Anda di halaman 1dari 5

BUDAYA HEDONISME :

KESERONOKKAN @ KECELAKAAN
Assalamualaikum. Apa Khabar kepada semua pembaca di alam maya. Kak Sue harap semoga
semua pembaca mengucapkan syukur ke hadrat Illahi kerana kita diberi nafas pada hari ini untuk
mengerjakan amalan lebih baik daripada semalam. Kak Sue menyeru kepada golongan remaja,
bacalah entry ini semoga ianya bermanfaat kepada anda..
Ha. tentu anda tertunggu-tunggu apa ajuk kak Sue pada kali ini kan? Pernah dengar tak
hedonisme? Ape tu? Boleh jelaskan pada Kak Sue?
Kepada semua pembaca di luar sana. Pertama sekali, kak Sue nak semua membaca entry ini
dengan penuh teliti kerana budaya ini telah menular di kalangan masyarakat kita. Tetapi tidak ramai
yang mengambil tahu tentang hal ini disebabkan kekangan masa dan lain-lain. Jadi, di tengah
kesibukkan anda bekerja, belajar, mengajar dan sebagainya tenung-tenunglah budaya yang ada di
luar sana. Mungkin pada hari ini budaya ini tidak mempengaruhi anda semua, tapi sape tahu jika
budaya ini mempengaruhi anak-anak anda di kemudian hari?????
Hari ini kita dikejutkan dengan budaya hedonisme yang boleh dianggap sebagai melampau yang
dianjurkan oleh pihak2 yang hanya mementingkan keuntungan daripada memikirkan kesan yang
akan diperolehi terutamanya terhadap golongan muda-mudi(melayu-islam). Lalu Kak Sue tertanyatanya ke mana perginya golongan ulama dalam menangani isu ini? Adik2 tepuk dada tanya iman,
sebenarnye golongan ulama telah berperanan dalam menangani isu ini, tapi kita sebagai
masyarakat awam selalu menuduh mereka tidak menjalankan tanggungjawab. Betul x? Mungkin
pembaca yang sudah melalui zaman remaja, sangat mengerti situasi ini. Sekiranya sesuatu itu
berlaku, dan budaya itu tidak dapat dibendung, jangan menuduh kesilapan golongan yang
berpelajaran tinggi kerana sikap itu tidak akan menyelesaikan masalah malah sikap itulah yang
akan membuatkan sesetengah pihak bergaduh sesama sendiri.
Ulama memang berperanan dalam isu ini. Bahkan mereka dituntut untuk menanganinya. Antara
usaha yang mereka lakukan ialah dengan memberi nasihat yang berguna kepada masyarakat
melalui pelbagai saluran yang ada sama ada melalui media massa ataupun media cetak. Kadangkala mereka menggunakan saluran alternatif seperti ceramah, penulisan dan sebagainya. Ade x kat
tempat anda, mereka warwarkan isu ni dalam ceramah? Sape yang ade angkat tangan? hehe
Kepada golongan remaja di luar sane, Kecenderungan untuk bersuka-suka dan bermewah-mewahan
diistilahkan sebagai budaya hedonisme (Ha.. jadi adik2 dan semua pembaca dah tahu kan ape itu
hedonisme?) Kene ingat tau, nanti Kak Sue tanye balik, sape tak dapat jawab, diri atas kerusi.
(macam budak sekolah la pulak).

