aktiviti permainan gasing dan wau juga mengambil masa panjang
dan memerlukan bahan mentah tertentu untuk menghasilkannya.Oleh itu,majoriti masyarakat kini
memberi alasan hiburan tradisional tidak serasi dengan kesibukan pada masa kini.

Sebab warisan budaya semakin terhakis adalah disebabkan kekurangan pusat


latihan yang mengajar seni warisan dan budaya.Tanpa latihan khusus, bakat yang
berpotensi tidak dapat diasah.Mereka yang berminat juga sukar mendapat peluang.Pusat
perkembangan seni budaya tradisional amat terhad kerana dianggap tidak menguntungkan oleh pihak
swasta dan hanya ditaja oleh kerajaan dalam kuantiti yang terhad.Akibatnya ramai rakyat Malaysia
yang berminat tidak dapat latihan.

Langkah yang boleh dibuat bagi memelihara seni warisan budaya dari terhakis adalah dengan
mewujudkan pasaran yang lebih luas kepada bidang kraftangan.Kerajaan harus membantu
pengusaha perusahaan tradsional dengan menubuhkan pusat-pusat perusahaan kraftangan terutamanya
di pusat-pusat pelancongan.Kerajaan dilihat berusaha memasarkan hasil kraftangan di luar negeri
terutamanya di Eropah dan Amerika Syarikat.Misalnya,membuka pusat penerangan di luar negara
melalui pejabat kedutaan Malaysia mampu memelihara seni warisan dan budaya.

Langkah yang boleh dibuat bagi memelihara seni warisan budaya dari terhakis adalah dengan
menyediakan pusat-pusat kemahiran.Kerajaan telah menubuhkan pusat-pusat kemahiran

7
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

kraftangan kepada mereka yang berminat terutamanya belia-belia lepasan sekolah menengah.
Misalnya,penubuhan Institut Kraf Negara (IKN) dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia (PKKM) di setiap negeri.Belia-belia lepasan sekolah ini akan diajar cara-cara
membuat hasil kraftangan, cara pemasaran, dan menyediakan modal untuk mereka membuka
perniagaan sendiri.

Kesimpulannya,perusahaan kraftangan harus diteruskan sebagai indentiti bangsa


Malaysia agar dapat membantu generasi baru mengenal warisan mereka.

8
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 4 : Kes penderaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita sukar dibendung.
Fenomena ini telah memberi kesan yang nyata kepada mangsa dan keluarga. Bincangkan.
(Augustine)

Belakangan ini kes penderaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat masih sukar
dibendung.Fenomena ini telah memberi kesan yang nyata kepada mangsa dan keluarga.

Kes penderaan masih sukar dibendung kerana mangsa takut untuk melaporkan kes
dera.Kebanyakan mangsa dera adalah golongan yang lemah dan golongan muda.Mereka mungkin
takut dan malu untuk melaporkan mereka didera.Pelaku yang kebanyakannya terdiri daripada ahli
keluarga juga bertindak kejam dan ganas terhadap mangsa malahan ada di antara mereka yang
diugut.Takut dengan ugutan dan bimbang maruah keluarga tercemar menyebabkan mereka tidak
melaporkan penderaan yang berlaku.

Kes penderaan masih sukar dibendung kerana pelaku menanggung sara hidup mangsa.
Pelaku atau orang yang mendera merupakan individu yang lebih dewasa dan mempunyai kuasa ke
atas mangsa.Kebanyakkan pendera adalah ketua keluarga dan menyara hidup mangsa.Mangsa dera
sukar untuk melaporkan kes kerana memikirkan tanggungan akan terhenti apabila pendera dikenakan
tindakan mahkamah.Mangsa atau ahi keluarga lain juga beranggapan hidup akan lebih sukar apabila
pendera dipenjara.

Kes penderaan masih sukar dibendung kerana sikap masyarakat yang tidak cakna.Gaya
hidup zaman moden yang kurang berinteraksi dan mengambil peduli masalah jiran tertangga
menyukarkan usaha menangani kes dera.Walaupun mengetahui wujud penderaan, kebanyakan mereka
tidak mengambil sebarang tindakan.Masyarakat kini menganggap apa yang berlaku adalah masalah
orang lain.Sikap anggota masyarakat sebegini akan menjarakkan hubungan kejiranan dan penularan
kes pederaan.

Penderaan boleh memberi kesan kepada mangsa sehingga menjadi trauma.Mangsa


penderaan mungkin akan mengalami gangguan emosi sehingga takut untuk berhadapan dengan
masyarakat.Mangsa dera juga mungkin akan bertindak dengan agresif dengan mendera orang lain di
masa hadapan.Mangsa dera juga akan sentiasa dalam ketakutan dan mengalami igauan ngeri sehingga
boleh menghantui perasaan dan pemikiran mangsa.Trauma yang ketertaluan juga boleh
mempengaruhi mangsa untuk membunuh diri atau mengalami tekanan jiwa.

Penderaan boleh memberi kesan sehingga mewujudkan krisis kekeluargaan. Kes penderaan
yang berlaku dalam keluarga akan mewujudkan pertelingkahan dan krisis rumah tangga.Hubungan
mangsa dan pendera juga tidak mesra seperti sebelum kes dan ahli keluarga lain juga akan memulau
pendera.Hubungan yang renggang ini akan menimbulkan suasana tidak harmonis dalam keluarga

9
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

berkenaan.Kewujudan perasaan syak dan tidak percaya ahli keluarga kepada pelaku dera juga akan
sentiasa berlaku.

Kesimpulannya, kes penderaan yang berlaku dalam kalangan masyarakat perlu dibendung
agar institusi keluarga dan modal insan masa hadapan negara dapat hidup dalam suasana positif.

10
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 5 : Kes kehilangan ahli keluarga dalam kalangan masyarakat di negara kita
sering berlaku. Kebanyakan punca kehilangan disebabkan individu lari dari rumah.
Bincangkan sebab-sebab yang mendorong individu lari dari rumah dan usaha-usaha
yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk menghindari anak-anak terlibat dalam
gejala ini.(Gloria Julin)

Kes hilang kerana diculik menjadi viral di kebanyakan laman sosial. Walau
bagaimanapun terdapat mangsa hilang dari rumah atas pelbagai sebab .

Sebab yang mendorong individu lari dari rumah adalah kerana lari dari kemiskinan.
Kebiasaannya berlaku kepada golongan yang tidak dapat hidup dalam keadaan serba
kekurangan.Keinginan tersebut menyebabkan mereka berasa tertekan dan malu kepada jiran
atau rakan yang menyebabkan mereka lari dari rumah.Selain itu, ada individu yang tidak
dapat menerima hakikat bahawa mereka miskin.Kewujudan keinginan untuk hidup senang
akan mendorong individu lari dari rumah untuk memulakan hidup baru.

Sebab yang mendorong individu lari dari rumah adalah kerana krisis keluarga.
Berlaku kes apabila mangsa tidak boleh tinggal bersama-sama ahli keluarga kerana malu,
dendam, tidak puas hati atau kecewa akibat selalu didera.Selain itu,wujud perbalahan atau
perselisihan faham yang juga mendorong seseorang keluar rumah.Contohnya,Ibu bapa yang
sentiasa marah dan hubungan tegang antara ahli keluarga kerana terlibat dalam penceraian
mendorong anak-anak lari dari rumah.

Sebab yang mendorong individu lari dari rumah adalah lari mengikut kekasih atau
rakan.Kes lari mengikut kekasih atau rakan sering mendapat perhatian masyarakat.
Kebanyakan gadis remaja mungkin terpengaruh dengan pujuk rayu dan janji manis kekasih
yang menjanjikan hidup yang lebih bahagia.Keinginan yang melampau untuk berkahwin atau
ingin bersama dengan orang lain akan mempengaruhi seseorang lari dari rumah.

Usaha ibu bapa untuk menghindari anak-anak terlibat dalam gejala lari dari rumah
adalah dengan menjadi teladan kepada ahli keluarga.Setiap ibu bapa mesti mempunyai
perilaku dan akhlak yang tinggi.Perilaku baik dari ibu bapa akan mempengaruhi kehidupan
keluarga kepada kebaikan.Ibu bapa juga boleh menjadi role model kepada anak-anak dengan
mengamalkan nilai-nilai murni dalam hidup.Misalnya,tidak mengambil jalan singkat dalam
berhadapan dengan masalah.

