Anda di halaman 1dari 9

UNSUR MITOS YANG TERDAPAT DALAM SULALAT-US-SALATIN

PEMBUKAAN BEBERAPA BUAH NEGERI


Pembukaan
dikaitkan

negeri

dengan

Melaka.

peristiwa

Pembukaan

seekor

negeri

pelanduk

putih

Melaka

dapat

yang

telah

mengalahkan seekor anjing. Raja Iskandar Syah kagum dengan kekuatan


pelanduk tersebut. Baginda seterusnya bercadang untuk membuka negeri
di kawasan tersebut. Nama negeri Melaka berasal daripada nama pokok,
iaitu pokok Melaka. Raja Iskandar Syah bersandar pada sebatang pokok
dan menanyakan nama pokok berkenaan pada para pengikutnya. Baginda
seterusnya menjadikan nama pokok berkenaan sebagai nama negeri yang
baru dibuka. Mitos ini ada diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada
halaman ke-71.
Maka Raja Iskandar Syah pun berjalan balik membaruh, lalu
terus kepada sebuah sungai, Bertam namanya, dan kualanya
berbukit. Maka baginda pun datanglah ke sana, berhenti di
bawah sepohon kayu, terlalu rampak, maka baginda menyuruh
berburu, sekonyong-konyong terjun anjing dihambat pelanduk.
Titah baginda baik tempat ini diperbuat negeri, anjing alah oleh
pelanduk, jikalau orangnya betapa lagi?. Maka sembah orang,
kayu Melaka namanya, tuanku,. Maka titah Raja Iskandar Syah,
Jika demikian, Melakalah nama negeri ini.
Asal-usul

Singapura

pula

dapat

dikaitkan

dengan

peristiwa

kemunculan seekor binatang yang bernama singa. Pembukaan Singapura


melibatkan Seri Teri Buana, Demang Lebar Daun, Menteri Bupala dan
Batala. Semasa pembukaan Singapura, Seri Teri Buana berteduh di bawah
pokok jambu. Kemudian, tiba-tiba baginda melihat seekor binatang yang
berbulu merah pada tubuh dan mempunyai kepala yang berwarna
kehitam-hitaman serta mempunyai bulu berwarna putih pada dada
melintas dengan agak pantas di hadapan baginda. Seterusnya, baginda
bertanyakan

nama

binatang

berkenaan

kepada

pengikutnya

dan

menamakan negeri yang baru dibuka itu dengan nama haiwan tersebut.

Kisah pembukaan negeri Singapura ada diceritakan dalam Sulalaus


Salatin pada halaman ke- 40.
Maka baginda semayam di bawah pohon jambu laut, dihadap
segala Orang Besar-besar , berbicara hendak membuat negeri,
seraya menitahkan rakyat menebas kayu di padang itu. Maka
segala

rakyat

pun

naiklah

menebas,

sekonyong-konyong

melintas seekor binatang maha tangkas lakunya merah warna


bulu tubuhnya, kehitam-hitaman kepalanya, dan putih dadanya,
sikapnya terlalu perkasa, besar sedikit daripada kambing randuk.
Setelah ia melihat orang banyak itu, lalu ia melompat, ghaib
daripada mereka itu. Maka titah Seri Teri Buana, Apa nama
binatang serupa itu?. Maka seorang pun tiada menyahut. Maka
sembah Demang Lebar Daun, Tuanku, ceritera orang patik
dengar, yang demikian sifat dan kelakuan binatang itu, singa
konon namanya, tuanku. Maka titah baginda, Patutlah kita
perbuat negeri tempat ini, kerana binatang gagah ada di
dalamya, dan sebutlah Temasek ini Singapura, sampailah
sekarang disebut orang Singapura.
Pembukaan Pasai pula dapat dikaitkan dengan peristiwa anjing Sultan
Malikus Salleh yang bernama Si Pasai menyalak di suatu kawasan tanah
tinggi. Negeri yang baru dibuka oleh Sultan Malikus Salleh itu diambil
sempena nama anjingnya, Si Pasai. Kisah pembukaan negeri Pasai ada
diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada halaman ke-59.
Setelah berapa lamanya Sultan Malikut Tahir dan Sultan
Malikul Mansur pun besarlah, dan negeri Perlak pun alah oleh
musuh dari seberang, dan orang Perlak pun pindahlah ke negeri
Semundra. Maka