Jika kita lihat secara detail, budaya ini semakin hari


semakin menular terutama kepada golongan remaja pada hari ini. Budaya ini menular bak
cendawan tumbuh selepas hujan. Budaya yang mengutamakan aspek keseronokan diri seperti
memiliki barangan yang berjenama ranggi, minum arak, berjudi, bermain muzik, berhibur di kelabkelab malam dan sebagainya itu sememangnya mempesonakan dan menggiurkan golongan remaja.
Ape sebab utama gejala ini? Ha jawab jangan x jawab.. gejala ini berkemungkinan menular di
kalangan remaja disebabkan pengaruh iklan, rakan-rakan serta keadaan persekitaran.
Kak Sue tahu, memang ramai yang sukakan kebendaan, kekayaan yang melimpah ruah dari sudut
meterialistik. Tapi ingatlah kadang-kadang kebendaan dan keseronokkan itu hanya sementara
sahaja kerana ia akan mengundang kecelakaan di kemudian hari. Ye, memang tidak dapat dinafikan
bahawa keinginan untuk hidup senang dan mewah adalah sebahagian daripada naluri semula jadi
manusia, namun bersuka-suka dan bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan itu tidak boleh
dibiarkan terus menular dalam masyarakat kita.
Ini kerana budaya hedonisme boleh mengakibatkan pelbagai gejala negatif. Di samping ia boleh
menjerumuskan masyarakat ke dalam kancah jenayah, amalan berhutang dan fitnah menfitnah,
budaya hedonisme juga berpotensi membuat manusia leka dan lalai daripada melaksanakan
kewajipan hakikinya sebagai hamba Allah dan sebagai anggota keluarga ataupun anggota
masyarakat. Fikirlah adik2, kita sebagai manusia diberi akal untuk berfikir yang mane baik, dan
yang mane buruk. Maka, mengapa kita tidak menggunakan akal fikiran untuk melihat pelbagai
perspektif dari sudut ini?
Kepada golongan remaja, sedarlah bahawa masih belum terlambat jika anda pulang ke pangkal
jalan. Ingatlah! Sejarah telah memperlihatkan kepada kita bahawa bangsa yang lena dibuai dengan
pelbagai kesenangan dan kemewahan hidup serta didodoikan dengan pelbagai jenis hiburan akan
menjadi lalai dan alpa terhadap kewajipannya hatta menyebabkan mereka menjadi lemah dan
terjajah. Pengajaran ini terungkap pada sejarah keruntuhan kerajaan Abbasiah, kerajaan Uthmaniah,
kesultanan Melaka dan lain-lain lagi, di mana pemerintah dan rakyat lena dibuai kemakmuran
negara sehingga lalai mengantisipasi ancaman musuh. Lalu, adakah anda mahu mencatat sejarah
seperti bangsa2 ini? adakah anda mahu dijajah dengan pemikiran2 seperti itu? x cukup ke keperluan
yang ade pada mase kini hingga budaya ini dijadikan sebahagian daripada kehidupan? fikirlah wahai
pembaca sekelian, seperti mana yang anda tahu, itulah persoalannyajusteru, rungkaikanlah
semua persoalan tersebut, moga ada jawapan di dalam diri anda sebagai anak watan Negara yang
memperjuangkan agama, bangsa dan Negara.
Budaya hedonisme yang sedang menular dalam masyarakat kita hari ini turut mengakibatkan

penyakit lalai di kalangan masyarakat. Sebagai contoh, seseorang yang asyik berhibur dengan
berkaraoke dan bersuka ria bersama rakan-rakan di kelab-kelab malam tertentu akan dilalaikan oleh
perbuatannya daripada melaksanakan kewajipannya terhadap Allah seperti bersembahyang,
berpuasa dan sebagainya di samping lalai terhadap kewajipannnya terhadap sesama manusia
seperti memberi perhatian yang sepenuhnya sama ada kepada ibu bapa mahupun kepada isteri dan
anak-anak. Kadang-kadang Kak Sue terfikir, inikah yang dinamakan keseronokkan, kegembiraan dan
kesenangan dengan budaya ini??? Jawapannya tidak, cuba anda bayangkan remaja2 yang minum
arak hanya untuk bersuka ria tapi mereka tidak sedar bahawa arak itu telah mengkhayalkan diri,
otak, akal dan lain-lain sehingga mereka memandu dalam keadaan mabuk dan meragut nyawa
mereka serta nyawa orang lain. Adilkah begini?? Disebabkan setengah pihak yang terpengaruh
dengan budaya ini, orang lain yang menjadi mangsa. Jadi adakah budaya hedonisme ini dinamakan
keseronokkan atau budaya hidonisme ini penyebab kepada kecelakaan??? fikirkanlah! ambillah satu
ruang supaya anda dapat merenung, dan memikirkan masa depan anda sekiranya berterusan
dipengaruhi gejala ini. Kak Sue hanya mampu menasihati, jalan itu terletak di tangan anda, baik
buruk masa depan juga, anda yang mampu mengubahnya.
Sesungguhnya syaitan telah berjanji akan melalaikan dan menyesatkan manusia daripada jalan
Allah dengan apa cara sekalipun. Pelbagai kemewahan dan hiburan di dunia ini adalah senjata
syaitan dan konco-konconya untuk menjerumuskan manusia kepada kelalaian dan kesesatan.
Justeru, Allah menganjurkan kita semua supaya memikirkan hal ini dan berusaha menghindari diri
daripada terpedaya dengan tipu daya syaitan seperti keseronokan hidup di dunia yang bersifat
sementara ini. Jadi, pembaca semua janganlah jadi sahabat syaitan Jadilah sahabat Kak Sue
(hehe), moga2 kita boleh berkongsi pelbagai masalah dan menanganinya dengan berhemah.
Firman Allah dalam Surah Al-Anam ayat 32 yang bermaksud:
Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang
melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh
itu, tidakah kamu mahu berfikir?
Firman-Nya lagi dalam Surah Ali Imran ayat 185 yang bermaksud:
Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat
kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.
Memang kita tidak dapat nafikan bahawa budaya hedonisme atau budaya berhibur ini turut dikesan
semakin menjadi kegemaran di kalangan kaum remaja di negara ini. Masalah ini sangat berat dan
membimbangkan kerana ia membabitkan golongan muda yang bakal mewarisi dan memimpin
negara ini pada masa depan. Justeru, semua pihak haruslah berganding bahu dan memainkan
peranan dalam mengatasi budaya ini. Tanggungjawab ini perlu diusahakan secara bersama kerana
ia bukan hanya tanggungjawab kerajaan semata-mata. Ingatlah wahai pembaca, menyampaikan
dakwah dan berpesan2 kepada kebaikkan adalah menjadi tanggungjawab semua masyarakat
kerana negara ini adalah tanggungjawab kita bersama.
Dalam hubungan ini, kita harus sedar bahawa masalah sosial remaja berkait rapat dengan
pembentukan budaya yang tentunya bermula dari rumah. Sehubungan itu, ibu bapa harus
memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak tidak terpengaruh dengan budaya hidup