11
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Usaha ibu bapa untuk menghindari anak-anak terlibat dalam gejala lari dari rumah
adalah dengan membuat kawalan sosial terhadap anak-anak.Ibu bapa mesti mengawal
pergerakan dan tingkah laku sosial anak-anak.Mereka harus tahu mengenai rakan pergaulan
dan aktiviti anak-anak agar dapat mencegah perkara tidak diingini berlaku.Melayan rakan
anak-anak dengan hormat dan menjemput mereka ke rumah dapat mengatasi masalah ini.
Tindakan ini akan menyebabkan mereka lebih hormat pada ibu bapa rakan mereka dan juga
mungkin malu untuk mempengaruhi rakan mereka melakukan perkara tidak elok.

Kesimpulannya,semua pihak khususnya ibu bapa harus serius dalam menangani isu
ini agar dapat mengelakkan perkara tidak diingini berlaku kepada anak-anak yang lari
daripada rumah .

12
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 6 :Orang Kurang Upaya atau Orang Kelainan Upaya (OKU) masih menghadapi
pelbagai cabaran untuk mendapat pekerjaan. Beberapa usaha boleh dilakukan oleh
golongan ini supaya dapat membina kerjaya seperti manusia normal. Bincangkan. (Nur
Ilya Shafiqa)

Orang kurang upaya sudah mendapat pembelaan dan diberi kemudahan untuk berjaya
dalam hidup. Namun masih wujud cabaran yang terpaksa dihadapi oleh golongan ini dalam
mendapatkan pekerjaan

Cabaran yang dihadapi oleh golongan orang kurang upaya untuk mendapat pekerjaan
adalah dari segi sikap negatif majikan. Pihak majikan mungkin menganggap golongan OKU
tidak boleh berdikari dan perlu sokongan orang lain.Mereka merasakan golongan OKU ini
kurang produktif kerana kecacatan mereka.Proses operasi kerja juga mungkin perlahan
disebabkan kekurangan yang ada.Para majikan mungkin beranggapan tindak balas yang
lambat akan menghalang proses kerja mereka.

Tanggapan masyarakat yang negatif juga merupakan antara cabaran yang dihadapi
golongan orang kurang upaya (OKU) untuk mendapat pekerjaan.Masyarakat mempunyai
tanggapan yang tidak baik terhadap golongan OKU.Mereka dianggap tidak dapat
bekerjasama dengan golongan normal.Banyak di antara mereka meminggirkan diri dan tidak
berani bercampur dengan golongan normal.Mereka dipandang rendah oleh golongan normal
dan ada dalam kalangan mereka mempunyai perasaan rendah diri.

Sikap ahli keluarga yang terlalu melindungi juga merupakan cabaran untuk
golongan OKU mendapat pekerjaan.Ahli keluarga OKU mungkin terlalu mengongkong dan
tidak yakin mereka akan dapat bekerja.Mereka mengurus OKU tanpa mendidik mereka untuk
berdikari sehingga mereka langsung tidak mampu untuk membuat sebarang pekerjaan.Ahli
keluarga juga kurang yakin majikan dan masyarakat dapat menerima OKU seperti pekerja
normal.

Usaha yang boleh dilakukan oleh golongan OKU supaya dapat membina kerjaya
seperti manusia normal adalah dengan menyesuaikan diri dengan persekitaran
kerja.Golongan OKU perlu belajar dan bekerja pada peringkat rendah dan mudah.Mereka
harus membina pemikiran positif untuk berjaya walaupun menerima tomahan dan gaji yang
rendah.Mereka harus menunjukkan kelebihan luar biasa berbanding dengan orang

13
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

normal.Jika semua perkara ini dilakukan mungkin dapat mengubah perspektif negatif
masyarakat.

Usaha yang boleh dilakukan oleh golongan OKU supaya dapat membina kerjaya
seperti manusia normal adalah dengan membina daya upaya dan tahap motivasi yang
tinggi.OKU harus memiliki minda dan emosi yang mantap.Mereka harus mempunyai sikap
tidak mudah mengalah.Semua kekurangan harus diketepikan dan mereka harus belajar
membina semangat kental.Golongan OKU harus mempunyai kata-kata semangat untuk
motivasi diri seperti ‘ orang lain boleh aku pun boleh’.

Kesimpulannya,masalah golongan OKU mesti ditangani secara bersama dengan


membantu meningkatkan taraf hidup OKU agar OKU dapat hidup dengan baik seperti
golongan normal yang lain.

14
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 7 : Beberapa lokasi pelancongan dan peninggalan zaman penjajah telah diiktiraf
sebagai Tapak Warisan Dunia.Pengiktirafan ini merupakan suatu kelebihan kepada
rakyat dan Negara. Walau bagaimanapun, kerajaan juga menghadapi cabaran dalam
usaha mengekalkan status tersebut. Ulaskan. (Carlson Steve)

Tapak warisan dunia merujuk kepada tempat yang mempunyai ciri budaya atau fizikal
yang unik dan diiktiraf oleh Program Warisan Dunia UNESCO.Banyak manfaat yang
diperolehi negara melalui pengiktirafan ini namun untuk mengekalkannya Malaysia berdepan
dengan pelbagai cabaran.

Kelebihan pengiktirafan tapak warisan dunia ialah dapat melonjak sektor


pelancongan.Pengiktirafan ini dapat menjadi pemangkin kepada sektor pelancongan dan
penyelidikan.Misalnya,Taman Negara Kinabalu yang terkenal dengan bunga Rafflesia
menjadi tarikan kepada pelancong dan penyelidik dari seluruh dunia.Tapak warisan dunia
yang diiktiraf di Malaysia mengamalkan konsep ekopelancongan.Misalnya, konsep
ekopelancongan di Taman Negara Mulu kerana dibangunkan berasaskan landskap alam
semula jadi.

Kelebihan pengiktirafan tapak warisan dunia seterusnya ialah meningkatkan


kecekapan perkhidmatan tadbir urus.Pengiktirafan ini dapat menaikkan imej tadbir urus
negara melalui kejayaan pengendalian tapak warisan dunia.Misalnya, konsep pelancongan
bandar di Bandar Bersejarah Melaka mendapat pujian dari pelancong dari segi pengurusan
infrastruktur. Pengiktirafan ini dapat membantu tadbir urus negara membina imej yang
mantap.

Kelebihan pengiktirafan tapak warisan dunia berikutnya ialah meningkatkan


pendapatan negara.Perkembangan dalam sektor pelancongan menyumbang dana yang besar
dalam usaha menonjolkan landskap Tapak Warisan Negara.Misalnya, kedatangan pelancong
dan penyelidik luar negara ke Malaysia akan menggalakkan sistem kadar tukaran wang asing
ke Malaysia.Selain itu, dapat membantu Malaysia memperoleh pendapatan lumayan.
Misalnya,pendapatan tersebut boleh diperolehi melalui sektor perkhidmatan dan sokongan
seperti pengangkutan dan perhotelan.

Cabaran dalam usaha mengekalkan status tapak warisan dunia ialah perlu ada
kawalan ketika membuat pembangunan di kawasan yang diiktiraf sebagai tapak

15
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

warisan dunia.Kerajaan perlu merangka pelan pembangunan bandar yang terancang untuk
mengelak berlaku kerosakan.Contohnya, di Taman Negara Mulu perlu dikawal pembangunan
agar tidak memusnahkan kawasan ekologi semula jadi.Penstrukturan pembandaran perlu
mengambil kira nilai-nilai sejarah.Misalnya,pemantauan pihak berwajib ketika pembangunan
dibuat di Georgetown, Pulau Pinang.

Cabaran dalam usaha mengekalkan status tapak warisan dunia seterusnya ialah kos
dan kepakaran penyelenggaraan.Penyelenggaraan tapak warisan dunia memerlukan dana
yang besar.Dana ini diperlukan untuk menggaji pakar yang mempunyai kepakaran yang
berkaitan.Penyelenggaraan tapak warisan dunia memerlukan penglibatan institusi pengajian
tinggi.Misalnya,universiti tempatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang arkeologi
boleh membantu memelihara tapak warisan dunia seperti di Lenggong, Perak yang terkenal
dengan “Perak Man”.