Sultan Malikus Salleh pun berfikir dalam

hatinya hendak berbuat negeri akan tempat anakanda baginda,


maka titah Sultan Malikus Salleh pada segala Orang Besarbesar , Esok hari kita pergi berburu. Setelah pagi-pagi hari
maka Sultan Malikus Salleh pun naiklah gajah yang bernama
Permadewan itu, lalu berangkatlah ke seberang. Datang ke

pantai, maka anjing yang bernama Si Pasai itu pun menyalak ,


maka Sultan Malikus Salleh pun segera mendapatkan anjingnya
itu menyalak tanah tinggi, sekira-kira luas tempat istana, dengan
kelengkapannya terlalu amat baik, seperti ditempa rupanya.
Maka

Sultan Malikus Salleh disuruhnya tebas. Setelah sudah

maka diperbuatnya negeri, pada tempat tanah tinggi itu


dibuatnya istana, lalu dinamainya negeri itu Pasai, menurut
nama anjingnya itu.
Pembukaan Semundra pula dikaitkan dengan peristiwa Merah Silu
bertemu dengan seekor semut besar seperti kucing. Merah Silu kemudian
makan semut tersebut. Tempat tersebut dinamakan

Semundra yang

bermaksud semut besar. Kisah pembukaan negeri Semundra terdapat


dalam Sulalatus Salatin pada halaman yang ke-57.
Adalah pada suatu riwayat Merah Silu pergi berburu, maka
anjingnya bernama Si Pasai itu pun menyalak. Dilihat Merah Silu
Si Pasai menyalak itu di atas tanah tinggi, seperti ditimbun orang
rupanya. Maka Merah Silu naik di atas tanah tinggi itu, maka
dilihatnya seekor semut besar seperti kucing, maka oleh Merah
Silu semut itu diaambil dan dimakannya. Maka tanah tinggi itu
diperbuatnya akan tempat, dinamainya Semundra ertinya semut
besar.
KEDATANGAN ISLAM KE ALAM MELAYU
Kedatangan Islam ke Semundra dikaitkan dengan peristiwa Merah
Silu bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad (s.a.w). Beliau bermimpi
nabi Muhammad (s.a.w) telah meludah ke dalam mulut Merah Silu dan
pada keesokan harinya, setelah Merah Silu terjaga dari tidur beliau telah
boleh mengaji dan badannya berbau nawarastu. Kisah kedatangan Islam
ke Semundra diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada halaman ke-57.
Syahadan pada malam itu Merah Silu pun tidur, maka ia dirinya
berpandangan dengan Rasullulah sallallahualaihi wa salam.
Maka

sabda

Rasullulah

kepada

Merah

Silu,

Ngangakan

mulutmu!

Maka

oleh

Merah

Silu

dingangakan

mulutnya,

diludahi oleh Rasullulah mulut Merah Silu. Maka Merah Silu pun
terjaga daripada tidurnya. Diciumnya bau tubuhnya seperti bau
narawastu. Telah hari siang , maka fakir pun naik ke darat
membawa Quran disuruhnya baca pada Merah Silu. Maka oleh
Merah Silu dibacanya Quran itu, maka kata fakir kepada Sheikh
Ismail, nakhoda kapal, Inilah negeri Semundra, yang seperti
sabda nabi sallallahualaihi wa salam.
Kedatangan Islam ke Melaka pula dikaitkan dengan peristiwa Raja
Kecil Besar atau juga dikenali sebagai Sultan Muhammad Syah telah
diislamkan oleh Nabi Muhammad (s.a.w) melalui mimpi. Dalam mimpi itu,
Raja

Kecil

Besar

telah

diajar

mengucap

dua

kalimah

syahadah,

dikhatankan dan diberi nama Islam. Pada keesokan harinya, semua


perkara yang dimimpikan oleh baginda menjadi kenyataan dan tubuh
baginda

turut

berbau

nawarastu.

