Anda di halaman 1dari 6

MAKSUD BUDAYA HEDONISME DAN LATAR BELAKANGNYA

MAKSUD BUDAYA HEDONISME


Budaya hedonisme telah dikenal pasti sebagai ketua penghakis amalan tradisi dalam
sesuatu budaya. Melalui media hiburan yang dibawa dari orang barat, generasi muda telah
didedahkan dengan alat pertuturan dan percakapan yang kasar , gaya pemakaian yang
mencolok mata dan cara pergaulan yang bebas.
Akibat daripada ideologi ini , Mereka telah terpesong dalam gejala-gejala yang
bertentangan dengan norma kehidupan seperti arak , seks bebas dan sehingga ke peringkat
menolak agama. Impak daripada pengembangan budaya hedoinisme ialah permasalahan
sosial yang berleluasa dalam masyarakat. Ramai ahli akademik berpendapat hedonisme
adalah faktor utama masalah sosial dan keruntuhan akhlak.

MAKSUD HEDONISME
Hedonisme berasal dari perkataan Greek dan telah wujud sebelum Masihi lagi. Ia membawa
maksud ‘kesenangan’ atau dalam erti kata lain, menjadikan kesenangan dunia untuk
beroleh ketenangan rohani. Ia adalah pola pemikiran yang menjadikan hiburan sebagai jalan
untuk bebas dari permasalahan dan tekanan batas kehidupan yang dianggap rumit. Salah
satu masyarakat yang mengamalkan hedonisme ialah masyarakat Pompeii. Kini,
masyarakat Pompeii hanya terbuku dalam lipatan sejarah dunia.
Hendonisme menurut pengertian Kamus Dewan ialah pegangan atau keseronokan atau
kesenagan hidup. Dengan erti lain mereka mengamalkannya beranggapan bahawa
kesengan dan kenikmatan adalah merupakan tujuan hidup,

Footnote:
Hedonisme merupakan isu sosial yang hebat diperkatakan masa kini. Boleh
dikatakan banyak pihak yang menentang gejala hedonisme kerana ia merupakan
satu perilaku ‘sub-budaya’ yang negatif kepada masyarakat terutamanya golongan
remaja. Kita sebagai rakyat Malaysia yang memartabatkan Islam sebagai agama
persekutuan dan berpegang kepada adab budaya ketimuran perlu menolak gejala
ini. Malah, seluruh negara dan bangsa yang menghormati adab ketimuran serta
berpegang kepada amalan dan kepercayaan agama-agama lain juga pasti tidak
bersetuju terhadapnya.
Kini, hedonisme telah menjadi ‘ideologi’ gaya hidup bebas terutamanya remaja dan
golongan belia sesetengah masyarakat kita. Ia menyusup masuk secara halus tanpa
kebanyakkan dari kita sedari. Berdasarkan pengkajian, budaya hedonisme ini
sebenarnya telah bertapak di Malaysia sejak era 60an akan tetapi dalam skala yang
sangat kecil. Namun dari era joget lambak, cha-cha dan rock n roll, ia berkembang
secara senyap sehinggalah ke era musik tekno, jungle dan sebagainya, seterusnya
bangkit menjadi satu sub budaya yang boleh menggugat kesejahteraan masyarakat.
Budaya hedonisme mengutamakan hiburan dan pergaulan bebas semata-mata “aku
tak kesah asalkan, janji fun“. Tak kisahlah apa cara sekalipun asalkan ianya dapat
menaikkan kepuasan berhibur pada tahap yang maksimum dan berterusan. Kepada
yang biasa mengikuti pesta, konsert atau gigs yang pada asasnya adalah biasa
pastinya pernah mengalami situasi dimana sesuatu yang tidak dijangka menjadikan
pesta atau konsert itu lebih ‘havoc’, panas atau merapu dari yang disangkakan.
Kebiasaannya tamat pada jam 12 malam, tetapi kebanyakkannya berterusan
sehingga pagi. Ada juga yang menyambung pergi ke tempat-tempat hiburan lain
atau berpesta di rumah-rumah bujang dan terus ber’party’ hingga ke siang
hari."berpesta tidak ingat dunia punya".itulah budaya hedonisme dan ia bermula
dalam diri masyarakat itu sendiri.
Mari kita selidik dengan lebih mendalam , apakah tren-tren yang muncul disebalik
wajah muda-mudi kita hari ini yang telah terpengaruh dengan budaya kuning barat
Boleh dikatakan yang ia terhasil akibat daripada keruntuhan dan kurangnya
keperihatinan dalam institusi kekeluargaan dan kejiranan. Ia bukan sahaja boleh
terjadi dalam keluarga yang berantakan, tetapi juga dalam keluarga yang berjaya.
Anak-anak muda merasakan tiada sokongan dan pemahaman dari keluarga
terhadap jiwa dan trend dunia mereka. Jiwa ‘rebel’ mereka memilih cara hidup
hedonisme sebagai sub budaya untuk mengisi kekosongan jiwa melalui pengaruh
dan tekanan rakan sebaya (peer pressure) tanpa mereka sendiri sedari. Akhirnya