Kesimpulannya,pihak kerajaan harus serius dalam melaksanakan perancangan dalam


memelihara tapak warisan dunia ini agar manfaat yang diperolehi dapat membantu
membangunkan negara Malaysia.

16
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 8 : Malaysia semakin hampir untuk merealisasikan negara berpendapatan


tinggi yang berkembang pesat dalam semua bidang. Dalam proses tersebut, masih
wujud pelbagai kes jenayah yang memberi kesan kepada rakyat dan negara. Ulaskan.
(Zaid)

Kes jenayah seperti jenayah indeks dan bukan indeks masih wujud walaupun negara
Malaysia makin membangun.Kewujudan kes jenayah ini telah memberi kesan kepada rakyat
dan negara .

Kesan jenayah kepada rakyat ialah menjatuhkan maruah diri.Individu yang terlibat
akan menerima tomahan daripada pelbagai pihak.Contohnya,bekas menteri Besar Selangor
Khir Toyo menerima pelbagai tomahan di atas jenayah pecah amanah yang
dilakukannya.Individu yang terlibat juga akan menjalani kehidupan yang
sukar.Misalnya,individu terbabit akan disisih, resah, sentiasa dalam buruan polis dan
memalukan keluarga.

Kesan jenayah kepada rakyat berikutnya ialah meningkatkan kos keselamatan


premis dan kediaman.Aktiviti jenayah melibatkan rompakan dan pecah amanah akan
meningkatkan kos menyediakan gajet sekuriti.Misalnya,gajet sekuriti seperti alat penggera
dan kamera CCTV.Kegiatan jenayah siber juga meningkatkan kos menyelengara sistem dan
keselamatan perisian.Misalnya,pihak terlibat terpaksa menggajikan sekuriti dalam bidang
siber sebagai langkah keselamatan yang memerlukan kos yang tinggi.

Kesan jenayah kepada negara ialah meningkatkan kos dan perbelanjaan


awam.Kerajaan terpaksa menyediakan plan sekuriti yang melibatkan perbelanjaan
tinggi.Dana awam digunakan untuk menjaga keselamatan persisir laut seperti di Pulau
Sipadan.Pemantauan dan pemeriksaan yang kerap di setiap lokasi jenayah akan
meningkatkan kos.Misalnya, pihak berwajib membina gajet keselamatan di kawasan bandar
utama seperti pemasangan kamera CCTV di laluan pejalan kaki untuk mengelak aktiviti
ragut.

Kesan jenayah kepada negara seterusnya ialah menjejaskan keselamatan rakyat


.Jenayah yang melibatkan kekejaman dan kemusnahan akan mengancam keselamatan rakyat
dan negara.Contohnya,jenayah siber akan menjejaskan sekuriti negara apabila berlaku
penggodaman pengkalan data yang menyebabkan kecurian maklumat sulit.Dasar keselamatan
nasional akan tergugat apabila jenayah berleluasa.Misalnya, penyeludupan yang berlaku di

17
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Bukit Kayu Hitam dalam kalangan penguatkuasa seperti kastam dan polis boleh mengancam
keselamatan rakyat.

Kesan jenayah kepada negara berikutnya ialah menjejaskan imej negara.Kes


jenayah memberi gambaran negatif kepada masyarakat dan negara.Misalnya,jenayah
penyeludupan manusia yang berlaku di Wang Kelian, Perlis ternyata memberi gambaran
negatif kepada penguatkuasa tempatan yang mengawal sempadan.Gambaran ini juga
memberi kesan kepada politik dan ekonomi negara.Misalnya, banyak pelabur asing yang
bertindak menarik pelaburan mereka kerana tidak percaya dengan penguatkuasa tempatan.

Kesimpulannya,jenayah indeks dan bukan indeks ternyata memberi kesan yang buruk
kepada imej Malaysia. Justeru, semua pihak khususnya pihak kerajaan harus bekerjasama
bagi membendung jenayah yang berlaku di Malaysia agar kedaulatan di Malaysia akan terus
terpelihara.

18
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 9 : Amalan mengitar semula sisa buangan merupakan suatu pendekatan baharu
untuk memelihara alam sekitar. Huraikan rasional amalan mengitar semula dan kesan
kepada alam sekitar sekiranya amalan ini gagal dilaksanakan . Bincangkan. (Rosalind)

Kitar semula ini rasional dilaksanakan berikutan pembangunan yang rancak dalam
industri pemakanan itu sendiri .Jika perkara ini tidak dirancang dengan teliti mungkin akan
memberi kesan yang buruk kepada negara.

Rasional perlaksanaan program kitar semula ialah perkembangan dalam


penghasilan produk.Teknologi pembungkusan makanan meningkatkan jumlah sisa buangan
domestik.Misalnya, penggunaan plastik dalam pembungkusan makanan.Penghasilan produk
juga banyak menggunakan bahan pembungkusan yang bersifat tahan lama agar produk tidak
mudah rosak.Misalnya, polystrin merupakan bahan tidak biodegrasi yang mengambil masa
untuk mereput.

Rasional perlaksanaan program kitar semula seterusnya ialah peningkatan


pendapatan penduduk.Peningkatan pendapatan pengguna membolehkan pengguna
mempunyai kuasa beli yang besar.Pengguna yang mempunyai kuasa beli yang besar
kebiasaannya akan membeli barang dalam kuantiti yang banyak mengakibatkan sisa juga
bertambah.Perkembangan industri makanan juga menggalakkan pembuangan sisa
pepejal.Misalnya, pengusaha makanan seperti ‘AYAMAS’ yang terpaksa menghasilkan
produk yang banyak bagi memenuhi permintaan pengguna.

Rasional perlaksanaan program kitar semula berikutnya ialah kerana pertambahan


penduduk . Jumlah kelahiran yang tinggi akan meningkatkan lagi kadar pembuangan sisa
pepejal.Misalnya,saiz isi rumah yang besar sudah semestinya akan menggunakan barang
dalam kuantiti yang banyak.Status sosial turut mempengaruhi peningkatan penjanaan sisa
pepejal.Misalnya,status sosial yang baik membolehkan mereka membeli barangan dalam
kuantiti yang banyak seperti kawasan berkos tinggi di Putrajaya.

Kesan kepada alam sekitar jika proses kitar semula gagal dilaksanakan ialah akan
berlakunya proses air larut resap dan pelepasan gas metana di tapak pelupusan.Proses
air larut resap akan berlaku jika proses kitar semula tidak berjaya dilaksanakan.Misalnya,
pembuangan sampah secara konvesional di tapak pelupusan boleh menyebabkan berlakunya
proses larut resap air.Pelepasan gas metana di tempat pelupusan sampah mungkin berlaku

19
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

jika proses kitar semula gagal dilaksanakan. Misalnya, longgokan sisa buangan di merata
tempat boleh mengeluarkan gas metana.

Kesan kepada alam sekitar jika proses kitar semula gagal dilaksanakan ialah
menyebabkan kemusnahan sumber alam.Permintaan terhadap bahan seperti kayu yang
diproses menjadi kertas boleh menjejaskan sumber alam.Misalnya,banyak pokok yang
ditebang tanpa kawalan boleh menjejaskan kitaran hidro.Pembuangan sisa sampah secara
berleluasa turut menyumbang kepada kemusnahan sumber alam.Misalnya, pembuangan
sampah di sungai boleh menyebabkan banjir lumpur akibat aliran air yang tersekat.

Kesimpulannya, semua pihak khususnya kerajaan Malaysia harus serius dalam


memperkenalkan kitar semula kepada masyarakat Malaysia agar negara Malaysia dapat
menjadi sebuah negara yang bersih.

20
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 10 : Pembangunan fizikal dan aktiviti pertanian perlu ditangani dengan


mengamalkan konsep lestari bagi memastikan fungsi alam sekitar dapat dimanfaatkan.
Jelaskan. (Mavriel)

Pembangunan fizikal dan pertanian lestari merupakan satu konsep pembangunan


mapan yang tidak mencemarkan alam sekitar.Banyak langkah boleh dibuat dalam
menggalakkan pembangunan fizikal dan pertanian secara konsep lestari.