Dalam

Sulalatus

Salatin,

kisah

kedatangan Islam ke Melaka diceritakan pada halaman ke-73.


Maka dayang-dayang pun memberitahu Bendahara. Maka
Bendahara pun segera datang, lalu masuk ke dalam istana. Maka
dilihat Bendahara raja tiada berhenti-henti daripada menyebut
La

ilaha

Il

Allah.

Muhammad

ar-rasullulah.

Maka

kata

Bendahara, bahasa mana yang disebut Raja ini?. Titah raja,


semalam beta mimpi berpandangan dengan keelokan hadrat
junjungan, Rasullulah sallallahualaihi wasalam. Maka segala
mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pada Bendahara.
Maka kata Bendahara , Jikalau benar mimpi raja itu apa
alamatnya?. Maka titah Raja Kecil Besar , Alamatnya kalam
beta seperti dikhatankan orang, itulah tanda tanda sah hamba
bertemu Rasullulah sallallahualaihi wasalam
KEKUATAN YANG LUAR BIASA
Badang beroleh kegagahan yang luar biasa yang sukar dipercayai
dan diterima oleh akal manusia. Badang dikatakan memperoleh kekuatan

yang luar biasa setelah dia makan muntah hantu yang selalu mencuri
hasil

tangkapannya.

Kegagahan

Badang

yang

luar

biasa

itu

membolehkannya melakukan kerja-kerja berat dalam waktu yang singkat


dan majikannya berpuas hati dengan hasil kerjanya. Kisah Badang
memperoleh sifat gagah ada diceritakan dalam Sulalatus Salatin pada
halaman ke- 47.
Maka

tersebutlah

perkataan

seorang

perempuan

duduk

berhuma diam di Sayong, ada seorang budak, hambanya


bernama Badang, kerjanya berhuma akan tuannya juga. Sekali
persetua, pada suatu hari Badang pergi menahan lukah ke hilir
pada satu sungai. Pagi-pagi dijenguknya lukahnya itu, dilihatnya
hampa, suatu pun tiada isinya, tetapi sisik ikan dan tulangnya
ada di tepi sungai itu banyak , sentiasa hari demikian juga. Maka
tuannya bersungut katanya , Si Badang ini, orang pergi
menebas

menebang,

dia

leka

dengan sebab

mengatakan

menahan lukah, seekor ikan pun tiada kupandang, sahaja


engkau duduk sama-sam dengan aku laku rupanya,. Maka
Badang pun diam disunguti oleh tuannya di dalam hatinya
berkata , Jikalau belum kudapat yang makan ikan dalam lukah
itu belum puas hatiku,. Ada pada suatu hari diintainya dari
sebalik banir kayu, maka dipandangnya datang hantu terlalu
besar panjang, tubuhnya seperti raga dan janggutnya datang
pada pusatnya. Maka oleh Badang diambilnya parang dan
kapaknya, lalu diterpanya menangkap janggut hantu itu serta
katanya Engkau inilah makan ikanku dalam lukahku, sekali ini
engkau mati olehku,. Maka hantu itu pun terkejut serta dengan
takutnya

mendengar

kata

Badang

itu,

gementar-gementar

hendak berlepas dirinya tak dapat. Maka kata hantu itu ,


jangan aku engkau bunuh, apa kehendakmu akan aku beri.
Maka fikir Badang Jika aku hendakkan kaya, jikalau aku mati,
tuan aku boleh akan dia. Jika akau hendakkan ilmu halimun,
dapat tiada aku mati dibunuh orang dan jikalau hendak menjadi
Orang Besar-besar, bukan asal aku. Jika demikian baik aku

