Anda di halaman 1dari 2

Permainan tradisional merupakan permainan masyarakat pada

masa dahulu. Pada zaman teknologi yang serba canggih ini,


permainan komputer lebih digemari oleh remaja berbanding
permainan tradisional.Jadi, beberapa langkah yang sesuai
wajar dilaksanakan untuk menghidupkan permainan tradisional
semula.

Antara langkah yang boleh diambil adalah


dengan melancarkan kempen memartabatkan permainan
tradisional. Kempen ini boleh dilancarkan melalui media massa
dengan menerangkan asal usul permainan tradisional serta
jenis-jenis permainan tradisional yang terdapat di Malaysia
melalui rancangan atau majalah terbitan mereka
 Di samping itu, pihak kerajaan boleh mengadakan Karnival
seni budaya permainan tradisional di sekolah dan tempat-
tempat awam. Pameran ini mampu membantu masyarakat
mengenali permainan tradisional dengan lebih dekat, sekali gus
menyemai perspektif positif masyarakat terhadap permainan
tradisional.
Seterusnya, kelab permainan tradisional haruslah ditubuhkan
di sekolah sebagai pendedahan sulung tentang permainan ini
kepada para pelajar. Penubuhan kelab ini berdaya bagi
membantu menjamin kelangsungannya. Pertandingan
permainan tradisional boleh dilaksanakan pada hari
kokurikulum
Selain itu, pihak berwajib perlu menjadikan permainan
tradisional sebagai satu acara untuk menarik pelancong.
Lantaran itu, agensi pelancongan boleh mengurus aktiviti
seperti bermain gasing, galah panjang dan teng-teng di tempat
penginapan pelancong asing
Kesimpulannya, permainan tradisional memang wajar
dikembalikan kegemilangannya dalam kalangan generasi
muda. Semua pihak hendaklah berganding bahu untuk
mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai
harganya ini.

Anda mungkin juga menyukai