Langkah untuk menggalakkan pembangunan secara konsep lestari ialah dengan


mengekalkan kualiti air bersih.Pembangunan lestari dapat mengurangkan pencemaran air
daripada sisa domestik.Perkara ini boleh berjaya melalui penguatkuasaan akta alam sekitar
terhadap pengguna yang membuang sisa di sungai. Program pendidikan dan kesedaran boleh
dilaksanakan bagi menjayakan konsep pembangunan lestari.Misalnya, dengan mengadakan
program pendidikan dan kesedaran seperti Cintailah Sungai Kita.

Langkah untuk menggalakkan pembangunan secara konsep lestari ialah dengan


membangunkan ekopelancongan secara mampan.Pembangunan ekopelancongan secara
mampan dapat mengurangkan pembangunan yang menjejaskan lanskap kawasan
hutan.Perkara ini boleh dibuat jika pihak berkuasa menguatkuasakan peraturan pengendalian
ekopelancongan di kawasan hutan lipur.Seterusnya, meningkatkan kesedaran orang ramai
terhadap kepentingan alam sekitar semasa membangunkan sektor ekopelancongan.Perkara
yang boleh dibuat ialah dengan melaksanakan pendidikan pengguna di media massa.

Langkah untuk menggalakkan pembangunan secara konsep lestari ialah dengan


membangunkan ekopengangkutan dan tenaga bakar dengan serius.Penggunaan
kenderaan yang sesuai dengan penggunaan bahan bakar alternatif boleh dijadikan sebagai
satu pilihan yang baik untuk menjaga alam sekitar.Misalnya, dengan menggunakan
kenderaan hibrid seperti gas.Ekopengangkutan boleh direalisasikan dengan mengurangkan
penerokaan sumber bahan bakar fosil.Misalnya, dengan mencari sumber alternatif seperti
biodiesel.

Langkah untuk menggalakkan pembangunan secara konsep lestari berikutnya ialah


menjalankan aktiviti pembalakan secara sistematik.Aktiviti pembalakan secara
sistematik boleh dijalankan jika mengamalkan konsep tanam semula pokok yang
ditebang.Misalnya, dengan menanam semula pokok yang ditebang dengan spesis yang cepat
tumbuh seperti pokok Akasia dan Yamane.Seterusnya, menebang pokok yang sesuai untuk

21
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

ditebang sahaja. Misalnya, mempraktikkan amalan tebang pokok yang sudah matang atau
melebihi 30 tahun.

Langkah untuk menggalakkan pembangunan secara konsep lestari seterusnya ialah


menggunakan kaedah pertanian lestari.Pertanian secara lestari boleh dibuat dengan
menggunakan kaedah kawalan biologi.Misalnya, dengan memelihara burung untuk
menghapuskan tikus dan serangga perosak berbanding racun perosak.Selain itu,
mengamalkan konsep mesra alam sekitar dalam menyuburkan tanah pertanian.Misalnya,
usaha menyuburkan tanah boleh dibuat dengan menggunakan baja organik berbanding baja
kimia.

Kesimpulannya,semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus menggalakkan


masyarakat Malaysia untuk mempraktikkan konsep lestari dalam kehidupan mereka agar
kebersihan serta keindahan alam sekitar dapat terus dipelihara.

22
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 11 : Mutakhir ini , segelintir rakyat mula menuntut hak asasi dan kebebasan diri kerana
beberapa faktor.Pihak kerajaan perlu menyekat tindakan ini daripada terus berleluasa.
Bincangkan. (Mitcheally)

Rakyat Malaysia banyak didedahkan dengan hak asasi dan kebebasan diri melalui media
sosial. Pihak kerajaan harus mengambil serius perkara ini kerana ada pihak yang sengaja
menggunakan isu hak asasi dan kebebasan diri untuk agenda politik.

Faktor menuntut hak asasi dan kebebasan diri ialah pemikiran rakyat sudah berkembang.
Program pendidikan sepanjang hayat memberi peluang kepada rakyat mendapat ilmu dalam tempoh
12 tahun.Ilmu yang diterima dari sekolah dan universiti menjadikan rakyat mampu untuk
berfikir.Rakyat melalui perhubungan sosial boleh berkongsi fikiran berkaitan semua aspek
kehidupan.Misalnya, berkongsi buah fikiran rakan dari negara lain dengan menggunakan facebook
mengenai isu hak asasi.

Faktor menuntut hak asasi dan kebebasan diri ialah pengaruh aliran pemikiran
liberalisme.Perkembangan aliran pemikiran akan wujud apabila tahap kesedaran rakyat meningkat.
Misalnya, pengaruh globalisasi itu sendiri mengenai corak kehidupan telah mempengaruhi pemikiran
rakyat Malaysia menjadi terlalu bebas.Wujudnya kegiatan mempengaruhi orang ramai untuk
menuntut kebebasan sehinggakan mereka mengetepikan perundangan negara.Misalnya,penganjuran
perhimpunan BERSIH 2.0 oleh Ambiga yang menuntut kebebasan perkahwinan sesama jantina.

Faktor menuntut hak asasi dan kebebasan diri ialah kerana hak kebebasan bersuara
Rakyat menggunakan kebebasan bersuara dengan cara yang salah.Misalnya, ada sesetengah pihak
yang memperjuangkan hak seperti kebebasan seks yang bertentangan dengan perlembagaan
negara.Wujud kumpulan yang menyalah guna hak kebebasan bersuara untuk menghina kaum
lain.Misalnya, kumpulan BERSIH 4.0 yang bertindak menghina pemimpin bangsa tertentu sehingga
menimbulkan suasana kurang selesa.

Faktor perlu disekat hak asasi dan kebebasan diri ialah generasi muda akan hilang jati diri.
Situasi memperjuangkan hak asasi secara terbuka akan mempengaruhi ramai golongan muda.
Misalnya,seorang mahasiswa bernama Adam Adli telah bertindak membuang gambar Dato Seri Najib
sebagai bantahan.Golongan yang terpengaruh akan hilang jati diri kerana segala perbuatan dianggap
hak kebebasan mereka.Misalnya, generasi muda sekarang menganggap mereka bebas berhimpun
untuk menunjukkan bantahan kerana itu adalah hak mereka bersuara.

Faktor perlu disekat hak asasi dan kebebasan diri ialah kerana pengaruh globalisasi.
Pengaruh globalisasi adalah pemangkin kepada perbuatan menuntut kebebasan hak.Misalnya,negara
Australia memberi kebenaran kepada golongan gay berkahwin dan melalui pengaruh globalisasi

23
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

golongan ini turut menuntut hak yang sama di Malaysia.Gejala ini perlu disekat kerana dibimbangi
akan menular melalui teknologi komunikasi.Misalnya,media sosial seperti facebook pantas
menyebarkan budaya yang tidak sihat ini.

Kesimpulannya, hak asasi dan kebebasan tidak harus disalahgunakan untuk menghalalkan
semua perkara.Justeru,pihak kerajaan harus mengambil langkah untuk menangani masalah ini agar
tidak menggugat kedaulatan Malaysia.

24
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 12 : Perkembangan sains dan teknologi berjaya menghasilkan pelbagai gajet


elektronik. Jelaskan kesan aplikasi gajet komunikasi elektronik kepada kehidupan
sosial masyarakat Malaysia. (Joshua)

Perkembangan sains dan teknologi berjaya menghasilkan pelbagai gajet elektronik


yang terdiri daripada pelbagai jenama. Banyak kesan positif atau negatif kepada kehidupan
sosial masyarakat Malaysia melalui penggunaan gajet ini.

Kesan positif aplikasi gajet komunikasi elektronik kepada kehidupan sosial


masyarakat Malaysia ialah mudah mendapat maklumat.Maklumat dapat diperoleh dengan
pantas melalui penggunaan gajet tanpa perlu merujuk buku.Misalnya,terdapat enjin pencarian
seperti ‘Google Chrome’,dan ‘Mozilla Fire Fox’ membantu memperoleh maklumat dengan
cepat.Maklumat boleh dikongsi bersama untuk kepentingan umum.Misalnya,maklumat
seperti gambar boleh dikongsi menggunakan aplikasi gajet seperti ‘Whatsapps’ dan
‘Facebook’.

Kesan positif aplikasi gajet komunikasi elektronik kepada kehidupan sosial


masyarakat Malaysia ialah memudahkan urusan dan menyelesaikan masalah.Peralatan
seperti telefon bimbit dapat digunakan untuk membuat transaksi dalam urus niaga.Misalnya,
penggunaan perbankan elektronik untuk memudahkan urusan jual beli melalui ‘Maybank2u’
dan ‘RHBNOW’.Gajet juga dapat digunakan untuk memudahkan pembentangan melalui
paparan maklumat.Misalnya,seseorang individu boleh menggunakan aplikasi ‘microsoft
office power point’ untuk membentang.

