Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara menghargai jasa tokoh negarawan

Negara Malaysia mempunyai banyak tokoh yang tersohor. Antaranya ialah Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, dan Tun Dr. Mahathir Mohammed. Oleh sebab itu, kita
mestilah menghargai jasa mereka kerana “harimau mati meninggalkan belang, manusia mati
meninggalkan nama”

Cara untuk menghargai negarawan adalah dengan pembinaan muzium negarawan. Di dalam muzium
tersebut, kita patutlah menghimpunkan bukti-bukti jasa mereka. Hal ini penting agar masyarakat tahu
bahawa tanpa jasa negarawan, negara kita masih berada di takuk lama.

Selain itu, bangunan dan jalan utama negara bolehlah dinamakan dengan nama mereka. Hal ini
membuktikan bahawa kerajaan mahu warganegara mengapresiasi bakti mereka kepada nusa. Pelancong
asing juga dapat mengenali negarawan.

Biodata mereka wajarlah kita kaji. Dengan ini, pelajar dapat meneladani sikap positif negarawan. Saya
percaya, cara ini dapat melahirkan generasi baharu yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Kesimpulannya, jasa negarawan mesti segar dalam ingatan kita. Janganlah kita menjadi warga yang
bersikap seperti kacang lupakan kulitnya.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Antara langkah untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan rakyat Malaysia ialah ibu bapa
digalakkan untuk mewujudkan perpustakaan mini di rumah. Perpustakaan ini haruslah kelihatan
menarik, kemas dan ceria. Hal ini dapat menarik minat anak-anak untuk membaca setiap hari. Buku yang
disediakan hendaklah ilmiah dan mempunyai banyak informasi menarik serta isu semasa. Perpustakaan
yang menarik dapat menggalakkan anak-anak yang masih kecil untuk membaca. Hal ini kerana meluntur
buluh biarlah daripada rebungnya.
Seterusnya, pihak perpustakaan awam seharusnya mengadakan karnival membaca. Karnival
membaca ini akan menggalakkan masyarakat setempat untuk berkunjung ke perpustakaan awam.
Pelbagai aktiviti menarik hendaklah diadakan seperti pertandingan bercerita, pertandingan
mendeklamasikan sajak, menubuhkan gerai jualan buku dan membaca selama 10 minit. Hal ini bukan
sahaja dapat menggalakkan pengunjung membaca tetapi juga dapat memberikan keuntungan kepada
pihak perpustakaan. Hal ini dapat dikaitkan dengan peribahasa sambil menyelam minum air.
Selain itu, pihak sekolah haruslah mewajibkan setiap kelas untuk mewuujudkan ruang bacaan di
kelas masing-masing. Dengan adanya ruang bacaan ini, pelajar dapat membaca di dalam kelas ketika
guru tiada di kelas. Hal ini akan menyebabkan pelajar tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa
itu emas. Seterusnya, pihak sekolah bertanggungjawab untuk memastikan pelajar berkunjung ke pusat
sumber sekolah sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Akhir sekali, tempat-tempat awam seperti tempat menunggu haruslah disediakan dengan
sumber bacaan. Sebagai contoh, ruang bacaan wajarlah diwujudkan di stesen komuter, bas dan kereta
api. Bahan bacaan ringkas boleh disediakan seperti surat khabar dan majalah. Selain itu, hospital dan
klinik juga boleh menyediakan bahan bacaan untuk para pesakit dan orang yang menunggu. Dengan
cara ini masa mereka dapat dimanfaatkan dengan perkara yang berfaedah.

jawapan tambahan rujuk halaman 184 -185


Peribahasa memainkan peranan yang penting dalam masyarakat di negara kita terutamanya di
kalangan orang-orang Melayu. Peribahasa digunakan untuk menyampaikan sesuatu nasihat,
teguran, atau ingatan secara kiasan atau sindiran. Pada hemat saya, dengan menggunakan
peribahasa banyak teguran, nasihat, dan sindiran dapat disampaikan tanpa menimbulkan rasa
marah atau kecil hati pada orang lain.
Peribahasa wujud apabila masyarakat Melayu menyedari betapa susahnya untuk
memberikan nasihat atau teguran secara terus-terang kepada orang lain tanpa menyinggung
perasaannya. Lantas, mereka mula mengumpamakan sesuatu perkara dengan sesuatu yang
lain agar maksud yang ingin disampaikan dapat ditafsirkan oleh semua orang. Seringkali
perkara yang diumpamakan itu berkaitan secara langsung dengan anggota masyarakat dan
alam sekeliling mereka.
Sesungguhnya tujuan utama penciptaan peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran
kepada masyarakat pada zaman dahulu kala. Selain itu, peribahasa berfungsi sebagai
pengawal sosial. Hal ini bermaksud masyarakat dahulu kala sering menegur anggotanya
dengan cara berkias ibarat melalui peribahasa. Dengan cara demikian, orang yang ditegur tidak
mudah tersinggung. Begitulah juga dengan pihak penegur yang lazimnya terdiri daripada orang
tua-tua, tidak akan berasa segan untuk berbuat demikian apabila diperlukan.

jawapan tambahan: buku teks halaman 188-189


*************************************************************************************************************

Penerbitan buku adalah sebuah industri di mana terlibat pengusaha yang mencari bahan
bacaan untuk diterbitkan dalam format buku dan dipromosikan dan dijual kepada
masyarakat umum.

Sebahagaian keuntungan yang diperoleh daripada penjualan buku akan disalurkan kepada
pemberian royalti untuk para penulis.

Jika karya mendapat sambutan hangat daripada masyarakat maka royalti kepada penulis
itu menjadi lumayan sehingga ada penulis terkenal seperti J.K. Rowlings menjadi jutawan.

Maka muncul segelintir penulis yang ingin mengaup keuntungan tersebut dan
menerbitkan karya mereka sendiri tanpa menerusi syarikat penerbitan.

boleh meluaskan karya bercetak ke format yang lain seperti audio, e-buku,
pentas, televisyen, wayang gambar dan animasi.

bahan tambahan : buku teks halaman 186-187

Anda mungkin juga menyukai