Footnote:
ada yang sanggup menipu ibu bapa dengan meminta izin untuk tidur di rumah
kawan, sebaliknya pergi berhibur di tempat-tempat lain.
Hedonisme yang semakin hari menjadi nanah dalam jiwa golongan remaja ini timbul
berikutan sikap remaja itu sendiri yang sentiasa mahukan hiburan dan keseronokan
dalam hidup dan menganggap keseronokan itu sebagai ‘trend’ atau cara hidup
remaja pada masa kini . Bagi mereka hidup dalam usia muda hanya sekali. Oleh
sebab itu, mereka tidak mahu dikongkong oleh sesiapapun dan mahukan kebebasan
sepenuhnya agar segala aktiviti yang tidak berfaedah dapat mereka lakukan.
Keruntuhan institusi keluarga dan kepincangan rumahtangga yang berpunca
daripada perceraian, poligami dan sebagainya juga memberi tekanan kepada jiwa
remaja. Sekaligus menyebabkan mereka bertindak mencari ketenangan di luar
rumah dengan menghabiskan masa bergaul dengan rakan-rakan yang memahami
perasaan dan masalah mereka. Dengan cara itu, mereka dapat melupakan masalah
yang mereka hadapi seterusnya lena dibuai keseronokan bersama kawan-kawan.
Kehidupan yang terkongkong serta tidak bebas juga memberi tekanan kepada
remaja seterusnya menyebabkan mereka mengambil jalan mudah dengan melarikan
diri dari rumah bagi memenuhi tuntutan jiwa yang banyak masalah . Remaja yang
tidak mempunyai tempat pergantungan yang kukuh juga menjadi alasan bagi
mereka untuk mencari ketenangan di luar bersama rakan-rakan yang pastinya
menjanjikan seribu keseronokan dan kepuasan kepada mereka.
Sikap ibu bapa yang kurang memberikan pengawasan kepada anak-anak juga
memberi peluang kepada remaja-remaja ini untuk keluar berpeleseran dan
menghabiskan masa terluang dengan aktiviti yang tidak bermanfaat. Kebanyakan
ibu bapa pada hari ini lebih mengejar kemewahan duniawi dan kepentingan
materialistic semata-mata sehingga mengabaikan kebajikan anak-anak. Ekoran
daripada sikap ibu bapa tersebut, anak-anak pastinya terbiar, tidak dapat perhatian
dan kasih sayang. Malah, lebih teruk lagi terdapat juga anak-anak merasakan
bahawa diri mereka tidak diperlukan lagi. Sehubungan dengan itu, mereka mencari
ketenangan serta keseronokan di luar dan bercampur dengan rakan-rakan yang
mengalami nasib yang sama.

Footnote:
Kesan dari pengembangan budaya hedonisme ialah pemasalahan sosial di
kalangan remaja pada hari ini. Ramai ahli akademik berpendapat bahawa budaya
hedonisme adalah faktor utama yang menyumbang kepada masalah sosial yang
semakin serius dan meruncing. Budaya hedonisme juga telah menghakis nilai – nilai
murni dan budaya sedia ada pada setiap kaum di Malaysia

- Peningkatan Kadar Jenayah


Budaya hedonisme adalah suatu budaya yang mementingkan keseronokan,
kesenangan dan kemewahan semata – mata. Penularan budaya ini membawa
kepada peningkatan kadar jenayah di Malaysia. Golongan remaja adalah golongan
yang paling ramai terlibat dengan jenayah kerana tidak dapat mengawal nafsu
dengan baik. Seperti yang kita tahu. kerana inginkan keseronokan, mereka sanggup
melakukan apa sahaja demi menikmati hidup berlandaskan nafsu semata-mata dan
menjauhkan diri dari kesengsaraan. Justeru, golongan ini sanggup melakukan apa
sahaja demi duit dan kepuasan. Sebagai contoh, berlakunya kes merompak,
pengambilan dadah dan sebagainya.