Kesan positif aplikasi gajet komunikasi elektronik kepada kehidupan sosial


masyarakat Malaysia ialah memanfaatkan perkongsian maklumat.Terdapat storan yang
dapat menyimpan maklumat dalam tempoh yang lama.Misalnya, seperti ‘telegram’ yang
banyak digunakan untuk berkongsi maklumat dan fail.Terdapat perisian yang boleh
membentuk kumpulan dan cara ini dapat meluaskan percambahan minda rakyat.Perisian yang
selalu digunakan untuk berkongsi maklumat secara berkumpulan ialah whasapps,wechat dan
instagram.

Kesan negatif aplikasi gajet komunikasi elektronik kepada kehidupan sosial


masyarakat Malaysia ialah wujudnya budaya memfitnah dan propaganda.Keadaan ini
boleh menimbulkan suasana konflik dalam talian.Pihak yang difitnah akan berasa malu dan
trauma jika paparan berita tidak tepat.Budaya menyebar maklumat palsu merupakan ‘racun’

25
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

dalam kehidupan masyarakat masa kini.Amalan ini berleluasa kerana pengguna aplikasi siber
bebas menulis dan menyalahgunakan media elektronik.

Kesan negatif aplikasi gajet komunikasi elektronik kepada kehidupan sosial


masyarakat Malaysia ialah peningkatan gejala tidak bermoral.Masyarakat sekarang suka
memuat turun visual yang tidak bermoral dalam Youtube.Misalnya, memuat turun gambar
separuh bogel seseorang untuk tujuan mengaibkan.Pengambilan gambar secara tidak sedar
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menimbulkan kebimbangan masyarakat.Misalnya,
pengambilan gambar pergaduhan atau sesuatu kelakuan yang mungkin diubahsuai untuk
tujuan mengaibkan seseorang.

Kesimpulannya,penggunaan gajet secara tidak berhemah boleh memberi banyak


kesan negatif kepada kehidupan sosial masyarakat Malaysia namun jika digunakan sebaik
mungkin boleh memberi banyak manfaat.

26
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 13 : Perpaduan dan integrasi kaum merupakan asas keharmonian sesebuah


masyarakat. Kerajaan telah mengenal pasti halangan untuk mencapai perpaduan yang
diinginkan lalu melaksanakan beberapa usaha bagi mengatasinya. Bincangkan. (Emily
Suzy)

Terdapat beberapa halangan yang menjadi masalah kepada pihak kerajaan untuk
menerapkan elemen perpaduan dan beberapa langkah segera perlu dibuat pihak kerajaan
dalam memastikan perpaduan dapat terus terpelihara di Malaysia.

Halangan yang wujud untuk mencapai perpaduan ialah kerana persatuan dan
pertubuhan berasaskan kaum masing-masing.Kebanyakkan pertubuhan yang berbentuk
suka rela atau parti politik adalah berasaskan kaum masing-masing seperti DAP dan
PAS.Mereka biasanya membuat tuntutan bagi kaum masing-masing.Hak yang telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan seperti kedudukan bahasa kebangsaan selalu
dipanaskan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.Hal ini akan mewujudkan perasaan
tidak senang kaum lain.

Halangan yang wujud untuk mencapai perpaduan ialah wujudnya kepelbagaian


kaum. Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat majmuk.Jadi akan wujud kepelbagaian
budaya yang berbeza yang mungkin mewujudkan perbezaan pendapat.Kepelbagaian tersebut
mungkin menyebabkan salah faham tentang peraturan hidup kaum masing-masing seperti
cara beribadat dan makanan.Sebagai contoh, ibadat Qurban pada hari Raya Haji mungkin ada
pihak-pihak yang tidak senang dengan ibadat tersebut dilaksanakan di sekolah.

Halangan yang wujud untuk mencapai perpaduan ialah masih wujud perasaan
mencurigai antara satu sama lain.Masih wujud perasaan mencurigai antara bangsa-bangsa
lain.Sebagai contoh,tuntutan pihak tertentu dalam satu-satu perkara yang menyentuh perasaan
atau hak kaum lain akan menimbulkan perasaan kurang senang.Perbezaan bahasa yang
diucapkan juga menimbulkan perasaan curiga kerana tidak memahami bahasa penutur
lain.Jadi agak sukar untuk mewujudkan perpaduan sekiranya masih ada perasaan curiga.

Usaha memupuk perpaduan ialah memantapkan Dasar Pendidikan


Negara.Sekolah memainkan peranan dalam melahirkan masyarakat yang bersatu padu dalam
semua bidang.Misalnya, sekolah hendaklah menggunakan kurikulum yang sama sejak di
sekolah rendah lagi. Penggunaan bahasa dalam sekolah juga harus dirancang dengan
teliti.Misalnya, sekolah juga hendaklah menggunakan bahasa pengantar yang sama iaitu

27
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

bahasa Melayu dan semua pelajar mempelajari bahasa lain seperti bahasa Inggeris, Cina dan
Iban.

Usaha memupuk perpaduan ialah melalui penghayatan prinsip Rukun


Negara.Prinsip-prinsip Rukun Negara hendaklah dihayati oleh semua pelajar.Rukun negara
dapat menyemai perasaan taat setia kepada raja dan negara serta menjunjung tinggi undang-
undang negara.Pengamalan nilai-nilai murni dapat memupuk tingkah laku yang baik dalam
kalangan rakyat seperti hormat-menghormati.Penerapan nilai-nilai murni ini dapat
dilaksanakan di sekolah melalui pembelajaran dan pengajaran subjek Pendidikan Islam dan
Moral.

Kesimpulannya, penglibatan semua masyarakat dapat memupuk interaksi antara kaum


dalam pelbagai perkara dan diharapkan interaksi ini secara tidak langsung dapat memupuk
semangat bersatu padu di Malaysia.

28
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 14 : Ancaman jenayah siber dalam kepesatan teknologi maklumat sukar dibanteras dan
perlu diatasi segera. Bincangkan. (Alan Veronessa).

Kes jenayah siber merupakan isu jenayah sosial di Malaysia dan di peringkat global
yang semakin membimbangkan. Jenayah siber berpunca daripada pelbagai faktor dan jenayah
ini harus ditangani segera .

Jenayah siber sukar dibanteras kerana kemajuan teknologi maklumat.Penggunaan


komputer secara meluas dalam kalangan masyarakat hari ini memudahkan mereka terdedah
kepada jenayah siber.Penjenayah berpeluang mencuri maklumat pengguna atau organisasi
dalam komputer peribadi.Jenayah siber berpunca daripada penggunaan internet secara meluas
dalam kalangan masyarakat.Penjenayah boleh menipu, menghantar virus atau mesej sampah
dalam laman web atau laman sosial dalam internet.

Jenayah siber sukar dibanteras kerana kelemahan penguatkuasaan undang-


undang.Kelemahan pelaksanaan undang-undang siber merumitkan keadaan.Ketiadaan akta
atau undang-undang yang lebih berkesan untuk mendakwa individu yang terlibat dalam
jenayah siber membuktikannya.Kelemahan badan penguatkuasaan undang-undang turut
menyukarkan usaha menguatkuasakan undang-undang.Jenayah siber semakin bertambah
berpunca daripada kekurangan tenaga pakar forensik komputer yang menyebabkan
penjenayah siber tidak dapat dikesan serta didakwa.

Jenayah siber sukar dibanteras rangkaian sindiket antarabangsa.Penjenayah di


peringkat antarabangsa melakukan jenayah siber secara professional dan bergerak secara
meluas sehingga sukar untuk dikesan oleh pihak berkuasa.Sindiket antarabangsa berjaya
memerangkap dan menipu mangsa di seluruh dunia.Misalnya, penggondam “Ransomware”
yang menggugut mangsa dengan mengunci maklumat penting dan maklumat penting tersebut
dapat diperolehi semula jika mangsa membayar kepada mereka.

