Anda di halaman 1dari 4

jndknkjnjdejdknjkndkendkjndkjwendkjwnedkjnewdkjnewjkdnewjkdnewkjdnkjewndkjewndkjwndjkewndjkew

ndjkewnjkewndkjwendjkewnjkdnwejkdnewkjndewkjndewkjdnjkewndkjewndewkjndjewkndkjewndkjewndkj
ewndkjewn
PENDAHULUAN:-

 Permainan tradisional warisan masyarakat Melayu semakin dipinggir oleh


generasi muda dewasa ini. Sesetengah daripada mereka langsung tidak
mengetahui kewujudan permainan tradisional ini yang pernah popular sedikit
masa dahulu.
 Masyarakat dahulu menjadikan permainan tradisional sebagai wahana
memupuk semangat ukhwah antara penduduk di samping mengisi masa
senggang dengan kerja buat yang lebih berfaedah.
 Antara permainan tradisional yang begitu sinonim dengan kehidupan
masyarakat tradisi kita ialah gasing, congkak, sepak raga, naik wau,
ketingting, batu serembang, buah guli, lompat tali, galah panjang, coh, bola
awa dan lain-lain.
 Banyak faktor yang menyebabkan permainan tradisional warisan nenek
moyang kita semakin dipinggir oleh generasi hari ini, antaranya:-

FAKTOR-FAKTOR PERMAINAN TRADISIONAL DIPINGGIRKAN:-

1. Pengaruh besar yang dibawa oleh pelbagai permainan yang moden dan
sofistikated - lebih relevan dengan perkembangan kemajuan sains dan teknologi;
- permainan komputer, permainan video, mesin kawalan jauh, permainan robot,
dan seumpamanya.
2. Sikap dan pandangan masyarakat hari ini yang beranggapan permainan
tradisional sudah ketinggalan zaman dan hanya layak berada di muzium-muzium.
3. Semakin kurang  jumlah pejuang atau aktivitis yang aktif memperjuangkan nasib
permainan tradisional; jika ada pun sekadar hidup segan mati tak mahu.
4. Pihak-pihak bertanggungjawab sama ada di pihak kerajaan, NGO mahupun
swasta tidak menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memartabatkan seni
permainan tradisional sebagai khazanah budaya dan bangsa negara.
5. Generasi muda tidak atau jarang-jarang didedahkan dengan keistimewaan dan
kelebihan permainan tradisional sehingga menyebabkan mereka gagal mengenali
budaya sendiri; tak kenal maka tak cinta.
6. Pemikiran masyarakat moden hari ini lebih ke arah mengumpulkan harta
kekayaan dan kejayaan anak-anak dalam pelajaran; Mereka menghadapi
kekangan masa untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan, makan angin apatah lagi
untuk bergiat cergas mengisi masa dengan bermain permainan tradisional yang
memakan masa yang lama.
7. Kesukaran untuk mendapatkan peralatan permainan tradisional, bersaiz besar,
harga yang mahal juga menjadi faktor kenapa permainan tradisional semakin
dilupakan.
8. Terlalu kurang penganjuran pertandingan permainan tradisional oleh pihak-
pihak bertanggungjawab menyebabkan permainan jenis ini semakin lesu di bumi
sendiri; Penganjuran permainan tradisional dari peringkat rendah hingga ke
peringkat dunia akan lebih mempopularkan permainan tradisional. Contohnya
permainan sepak raga yang diberikan sedikit inovasi dan dikenali dengan
permainan sepak takraw telahpun popular sehingga ke peringkat antarabangsa.
9. Penggiat-penggiat permainan tradisional di desa serta kampung tidak mendapat
apa-apa bantuan dan dukungan daripada pihak kerajaan, apatah lagi daripada
pihak swasta yang hanya bergerak atas dasar keuntungan perniagaan semata-
mata.
10. Institusi-institusi pendidikan tinggi seperti IPTA dan IPTS dingin serta beku
dalam usaha menubuhkan jabatan pengajian yang bertanggungjawab mengkaji
asal usul sejarah, melatih siswa-siswi dan memerkasakan segala bentuk seni
budaya turun-temurun agar tidak ditelan kemajuan.

PENUTUP:-

 Banyak perkara yang perlu dilakukan jika kita tidak ingin melihat satu persatu
khazanah warisan berharga nenek moyang rebah menyembah bumi dek
kelekaan anak watan sendiri.
 Sebenarnya warisan tinggalan nenek moyang ini amat berharga dan boleh
dijadikan aset penting membantu meningkatkan pendapatan negara jika
dapat dieksploitasi dengan bijak, contohnya melalui industri kraf tangan,
industri pelancongan dan industri hiliran lain.
 Melalui penubuhan kelab dan persatuan yang berasaskan permainan
tradisional di sekolah, IPTA dan IPTS dapat memupuk pelajar cinta akan
permainan ini sejak awal usia lagi.
 Permainan tradisional yang bijak diberikan inovasi mampu menjadi simbol
unik negara, dan menjadi kebanggaan semua.
 Semua pihak tidak kira peringkat usia, pangkat tinggi atau rendah, perlu
bahu-membahu dalam usaha mempopularkan permainan tradisional
sepanjang zaman dan janganlah kita hanya memandang sepi akan usaha ini.
Genggam bara api biar sampai jadi arang.

Anda mungkin juga menyukai