menuntut minta kuat dan gagah, supaya aku kuat mengerjakan


tuanku. Setelah ia fikir, maka kata Badang pada hantu itu ,
Berilah aku kuat dan gagah, segala kayu dan batu yang besarbesar itu dapat aku bantun dengan umbi akarnya dengan
sebelah tanganku juga. Maka kata hantu itu, Baiklah, jikalau
engkau hendakkan gagah seperti maksud itu, maka makanlah
muntahku,.
SINGAPURA DILANGGAR TODAK
Mitos

ini

mengisahkan

tentang

peristiwa

ikan

todak

menyerang

Singapura. Peristiwa ini berlaku semasa Singapura diperintah oleh Paduka


Seri Maharaja. Peristiwa ini telah menyebabkan ramai rakyat Singapura
mati

kerana

ditikam

oleh

mengarahkan

semua

rakyat

ikan

berkenaan.

berkubukan

Paduka

betis.

Akan

Seri

Maharaja

tetapi,

cara

berkenaan telah menyebabkan kematian rakyat negeri tersebut semakin


meningkat. Akhirnya, serangan ikan todak tersebut berjaya diatasi oleh
kebijaksanaan seorang budak yang menyarankan penggunaan batang
pisang sebagai kubu. Penceritaan tentang Singapura dilanggar todak ada
pada halaman ke-67, dalam Sulalatus Salatin.
Hatta tidak berapa lama antaranya, maka datanglah todak
menyerang Singapura, berlompatan lalu ke parit. Maka segala
orang yang di pantai itu banyak mati dilompati oleh todak itu,
barang yang kena terus menerus olehnya. Maka tiadalah dapat
orang berdiri di pantai itu lagi. Maka gemparlah orang berlarilarian ke sana ke mari, semuanya mengatakan Todak datang
menyerang kita, banyaklah sudah mati ditikamnya. Maka Paduka
Seri Maharaja pun segera naik gajah, lalu baginda keluar
diiringkan segala menteri hulubalang sida-sida bentara sekalian.
Setelah datang ke pantai, maka baginda pun hairanlah melihat
perihal todak itu, barang yang kena dilompatinya sama sekali
matilah. Maka terlalulah banyak orang yang mati ditikam todak
itu. Maka baginda pun menitahkan orang berkotakan betis, maka

dilompati oleh todak itu, terus berkancing ke sebelah. Adapun


todak itu seperti hujan, usahkan kurang, makin banyak orang
mati. Syahadan, pada antara itu, datanglah seorang budak
berkataApa kerja kita berkotakan betis ini? Mendayakan diri
kita. Jika berkotakan batang pisang alangkah baiknya? setelah
didengar Paduka Seri Maharaja kata budak itu, maka titah
baginda, Benar seperti kata budak itu, maka dikerahkan
baginda rakyat mengambil batang pisang diperbuat kota. Maka
dikerjakan oranglah berkotakan batang pisang. Maka segala
todak yang melompat itu lekatlah jongornya, tercacak kepada
batang pisang itu, dibunuh oranglah bertimbun-timbun di pantai
itu
KEPIMPINAN DAN KENEGARAAN DALAM SULALATUS SALATIN
Sula la tus

Sa la tin

Se ja ra h

he ndak meningkatkan

martabat

M e la yu, da la m
dan

kedudukan

upa ya
raja-raja

Melayu, khususnya raja Melaka, telah mengaitkan bahawa rajaraja tersebut berasal usul daripada keturunan Raja Iskandar Zul Karnain, Nabi Sulaiman, dan Nusyirwan Adil. Pertalian ini bermula apabila
Raja Suran (cucu Raja Sulan) telah masuk ke dasar laut dan berkahwin
dengan Puteri Mahtabu'l-Bahri dari Negeri Dika. Perkahwinan tersebut
telah menghasilkan tiga orang putera iaitu Nila Pahlawan, Krisyna Pandita,
dan Nila Utama. Ketiga-tiga putera ini telah naik ke bumi dan mendarat di
Bukit Si Guntang, Palembang. Keistimewaan dan keluarbiasaan yang
dimiliki mereka telah membolehkan mereka menjadi raja - Nila
Pahlawan menjadi raja di Minangkabau; Krisyna Pandita menjadi raja
di Tanjung Pura; Nila Utama pula menjadi raja di Palembang dan
seterusnya di Temasek dengan gelaran Seri Teri Buana. Seri Teri Buana
lah yang kemudiannya mengembangkan keturunan raja-raja Melaka.
Kelebihan yang terdapat melalui jurai keturunan Raja Iskandar
Zulkarnain memperlihatkan bahawa keturunan raja-raja Melaka berasal
dari raja yang besar, gagah serta terkenal. Dalam naskah Sulalatus Salatin