Jenayah siber boleh diatasi melalui memperkasakan penguatkuasaan undang-


undang.Jenayah siber boleh diatasi melalui penggubalan undang-undang yang tegas terhadap
penjenayah siber.Misalnya, dengan memperkasakan lagi Dasar Keselamatan Siber Negara
2016.Badan penguatkuasa undang-undang juga harus meningkatkan kefahaman mengenai
jenayah siber.Misalnya, melalui kerjasama Cybersecurity Malaysia dengan negara Korea
Selatan dalam membantu polis dan mahkamah melaksanakan siasatan, tangkapan dan
pendakwaan terhadap penjenayah siber.
29
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Jenayah siber boleh diatasi melalui langkah peningkatan kawalan


keselamatan.Pengguna komputer boleh mengatasi jenayah siber dengan cara meningkatkan
kawalan keselamatan sistem menggunakan anti-virus.Kerjasama Cybersecurity Malaysia
dengan Pasukan Respons Kecemasan Asia Pasifik (APECERT) bagi meningkatkan
keselamatan sistem perlu diteruskan.Pihak bank perlu menyediakan kawalan ketat ketika
membuat pindahan akaun melalui internet.Kerajaan perlu mewujudkan badan penapisan khas
bagi menapis laman web palsu di internet.

Kesimpulannya,jenayah siber mempunyai kesan negatif terhadap masyarakat serta


negara.Oleh itu, pelbagai pihak khususnya pihak kerajaan perlu lebih serius menangani punca
meningkatnya jenayah siber ini.

30
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 15 : Semangat kejiranan amat penting dalam mengukuhkan perpaduan dalam


kalangan masyarakat kita. Malangnya, sejak kebelakangan ini, semangat dan amalan
tradisi ini semakin luntur. Bincangkan. (Shirlyana)

Semangat kejiranan adalah penting dalam usaha untuk memupuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia dan faktor-faktor yang menyebabkan semangat kejiranan
semakin luntur harus ditangani segera.

Kepentingan semangat kejiranan adalah dapat memupuk sikap saling


membantu.Jiran merupakan orang yang mampu menjadi rakan karib terbaik.Jiran yang
menjadi rakan karib boleh membantu kita untuk mempunyai perasaan saling mengenali,
saling memahami, dan hubungan yang erat dapat diwujudkan.Jiran juga dapat membantu kita
menghadapi masalah pada masa kecemasan.Ini kerana orang pertama yang akan datang
menghulurkan bantuan biasanya datang daripada jiran kita yang baik.

Kepentingan semangat kejiranan adalah dapat mewujudkan kerjasama, kedamaian


dan kesejahteraan hidup.Semangat kejiranan dapat mewujudkan kedamaian dan
kesejahteraan hidup bermasyarakat.Jika hubungan sesama jiran mesra secara tidak langsung
kesejahteraan dan kedamaian hidup dapat diwujudkan.Kerjasama juga tidak dapat berlaku
jika tiada semangat kejiranan yang baik.Kerjasama setempat tidak akan berjaya jika tidak ada
penyertaan daripada penduduk-penduduk yang berjiran contohnya aktiviti gotong-royong
kenduri dan keramaian.

Kepentingan semangat kejiranan adalah dapat saling bertukar fikiran dan


pendapat.Hubungan yang mesra antara jiran tertangga juga membolehkan kita selalu
bertukar fikiran.Jiran yang baik boleh menjadi rakan pendengar yang baik dan mungkin
mampu untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah yang dialami.Jiran lebih
hampir kepada kita dan mereka akan lebih memahami keadaan dan keperluan kita.Ini
menjadikannya sumber terbaik bagi meminta nasihat.

Faktor semangat dan amalan tradisi ini semakin luntur kerana corak petempatan
baru.Corak petempatan baru juga menghalang semangat kejiranan berkembang.Contohnya,
setiap rumah dipagari dengan pagar yang tinggi.Aktiviti mengurung diri di rumah juga
menjadi rutin harian kesan daripada corak petempatan baru.Kebanyakkan rumah sekarang
dibina dengan tembok yang tinggi bertujuan untuk menjaga privasi masing-masing dan ini
menyebabkan wujud tembok pemisah antara jiran.

31
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Faktor semangat dan amalan tradisi ini semakin luntur kerana perubahan corak
kehidupan.Perubahan corak kehidupan juga merupakan faktor wujudnya fenomena
ini.Sebelum ini, kerja menyediakan kenduri dan keramaian dijalankan secara bergotong-
royong seperti memasak tidak kira peringkat umur atau darjat namun sekarang tidak lagi.
Keperluan bekerjasama juga semakin berkurangan dalam kalangan masyarakat.Kini,
perkhidmatan restoran telah menggantikan aktiviti ini dengan bayaran tertentu, hidangan
dapat dinikmati.

Kesimpulannya, semangat kejiranan amat penting dalam memupuk perpaduan .


Justeru, langkah-langkah perlu diambil pihak kerajaan dalam menyemai semangat kejiranan
terhadap masyarakat Malaysia agar semangat kejiranan yang baik tidak terus dilupakan.

32
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 16 : Masalah remaja yang semakin serius hari ini boleh ditangani melalui
beberapa usaha dengan penglibatan semua pihak . Bincangkan. (Helina)

Masalah remaja seperti ragut dan rempit merupakan fenomena yang semakin serius
pada hari ini. Jika fenomena ini dibiarkan berterusan akan merosakkan negara dan langkah
perlu diambil untuk mengatasi gejala ini.

Ahli keluarga mampu untuk mengatasi masalah remaja.Pendidikan akhlak hendaklah


diterap bermula di rumah.Ibu bapa lebih rapat dengan anak remaja dan jika diasuh dengan
penghayatan agama dan nilai-nilai murni sejak dari kecil maka tidak mustahil pemikiran
mereka dapat dibentuk dengan baik.Kehidupan di rumah adalah model utama
remaja.Kelakuan ahli keluarga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran
remaja.

Idola atau role model yang baik mampu untuk mendidik remaja menjadi seorang
yang baik.Remaja pada zaman sekarang lebih suka mewujudkan role model sebagai
ikutan.Misalnya, remaja yang memilih sukan badminton sebagai kerjaya memilih Dato’ Lee
Cong Wei sebagai role model.Kejayaan seseorang idola itu mungkin akan dijadikan sebagai
kayu pengukur kepada remaja.Misalnya,golongan remaja menjadikan ibu bapa sebagai
individu untuk diatasi pencapaian mereka.

Peranan Sekolah mampu memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah


remaja .Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam mendidik generasi baru dengan
akhlak yang mulia.Sekolah mampu menanamkan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik
seperti ketaatan atas dasar kesedaran menghormati peraturan.Bimbingan dan nasihat yang
lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di dalam hati serta
dipatuhi.Hukuman bukanlah langkah utama yang merupakan satu-satunya penyelesaian

Media massa mampu memainkan peranan membantu menyelesaikan masalah remaja


.Media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai pengaruh yang amat besar di
dalam pembentukan keperibadian remaja.Paparan isi kandungan media massa yang penuh
dengan nilai-nilai yang baik mampu untuk membentuk keperibadian remaja itu menjadi
seorang yang baik.Media massa juga merupakan agen sosialisasi dalam menanam amalan-
amalan berakhlak di dalam masyarakat.Misalnya,pemaparan drama yang bersifat pengajaran
seperti tanah kubur dapat mendidik remaja untuk lebih berakhlak.

33
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Rakan sebaya merupakan pihak yang mampu mengatasi masalah remaja.Rakan


sebaya merupakan agen sosial yang berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak
individu.Hal ini kerana rakan sebaya merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam
tingkah laku mereka.Perasaan “sense of belonging” kepada kumpulan adalah suatu yang
lumrah .Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilai-nilai rakan sebayanya untuk
mendapat penerimaan mereka.

Gagasan dan tugas untuk membangun, memupuk, dan meningkatkan mutu akhlak
umat khasnya di dalam kalangan remaja adalah suatu tanggungjawab besar. Ia tidak dapat
dilakukan dengan cara sendirian, tetapi hendaklah dilakukan secara kolektif dengan
melibatkan semua pihak agar remaja di negara ini tidak terus terjerumus ke arah yang tidak
baik.

34
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 17 : Globalisasi akan membawa lebih banyak manfaat kepada pembangunan


sesebuah negara berbanding kesan sebaliknya. Bincangkan (Patricia)

Globalisasi merupakan satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti
merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi.Globaliasi juga turut
mempunyai kesan positif berbanding kesan negatif.

