Anda di halaman 1dari 1

Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara kita kaya dengan pelbagai

permainan tradisional yang unik dan masih dimainkan oleh sesetengah anggota
masyarakat moden pada masa ini. Walaubagaimanapun, sejak kemunculan
teknologi yang canggih telah menyebabkan permainan tradisional semakin hilang
ditelan oleh arus kemodenan. Oleh itu, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk
mengangkat martabat permainan tradisional agar tidak hilang ditelan zaman. Bak
kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lapung dek panas. Persoalan yang sering
berlegar-legar dalam gawang minda kita ialah apakah langkah-langkah untuk
menghidupkan permainan tradisional ini semula?

Antara langkah untuk menghidupkan permainan tradisional ialah ibu bapa


boleh memberikan galakan serta dorongan kepada anak-anak supaya mereka
berminat terhadap permainan tradisional ini sejak kecil. Bak kata pepatah Melayu “
Melentur buluh biarlah dari rebungnya.” Contohnya, main guli dan sepak bulu
ayam. Dalam hal ini, ibu bapa perlu mengajar cara-cara bermain permainan
tradisional untuk menambah ilmu tentang permainan tradisional. Oleh itu, ibu bapa
boleh meluangkan masa bersama anak-anak untuk bermain permainan tradisional
ini. Pendek kata, ibu bapa berperanan penting untuk mempopularkan permainan
tradisional ini semula.

Seterusnya, marilah kita luaskan perspektif dengan mendalam peranan pihak


sekolah untuk menghidupkan permainan tradisional ini semula. Dalam hal ini,
pihak sekolah boleh mewujudkan kelab permainan tradisional di sekolah. Cara ini
akan memberikan murid-murid peluang untuk mengenali dan memahami
permainan tradisional di sekolah. Cara ini akan memberikan murid-murid peluang
untuk mengenali dan memahami permainan tradisional tersebut. Contohnya,
murid-murid boleh bermain permainan tradisional bersama-sama supaya dapat
memupuk cinta akan permainan tradisional. Bukan itu sahaja, permainan
tradisional juga dapat menambahkan pengetahuan murid-murid kerana permainan
tradisional dapat melatih minda kita menjadi cerdas. Sesungguhnya, pihak sekolah
memainkan peranan penting dalam menarik minat murid-murid bermain
permainan tradisional.

Anda mungkin juga menyukai