pernyataan yang menunjukkan penaklukan Iskandar Zulkarnain terhadap


negeri Kida Hindi. Pernyataan tersebut adalah seperti yang berikut:
Aalam ketahui olehmu ,pada zaman dahulukala, dan pada masa
yang telah lalu, kata yang empunya ceritera, bahawa Raja
Iskandar, anak Raja Darab, Rom bangsanya, Makaduniah nama
negerinya., Zulkarnain gelarannya, sekali persetua baginda
berjalan hendak melihat matahari terbit, maka baginda sampai
pada suau biat, negeri Hindi. Maka ada seorang raja di tanda
Hindi, terlalu besar kerajaannya, setengah negeri Hindi itu dalam
tangannya, namanya Raja Kida Hindi. Setelah ia mendengar Raja
Iskandar datang, maka Raja Kida Hindi pun menyuruhkan
Perdana Menteri menghimpunkan segala rakyat dan raja-raja
yang takluk kepadanya. Setelah sudah kampung semuanya
maka dikeluarinyalah oleh Raja Kindi akan Raja Iskandar maka
setelah bertemulah segala rakyat antara kedua belah pihak itu,
lalu berperanglah, terlalu ramai seperti yang ada dalam Hikayat
Iskandar itu. Maka alahlah Raja Kida Hindi Raja Kida Hindi itu
oleh Raja Iskandar, ditangkap hidupnya oleh Raja Kida itu, maka
disuruhlah oleh Raja Iskandar membawa iman, maka Raja Kida
Hindi pun membaaa imn, maka Raja Kida Hindi pun membawa
iman, maka Raja Kida Hindi pun membawa imanlah dan jadi
Islam

dalam

agama

Nabi

Ibrahim

Khalilu

illah

alahai

salam. .. (Sulaltus Salatin, : 9)


PANTANG LARANG, ADAT ISTIADAT DAN PERUNDANGAN NEGARA
Pantang larang dan perundangan negara perlu dipatuhi oleh semua
pihak untuk menjamin ketenteraman dan kemakmuran negara. Antara
pantang larang yang ditetapkan adalah seperti pantang larang berpakaian
oleh rakyat biasa, syarat memiliki emas dan pantang larang tidak boleh
menderhaka kepada raja. Rakyat biasa dilarang memakai pakaian
berwarna kuning dan tidak boleh bergelang kaki emas. Dalam naskah
Sulalatus Salatin penyataan yang menunjukkan pantang larang ialah :-

Syahadan

bagindalah

yang

pertama-tama

meletakkan

kekuningan larangan tidak dapat dipakai orang keluaran, dan


diambil akan sapu tangan , dan tiada dapat dibuat tepi tabir dan
ulasan bantal besar dan tilam, dan bungkus barang apa-apa dan
akan karangan-krangan benda dan tiada dapat diambil akan
perhiasan rumah , dan lain daripada itu pun tiada juga dapat
melainkan kain, baju, destar , tiga perkara itu jua yang dapat
dipakai. Dan larangan berbuat rumah bermanjungan bertiang
gantung, tiada terletak ke tanah , dan bertiang terus dari atap
dan

peranginan

dan

jikalau

derahu,

bertingkap

berpenghadapan, dan tidak dapat orang orang memakai penduk


dan teterapan keris, sebesar-besar orang keluaran tidak dapat
bergelang kaki emas, dan jikalau berkeroncong emas berkepala
perak tiada boleh.

Anda mungkin juga menyukai