Manfaat globalisasi yang boleh dilihat ialah sistem pendidikan negara terus
berkembang.Sistem pendidikan negara akan terus berkembang maju dengan adanya
internet.Contohnya, pendidikan jarak jauh dapat dilaksanakan dengan berkesan sama ada di
dalam atau luar negara.Rakyat juga dapat berinteraksi dengan penduduk di seluruh dunia dan
bertukar-tukar maklumat dalam pelbagai bidang.Misalnya,mengakses pelbagai maklumat
berguna seperti bidang perubatan, makanan berkhasiat, dan pelbagai isu semasa.

Manfaat globalisasi yang boleh dilihat ialah ekonomi negara terus berkembang
.Kemajuan negara dapat dipercepatkan melalui proses globalisasi.Misalnya,melalui
perdagangan bebas dan pengaliran modal asing ke Malaysia akan mempercepatkan kemajuan
negara. Syarikat-syarikat multinasional Malaysia juga dapat meningkatkan pelaburan mereka
ke seluruh dunia.Misalnya, melalui perdagangan bebas dan perluasan pasaran akan
membolehkan syarikat multinasional Malaysia seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad
dan Petronas dapat menembusi pasaran antarabangsa.

Kesan negatif globalisasi ialah campur tangan dalam masalah negara


lain.Globalisasi memperlihatkan campur tangan kumpulan-kumpulan tertentu untuk
menggulingkan kerajaan.Misalnya,bantuan dan campur tangan tertentu untuk menggulingkan
kerajaan sedia ada seperti di negara Iraq atas alasan mereka menggunakan senjata nuklear
atau bersikap kuku besi .Pengintipan untuk mendapatkan maklumat oleh negara-negara maju
terhadap seteru mereka.Misalnya, penggodaman sistem pertahanan untuk mengetahui
kekuatan dan kelemahan sistem pertahanan sesebuah negara.

Kesan negatif globalisasi ialah peningkatan gejala sosial.Pemaparan budaya barat


yang buruk di internet boleh melahirkan remaja yang rosak akhlaknya.Misalnya, pengamalan
seks bebas dan bersekedudukan boleh merosakkan akhlak remaja.Amalan budaya hedonisme
yang menonjolkan budaya barat yang bertentangan dengan budaya tempatan turut akan
berlaku.Misalnya, seperti pakaian yang mencolok mata dan pergaulan bebas antara lelaki dan
perempuan mula dilihat berlaku di negara ini.

35
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Kesan negatif globalisasi ialah ancaman ke atas ekonomi Malaysia.Syarikat kecil


tempatan mungkin sukar untuk bersaing dengan syarikat besar kesan pengaruh
globalisasi.Misalnya,penguasaan syarikat-syarikat multinasional akan menyebabkan syarikat-
syarikat kecil terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat-syarikat
besar.Keyakinan pelabur asing juga akan terjejas.Contohnya,serangan mata wang terhadap
ringgit Malaysia dan manipulasi pasaran saham menyebabkan nilai mata wang dan saham
Malaysia jatuh teruk.

Kesimpulanya, cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi


muda yang berdaya tahan melalui ilmu dan kemahiran agar dapat terus memberi sumbangan
kepada negara.

36
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 18 : Perdagangan tanpa sempadan mula menguasai pasaran ekonomi serantau .


Firma dan pengusaha tempatan harus bersedia menghadapi cabaran globalisasi yang
kompetetif. Ulaskan. (Elizaberth)

Perdagangan tanpa sempadan mula menguasai pasaran ekonomi rantau Asia Tenggara
termasuklah Malaysia . Malaysia perlu menghadapi cabaran globalisasi dan pelbagai
persediaan perlu dilaksanakan bagi memantapkan ekonomi negara khususnya yang
melibatkan firma dan pengusaha tempatan .

Persediaan firma dan pengusaha tempatan menghadapi globalisasi ialah pengurusan


dan pemasaran yang sistematik.Pengurusan mestilah terlatih dan berdaya tahan dalam
menghadapi segala cabaran.Contohnya, pengurusan kewangan yang cekap dan terlatih dapat
membantu mengelakkan pembaziran.Penggunaan teknologi canggih seperti peralatan
telekomunikasi dan internet juga persediaan menghadapi globalisasi yang baik.Contonhya,E-
dagang digerakkan untuk pasaran dunia dengan menyediakan laman web bagi tujuan untuk
mempromosi barangan produk keluaran Malaysia.

Persediaan firma dan pengusaha tempatan menghadapi globalisasi ialah


meningkatkan kualiti barangan dan perkhidmatan.Teknologi yang canggih digunakan
untuk meningkatkan kualiti barangan yang dihasilkan.Contohnya, melalui penggunaan
teknologi canggih mutu barangan dapat ditingkatkan setanding dengan barangan
import.Pembinaan pusat latihan untuk melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang
merupakan persediaan yang perlu dibuat.Contohnya, dengan adanya tenaga kerja mahir
dalam menghasilkan barangan yang berkualiti dan mengikut kehendak semasa mampu untuk
menjana ekonomi negara.

Persediaan firma dan pengusaha tempatan menghadapi globalisasi ialah meneroka


peluang pelaburan di luar negara.Para usahawan Malaysia harus berani melabur di luar
negara terutamanya negara membangun yang mempunyai tenaga buruh yang murah seperti
negara Indonesia.Kos yang rendah menyebabkan barangan yang dikeluarkan mampu bersaing
dengan negara lain.Pihak kerajaan harus meneroka pasaran baharu terhadap barangan
keluaran negara.Contohnya, kerajaan perlu membawa rombongan perdagangan melawat ke
luar negara untuk meninjau peluang pasaran barangan Malaysia.

Persediaan firma dan pengusaha tempatan menghadapi globalisasi ialah


meningkatkan modal kewangan.Para usahawan harus dibantu dari segi kewangan untuk

37
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

meningkatkan kecekapan syarikatnya.Bantuan kewangan seperti penyediaan modal yang


besar mampu menggerakkan syarikat dengan pembelian teknologi terkini.Usahawan juga
mampu mempelbagaikan produk jika mendapat bantuan kewangan yang
secukupnya.Misalnya, modal yang besar dapat membantu usahawan untuk menjalankan
penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk yang bermutu tinggi.

Persediaan firma dan pengusaha tempatan menghadapi globalisasi ialah


membangunkan rangkaian telekomunikasi.Rangkaian telekomunikasi dapat dibangunkan
melalui cara meningkatkan keupayaan sistem maklumat,data barangan dan
perkhidmatan.Sistem transaksi yang moden dapat membantu urusniaga dijalankan dengan
cepat dan cekap.Sistem kewangan dan pengurusan elektronik juga harus dipertingkatkan
dalam usaha untuk membangunkan rangkaian telekomunikasi.Sebagai contoh, dengan
menaiktaraf sistem e-dagang, e-kewangan dan e-perolehan.

Semua pihak perlu bekerjasama terutama pihak kerajaan dalam menggerakkan


ekonomi negara agar negara Malaysia mampu bersaing dalam ekonomi dunia tanpa
sempadan jika mempunyai perancangan yang betul.

38
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 19 : Kebanyakan pekerja asing yang berada di negara kita disahkan pembawa
pelbagai penyakit berjangkit. Fenomena ini mewujudkan risiko jangkitan kepada
penduduk negara ini. Bincangkan usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk menangani penularan penyakit tersebut. (Dunstan)

Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan bahawa kebanyakan pekerja asing


dari pelbagai negara adalah membawa pelbagai penyakit, dan kerajaan harus bertindak
dengan segera kerana mereka sering berinteraksi dengan penduduk tempatan.

Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani penularan penyakit
dari pekerja asing ialah melalui suntikan vaksin.Pekerja asing yang ingin masuk ke negara
kita untuk bekerja perlu diberikan suntikan di kompleks imigresen.Suntikan ini penting dalam
mencegah jangkitan penyakit dan mengekalkan kesihatan berpanjangan kepada pekerja asing
ketika mereka bekerja.Permit kerja juga tidak sepatutnya diberikan jika pekerja asing tidak
mempunyai pengesahan pemeriksaan kesihatan.

Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani penularan penyakit
dari pekerja asing ialah mewajibkan kepada pekerja asing untuk melakukan pemeriksaan
kesihatan secara berkala.Semua pekerja asing harus menjalani pemeriksaan berterusan
untuk memastikan tahap kesihatan dan bebas daripada mengidap penyakit berjangkit.Jika
mereka gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan tindakan boleh diambil oleh pihak
kerajaan. Misalnya,dengan mengenakan kompaun kepada pekerja asing yang gagal
melakukan pemeriksaan kesihatan.

Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani penularan penyakit
dari pekerja asing ialah dengan menghantar balik pekerja asing yang dijangkiti
penyakit.Pekerja asing yang disahkan gagal pemeriksaan kesihatan oleh pegawai perubatan
harus dihantar balik.Perkara ini penting dilakukan bagi mengelak penularan penyakit dan
sebagai langkah awal mengurangkan jangkitan penyakit antara pekerja.Pekerja asing yang
degil pula harus ditangkap dan dipaksa pulang ke negara asal .

Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani penularan penyakit
dari pekerja asing ialah dengan mengenakan hukuman kepada majikan atau agen
pekerjaan.Pihak kerajaan harus mengenakan denda atau penjara kepada agen atau majikan
yang tidak membuat saringan kesihatan kepada pekerja asing mereka.Hukuman berat harus

39
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

dikenakan kepada mereka jika melakukan kesalahan berulang.Misalnya, dengan menarik hak
majikan untuk mengambil pekerja asing di masa hadapan.

Usaha yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan untuk menangani penularan penyakit
dari pekerja asing ialah dengan mewujudkan pusat pemeriksaan pekerja.Pihak kerajaan
boleh mencari lokasi yang sesuai seperti pulau untuk dijadikan tempat merawat dan
pemeriksaan pekerja asing.Tindakan ini boleh menghalang sebarang penularan wabak
penyakit kerana mereka hanya akan dibebaskan setelah didapati bebas daripada penyakit
berjangkit tersebut.Penyakit berjangkit mudah dikawal jika sumber penularannya berjaya
dikesan dan dimusnahkan terlebih dahulu.

Kesimpulannya, pihak kerajaan harus serius dalam menangani isu penyakit berjangkit
pekerja asing ini agar tidak menjangkiti penduduk tempatan.

40
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 20 : Amalan rasuah telah memberi kesan kepada pembangunan negara dan
perlu diatasi segera. Bincangkan. (Edwina)

Rasuah merupakan perbuatan memberi atau menawarkan sebarang bentuk ganjaran


bagi mempengaruhi tindakan dan keputusan seseorang. Sememangnya rasuah mendatangkan
kesan buruk kepada pembangunan negara.

Amalan rasuah boleh memberi kesan kepada pembangunan negara kerana dapat
menggoyah struktur pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara.Sesebuah kerajaan
boleh jatuh akibat rasuah kerana rasuah boleh menyebabkan pentadbiran negara menjadi
tidak terurus.Misalnya, pentadbiran kerajaan Filipina di bawah pentadbiran Fidel Marcos
yang kucar kacir akibat rasuah.Masyarakat akan hilang keyakinan terhadap pemimpin negara
yang mengamalkan rasuah.Kesannya,rakyat mungkin akan memberontak dan mencetuskan
reformasi.

Amalan rasuah boleh memberi kesan kepada pembangunan negara kerana


mengancam keselamatan negara.Pihak yang terlibat dalam rasuah akan mengetepikan etika
dan mutu kerja. Kontraktor binaan misalnya, sanggup menggunakan bahan yang kurang
bermutu demi mengaut keuntungan.Bangunan dibina mungkin tidak mengikut standard dan
piawaian keselamatan.Akibatnya projek itu akan mudah rosak dan runtuh seperti stadium
bola sepak di Gong Badak,Terengganu.

Amalan rasuah boleh memberi kesan kepada pembangunan negara kerana rasuah juga
mengancam ketegaan ekonomi negara.Rasuah merupakan kos tidak langsung kepada
semua aktiviti ekonomi.Sekiranya sesuatu projek berharga RM100 juta, mungkin RM 20 juta
hangus akibat rasuah.Ini pasti menyekat para pelabur asing ke negara kita kerana pelabur
akan lebih suka melabur di negara yang bersih dan cekap.Kehilangan pelabur boleh
melumpuhkan ekonomi negara.

Rasuah boleh diatasi dengan memantapkan tindakan undang-undang.Tindakan


yang lebih efisien telah dilakukan oleh kerajaan agar amalan rasuah dalam kalangan penjawat
awam dapat dibanteras dari akar umbi.Hal ini bagi memastikan pemgamal rasuah akan
berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah.Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada
pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan amalan rasuah pada kemudian hari.

41
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Rasuah boleh diatasi dengan meningkatkan kualiti sistem dan prosuder


pentadbiran.Dengan pengenalan teknologi moden diharapkan peluang untuk penjawat awam
melakukan malan rasuah agar terbatas.Dengan mempermudahkan urusan menggunakan
kemudahan teknologi maklumat (ICT) juga merupakan salah satu tindakan yang berkesan
dalam membendung amalan rasuah.Melalui cara ini, seorang individu lebih cenderung
berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekali
gus membendung amalan rasuah yang mudah berlaku.

Pada kesimpulannya, rasuah sememangnya mendatangkan kesan buruk kepada


sesebuah negara. Jadi, pelbagai langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah ini.

42
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

Soalan 21 : Perpaduan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara yang


berterusan dan berjalan dengan lancar. (Gloria Bangan).

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang berbilang bangsa
dan kaum. Perpaduan merupakan kunci utama dalam menjana pembangunan dan kemajuan
sesebuah negara.

Antara kepentingan perpaduan adalah dapat menjamin pembangunan


negara.Integrasi kaum dapat menjamin arus pembangunan negara yang baik dan
stabil.Kerajaan juga berupaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap agenda
pembangunan kerana keutuhan perpaduan dalam kalangan rakyat.Dengan ini, rakyat dapat
menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembangunan negara kerana tidak terlibat dalam
kancah rusuhan dan pertelingkahan antara kaum.

Seterusnya,perpaduan penting untuk meningatkan imej negara.Negara luar dapat


mengenali kaum-kaum di Malaysia melalui program-program kebudayaan yang diadakan di
Malaysia.Dengan ini, perpaduan negara akan dihormati oleh negara luar.Keyakinan negara
luar dan jumlah kedatangan pelancong juga dapat ditingkatkan kerana Malaysia mempunyai
keunikannya yang tersendiri.

Selain itu,perpaduan penting bagi menjamin keamanan negara.Perpaduan


menjamin keharmonian antara penduduk yang berbilang kaum.Keharmonian mampu
mewujudkan keamanan dan mengelak daripada berlakunya huru-hara di dalam
negara.Perpaduan juga turut mendorong rakyat untuk menghargai keamanan dan menolak
sebarang usaha campur tangan asing.Hal ini akan menyebabkan keselamatan negara sentiasa
terjamin dengan adanya perpaduan antara penduduk.

Selanjutnya,perpaduan juga penting bagi menjana ekonomi negara.Keamanan yang


dicapai mendorong kemasukan pelaburan asing dan pengaliran wang masuk ke dalam
negara.Keyakinan pelancong asing terhadap keamanan negara menyebabkan industri
pelancongan dan industri sokongan berkembang pesat.Peningkatan jumlah pelabur dan
pelancong mampu menjana ekonomi negara.

Akhir sekali, perpaduan juga penting bagi menjamin kedaulatan dan maruah
negara. Perpaduan yang utuh di antara rakyat Malaysia dapat mengelakkan negara kita
daripada dijajah oleh anasir-anasir luar.Dengan itu, kemerdekaan negara kita akan

43
MODUL ESEI P1 KEDAULATAN NEGARA SMK KANOWIT

terjamin.Hal ini disebabkan oleh rakyat yang bersatu padu mengukuhkan perpaduan dalam
menghadapi pelbagai rintangan.

Kesimpulannya,perpaduan memainkan peranan penting dalam memacu kestabilan


dan kemajuan negara.Tanpa integrasi kaum dan kerjasama daripada semua pihak, kemajuan
negara yang ingin dicapai tidak mungkin akan menjadi kenyataan.

44

Anda mungkin juga menyukai