Anda di halaman 1dari 1

RINGKASAN KARANGAN

Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana kaya dengan pelbagai
permainan tradisional seperti gasing, wau, congkak, sepak raga dan sebaginya. Namun
begitu, permainan tradisional kian dilupakan dan semakin pupus ditelan arus kemajuan dunia.
Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan wajar mengambil pelbagai inisiatif untuk
menyuburkan semula minat masyarakat terhadap permainan tradisional. Usaha tersebut boleh
bermula di peringkat sekolah agar pelajar-pelajar dapat mengenali permainan tradisional
melalui kegiatan kokurikulum dan kurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia boleh memperkenalkan permainan
tradisional semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan atau kegiatan luar bilik
darjah. Persatuan permainan tradisional juga perlu diwujudkan di setiap sekolah supaya
pelajar dapat mengasah bakat dan meningkatkan pengetahuan dalam permainan tradisional.
Peranan media massa tidak wajar dilupakan untuk menghidupkan permainan
tradisional. Pihak media cetak dan media elektronik perlu mempromosikan semula permainan
tradisional melalui siaran dokumentari agar setiap lapisan masyarakat dapat mengenalinya.
Jenis-jenis permainan dan cara-cara permainan ini seharusnya dipaparkan berkali-kali agar
memudahkan anggota masyarakat untuk memahaminya.
Selain itu, kerjasama antara pihak kerajaan dengan badan bukan kerajaan (NGO)
sangat penting untuk mempopularkan kembali permainan tradisional. Pihak kerajaan wajar
memberikan galakkan dan sokongan kepada mana-mana organisasi bukan kerajaan (NGO)
yang menganjurlan pertandingan permainan tradisional. Sebagai contohnya, memberikan
tajaan seperti wang ringgit agar pertandingan dapat menarik minat orang ramai untuk
menyertainya. Pada masa yang sama, pihak NGO digalakkan untuk menganjurkan pameran
atau persembahan permainan tradisional di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai
terutamanya pusat belih-belah.
Peranan ahli keluarga juga tidak kurang pentingnya untuk menyemarakkan aktiviti
permainan tradisional kerana usaha tersebut boleh bermula dari rumah. Ibu bapa sebagai
pemimpin keluarga hendaklah meluangkan masa bersama anak-anak dengan bermain
permainan tradisional pada waktu lapang.
Permainan tradisional tidak memerlukan kos yang tinggi dan kawasan lapang seperti
batu seremban, ceper dan congkak. Ketika menyambut hari istimewa, permainan tradisional
boleh dijadikan hadiah. Sebagai contohnya, wau boleh dijadikan hadiah kerana kehalusan
corak dan rekaannya yang unik.

Anda mungkin juga menyukai