yang tidak sihat seperti budaya bermewah-mewahan secara berlebih-lebihan yang mengundang
banyak risiko kepada anak-anak itu sendiri di samping menimbulkan banyak masalah kepada

keluarga, masyarakat dan negara.


Sungguhpun ada di kalangan pembaca yang barangkali berkemampuan untuk memberikan apa saja
kepada anak-anak, namun perbuatan menyogokkan mereka dengan wang Ringgit serta pelbagai
kemewahan bukanlah cara yang terbaik untuk mendidik dan menyayangi mereka kerana ia boleh
menjadikan mereka bersikap materialistik dan lalai dalam menunaikan tanggungjawab. Sebaliknya,
suburkanlah anak-anak ataupun golongan remaja kita dengan iman dan takwa melalui didikan yang
sempurna serta berikanlah kasih sayang yang secukupnya. Moga2 kasih sayang itu menjadi lebih
bermanfaat dalam membentuk generasi kita. Insya Allah.
Selain dari ibu bapa, pertubuhan atau badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan perlu
digerakkan bagi membentuk generasi remaja yang bersifat terbuka dan berlandaskan ajaran
agama, budaya dan jati diri yang kukuh contohnya sepert JIM, ABIM, ISMA dan lain-lain.
Pengetahuan serta pemahaman terhadap nilai budaya dan moral serta kupasan masalah sosial
daripada kaca mata saintifik, tingkah laku dan sosial perlu diterapkan kepada remaja secara
berterusan. Perkara ini sangat penting bagi Kak Sue kerana tanda keruntuhan nilai budaya dan
moral di kalangan remaja semakin terasa dinegara ini.
Justeru itu, cara terbaik dan mustajab yang perlu pembaca ambil perhatian dalam menangani gejala
sosial yang melanda masyarakat ini ialah dengan mentarbiah diri sendiri, anggota keluarga dan
masyarakat supaya kembali kepada ajaran Islam. Segala petunjuk serta peringatan Allah dan RasulNya haruslah diambil perhatian dan dihayati dengan bersungguh-sungguh ke arah membentuk diri
lebih beriman dan bertakwa.
Firman Allah dalam Surah Al-Qiamah ayat 20-21 yang berbunyi:
Maksudnya:
Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu)
bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan
kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).
Oleh yang demikian,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk meneruskan usaha murni
memastikan budaya hedonisme tidak mempengaruhi masyarakat kita pada hari ini. Moga-moga

usaha yang anda curahkan mendapat ganjaran yang stimpal dari Allah s.w.t.
Ya Allah, permudahkanlah usaha kami dalam membentuk generasi yang beriman dan bertakwa,
suburkanlah keimanan di kalangan hambamu dan bukakanlah pintu hati remeja-remaja yang
terpengaruh dengan budaya hedonisme supaya mereka kembali menunaikan tanggungjawab
mereka. Sedarkanlah diri mereka Ya Allah dari kelalaian, moga generasi akan datang dapat menjadi
cendekiawan yang unggul di dunia dan di akhirat.
Wallahu aalam

About these ads

Anda mungkin juga menyukai