Anda di halaman 1dari 3

KARANGAN: CARA-CARA MEMPOPULARKAN

PERMAINAN TRADISIONAL

Permainan tradisional merupakan permainan yang diperturunkan


dari generasi ke generasi sejak nenek moyang kita. Pada era
globalisasi ini, permainan tradisional semakin dilupakan oleh
generasi muda. Hal ini dikatakan demikian kerana kemajuan
teknologi menyebabkan remaja terlalu menghayutkan dalam produk
elektronik seperti telefon bimbit, komputer dan televisyen.

Kaedah pertama untuk meningkatkan populariti permainan


tradisional adalah dengan mendorong ibu bapa untuk mengajar dan
memberi dorongan kepada anak-anak mereka untuk bermain
permainan tradisional supaya anaknya tidak akan menjadi katak di
bawah tempurung. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari
rebungnya. Hal ini lantaran ibu bapa memainkan peranan yang
penting dalam membentuk pemahaman anak-anak tentang budaya
tradisional kita. Persoalannya, Ibu bapa patutlah menjadi suri
teladan kepada anak-anaknya kerana bagaimana acuan begitulah
kuihnya.

Selain itu, pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan


berkaitan dengan permainan tradisional. Tamsilnya, pertandingan
mereka bentuk wau, bermain permainan congkak dan sepak takraw.
Sementara itu, murid-murid akan mempelajari semangat kerjasama
antara satu sama lain. Tuntasnya, murid-murid akan berganding
bahu untuk mencapai kejayaan kerana bersatu teguh bercerai
roboh.
Di samping itu, pihak kerajaan boleh mempromosikan
permainan tradisional melalui media sosial seperti Facebook,
Instagram dan Tik Tok dengan berkongsi maklumat tentang
permainan tradisional, termasuk video dan gambar yang menarik.
Bukan sahaja, pihak kerajaan juga boleh menganjurkan pameran
dan ceramah mengenai permainan tradisional supaya generasi
muda menghargai warisan budaya kita. Konklusinya, adat lama
adalah pusaka usang yang harus kita pelihara dengan baik.

Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk


mempopularkan permainan tradisional. Kita tidak seharusnya
menjadi seperti kucang lupakan kulit yang melupakan asal usul
peninggalan warisan nenek moyang kita. Seperti pepatah yang
terkenal, biar mati anak, jangan mati adat. Kita haruslah menghargai
permainan tradisional agar generasi yang akan datang dapat terus
menikmatinya.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Tak kenal maka tak cinta

Anda mungkin juga menyukai