- Pergaulan Bebas
Apabila budaya hedonisme menjadi tunjang dalam kehidupan golongan remaja tidak
lagi segan silu bercumbuan dan berpelukan di khalayak ramai sehingga menjadi
suatu kebiasaan yang semakin serius. Ini menyumbang kepada gejala bohsia dan
seks bebas serta akan mengakibatkan berlakunya kes pelacuran dan kelahiran anak
luar nikah yang semakin membimbangkan masyarakat masa kini.

- Kurang Ilmu Terhadap Al-Quran


Kesan hendonisme terhadap remaja adalah apabila remaja zaman kini lebih mahir
menyanyikan lagu budaya barat berbanding daripada mengaji Al-Quran. Disini,
kesan yang dihadapi akan meruntuhkan keimanan mereka dan mereka akan
menghadapi masalah dalam mengenali, membaca mahupun menghafal ayat-ayat
suci Al-Quran

- Mencemari Nilai-Nilai Murni Kesopanan dan Kesusilaan


Remaja kini hilang sifat berbudi bahasa terhadap masyarakat lain seperti warga tua
kerana mereka mencari kepuasan dengan melakukan apa- apa jua Tindakan yang
boleh menyeronokkan diri mereka tanpa menghiraukan larangan agama, adat dan
teguran masyarakat sekeliling. Sebagai contoh, hilang bahasa yang sopan dalam
komunikasi. Tidak lagi menggunakan perkataan yang baik dan sopan, malah ada
juga yang sanggup menghina. Kesan hendonisme jugak menyebabkan budaya
bahasa kita dipandang rendah oleh masyarakat luar.

Footnote:
- Tidak Berminat Untuk Belajar
Kebiasaanya apabila pelajar didedahkan dengan hiburan tanpa diawasi pasti akan
berlaku perubahan secara drastik. Sebelum ini belajar dalam keadaan yang baik
tetapi setelah terjebak dengan hiburan para pelajar akan mula menganggap bahawa
pelajaran itu tidak penting dan lebih suka akan keseronokan. Hal ini turut
menyebabkan pelajar boleh gagal dalam pelajaran. Secara tidak langsung, masa
hadapan pelajar akan gelap dan boleh meningkatkan kadar pengangguran kerana
tidak mendapat keputusan yang cemerlan

- Pengaruh Black Metal


Pengaruh Black Metal yang menjadi teras budaya hendonisme yang telah lama
berkembang dalam kalangan masyarakat barat mula menguasai pemikiran golongan
remaja di negara kita. Black Metal muncul sebagai kumpulan antisosial kerana
bosan dengan kebuntuan peribadi. Akibat ganggua pemodenan dan globalisasi,
merek telah tersesat dalam gejala negated seperti minum arak, mengambil dadah
dan lain-lain sehingga ke peringkat menolak agama. Bagi penganut Black Metal,
agama hanyalah suaru penghalang kepada kepuasan hidup. Tradisi gila yang
diamalkan oleh pengikut Black Metal ini akhirnya terpesong dan menjurus kearah
pemujaan syaitan. Inilah perkara yang cuba ditiru oleh remaja yang sudah
kehilangan arah dan ini jugalah merupakan salah satu kesan hendonisme
dikalangan remaja.

Footnote:
- Merugikan Wang
Seperti yang kita tahu remaja akan kehabisan wang ringgit jika tidak bijak untuk
menggunakannya dengan sebaik mungkin. Mungkin ramai yang suak pergi ke pusat
hiburan untuk mencari keseronokan mahupun untuk melupakan masalah yang
dihadapi. Selain itu, ramai juga reamaj yang sanggup mengeluarkan wang ringgit
untuk membeli perkara yang tidak berfaedah. Sebagai contoh, dadah, permainan
video dan sebagainya. Fokus utama mereka adalah untuk berhibur dan kebiasaanya
berbelanja tanpa had, bukan untuk keperluan tetapi hanya untuk memenuhi nafsu
berhibur semata-mata.

Footnote:

Anda mungkin juga menyukai